Jun 15, 2010

Takdir Cinta?


kulit depan dah siap..
bolehkah aku hasilkan Novel?
sama-sama nantikan .....

Bimbingan berKarya dalam Cerpen


GENRE: CERPEN


Genre/bidang cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka, merupakan satu bidang yang popular. Terdapat lima genre/bidang dalam kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan puisi.
Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Manakala sastera pula payah diberikan definisi yang universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu.   Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estatika.

Dengan ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang.
Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok.


Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?
Yang pertama  Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut.   Maknanya dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.
Yang kedua    Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan.
Yang ketiga    Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.

Yang keempat     Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya.

Bentuk cerpe
Pertama
mimesis/peniruan iaitu meniru atau merakamkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ditambah dengan imaginasi pengarang.
Kedua
cerpen beralasan  iaitu mengadakan sau dasar atau alasan untuk mengubah bentuk biasa seperti menciptakan watak daripada mahluk asing.
Ketiga
cerpen mimpi iaitu cerita seperti dalam mimpi, dengan sifat luar biasanya, perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak boleh diterima akal.
Teknik penceritaan cerpen 
boleh dengan dialog untuk menghidupkan pemikiran. Dengan aksi pula cerita bergerak pada dasarnya, dengan perlukisan cerita bergerak dengan latar pilihannya dan pendedahan akan memberikan gambaran atau tema tertentu cerpen.  

Ciri-ciri khas cerpen (cerpen konvensional)
1.  Singkat, padu, intensif (ada perkara yang ditekankan)
2.  Ada adengan, watak, gerak.
3.  Bahasa tajam dan menarik
4.  Interpertasi pengarang kepada kehidupan
5.  Dapat menimbulkan satu kesan
6.  Menarik perasaan pembaca
7.  Penggambaran jelas pada peristiwa yang dipilih
8.  Ada cerita/persoalan utama, watak utama, latar dan suasana

SIFAT-SIFAT  PENULIS
Bagaimana nak menulis karya kreatif? 
Penulisan kreatif seperti cerpen ini sebenarnya tidak dapat diajar.  Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik.  


Yang penting penulis :


  1. mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya. 

  2. mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.

  3. mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.

  4. mestilah ada sikap yang teliti.

  5. mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali skala.

  6. mestilah menulis kerana mahu menulis bukan kerana sebab yang lain seperti kewangan misalnya.

  7. mestilah berani menghadapi cabaran.  Menggunakan karya yang ditolak sebagai dorongan untuk menulis dan bukan sebagai tanda dunianya telah kiamat.
Bagaimana nak menjadi penulis? 
Bakat
Bakat anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Contohnya : SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting.
Minat
Ada keinginan untuk menulis.
Rajin membaca

Hal ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim.  Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain.  Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama.
Ada cita-cita untuk menjadi penulis.
Hasrat atau harapan akan menjadi pendorong.
Rajin menulis

klik sini,..lebih lanjut..
rujukan di sini..

Jun 13, 2010

Gembira menurut Pandangan Islam



salam, terbaru.. mengenai gembira menurut pandangan islam.
di ambil dari berusrah bersama  yang di hantar ke messg Fb aku.



Bergembira atau busyra adalah bersifat maknawi dan
rohani. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ertinya
ditahan tidak boleh, disuruh pun tidak boleh. Sampai
masa, bila berhadapan dengan sesuatu yang menyenangkan atau
menghiburkan, dengan sendirinya hati berbunga atau terhibur
atau terasa gembira. Oleh itu rasa gembira bukan boleh dibuatbuat.
Kalau dibuat-buat nampak sumbang, nampak tidak real
dan tidak semula jadi.

Rasa gembira itu walaupun sifat batiniah, ia datang dari
dalam diri iaitu bermula dari jiwa atau hati kita. Namun tandanya
nampak di muka atau kesannya lahir di muka atau dengan
kata-kata yang lain, gembira yang di dalam hati itu nampak ceria
di muka. Hendak cuba ditutup-tutup, ia lahir juga di muka. Apa
yang lahir di muka itu, tanda senang yang ada di dalam hati
manusia atau gembira yang ada di jiwa manusia.

Begitulah juga rasa susah yang bersifat maknawi dan rohani
itu. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ia akan ternyata di
muka. Hendak cuba-cuba ditutup, amat payah sekali kecuali
orang yang sangat kuat imannya dengan Allah Taala. Gembira
dan dukacitanya boleh disembunyikan atau boleh ditutup
hingga tidak berkesan di muka. Orang tidak tahu, apakah dia
gembira atau dukacita, kerana dia kelihatan seorang yang tenang
sahaja. Ini adalah manusia yang luar biasa.

Bagi orang yang emosional, nafsunya belum terdidik, rasa
gembira dan dukacita itu nampak sangat terserlah di muka.
Bahkan gembiranya hingga terlonjak-lonjak dan bersorak-sorak,
terpekik-pekik dan bertepuk-tepuk tangan. Begitu juga kalau
dukacita. Nampak pula di raut mukanya, seperti termenung,
muram, diam, tidak mahu bercakap, atau mulut akan mengomelngomel
dan bercakap meluahkan rasa hati yang tidak senang
itu sehingga didengar dan diketahui oleh orang keliling-kelalang.

SEBAB-SEBAB GEMBIRA


Kita sudah katakan, gembira adalah tabiat semula jadi. Ia tidak
boleh dibuat-buat. Ia akan datang bilamana sesuatu yang menggembirakan
kita terjadi. Sebab-sebab gembira itu banyak. Di
antaranya seperti yang kita sebutkan di bawah ini:

1. Mendapat sesuatu yang menyenangkan kita, yang kita tidak
duga, seperti orang hadiahkan kita duit, naik pangkat dan
sebagainya.
2. Mendapat sesuatu yang memang kita hajatkan seperti ingin
lulus di dalam peperiksaan, tiba-tiba lulus. Meminta kerja,
tiba-tiba dapat. Ingin naik pangkat, tiba-tiba naik pangkat.
3. Mendapat atau pulangnya orang yang kita cintai seperti
kepulangan anak kita dari luar negeri, pulangnya isteri kita
setelah balik dari kampung dan sebagainya.
4. Bertemu atau kedatangan orang yang kita hormati dan cintai
seperti ibu bapa kita, pemimpin yang kita hormati dan
sayangi dan lain-lain.
5. Mendengar musuh peribadi kita atau musuh perjuangan
kita mendapat kesusahan dan lain-lain.
6. Dapat mengalahkan musuh peribadi atau musuh perjuangan,
atau musuh tertawan, ataupun lawan jadi kawan.
7. Kesalahan atau kesilapan kita diberi maaf oleh ibu bapa,
guru, kawan kita dan lain-lain.

8. Terlepas daripada hukuman mahkamah atau bala bencana
yang kita fikir selama ini mungkin kita tidak terlepas daripada
hukuman itu atau daripada bala itu.
9. Kita terasa disayangi oleh orang yang kita hormati atau cintai
atau disayangi oleh pengikut kita atau orang ramai.
10. Habisnya hukuman yang kita jalani di dalam tempoh sekiansekian
lama.
11. Orang membayar hutang kita yang sudah lama tidak dibayar.
Bahkan kita sudah melupakannya.
12. Dapat membayar hutang kepada orang yang selama ini sangat
membelenggu diri dan menyusahkan kita. Lebih-lebih
lagi orang yang punya hutang selalu sahaja memintanya.
13. Orang bayarkan hutang kita. Atau orang itu halalkan sahaja
tanpa kita membayarnya. Terasa lega dan lapang hati kita
dibuatnya.
14. Terlepas daripada kesusahan hidup atau sembuh dari sakit
yang selama ini kita alami bertahun-tahun lamanya.
15. Mendapat semula barang yang hilang yang sangat berharga
kepada kita atau bertemu semula dengan keluarga kita yang
selama ini sudah lama terputus dan terpisah.
16. Dapat mengerjakan ibadah pada masanya.
17. Dapat menolong orang yang mendapat kesusahan seperti
menolong orang yang miskin, membayarkan hutang orang,
mendamaikan dua orang atau dua kumpulan yang bermusuhan.
Inilah di antara kegembiraan yang biasa berlaku di dalam
kehidupan. Mungkin kalau kita hendak senaraikan lebih banyak
lagi dari itu.

CARA MELAHIRKAN KEGEMBIRAAN

Kebanyakan orang melahirkan kegembiraan hingga terkeluar
batas syariat atau hingga lupakan Allah yang Maha Kuasa dan
yang memberi nikmat. Contohnya terlonjak-lonjak kesukaan,
menari-nari kegembiraan, bercerita-cerita dan menunjuk-nunjuk
kesukaan itu berlebih-lebihan kepada orang hingga orang terasa
meluat dan benci. Ada yang bertepuk-tepuk tangan melahirkan
kegembiraannya atau lebih parah lagi hingga membuat majlismajlis
maksiat, menjadi sombong kepada orang dengan kegembiraan
itu atau menunjuk-nunjuk hingga menjadi riyak dan
megah yang sangat dilarang oleh Allah Taala kerana ia boleh
mencacatkan hati orang atau persaudaraan.
Islam memberi petunjuk kepada kita bagaimana ingin melahirkan
rasa kegembiraan. Di antara cara-caranya ialah seperti
berikut:

1. Terasa ia adalah nikmat dan pemberian Allah serta berasa
malu kepada-Nya.
2. Sujud syukur.
3. Membuat kenduri menjamu fakir miskin sebagai tanda
bersyukur kepada Allah di atas kegembiraan yang diberi.
4. Berpuasa sunat atau membaca Al Quran dan lain-lain.
5. Bersedekah dan menolong orang yang susah kerana mengenang
jasa Allah yang telah memberi kegembiraan kepada
kita.
6. Menambah lagi amal ibadah dan membuat kebaikan.
7. Bertambah lagi merendah diri kepada Allah dan sesama manusia.

ronda FBK

Salam,

Semalam, 3 bulan ni aku terperap duk umah lepas bhenti kerja kat airpot KLIA.  My best friends dr pahang time kecik2 dlu.. datang umah.. time tu pulak  aku duk terpekik terlolong.. Haha.. nyanyi lagu Apa aku kisah!..one nation emcees.
Suke  lagu tu.. huhu.  

“ nadhrah jum la keluar jalan2” .setelah menjejakkan kakinya di depan umah aku.. wek.. “aku malas la” ..kata aku..haha..  
Ala, ko ni.. bukan selalu ..aku dari pahang ni datang”.. ila agak bersunggh ajk aku keluar.
“hmm, yela2.”… dengan terpaksa ye.. “ mcm tu la,.jap la aku nak g amik Intan”.. aku pun masuk la umah dalam keadaan monyok… malas yerrrrrr. Nak keluaq.. aku ni bukan kaki rayau. Nak ronda2 satu kampong.. tp kes nak hormati sahabt.. aku pun ikut laaa..  so, aku pakse la adik aku tu jadi pemandu pelancong..haha.. jalan2 keliling felcra bukit kepong yang sangat2 cantik dan nyaman .. (puji pulak).
Memang pun.. datang la.. felcra Bukit kepong.. rumah2 org kat sini..besar..lebih besar dari umah2 di Bandar.. x caye???..datang laaa..haha.. terngagah korang..
Terbeliak mata.. aku naik moto..mag tak pandang kiri kanan.sbb aku duk blkg..adk aku yg bawak.. haha.
So, ila pun cakap … nad kita g chemplak nak…. Warghhh???.
Chemplak lagi la aku xpernah jejak..melainkan ada ayah n mak ..haha.. dasyt nih… adik aku yg grl ni.. arif skit tentg chemplak.. so kitaorg ronda2 la fcb (felda chemplak barat) ..
N aku pun nak g tgk sek rendah aku yg lame tu.. sek rendah LKTP chemplak.. rindu pulak.. cinta monyet ops… cinta bertepuk sbelah tngan kot..haha.. bila teringt gelak sampai pecah perut..  tinggalkan kenangan yg lalu .biar aku je yg tau.kikikki.. dah puas ronda sampai minyak kering.. ila n intan cakap nak p umh bf si intan.. aku pun cakap.. korg g laa.. aku nak lik dah…..

Sampai je rumah………… opsssssssss… terkejut n rasa nak lari masuk rumah je…tapi mslhnya msih d atas moto ni.. lau nak ikut ctew tamil… ting!!! Hilang tb2 je..haha. . Kawan2 sek aku… ALIP, Anuar, syafiq,IPIN,, AINI …..terjah mai umah aku… Aini,ckp … nad tak terharu ke kitaorg datang rmai2 ni..
Aku senyum je.. ajak gak masuk umh..tp jam dah 6.30..
Diorg nak bual n jumpa aku je..  lau aku ikut ila n itan tdi.. mungkin tidk ketemu diorg ni.. muaaahh.. love u la korang..
Sory la.. kelihatan aku agak malu… bkn apa..di kelilingi bdk lelaki… haha.. tp diorg semua baik2.. comel2 belaka. (sje nak puji)
Duk umah je ni kan… bdn pun makin berisi.. tu yg malu nak jumpa kwn2…. Haha.. tak puas ag nak sembang2.. hujan pun turun… hmmm,.terpksa la korang balikkan..pape pun.. thankz uall……. Miss u … expcly bibi yg masih kat kedah tu..
Poyoz .hahaaha.. cepat la balik..sebelum aku berangat ke luar negeri..hahahaha…………..salam.. sayang


                                                                           
Nadhz