Jun 2, 2010

Kau Sahabat Kau Teman


salam,
aku pernah menangis tengok citer ni..
see u dipt.. pelakonnya unic.. n bienda..
lagu ni.. aku tuju untuk sahabat2 ku..
yang amat aku rindui
bibi,pika, alyn, syeikha,mai, syafiqa,ila, nani, fatimah,ani..
mereka semua ni..pernh mjdi sahabatku..di saat aku..sedih dan gembira.
fatimah.. 10tahun tidak aku temui langsung..
sekarang dia kat mesir... beruntung yer dia.. aku harap sgt dia tidak lupa.akan persahabat
yang pernh terjalin... ila?.. sekarang bakal sambung dgre BIM(engner eletrk).. nani,bibi,pika ..sme2 menunggu keputusan upu..and aku akan mnymbt dlm dgre psikologi.. syeikha?..dia dpt USM..tp tolk..dan berharap dpt pendidikan (amin).. begitu juga syafiqa..mai?.. masih mnugu jwpn upu..
ani?.. bekerja kat KL.dkt .sebuah restoren.. selepas berhenti dari FIM..
n alyn...dalam diploma di FIM... semoga kami terus berjaya.. di dunia dan di akhirat..

Ya Allah!


salam sejahtera..salam 1malaysia

tangisan,.
penderitaan
kepedihan
kekejaman israel..
membuatkan semua umat islam prihatin..

..
Apa yang perlu aku lakukan?..
sekadar menitiskan air mata...
melihat kekejaman yg di lakukan terhadap saudara-saudaraku.....
tak senang duduk jadinya.
tapi apa yang perlu akan lakukan?
Doa adalah senjata mukmin yg paling kuat

pagi tadi seperti selalu..
aku melihat MHI..
tapi yang ini buat aku terpaku seketika..
dan dalam hati terus berdoa..

di mana..
keredhaan seorang isteri
atas kepermegian suaminya untuk membantu saudara-saudaranya
yang merintih kepedihan di sana...
kagum dengannya
anak-anaknya turut mencontohi bapanya..

semoga aku bisa jadi perjuang..
tapi bagaimana?..
aku hanya mampu berdoa
sesungguhnya
hanya insan terpilih
yang di anugerahkan Allah sahaja
yang bisa berlepas ke sana..

kepada sesiapa yg membaca..
AL-fatihah kepada mereka.. yg pergi..meninggalkan kita..terus berdoa..

wsalam,

Lagenda Budak Setan 3jun

untuk dia




Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

  

Jun 1, 2010

she wolf (fbret telenovela)

RAHSIA, PENGKHIANATAN DAN ERTI CINTA SEJATI IKUTI TELENOVELA FILIPINA ‘SHE– WOLF, THE LAST SENTINEL’ DI TV3
 siri drama Filipina, “SHE – WOLF, The Last Sentinel” yg telah bermula pada 23 Mac 2010, iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang. Drama bersiri terbaik terbitan ABS-CBN Broadcasting Corporation membariskan pelakon-pelakon berbakat dari Filipina seperti Angel Locsin, Piolo Pascual, Shaina Magdayao, Ryan Eigenmann, Pilar Pilapil, Agot Isidro dan ramai lagi.






Ekoran sambutan yang luar biasa di Filipina, “SHE – WOLF” telah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Piolo Pascual) di Star Awards for Television 2008. “SHE – WOLF” juga dipilih sebagai program TV yang paling digemari di Anugerah Anak TV Seal 2008 dan dinobatkan Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Gawad Tanglaw 2008. Selain itu, “SHE – WOLF” juga terpilih sebagai Telenovela Terbaik di Festival BANFF World Televisyen 2009 yang merupakan satu-satunya pencalonan drama bersiri dari Filipina yang bertanding dengan 800 pencalonan dari 29 buah negara lain.
Pelakon wanita utamanya, Angel Loscin pula berjaya dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Emmy ke -37.
Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3, “Slot Telenovela di TV3 popular dengan siri drama dari Latin Amerika dan Sepanyol seperti Rosalinda yang pernah mencipta fenomena. Pada tahun 2010, Telenovela akan menjalani pembaharuan dengan memperluaskan pemilihan siri ke serata dunia. Sebagai permulaan, TV3 telah memilih siri drama tagalog, She-Wolf yang mempunyai jalan cerita yang menarik, pengembaraan yang mendebarkan dan juga kisah cinta yang menyayatkan hati.”


Drama bersiri selama 60 episod ini mengisahkan tentang Lyka, seorang gadis jelita yang memulakan kerjayanya sebagai pembantu peribadi kepada pereka fesyen yang tersohor, Lady Elle. Noah ialah seorang Leftenan yang bijak dan mahir dalam peperangan. Noah menjalani misi penyamaran sebagai pengawal peribadi kepada Lady Elle untuk menyiasat operasi House of Elle dan organisasi gelap ‘Waya’.
Lyka dan Noah telah bertemu dan jatuh cinta. Namun, takdir mereka bakal memisahkan dua hati muda yang tulus ini. Sebenarnya, Lyka berasal daripada keturunan serigala jadian dan dia akan mengalami transformasi menjelang hari jadi yang ke 21. Malah, Lyka juga perlu akur kepada takdir dan amanat dari keturunannya yang menuntut Lyka sebagai pengawal dan penyelamat kepada keturunan serigala jadian. Noah pula terpaksa menyertai organisasi Luna dalam pelaksanaan misi menghapuskan serigala jadian.
Adakah Lyka dan Noah akan meneruskan percintaan mereka meskipun pelbagai rahsia, pengkhianatan dan kejahatan yang menyelubungi mereka? Sampai bilakah mereka sanggup menghadapi takdir yang ingin memisahkan mereka? Ikuti Telenovela ‘She -Wolf the Last Sentinel’ mulai 23 Mac 2010, setiap Isnin hingga Khamis, 3.00 petang di TV3

saka

 

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.


mereka yang menjadi sasaran Saka


Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
    
     Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan
    di hadapan   manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.



klik sini untuk melihat tentang saka lebih lanjut



p/s: saka juga pernah berlaku dalam keluarga belah bapa ku....dan pernah terkena kepada atuk aku..sekarang semakin pulih namun kami semua terpaksa bersabar dengan karenahnya ..
sesungguhnya sabar itu ada ganjarannya..
semoga atuk sihat hendaknya..


sambung belajar

salam..

Pada 21 JUN ni.. 
selamat tinggal Johor ...hehe..macam nak pergi jauh je..
sebenarnya dekat je .MELAKA..
aku akan ke KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA..
time spm dulu dapat gak kolej ni dalam jurusan Diploma kaunseling..
tapi sebab nak merasa pra-universiti atau lebih di kenali tingkatan enam..
so,aku memerah otak dan berkorban ke situ la.....alhamdulillah.. atas kejayaan STPM..
dengan pointer biasa2 jer.. sekarang aku akan menyambung pelajar ke peringkat ijazah
dalam ijazah sarjana muda psikologi (kepujian)..fakulti pengajian islam..di KUIM..
dan akan berada di melaka selama 3 1/2 tahun..
doa kan kejayaan saya ^_^

Aiman-Cinta Terakhir





Kau cinta pertamaku

Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman