Jun 6, 2010

Tanda-tanda Kiamat




§                     Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul    Ardhi.
§                     Lahirnya Dajjal.
§                     Keluar asap tebal.
§                     Turunnya Nabi Isa a.s.
§                     Kemunculan Imam Mahdi.
§                     Matahari terbit dari ufuk barat.
§                     Keluarnya suku Yakjuj dan Makjujhttp://berita-harian-online.com/forum/showthread.php?t=552
§                     Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
§                     Runtuhnya Ka'abah
§                     Terdengar tiupan sangkakala pertama.
§                     Ada azan tak di jawab
§                     3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

Tanda-tanda kecil

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
§                     Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]
§                     Zina bermaharajalela[perlu rujukan]
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
§                     Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu rujukan]
§                     Bermaharajalela alat muzik[perlu rujukan]
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
§                     Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan]
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
§                     Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
§                     Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]
§                     Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu rujukan]
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
§                     Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu rujukan]
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
§                     Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
§                     Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
§                     Bulan sabit kelihatan besar[perlu rujukan]
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
§                     Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
§                     Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
§                     Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
§                     Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan]
§                     Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan]
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
§                     Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan]
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
§                     Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-hadis bawah-
§                     Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis bawah-
§                     Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-
§                     Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-
§                     Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
§                     Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-
§                     Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-hadis bawah-
§                     Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-hadis bawah-
§                     Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-hadis bawah-
§                     Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-hadis bawah-
§                     Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
-hadis bawah-
§                     Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyiperempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi
§                     Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-hadis bawah-
§                     Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-hadis bawah-
§                     Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-hadis bawah-
§                     Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad
§                     Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
§                     Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
§                     Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah
§                     Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim
§                     Banyaknya berlaku gempa bumi[2]
§                     Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
§                     Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]
§                     Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-
§                     Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

Jun 5, 2010

Lah Ahmad - Adinda


Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang kutunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah kumelupakanmu
Hanya engkau yang kuperlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

(Chorus)
Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana, kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah kumelupakanmu
Hanya engkau yang kuperlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu dihatiku
Semua yang kau mahu

(Chorus)
Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa


Jun 4, 2010

berangan jadi Wartawan

Salam,

beb, aku ni bukan yer banyak cakap..tapi berangan nak jadi wartawan..haha.. dari frm 1- frm 5
aku cuma jadi di sebalik takbir.. menyokong kawan-kawan dalam pemidato dan perbahasan.
Dalam hati nak jadi seperti kawan-kawan aku tu. tapi tahap rendah diri. teruk sangat.. 
entah kenapa.. Bila berganjak ke tingkatan 6.. dengan ajaib yer... aku berani untuk menunjukkan segala bakat aku yang selama ini terpendam.. dengan segala hormatnya aku menjadi ketua dalam bahasa ala perlimen dan menjadi sebagai ketua pembakang . Tajuk yer berkaitan Rotan.. "cikgu aku cakap... sangat hebat cara aku mengayakan penyampaian.. dont give up..kalo di asah boleh menjadi seorang pembahas yang baik". sangat serius dalam bekerja... Aku sangat ingat nasihat Cikgu.. sejak itu.
aku sangat di kenali.. sampai kawan-kawan pun panggil aku yang berhormat.. sedangkan aku bukan yer hebat mane.. just dapat wakit sekolah ke peringkat daerah muar tu jer... tak la sampai johan ke..
Selepas dari itu.. aku berpeluang ke Program jati diri peringkat negeri Johor.. dan aku menjadi penolong dalam kumpulan5.bravoooooooooooo!..nak jadi luar biasa kena buat sesuatu yang luar biasa.
selama 10 hri di kota tinggi.. di situ la kenangan yang paling banyak.. ada mama n papa angkat.. adik beradik angkt ..seronok..rindu korang expcly Azie, tika n all....
selepas balik je dari program tu... Aku di pilih jadi naib pengerusi Fasiltr Program perkhemahan beruniform..
Adeh2 ..nak tak nak.. kena wat the best.... semasa pemilihan dalam koko... aku juga terpilih sebagai naib pengerusi rumah merah ungku Omar... (musuh makin ramai time 2)... 
sekali lagi aku di pilih untuk menjadi setiausaha dalam kelab futsal..time 2 la.. org cakap aku gila jawatan..
(masalhnya, ini ckg yg pilih, n dpersetujui rmai)... kemudian.. time kedatangan Mejar Dr.FAIZ ke sek aku .time tu sek aku jadi tuan rumah dalam SAINS dan INOVASI kot..lupa lak... gambar aku di tangkap bersama mejar dr faiz... aku di sebelah sepupu aku..naziera.. sedang mintak ..sainsssssssssss...
hahaha.. kecoh mengecohlaaa.. kawan2 pangil aku... mke masuk paper siot... time 2 la.. makin rmai iri hti pada aku..... aku tak mintak..tp rezeki.. dpt salam lagi..haha.. (kenangan indah la tu).. 
selepas kejadian itu.. aku di pilih.untuk menyertai kolokium.. kene wat assgmnt macam budak U.. 
mengkaji... tetang pandgan masyarakat terhdp ting 6....banyak2 lagi..di PPD MUAR..dan berdepan dengan budak.. high school, asrama penuh..pnsyrh n ckg2. tapi setelah berusaha hebat.. sek aku terpilih dalam 10 sek tip top..untuk ke final.. tp time final..tak dapat juara..no 5 jeh..ok la 2..huhuhuhuhuhu.
  
dengan kejadian itu semua..
tiba2 aku terima satu surat dari SPA>.
aku dapat temuduga ke Penerbit Rancangan RTM...
strt situ..sebelum pergi... aku kena jadi pengacara dekat perhimpunan setiap hari isnin..
wahhhh...mag nebesssssssss la..
mengeletar tgn..nasib baik.. ketua pengawas ,kwn aku gk.. said dont nbes.. do the best..u can doit..ceh wahh.
nak spkg lak..
hmm.. so, mjadi kbiasaan la..

semasa hari nak ke RTM JB..

pagi tu.. Ya ampun .. bangun lewat.sebab aku tak ley tdo.. teringt apa yg akan kena wat..
my mom n dad dah cakp... n bising2.. tak yah g la ..mcm ni... aku dengan smgt..aku ckp nak g gak..
dapat ke tak..lain ctew... yg penting..penglaman..aku g..
tepat2 .kul 8pgi..
pkgrd tu ckp..
cepat2.. kamu last nie,...haha
aku pun masuk ... n duk mcari bilik yang kena g tmdga.. sesat lak..peh..
hmmm, skali ada seorang laki .dtg lewat..so aku masuk sekali ngan dia..
tgk sempoi je..bila tanya tengah amik master.. terdiam aku.haha
rmai dah dlm tu.. kira 20 org gak... pempuan lebih rmai.. tp more free hair.. mkup tebal2..
sedangkan aku.. bjukurung tanpa solekan..huhauhuhuah..
nampk sgt dah gagal... nak amik no giliran.. seorang akak tu cakap.. mne dak pempuan nih..cepat tulis nama..
tp diorg msing2.. duduk.. n berbual sama sendiri..bila tgk diorg tak mau tulis nama.. Aku terus tulis nama .n jdi peserta pertama perempuan yang kena msuk dlm bilik khas.. mcm nak bace berite 2..hahaha
skali dia bg kertas n soalan.. n testg suara...
aku kena bace berite melayu n inggeris..... fuhhhhhhh.. lidah aku.. terbelit2..tp usaha2.. aku saing ngan..
Dj radio Melaka Fm..dia kelakar..haha. teringt dia pulak... kecik je..upe yer dah tua..haha.. 
aku pilih wartawan lokasi.. wartawan sukan susah skit..dpt lokasi ni.. soalan yer pasal bukit antarabgsa..
fulamak.. syok la.. bru wat assgmnt BM.. pasal bukit antarabgsa..
.hak2
So, bila nama aku di pngil;... aku mula la jdi pembce brte ngan wartwn lokasi... keluar je dr blik tu..
si penemudga aku tu..tnya tentag latar blkg.. n stdy mne skrg..
dia cume ckp..lau dpt ni tak syg ke nak tgalkan STPM..
aku jwb dgn tenang..sekiranya rezeki saya di sini..sy terime..kalau tak dapat sy redho..n teruskan STPM..

2bulan berlalu..
ayah aku call... "angah ,kau lulus temudaga tu,n akan keperingkat ke 2...."
time 2..aku pnye hpy..menjdi2..
trus bergan2 besar aku ni akan jadi wartwn..Hahahaha...

kali ni ker.. pembandaraan iskandar.. So,beuty Pembandaraan iskandar.. huhu..
aku kena jawab soalan bertulis..inggeris n malay..kena wat karangan.. soalan objektf..
nak tuka bahasa. inggrs ke malay..malay ke inggrs.. 

dalam 2bulan..

ayah aku call." angah, Kau gagal ke peringkt seterus yer..."

so The END,..
hahahahahahaha

anwy semua tu pengalaman..
banyak lagi..
pasal aku ke GAPENA
bergaduh ngan geng2 anti aku sbb di tuduh gila kuasa..
n more...
semua tu menguatkan aku..
sehingga aku..
dah rasa ..apa rasa menjadi seorang Guru..
tingkatan enam
kau mendewasakanku..............


see u next time

siapa yang sudi bawa saya ke sini

huh, rindu pada Pantai..
siapa la yang sudi bawa saya ke pantai
satu hari nanti..
indah ciptaan tuhan...
tenang sekali..
rindu bunyi ombak..
Romantik yer..
bila kekasih hati.
bawa kita ke pantai..
wah2 berangan pulak ..
hahaha..

wanita biasa


salam,
Ya Allah bersihkan lah hatiku..
dari kelalaian cinta manusia..
aku merinduimu Tuhan..
Semoga kau mengampuni daku yang sering khilaf


sajak


Aku Cuma Wanita Biasa
Merendah diri pada yang esa
Aku tak hebat dalam cinta
Aku mengakuinya

Cinta itu pernah datang..
Tapi ia pergi lepas di tentang
Kau perlu mengejar itu
Tapi bukan aku

Mengejar masa depanmu
Kerjayamu, keperluanmu..
Aku Cuma Wanita Biasa
Yang Bisa buat Kau hilang smuanya

Bila, kau lalai merinduiku
Dan mencintaiku
Aku tak mau itu
Aku mau kau lebih dekat pada yg hakiki

Andai benar kau tercipta untukku
Yakinlah..
Pasti kita bersatu
Tapi sekiranya kau bukan tercipta untukku
Biar kau terus menjadi kawanku..

Tapi hatiku ini..
Dah tiada lagi
Aku tidak akan lagi mencintai
Untuk kedua kali


Pergilah
Cari yang lain..
Kalau itu yang kau mau
Aku mendoakan kebahagianmu
Dan jangan mengharapkanku 

                                                                             utk dia yang mengetahuinya..

propaganda mereka mengenai masjid al-aqsar


Propaganda Mereka Mengenai Masjidil Aqsa
 Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock






Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
   Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan golongan 'Bintang Enam'. Dalam keadaan yang demikian, pihak mereka telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
   Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam





Agenda mereka menghapuskan Masjidil Aqsa


Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan golongan 'Bintang Enam' tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

   Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan mereka. 
Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa mereka di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
   Ini meyakinkan saya bahawa mereka ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka mereka akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini mereka telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor, 
Mathematics Zayed University Dubai





Klik pada gambar untuk saiz lebih besarKlik pada gambar untuk saiz lebih besarKlik pada gambar untuk saiz lebih besar

rujukan: ikhsan:http://www.darulnuman.com/semasa/aqsa.html#top

p/s:
 dunia ini tidak akan kiamat selagi islam tidak berjaya mengalahkan musuh islam israel,yahudi.. ketika itu.. seluruh pokok2 terutama pokok zaitun bisa bertutur.. bhw musuh islam sedang bersembunyi di situ.. sesungguhnya hanya Allah sahaja mengetahui detik itu.. di akhirnya jua..kebenaran akan menang !

Yusuf Islam

Yusof islam
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-Diambil dari Majalah i Keluaran Disember 2005-
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Di sini dipaparkan temu bual Yusuf Islam yang dikutip dari pelbagai sumber, menyingkap






pandangan, pengalaman serta perjalanan hidup




beliau.


Dulu anda sangat popular, tetapi disebabkan gaya hidup yang anda jalani menyebabkan anda dihinggapi satu penyakit yang berbahaya.




Apakah hal tersebut yang menyebabkan anda mengubah haluan hidup?


Itu adalah benar. Sebelum itu saya tidak menyedari apa yang terjadi pada diri saya. Saya




terasa menjalani satu kehidupan yang
sangat cepat, kehidupan sebagai artis pujaan yang gemerlapan dan mewah. Pada masa
yang sama saya terpaksa bekerja lebih masa. Hidup
saya seolah-olah tidak normal. Pada masa yang sama saya ketagih minum minuman keras,
merokok dan sebagainya.

Akhirnya saya terpaksa membayar gaya hidup seperti itu apabila doktor mengsahkan saya




diserang penyakit TB. Ini menghairankan kerana
penyakit ini dianggap sudah pupus pada abad ke-20 ini yang kononnya sistem perubatan dan



gaya hidup manusia sudah canggih.

Saya kemudian tersedar dan memikirkan kembali tentang makna hidup saya selama ini dan




ke mana selepas itu. Kesedaran ini mendorong
saya melakukan satu perubahan besar. Rupanya tempoh rawatan yang saya terima, adalah
satu peluang untuk saya merenung perjalanan hidup

saya. Inilah hikmah berharga di sebalik penyakit yang menimpa saya kerana dalam keadaan




biasa kita tidak mempunyai masa dan kesempatan
untuk merenung sesuatu yang berharga dalam hidup kita.


Selepas anda sihat, khabarnya anda melakukan pengembaraan rohani untuk mencari kebenaran yang akhirnya bertemu dengan agama Islam?

Saya mendapat rawatan yang cukup lama di sebuah hospital di Essex, timur London .




Selepas sihat saya kemudian banyak mempelajari
nilai-nilai Timur seperti Buddha, Hindu, I Chi Zen dan pelbagai lagi. Saya juga sempat
mempelajari asal usul fahaman keagamaan
keluarga saya yang berasal daripada Kristian Yunani lama.

Bagaimanapun semua itu tidak memuaskan hati saya . Saya masih ragu-ragu dengan




huraian yang diberikan. Seorang wanita Australi
memperkenalkan saya pada ajaran sufi Jalaludin Rumi. Ajaran tersebut sangat memberi
kesan, tetapi saya masih tidak menjumpai apa yang
saya cari.

Suatu hari saya mengalami kemalangan yang mengerikan. Waktu itu saya sedang berada di




pantai Malibu, di pinggiran bandar Los



Angeles, Amerika Syarikat iaitu kawasan para jutawan bermastautin. Waktu itu saya sedang



melawat rumah pengurus rakaman saya, Jerry
Moss. Saya memutuskan untuk berenang di pantai pada hari itu dan saya tidak tahu bahawa
hari itu merupakan hari yang berbahaya untuk
berenang kerana musim tengkujuh dan ombak yang sangat besar.

Semasa mandi, saya diheret oleh satu arus yang menyebabkan saya tenggelam. Dalam




keadaan cemas seperti itu, saya sedar bahawa tidak
ada yang boleh menolong saya. Secara spontan saya berteriak sekuat-kuatnya, " Tuhan, jika




Engkau selamatkan aku, aku akan bekerja
untukMu!". Tiba-tiba sebuah ombak besar mendorong saya dari belakang menghempas ke




pantai. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada saya


berenang, dan akhirnya selamat. Saya seperti tidak percaya bahawa saya masih hidup.
Peristiwa itu sesuatu yang luar biasa.
Pada waktu itu saya yakin benar bahawa Tuhan itu ada. Tetapi sebagai manusia, kita sering




melupakan janji-janji yang dilafazkan
apabila telah selamat. Tetapi Tuhan tidak pernah melupakannya..


Lalu sejak bila Islam memberi kesan kepada kehidupan anda?

Tidak lama selepas itu, Islam menyelinap ke dalam hati sanubari saya, melalui abang saya




David. Selepas melakukan perjalanan ke



Jerusalem tahun 1976, David sangat tertarik dengan cara orang Islam beribadah di sekitar



Masjid al-Aqsa. Menurutnya orang Islam nampak
sangat khusyu', tenang semasa beribadah dan tanpa patung dan tanpa gambar. Selepas
pulang ke London , David mencari senaskah al-Quran
di sebuah kedai buku. Dia kemudiannya membelikan untuk saya kerana dia tahu saya
sedang dalam 'pencarian'.

Saya menghabiskan waktu satu tahun untuk membaca al-Quran sehingga habis, sebelum
memutuskan untuk memeluk Islam.
Pada waktu sangat berat bagi saya bersikap terbuka terhadap Islam kerana saya telah




dipengaruhi oleh pelbagai persepsi negatif
terhadap Islam. Ayah saya adalah seorang Yunani-Cypriot, dan kerananya semua yang
berkaitan dengan Islam dan 'Turki' adalah berbahaya
disebabkan mereka musuh ketat kami. Jadi saya pujuk hati saya, bacalah kerana ini hanya
sebuah buku dan ia tidak akan melukaimu.

Saya mulai membaca al-Quran dan hal pertama yang saya pelajari adalah nama Tuhan.




Dimulai dengan..." Dengan nama Allah Yang Maha




Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..."

Ini sangat mengejutkan saya kerana saya tidak menyangka bahawa orang Islam itu percaya pada Tuhan! Saya menyangka mereka selama ini




menyembah Muhammad. Semakin banyak saya membaca al-Quran, semakin ia membuat
saya kagum dan takjub.


Lalu apa yang anda peroleh daripada al-Quran?

Yang pertama dan utama al-Quran bercerita tentang iman kepada Allah yang Ahad untuk





semua manusia, dan bercerita tentang umat
manusia sebagai sebuah keluarga. Ada juga ayat-ayat yang menceritakan tentang para Nabi
yang bersaudara yang telah menyampaikan pesan
yang sama kepada umat manusia, berusaha mengajak manusia kembali ke jalan yang benar.

Saya melihat nama-nama Yesus, Moses, Abraham, Jacob, Noah dan yang terpenting adalah




utusan terakhir Muhammad Sallallahu'alaihi
wasalam. Semua mereka disebut oleh al-Quran dengan penghormatan yang sama sebagai
Nabi utusan Allah Subhanahu wa Taala.

Salam satu ayat itu berbunyi :" Wahai manusia sembahlah Tuhan yang menciptakanmu dan




orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu
beriman kepadaNya".
Sepanjang hidup saya belum pernah saya mendengar ayat yang seperti ini. Akhirnya
kesemua yang saya baca membawa saya kepada satu
kesimpulan iaitu " inilah kebenaran yang saya cari".


Apakah tidak timbul sedikit pun penolakan di dalam hati anda?

Ya, pada mulanya saya seperti dicabar untuk mencari kelemahan di dalam al-Quran tersebut.




Lalu saya mulai mecari-cari kelemahan dan
kesalahannya. Saya terfikir takkan tidak ada satu atau dua hal yang tidak sempurna.

Tetapi datang satu bisikan dalam diri saya bahawa apa yang saya baca adalah Satu.
kesempurnaan. Semakin saya baca, semakin ia
mengasyikkan. Saya seperti diserap oleh al-Quran.
Yang paling berkesan pada diri saya adalah kisah dalam surah Yusuf, kerana kisahnya




hampir sama yang terdapat dalam kitab Injil.
Selepas saya membaca surah tersebut, tiba-tiba hati saya seperti terbuka dan air mata saya
bercucuran tidak henti-henti.

Saya yakin buku ini tidak mungkin ditulis oleh seorang manusia. Ini pasti sebuah wahyu.




Sejak saat itu, saya mula sedar tidak ada
cara lain selain saya harus menjadi seorang Muslim.

Akhirnya saya bertemu dengan seorang Muslimah yang memberitahu saya bahawa ada




sebuah masjid yang baru dirasmikan di Regent's Park.
Padahal selama bertahun-tahun saya melalui kawasan itu, yang saya lihat hanya pepohon,
semak belukar dan padang rumput.

Kini, di celah-celah pepohonan hijau itu saya melihat kubah keemasa yang belum pernah
saya saksikan sebelum ini.
Pada suatu hari di musim sejuk tahun 1977, saya mengambil keputusan yang mengubah




hidup saya, saya berjalan kaki untuk ke masjid itu
untuk menyatakan keyakinan saya. Saya mengatakan " Tiada Tuhan selain Allah dan




Muhammad itu pesuruhNya".


Apa reaksi keluarga anda dengan keputusan anda itu?

Saya sedar bahawa langkah ini akan memberi kesan yang besar pada keluarga saya, teman-




teman dan masyarakat. Tapi yang paling penting
dalam keputusan itu, bukanlah apa yang difikirkan orang tetapi saya seperti kembali ke fitrah
yang suci. Jika kita mendengar bisikan
hati kita, maka kita akan pergi.

Sejak saat itu, saya terus mendengarkan suara hati saya dan saya yakin hanya seruan Allah




yang harus ditaati dan diikuti. Itulah

perjalanan akhir daripada pencarian saya.

Mengapa anda memilih nama Yusuf?
Saya ingin membuang kenangan sebagai seorang Cat Stevens. Apabila saya menjadi




seorang Muslim, saya memerlukan satu nama baru.
Disebabkan surah dalam al-Quran yang paling saya sukai adalah surah Yusuf, maka saya
abadikan nama itu pada nama saya.



p.s: - Hargailah nikmat iman dan Islam yang telah diberikan kepada kita.



Yusuf Islam[1] (lahir sebagai Steven Demetre Georgiou pada 21 Julai 1948 di London), yang dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978, ialah seorang pemuzikahli muzikpenyanyipencipta lagupendidikdermawan dan pemeluk agama Islam terkenal yang berbangsa Inggeris.
Sewaktu dikenali sebagai "Cat Stevens", beliau telah menjual lebih 60 juta album di seluruh dunia sejak akhir 1960-an. Dua album beliau iaituTea for the Tillerman dan Teaser and the Firecat telah disijilkan oleh RIAA kerana mencapai status Platinum Beganda Tiga di Amerika Syarikat (tiga juta jualan setiap satu); album Catch Bull at Four pula menjual setengah juta salinan dalam dua minggu terawal sejak dikeluarkan dan merupakan LP #1 Billboard selama tiga minggu berturut-turut. Bakat mencipta lagu beliau juga memberinya dua anugerah ciptaan lagu ASCAP(untuk "The First Cut Is the Deepest" yang menjadi single hit untuk empat orang artis berbeza.)
Pada kemuncak kemasyhuran beliau, pada tahun 1977, Stevens memeluk agama Islam. Pada tahun 1978, beliau membawa nama Yusuf Islam, lalu meninggalkan kerjaya muzik untuk menumpu kepada tujuan pendidikan dan dermawan dalam masyarakat Muslim. Pada tahun 2006, beliau kembali ke persada mzuik pop, dengan sebuah album yang mengandungi lagu pop serba baru sejak berlalunya 28 tahun yang berjudul An Other Cup.
Beliau telah dikurniakan beberapa anugerah kerana usaha-usaha memupuk keamanan di dunia, temrasuk anugerah Man for Peace 2004 dan Hadiah Mediterranean untuk Keamanan 2007. Beliau tinggal bersama isteri beliau, Fauzia Mubarak Ali, dan lima orang anak di Brondesbury Park, London, dan sering mengunjungi Dubai setiap tahun.[2]


http://www.scribd.com/doc/13620471/sejarah-ringkas-Yusof-Islam


nadh: pernah gak tgk tmu bual pasal beliau.. dekat Astro.. dah lama .2thn lepas..tb2 hri ni..terpngil utk post  about Yusuf islam kat blog nie.. harap anda mendapat manfaat ..




Jun 3, 2010

kasih

kasih,.....
bila kau tiada di sisi
aku tetap tidak sunyi..
kerana kau sering hadiahkan ku puisi..

kau berikan aku senyuman ini,.
ringkas dan rapi..
tiada rungutanku bila kau pergi.
kerana ku tahu..aku tetap di hati..
walaupun kini kita sahabat sejati..
 

^_^
khas untuk Mr Dear hafizuddin..

see u all again