Jun 4, 2010

wanita biasa


salam,
Ya Allah bersihkan lah hatiku..
dari kelalaian cinta manusia..
aku merinduimu Tuhan..
Semoga kau mengampuni daku yang sering khilaf


sajak


Aku Cuma Wanita Biasa
Merendah diri pada yang esa
Aku tak hebat dalam cinta
Aku mengakuinya

Cinta itu pernah datang..
Tapi ia pergi lepas di tentang
Kau perlu mengejar itu
Tapi bukan aku

Mengejar masa depanmu
Kerjayamu, keperluanmu..
Aku Cuma Wanita Biasa
Yang Bisa buat Kau hilang smuanya

Bila, kau lalai merinduiku
Dan mencintaiku
Aku tak mau itu
Aku mau kau lebih dekat pada yg hakiki

Andai benar kau tercipta untukku
Yakinlah..
Pasti kita bersatu
Tapi sekiranya kau bukan tercipta untukku
Biar kau terus menjadi kawanku..

Tapi hatiku ini..
Dah tiada lagi
Aku tidak akan lagi mencintai
Untuk kedua kali


Pergilah
Cari yang lain..
Kalau itu yang kau mau
Aku mendoakan kebahagianmu
Dan jangan mengharapkanku 

                                                                             utk dia yang mengetahuinya..

propaganda mereka mengenai masjid al-aqsar


Propaganda Mereka Mengenai Masjidil Aqsa
 Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock






Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
   Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan golongan 'Bintang Enam'. Dalam keadaan yang demikian, pihak mereka telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
   Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam





Agenda mereka menghapuskan Masjidil Aqsa


Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan golongan 'Bintang Enam' tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

   Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan mereka. 
Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa mereka di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
   Ini meyakinkan saya bahawa mereka ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka mereka akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini mereka telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor, 
Mathematics Zayed University Dubai





Klik pada gambar untuk saiz lebih besarKlik pada gambar untuk saiz lebih besarKlik pada gambar untuk saiz lebih besar

rujukan: ikhsan:http://www.darulnuman.com/semasa/aqsa.html#top

p/s:
 dunia ini tidak akan kiamat selagi islam tidak berjaya mengalahkan musuh islam israel,yahudi.. ketika itu.. seluruh pokok2 terutama pokok zaitun bisa bertutur.. bhw musuh islam sedang bersembunyi di situ.. sesungguhnya hanya Allah sahaja mengetahui detik itu.. di akhirnya jua..kebenaran akan menang !

Yusuf Islam

Yusof islam
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-Diambil dari Majalah i Keluaran Disember 2005-
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Di sini dipaparkan temu bual Yusuf Islam yang dikutip dari pelbagai sumber, menyingkap






pandangan, pengalaman serta perjalanan hidup




beliau.


Dulu anda sangat popular, tetapi disebabkan gaya hidup yang anda jalani menyebabkan anda dihinggapi satu penyakit yang berbahaya.




Apakah hal tersebut yang menyebabkan anda mengubah haluan hidup?


Itu adalah benar. Sebelum itu saya tidak menyedari apa yang terjadi pada diri saya. Saya




terasa menjalani satu kehidupan yang
sangat cepat, kehidupan sebagai artis pujaan yang gemerlapan dan mewah. Pada masa
yang sama saya terpaksa bekerja lebih masa. Hidup
saya seolah-olah tidak normal. Pada masa yang sama saya ketagih minum minuman keras,
merokok dan sebagainya.

Akhirnya saya terpaksa membayar gaya hidup seperti itu apabila doktor mengsahkan saya




diserang penyakit TB. Ini menghairankan kerana
penyakit ini dianggap sudah pupus pada abad ke-20 ini yang kononnya sistem perubatan dan



gaya hidup manusia sudah canggih.

Saya kemudian tersedar dan memikirkan kembali tentang makna hidup saya selama ini dan




ke mana selepas itu. Kesedaran ini mendorong
saya melakukan satu perubahan besar. Rupanya tempoh rawatan yang saya terima, adalah
satu peluang untuk saya merenung perjalanan hidup

saya. Inilah hikmah berharga di sebalik penyakit yang menimpa saya kerana dalam keadaan




biasa kita tidak mempunyai masa dan kesempatan
untuk merenung sesuatu yang berharga dalam hidup kita.


Selepas anda sihat, khabarnya anda melakukan pengembaraan rohani untuk mencari kebenaran yang akhirnya bertemu dengan agama Islam?

Saya mendapat rawatan yang cukup lama di sebuah hospital di Essex, timur London .




Selepas sihat saya kemudian banyak mempelajari
nilai-nilai Timur seperti Buddha, Hindu, I Chi Zen dan pelbagai lagi. Saya juga sempat
mempelajari asal usul fahaman keagamaan
keluarga saya yang berasal daripada Kristian Yunani lama.

Bagaimanapun semua itu tidak memuaskan hati saya . Saya masih ragu-ragu dengan




huraian yang diberikan. Seorang wanita Australi
memperkenalkan saya pada ajaran sufi Jalaludin Rumi. Ajaran tersebut sangat memberi
kesan, tetapi saya masih tidak menjumpai apa yang
saya cari.

Suatu hari saya mengalami kemalangan yang mengerikan. Waktu itu saya sedang berada di




pantai Malibu, di pinggiran bandar Los



Angeles, Amerika Syarikat iaitu kawasan para jutawan bermastautin. Waktu itu saya sedang



melawat rumah pengurus rakaman saya, Jerry
Moss. Saya memutuskan untuk berenang di pantai pada hari itu dan saya tidak tahu bahawa
hari itu merupakan hari yang berbahaya untuk
berenang kerana musim tengkujuh dan ombak yang sangat besar.

Semasa mandi, saya diheret oleh satu arus yang menyebabkan saya tenggelam. Dalam




keadaan cemas seperti itu, saya sedar bahawa tidak
ada yang boleh menolong saya. Secara spontan saya berteriak sekuat-kuatnya, " Tuhan, jika




Engkau selamatkan aku, aku akan bekerja
untukMu!". Tiba-tiba sebuah ombak besar mendorong saya dari belakang menghempas ke




pantai. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada saya


berenang, dan akhirnya selamat. Saya seperti tidak percaya bahawa saya masih hidup.
Peristiwa itu sesuatu yang luar biasa.
Pada waktu itu saya yakin benar bahawa Tuhan itu ada. Tetapi sebagai manusia, kita sering




melupakan janji-janji yang dilafazkan
apabila telah selamat. Tetapi Tuhan tidak pernah melupakannya..


Lalu sejak bila Islam memberi kesan kepada kehidupan anda?

Tidak lama selepas itu, Islam menyelinap ke dalam hati sanubari saya, melalui abang saya




David. Selepas melakukan perjalanan ke



Jerusalem tahun 1976, David sangat tertarik dengan cara orang Islam beribadah di sekitar



Masjid al-Aqsa. Menurutnya orang Islam nampak
sangat khusyu', tenang semasa beribadah dan tanpa patung dan tanpa gambar. Selepas
pulang ke London , David mencari senaskah al-Quran
di sebuah kedai buku. Dia kemudiannya membelikan untuk saya kerana dia tahu saya
sedang dalam 'pencarian'.

Saya menghabiskan waktu satu tahun untuk membaca al-Quran sehingga habis, sebelum
memutuskan untuk memeluk Islam.
Pada waktu sangat berat bagi saya bersikap terbuka terhadap Islam kerana saya telah




dipengaruhi oleh pelbagai persepsi negatif
terhadap Islam. Ayah saya adalah seorang Yunani-Cypriot, dan kerananya semua yang
berkaitan dengan Islam dan 'Turki' adalah berbahaya
disebabkan mereka musuh ketat kami. Jadi saya pujuk hati saya, bacalah kerana ini hanya
sebuah buku dan ia tidak akan melukaimu.

Saya mulai membaca al-Quran dan hal pertama yang saya pelajari adalah nama Tuhan.




Dimulai dengan..." Dengan nama Allah Yang Maha




Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..."

Ini sangat mengejutkan saya kerana saya tidak menyangka bahawa orang Islam itu percaya pada Tuhan! Saya menyangka mereka selama ini




menyembah Muhammad. Semakin banyak saya membaca al-Quran, semakin ia membuat
saya kagum dan takjub.


Lalu apa yang anda peroleh daripada al-Quran?

Yang pertama dan utama al-Quran bercerita tentang iman kepada Allah yang Ahad untuk





semua manusia, dan bercerita tentang umat
manusia sebagai sebuah keluarga. Ada juga ayat-ayat yang menceritakan tentang para Nabi
yang bersaudara yang telah menyampaikan pesan
yang sama kepada umat manusia, berusaha mengajak manusia kembali ke jalan yang benar.

Saya melihat nama-nama Yesus, Moses, Abraham, Jacob, Noah dan yang terpenting adalah




utusan terakhir Muhammad Sallallahu'alaihi
wasalam. Semua mereka disebut oleh al-Quran dengan penghormatan yang sama sebagai
Nabi utusan Allah Subhanahu wa Taala.

Salam satu ayat itu berbunyi :" Wahai manusia sembahlah Tuhan yang menciptakanmu dan




orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu
beriman kepadaNya".
Sepanjang hidup saya belum pernah saya mendengar ayat yang seperti ini. Akhirnya
kesemua yang saya baca membawa saya kepada satu
kesimpulan iaitu " inilah kebenaran yang saya cari".


Apakah tidak timbul sedikit pun penolakan di dalam hati anda?

Ya, pada mulanya saya seperti dicabar untuk mencari kelemahan di dalam al-Quran tersebut.




Lalu saya mulai mecari-cari kelemahan dan
kesalahannya. Saya terfikir takkan tidak ada satu atau dua hal yang tidak sempurna.

Tetapi datang satu bisikan dalam diri saya bahawa apa yang saya baca adalah Satu.
kesempurnaan. Semakin saya baca, semakin ia
mengasyikkan. Saya seperti diserap oleh al-Quran.
Yang paling berkesan pada diri saya adalah kisah dalam surah Yusuf, kerana kisahnya




hampir sama yang terdapat dalam kitab Injil.
Selepas saya membaca surah tersebut, tiba-tiba hati saya seperti terbuka dan air mata saya
bercucuran tidak henti-henti.

Saya yakin buku ini tidak mungkin ditulis oleh seorang manusia. Ini pasti sebuah wahyu.




Sejak saat itu, saya mula sedar tidak ada
cara lain selain saya harus menjadi seorang Muslim.

Akhirnya saya bertemu dengan seorang Muslimah yang memberitahu saya bahawa ada




sebuah masjid yang baru dirasmikan di Regent's Park.
Padahal selama bertahun-tahun saya melalui kawasan itu, yang saya lihat hanya pepohon,
semak belukar dan padang rumput.

Kini, di celah-celah pepohonan hijau itu saya melihat kubah keemasa yang belum pernah
saya saksikan sebelum ini.
Pada suatu hari di musim sejuk tahun 1977, saya mengambil keputusan yang mengubah




hidup saya, saya berjalan kaki untuk ke masjid itu
untuk menyatakan keyakinan saya. Saya mengatakan " Tiada Tuhan selain Allah dan




Muhammad itu pesuruhNya".


Apa reaksi keluarga anda dengan keputusan anda itu?

Saya sedar bahawa langkah ini akan memberi kesan yang besar pada keluarga saya, teman-




teman dan masyarakat. Tapi yang paling penting
dalam keputusan itu, bukanlah apa yang difikirkan orang tetapi saya seperti kembali ke fitrah
yang suci. Jika kita mendengar bisikan
hati kita, maka kita akan pergi.

Sejak saat itu, saya terus mendengarkan suara hati saya dan saya yakin hanya seruan Allah




yang harus ditaati dan diikuti. Itulah

perjalanan akhir daripada pencarian saya.

Mengapa anda memilih nama Yusuf?
Saya ingin membuang kenangan sebagai seorang Cat Stevens. Apabila saya menjadi




seorang Muslim, saya memerlukan satu nama baru.
Disebabkan surah dalam al-Quran yang paling saya sukai adalah surah Yusuf, maka saya
abadikan nama itu pada nama saya.



p.s: - Hargailah nikmat iman dan Islam yang telah diberikan kepada kita.



Yusuf Islam[1] (lahir sebagai Steven Demetre Georgiou pada 21 Julai 1948 di London), yang dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978, ialah seorang pemuzikahli muzikpenyanyipencipta lagupendidikdermawan dan pemeluk agama Islam terkenal yang berbangsa Inggeris.
Sewaktu dikenali sebagai "Cat Stevens", beliau telah menjual lebih 60 juta album di seluruh dunia sejak akhir 1960-an. Dua album beliau iaituTea for the Tillerman dan Teaser and the Firecat telah disijilkan oleh RIAA kerana mencapai status Platinum Beganda Tiga di Amerika Syarikat (tiga juta jualan setiap satu); album Catch Bull at Four pula menjual setengah juta salinan dalam dua minggu terawal sejak dikeluarkan dan merupakan LP #1 Billboard selama tiga minggu berturut-turut. Bakat mencipta lagu beliau juga memberinya dua anugerah ciptaan lagu ASCAP(untuk "The First Cut Is the Deepest" yang menjadi single hit untuk empat orang artis berbeza.)
Pada kemuncak kemasyhuran beliau, pada tahun 1977, Stevens memeluk agama Islam. Pada tahun 1978, beliau membawa nama Yusuf Islam, lalu meninggalkan kerjaya muzik untuk menumpu kepada tujuan pendidikan dan dermawan dalam masyarakat Muslim. Pada tahun 2006, beliau kembali ke persada mzuik pop, dengan sebuah album yang mengandungi lagu pop serba baru sejak berlalunya 28 tahun yang berjudul An Other Cup.
Beliau telah dikurniakan beberapa anugerah kerana usaha-usaha memupuk keamanan di dunia, temrasuk anugerah Man for Peace 2004 dan Hadiah Mediterranean untuk Keamanan 2007. Beliau tinggal bersama isteri beliau, Fauzia Mubarak Ali, dan lima orang anak di Brondesbury Park, London, dan sering mengunjungi Dubai setiap tahun.[2]


http://www.scribd.com/doc/13620471/sejarah-ringkas-Yusof-Islam


nadh: pernah gak tgk tmu bual pasal beliau.. dekat Astro.. dah lama .2thn lepas..tb2 hri ni..terpngil utk post  about Yusuf islam kat blog nie.. harap anda mendapat manfaat ..




Jun 3, 2010

kasih

kasih,.....
bila kau tiada di sisi
aku tetap tidak sunyi..
kerana kau sering hadiahkan ku puisi..

kau berikan aku senyuman ini,.
ringkas dan rapi..
tiada rungutanku bila kau pergi.
kerana ku tahu..aku tetap di hati..
walaupun kini kita sahabat sejati..
 

^_^
khas untuk Mr Dear hafizuddin..

see u all again

tonight

tonight,.

i dont know,..
why?..tiba2 je mood sedih .
apasal?... aku tak taw,
mody je.. hmm
today, tak sentuh nasi pun..
xde selera..
yang penting not about love..
myb byk pk.
masa akan datang.
suram,muram..

Ya Allah
kuatkan aku..
amin..

The Fabulous Cats - Cinta Kosmik (HD)

Cinta kosmikmu yang membara
Cinta kosmikmu yang menyala
Cinta kosmikmu yang kau bawa
Cinta kosmikmu

Lakaran topeng cinta kau sarungkan untukku
Duniaku mula berubah satu demi persatu

Chorus
Kau kan ku angkatmu
Kau cinta kosmikku
Bersatu dalam ritma atmosferaku
Tunjukkan aku cinta kosmikmu
Merentasi semesta awan nan biru
Awan nan biru
Dah kulayarkan terbang dalam khayalan (2 kali)
Kan ku selongkar peti emas cinta yang kau berikan padaku
Ku nakhodakan armada sutera penghias awanmu

Ulang Chorus

Ku bentangkan permaidani kaca untuk kau titi ke hatiku
Ku tuliskan syair-syair cinta untuk kau lagukan untukku
Ku binakan istana air yang sebening embun
Ku hadiahkan obor-obor cinta peneman malammu

(Rap)
Segala deria
Fenomena
Bila tersentuh
Naluri runtuh
Nyalakan chi lagaan kornea
Nyawa memesong rongga-rongga longgar
Pujangga sutradara manual
Kosmikal cinta spiritual
Hadirmu tak perlu dikomen
Sedikit pun tak ubah halamu
Penjuru bucu bertemukan kaku
Cinta kosmikmu yang membara
Cinta kosmikmu yang menyala
Cinta kosmikmu yang kau bawa
Cinta kosmikmu

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang (HD)



Artist : Imran Ajmain
Lirik Lagu : Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang
Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Jun 2, 2010

"ANGGUN"





anggun untukmu,..
di mataku
tiap katamu
menghiburkanku
canda dan bahagiaku
untukmu
semuanya untukmu
kasih sayangku
untukmu
tp cintaku
pada Allah iaitu tuhanku
lebih dari itu..


Penyanyi: Bau
Tajuk Lirik Lagu: Anggun

Meski hati tak rela
Bila rindu datang lagi untukku
Sampai waktunya aku sendiri
Hidup yang aku tak pasti

Langkahku terhenti
Tak mampu berlari
Saat tangannya digengam
engan lepaskan

Aku bernafas tanpa udara
Tangisku tiada air mata
Oh kerana semuanya berlalu
Menghilang dan tak akan kembali

Ku cuba menutup mataku
[ Anggun lyric found on www.lirik.my ]
Bilaku lelah untuk hidup
Namun semuanya berubah di saat engkau hadir
Oooooooooooooo....

Kau yang anggun
Kau yang telah membuat aku kembali
Ke jasadku yang telah mati dan kau sinarku

Cahaya yang terang
Untuk perjalanan yang lurus ini

Dunia sementara
Mengejar masa itu pasti
Buat aku

Dan bersyukurku akanNya.