Jun 12, 2010

sahabatku nie

syasya


salam,

syasya.. itula nama kawan baikku... dia orang pertama yang aku kenal. masa mula2 pindah ke JOHOR.
sebelum ni aku duk PAHANG. mag rapat ngan dia.. sebab selalu main kat padang depan umah tu.hek...
masa kat sek pun... mag rapat... kadang-kadang..kita gadoh2 gak kan syasya.....
tapi itu semua kenangan..heheh...dalam tingktn 3 dia pindah ke KL..bukan sng nak berhbung..dlm ting 5 gak.bru contct blik.n dia bru pindah ke jb pulak.. Dia cakap rindu kat aku sangat.
Bukan kau je..aku pun rindu.. last jumpa pun...time weddg KO kan.. hmmmm.tu pun jap.
walau ko mintak aku duk lepak umah ko..hehehe.. tp dah sampai tu ok la.
sebab....bukan senang nak ajak my dad tu p jalan2.melainkan ada urusan penting… ala lagi pun aku dah terperap duk umah ko smgu kan…kat JB.. akak endang pun dah bwk aku jln2 tgk wayang..tu first tme tau aku tgk wayang… heheheh..  sya nti bawak la aku g singpore..haha. nak g sgt sner..
ari tu time ko ajak.. aku takde pspot..huhu.. tp skrg ni pun xde gak..haha…

semoga persahabatan kita kekal ya… n for alisya qistina ank syasya ..n anak agkat aku ni ..haha.. nti jmpe dia.. kasi cubit pp..hehe.. syasya tkcr ye…..
jg solat n taat pada suami… I miss u my best friends forever…
 wsalam.

Jun 11, 2010

Mata seorang bidadari cinta




MATA SEORANG BIDADARI CINTA

LUHURNYA CINTA TIADA TERUCAP
DISAMPING PERMANDANGAN TULUSNYA PERASAAN
BAGAI HARI INI DIPALU
PABILA KAU TIADA DISISI

HATIKU TERASA SHAHDU
JIWAKU BERASA TENANG
SEGALA CINTA KUSERAH PADAMU
HANYA KAU PENYERI
YANG MENCERIAKAN RENCANAKU

TITIP MATAMU MENGIKAT CINTA
IKHLAS PERMANDANGANMU MENRUNTUN PERASAAN
DISULAMI SENYUMAN TAK TERSANGGUP KULUPA
ITULAH KAU, WAHAI BIDADARI CINTA!

PERNAHNYA TIDAK KUTATAP MATAMU ITU
MATA YANG TERJELITA DEMIKIAN
HINGGA TIADA KATA DAPAT KUBINGKIS SHAHDUNYA MATA ITU
TIAP KERDIPAN MATANYA IBARAT KATA CINTA BUATKU
MATA ITU MILIK SEORANG BIDADARI CINTA
YANG MANA MATA CINTA MILIKNYA

BY....
MOHA


p/s: ni karya hafizuddin .Dia cakap. sajak ni untuk saya. tapi mcm tak layak je kan. sebab indah sangat penulisan yer..ayat2nya..sesuai untuk bidadari yang paling cantik dan paling baik.. di syurga.hehe.thankz dear. 

YANG TERINDAH BY DAKMIE


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

salam,

sebenarnya lagu ni.. Aku tak la bape suka..huhu.. entahlah. tak pernah dengar habis lau lagu ni kedengaran di radio atau di henset sape-sape lah. 
tapi lepas my dear encik Hafizuddin cakap lagu ni akan mengingatkan dia pada aku..So cik nad ni  pun mula la nak fahamkan lirik n mendengarnya..hehek
pape pun thankz yea hafiz  ,haha...
masuk hutan isnin ni jangan sesat pulak.hoho.
gd luck to final exam ya.

Jun 9, 2010

OST Lagenda Budak Setan - Bila Cinta with lyric




Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Dalam harapan


novel lagenda budak setan..
yang sudah berabad
karya Ahadiat akashah

Jun 7, 2010

sudah tiba masa bersatu perangi islam



KEKEJAMAN rejim Zionis tidak lagi berselindung. Terbaru, serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, penjara terbesar di dunia, iaitu Mavi Marmara, sebuah kapal Turki dan antara satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza diserang dan mengakibatkan 19 kematian. Aktivis dibawa ke penjara dan kemudian dibebaskan. 

Acap kali kekejaman rejim Zionis dilakukan maka tampil kecaman dan demonstrasi membantah kekejaman itu di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Namun Israel sudah lali dengan itu semua. Ia tidak sedikitpun menakutkan mereka yang berselindung di belakang kuasa besar dunia. Oleh kerana umat Islam berpecah belah dan terlalu mementingkan diri, kita tidak berupaya mempertahankan saudara seagama kita di Gaza. Bumi Palestin sentiasa dibasahi darah para syuhada demi mempertahankan kedaulatan negara dan agama.
Sudah tiba masanya bertindak dan tidak hanya menyuarakan kecaman semata-mata. Kemungkaran besar yang dilakukan rejim Zionis ini perlu ditangani mengikut tatacara seperti yang diajarkan Rasulullah seperti sabda baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah mencegahnya dengan tangan (kekuasaan) jika sekiranya dia tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegahnya dengan lidah (suara) dan sekiranya masih tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegahnya dengan hati (menyatakan kekesalan), dan ia adalah selemah-lemah iman.”


Oleh demikian, piawaian yang digunakan Rasulullah dalam mencegah kemungkaran adalah berbeza mengikut
kemaslahatan dan tahap keimanan kita. Jika kekejaman Zionis ini kita hanya merasakan tidak puas hati maka iman kita berada di dalam status paling lemah. Namun jika dengan bersuara membuat kecaman dan berdemonstrasi maka tahap keimanan sedikit meningkat dari tahap pertama tadi. Tetapi yang terbaiknya ialah seseorang Muslim itu mencegah kemungkaran menerusi kekuasaan yang ada. 

Dalam konteks kekejaman rejim Zionis ini, tahap kedua sudah tidak lagi berkesan kerana mereka langsung tidak mengendahkannya. Apatah lagi kuasa besar yang melindungi mereka kelihatan kebal dan tidak dapat dipatahkan. 

Umat Islam perlu bersatu membentuk pasukan yang kuat bagi menggunakan semua kelebihan yang ada untuk menolak kemungkaran. Umat Islam perlu berani, menolak kepentingan diri dan ikhlas walaupun menongkah arus tidak seiring dengan kuasa besar. 

Tindakan rejim Zionis adalah jenayah terhadap keamanan dan kemanusiaan (crime against peace and humanity). Serangan yang dilakukan di perairan antarabangsa terhadap kapal yang mengibarkan bendera beberapa negara berdaulat yang mana Israel tidak berperang dengan negara itu seperti Turki, Greece dan Amerika Syarikat adalah peperangan terhadap negara berkenaan. 
Perkara 6 ‘Charter Provisions of Nuremburg Trials’ mentafsirkan jenayah terhadap keamanan bermakna ‘merancang, menyediakan, memulakan atau melaksanakan suatu peperangan atau penindasan, atau peperangan yang melanggar perjanjian atau triti antarabangsa ataupun menyertai dalam rancangan bersama atau konspirasi untuk mencapai apa yang dimaksudkan tadi’. Jenayah terhadap kemanusiaan pula adalah ‘pembunuhan… deportasi dan sebarang perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap orang awam sebelum atau semasa peperangan..’ 

Peraturan Konvensyen Hague 1907 Bab II pula menyebut kapal yang melaksanakan misi keagamaan, sains dan pilantropi mestilah dikecualikan daripada tahanan. 

Oleh itu, Israel tidak mempunyai kuasa yang sah untuk menyerang Mavi Marmara secara ketenteraan, tidak boleh menaiki kapal itu secara paksa dan menahannya apatah lagi menyerang penumpang yang tidak bersenjata, membunuh, mencederakan dan memenjarakan mereka. Barangan peribadi aktivis keamanan ini juga dirampas daripada pegangan mereka. 

Untuk rekod bersama, enam kapal yang terbabit ialah Mavi Marmara (kapal penumpang Turki); Sofia (kapal kargo Greece); Gaza 1 (kapal kargo Turki); Gaza II (kapal kargo Turki); Spendoni (kapal penumpang Greece); dan Challenger I (kapal penumpang Amerika Syarikat). 

Misi keamanan itu sebenarnya disertai masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Britain, Australia, Greece, Kanada, Malaysia, Algeria, Serbia, Belgium, Ireland, Norway, Sweden, Kuwait dan Amerika Syarikat. Malah tiga orang ahli Parlimen Jerman, seorang ahli Parlimen Malaysia, dua Ahli Parlimen Israel (Knesset) berketurunan Palestin dan penulis Sweden, Henning Menkell juga menyertai misi keamanan itu. 

Berbalik kepada tindakan yang perlu kita lakukan, masyarakat Islam khususnya dan masyarakat antarabangsa tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit perlu mengheret Israel ke muka pengadilan atas jenayah yang dilakukan rejim Zionis itu. Mahkamah antarabangsa perlu memutuskan perkara ini. 

Keadilan perlu dilakukan, kekejaman zionis perlu dihapuskan. Barulah keamanan dunia akan dikecapi. Sudah sampai masanya kita tidak hanya mencegah kemungkaran dengan suara saja tetapi menggunakan kekuasaan dan akal fikiran kita bagi mendatangkan keamanan sejagat. Kezaliman dan kekejaman Zionis perlu diberhentikan. Sekutu Israel perlu menilai sokongan terhadap rejim Zionis itu kerana mereka sendiri tidak mengambil endah nyawa dan keselamatan rakyat sekutunya sendiri. 

Tindakan tentera laut Israel pada Subuh 31 Mei lalu ini adalah manifestasi yang jelas betapa Israel hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak mengambil kira hak orang lain. Matlamat Israel ialah membina sebuah negara Israel yang besar, selagi matlamat ini tidak tercapai, selagi itulah penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin akan terus berlaku. 



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SudahtibamasabersatuperangiIsrael/Article


klik sini..maklumat lebih lanjut

http://regenesi0206.hadithuna.com/2010/06/05/perkongsian-freedom-flotilla/

Tak patah semangat berdepan deraan mental tentera Zionis di penjara





NOORAZMAN mendukung anak, Nur Nuhasakinah, di Kompleks Bunga Raya, KLIA, semalam.
Tak patah semangat berdepan deraan mental tentera Zionis di penjara

SEPANG: “Kami tidak sangka dapat keluar dari Israel seawal ini. Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua lagi. 

“Apatah lagi kami sudah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa dan hanya melihat wakil kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara (untuk menguruskan pembebasan) tetapi pada masa sama, kami tahu Kedutaan Malaysia tidak dapat melakukannya kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel),” kata ketua misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin.

Berkongsi pengalaman ketika ditahan tentera Israel pada sidang akhbar di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba di tanah air awal pagi ini, semua 12 sukarelawan itu memanjatkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.

“Hero sebenarnya bukan kami, sebaliknya mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami,” katanya yang juga Ketua Biro Palestin Haluan Malaysia. 

Noorazman berkata, tiga rakan aktivis, Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamaluddin Elias, ditembak dengan peluru getah dan mengenai bahagian kepala, belakang dan paha. 

Beliau berkata, penggunaan peluru getah itu sebagai alasan saja kerana terdapat bukti Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara. 

Sementara itu, 28 jam berada dalam penjara Israel dan diasak dengan deraan mental oleh tentera Zionis tidak mematahkan semangat wartawan penyiaran dari Astro Awani, Ashwad Ismail,25, untuk terus berjuang membuka mata dunia mengenai kekejaman rejim itu. 
Beliau berkata, walaupun pengalaman ditempuhinya amat perit, tetapi tanggungjawab sebagai penyalur maklumat khususnya mengenai kekejaman rejim Israel tetap akan diteruskan. 

“Misi untuk tegakkan realiti masih belum dapat dilakukan kerana hanya secebis saja konflik di Asia Barat yang dapat diketengahkan dalam misi ini,” katanya. 

Ashwad berkata, walaupun secara fizikal mereka tidak diapa-apakan tentera Israel, tetapi deraan mental amat memeritkan. 

“Israel memang pandai melakukan deraan mental apabila mengasak daripada pelbagai sudut. Berada di penjara Israel cukup terseksa, selain menghadapi tindakan kejam mereka,” katanya. 

Walaupun misi itu dianggap gagal dari satu aspek kerana tidak mencapai objektif untuk menghantar bekalan kepada penduduk Gaza, Ashwad berkata, terdapat kejayaan lain di sebalik-nya. 

“Kejadian itu menjadi pencetus gelombang baru ke arah mengetepikan atau memulaukan Israel dalam lanskap geopolitik dunia apabila dasar anti Islam mereka terhadap bumi Palestin sepanjang enam dekad nyata memberi kesan besar,” katanya. 

Selain itu, insiden berkenaan juga mencetuskan tekanan hebat masyarakat antarabangsa ke atas rejim menyebabkan mereka terpaksa akur. 

“Bukan saja Turki, tetapi pemimpin Yahudi di negara Eropah turut mengecam kekejaman Israel. Kita dapat lihat Rachel Corrie tidak dikenakan tindakan ganas walaupun situasi mereka sama seperti kami,” katanya



12 aktivis ke gaza wira Negara dan Nota maut

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/12aktiviskeGazawiranegara_Najib/Article/#

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan 12 sukarelawan negara yang melalui pengalaman ngeri diserang dan ditahan tentera Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai wira negara.

Perdana Menteri yang bersyukur semua mereka selamat pulang, berkata kejadian itu akan termaktub dalam sejarah negara kerana menandakan pembabitan Malaysia dan rakyatnya secara sukarela untuk membantu rakyat Palestin.

“Nanti akan tertulis bahawa kumpulan 12 orang ini, sebagai orang biasa yang bersatu dalam satu kumpulan yang memiliki kesedaran dan keinsafan serta sanggup bersabung nyawa untuk rakyat Palestin.
“Mereka ini boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada pihak yang menggerakkan kesedaran dunia untuk mengutuk kezaliman Israel,” katanya berucap pada majlis meraikan kepulangan 12 sukarelawan itu di kediamannya di Langgak Duta di sini, pagi semalam.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bersarapan pagi bersama sukarelawan itu dan ahli keluarga mereka.

Perdana Menteri menganggap kejadian menimpa 12 rakyat Malaysia itu bukan saja menyayat hati, malah membuka mata rakyat dan dunia terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin yang sebelum ini hanya diketahui menerusi media.

“Pembunuhan sembilan rakyat Turki dari jarak dekat adalah bukti kezaliman Israel,” katanya. 
Najib mengakui beliau boleh membayangkan tekanan perasaan dialami 12 sukarelawan negara kerana tidak tahu apakah nasib mereka selepas diserang dan ditahan di Penjara Be’er Sheva, selain perasaan isteri, anak dan ahli keluarga mereka.

“Yang pasti, Malaysia tidak akan lari daripada tanggungjawab untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan mempertahankan hak asasi kemanusiaan dengan mencetuskan kesedaran dunia untuk terus mengutuk Israel.

“Malaysia akan tetap menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Palestin,” katanya ketika ditemu bual TV3 pada majlis sama.

Sementara itu, Rosmah mengambil inisiatif mengumpul dana sebanyak RM16,250 (US$5,000) seorang untuk disumbangkan kepada keluarga sembilan sukarelawan Turki terbabit.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan ketika mengumumkan usaha diterajui Rosmah, berkata dana yang dikumpulkan itu akan diserahkan melalui Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan) Palestin dan Wisma Putra untuk disampaikan kepada keluarga terbabit.








SEPANG: Komando Israel yang menyerang dan menawan kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza – Mavi Marmara, seminggu lalu, mempunyai senarai nama serta gambar sukarelawan yang hendak dibunuh, sekali gus menguatkan lagi bukti bahawa serangan itu sudah dirancang lebih awal. 

Mendedahkan rancangan tentera Yahudi itu, Ketua delegasi sukarelawan Malaysia, Noorazman Mohd Samsuddin, berkata aktivis yang terbunuh dalam serangan pada subuh 31 Mei lalu itu meliputi mereka yang dikenal pasti dalam senarai berkenaan.
Beliau yang selamat pulang ke tanah air bersama 11 sukarelawan Malaysia semalam, berkata senarai itu dijumpai daripada seorang daripada komando Israel yang menaiki kapal terbabit.


dalam kekalutan itu, anak kapal sempat memeriksa dan merampas senjata daripada tiga tentera sebelum 


membuangnya ke laut. Kami juga menjumpai senarai dipercayai sasaran yang dicari tentera Israel,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Noorazman dan 11 sukarelawan Malaysia itu dibebaskan Israel Rabu lalu, dua hari selepas kapal yang dinaiki untuk menghantar bantuan ke Gaza diserang mereka menyebabkan sembilan sukarelawan pelbagai negara terbunuh.

Noorazman berkata, beliau menyedari akan berlaku pertempuran berdarah atas kapal Turki itu sebaik saja tiga komando Israel menaiki Mavi Marmara dengan membawa senarai berkenaan.

“Kami percaya Israel mahu mencari dan membunuh sasaran tertentu kerana ada sukarelawan hanya menjadi mangsa peluru getah walaupun pada mulanya pancaran laser dihalakan tepat ke dahi dan kami boleh ditembak mati jika mereka mahu. 
“Syukurlah, tidak ada rakyat Malaysia dalam senarai tentera Israel itu, tetapi ada antara kami cedera ketika tentera Zionis menyerbu kapal,” katanya.

Noorazman berkata, rancangan tentera Israel itu perlu didedahkan kepada umum supaya masyarakat antarabangsa tidak terpengaruh dengan dakyah rejim bahawa peluru hidup digunakan sebagai pilihan terakhir. 

Katanya, anak kapal dan penumpang pula bertindak nekad mempertahankan diri kerana menyedari serangan itu sebenarnya adalah misi untuk membunuh.

“Kami tekad merampas senjata sebelum mereka berpeluang menembak. Walaupun dihujani peluru dan senjata disasarkan tepat ke dahi, kami kuatkan semangat serta memberanikan diri bagi merampas senjata mereka. Kami juga mengibarkan bendera putih sebaik saja tembakan bermula,” katanya.

Noorazman berkata, semua sukarelawan terbabit menjalani latihan minda dan psikologi mengenai bahaya yang mungkin dihadapi, termasuk serangan tentera Israel dan bersedia untuk mati ketika misi itu.

“Mereka yang terkorban ialah saudara yang makan sepinggan selama lima hari dan kami tangisi kematian mereka tetapi pengorbanan itu tidak sia-sia,” katanya. 





http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Notamaut/Article/

I'm Sorry I Love You-Yuki No Hana



it seem thant i love u,

from the moment i found you

and i've know about sweetness of love

since you came into my life

but now you've gone away,

and i spend days missing you

then the leaves start to fall down

like the hopes inside of me

And i've came back to the wonderful moment

when you're there and took my breath away.

then you smiled at me and left me speechless

i realized that you;re my angel

now i begin to hope again

one day,you'll come back to me

and give me the sweet kiss

then our love'll last forever

always in my dreams,when i feel so weak

you're the one who raise me up

so please my baby don't leave me alone

in the darkness

why did you walk away? and steal my life.

i've been lost and so confused without my angel

sometimes i can't help falling down without you next to me

and i've tried so hard to forget every memories i've had

with you..but i miss you even more and i dont wanna

hide away

i just wanna show you the truth that i love you

one day,you'll come back to me

and give me the sweet kiss

then our love'll last forever

always in my dreams,when i feel so weak

you're the one who raise me up

so please my baby don't leave me alone

in the darknes

why did you walk away? and steal my life.

i was always strong while standing by you

but now i've been sying inside you're

always there to wipe the tears for me and hold me up

but how come this only happers in my dreams

why dont you come back here with me my baby

then my dream'll be the real story.

i'll be there with you just to say

sorry i love you

p/s :Mianhamnida terjiwang suda.Mianhamnida sekiranya tulisan tak dapat di baca, Mianhamnida ia sekadar hiburan,. lirik lagu dalam bahasa korea.sudah di tukar ke dalam bahasa inggeris..sekiranya ada kesalahan..hrp di maaf.. citew korea ini.. adalah citew terakhirnya di tonton..selepas ini..tak taw..citew apa yg best..huhu..caw..bye2