Oct 7, 2010

Kes Jenayah-Jenayah KEJAM di Malaysia sebelum Kes Pembunuhan Sosilawati!


Pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik terkenal tanahair, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang rakannya iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim yang juga peguam peribadi beliau, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, dan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin bukan sesuatu yang baru dalam kamus jenayah kejam di Malaysia. Terdapat beberapa nama penjenayah yang tersemat kemas dalam penjenayah kejam di Malaysia. Antara yang paling terkenal adalahMona Fendy atau nama sebenarnya Maznah Ismail. Mona Fendy yang dikaitkan dengan pembunuh ahli politik yang berasal daripada Pahang, Datuk Mazlan dikatakan mengamalkan ilmu hitam. Beberapa bahan bukti yang dibawa ke mahkamah seperti tongkat dan songkok mengesahkan lagi dakwaan itu.
Walaubagaimanapun, terdapat juga jenayah kejam seperti pembunuhan Nurin Jazlin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana suspek utamanya masih belum dapat ditangkap. Pembunuh yang digelar lelaki kucing itu masih lagi berkeliaran dan hanya menunggu masa dan ketika untuk ‘meragut’ nyawa baru.
Namun, ini tidak bermakna pihak berkuasa di Malaysia tidak cekap. Pihak berkuasa sehebat Scotland Yard dan NYPD sekalipun, terdapat beberapa kes tidak mampu diselesaikan dek kerana kekurangan bukti dan maklumat penjenayah. Antara yang kes paling terkenal yang sehingga kini belum dapat ditangkap pembunuhnya adalah kes Jack the RipperClaveland Torso Murderer (Pembunuh Claveland Torso) dan Zodiac Killer(Pembunuh Zodiac).
Okey, kali ini penulis ingin menyenaraikan beberapa penjenayah kejam yang telah mengemparkan Malaysia suatu ketika dahulu. Teruskan membaca:
1.         Mona Fendy-23 Julai 1993
Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.
Mona Fendy(kiri), Affendi(kanan bawah) dan Juraimi(kanan atas)
Mona terkenal sebagai bomoh kepada beberapa ahli politik tanahair telah menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno dengan harga 2.5juta ringgit. Datuk Mazlan yang menganggap Mona sebagai bomoh peribadinya bersetuju namun beliau membayar terlebih dahulu wang pendahuluan sebanyak RM500,000.
Episod ngeri bermula apabila Datuk Mazlan disuruh berbaring dan mengadap ke siling. Mona dan Affendi menyakinkan Datuk Mazlan bahawa ‘duit akan turun daripada langit’. Namun, ia hanya helah Mona dan Affendi. Juraimi yang telah menerima arahan daripada Mona dan Affendi telah menetak leher Datuk Mazlan. Selepas itu, Juraimi secara berseorangan mengerat 18 anggota badan Datuk Mazlan.!
Mona dan Juraimi akhirnya tertangkap apabila dilihat membeli-belah secara rakus hasil wang daripada Datuk Mazlan yang telah dibunuhnya. Tersebarnya kisah pembunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 18 telah menggerunkan seluruh rakyat Malaysia tambah-tambah dengan dakwaan bahawa Mona adalah seorang bomoh.
Datuk Mazlan(berbaju biru)
Mona, Affendi dan Juraimi akhirnya telah dihukum gantung sampai mati pada 2hb November 2001 bersamaan hari Jumaat. Mayat Mona dikebumikan di kampung halamannya di Pahang. Paling diingati adalah Mona sempat tersenyum sambil berteriak‘aku takkan mati’ sebelum beliau dihukum gantung. Ya, beliau sehingga hari ini ‘tidak pernah mati’ dalam kamus jenayah di Malaysia. Jenayah yang beliau lakukan bagaikan penanda aras jenayah kejam di Malaysia.
Ilustrasi pembunuhan Datuk Mazlan dengan kerat 18
Peratus liputan akhbar: 100%
2.        Pembunuhan Noritta Samsuddin-25 Disember 2003
Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Miskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.
Noritta Samsuddin
Mayat Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya dalam keadaaan bogel diikatkan tangannya di belakang dengan wayar dijerutkan ke leher dan mulut disumbat kain. Kaki Noritta juga diikat. Dipercayai, Noritta telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Hanif Basree Abdul Rahman
Pembunuhan Noritta diselubungi kisah-kisah yang mengaibkan terutamanya kisah peribadinya. Hasil autopsi pihak forensik ternyata terdapat takungan air mani yang banyak. Ini memungkinkan bahawa mangsa telah dibunuh bukan hanya seorang tetapi beramai-ramai. Namun, ia masih menjadi misteri kerana sehingga hari ini, pembunuh sebenar Noritta gagal dikenalpasti.
Walaubagaimanapun, pihak polis telah menahan beberapa individu:
1. Bekas kekasih Noritta – Hanif Basree Abdul Rahman, 36. (sumber: The Star, 8 December)
2. Shahfrul Azrin Azman, seorang broker saham mata wang asing (sumber: The Star, 9 December & Harian Metro)
3.Rakan serumah Noritta. (The Star, 9 December)
4. Lim Sean Kea, 38 iaitu teman lelaki Noritta: dilaporkan beliau akan berkahwin dengan Noritta.(The Star, 9 December)
5. Kenneth Michael Yap Teik Huat dan Nor Azora Abdul Hamid, teman serumah Noritta.
6. Mikko Kouko Johannes Jarva, seorang rakyat Finland direman 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes pembunuhan eksekutif pemasaran, Noritta Samsudin di kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, 5 Disember lalu.(Berita Harian, 13 December)
7. Turut dibawa ke mahkamah untuk direman bersama-sama Mikko ialah dua lelaki,Suhaimi Sanusi, 37
8. Khairul Anuar Kamaruddin, 22, yang diperintah ditahan reman selama 10 hari oleh Majistret Arleen Ramly.
Dalam kes Noritta Samsuddin timbul desas-desus bahawa terdapat orang kenamaan yang terlibat sebagai perancang pembunuhan ini namun ia dinafi sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa.
Puncak Prima Sri Hartamas, kawasan di mana Noritta ditemui dibunuh
Peratus liputan akhbar: 100%
3.        Pembunuh mendiang Canny Ong-18 Jun 2003
Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
Canny Ong bersama rakan sosialnya
Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol penganalisis teknologi maklumat (IT), Canny Ong Lay Kian. Beliau yang belajar setakat tingkatan tiga bergenang air mata apabila hukuman mati dijatuhkan ke atasnya. Difahamkan bahawa, Ahmad Najib membunuh mangsa hanya kerana melihat Canny Ong yang cantik dan ramping.
Ahmad Najib Aris
Plot tragis itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.
Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.
Berginilah mayat Canny Ong yang ditemui rentung
Mayatnya dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC.
Ngeri dan menyayatkan hati
Kisah pembunuhan Canny Ong telah mengempar seluruh rakyat Malaysia.
Peratus liputan akhbar: 100%
4.        Altantuyaa Shaariibuu-27 November 2006

Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Lokasi Altantuya ditemui terbunuh
Penganalisis Politik, Abdul Razak Baginda,Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar adalah daripada Unit Tindakan Khas.
Altantuya Sharibuu
Mayat Altantuyaa ditemui dalam keadaan mengerikan di mana cebisan daging-daging mayat ditemui bertebaran di Hutan Simpan Puncak Alam,Shah Alam, Selangor berhampiran dengan Empangan Tasik Subang. Manakala kesan bakar akibat letupan C4 ditemui di Mukim Bukit Raja. Diakui oleh pihak forensik, bahan letupan C4 digunakan bagi menghapuskan mayat.
Azilah(baju putih) dan Sirul(baju kuning) kelihatan berlegar-legar di Hotel Malaya di mana Altantuya menginap.
Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuyaa Shaariibu, 28 manakala Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48 dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas mahkamah gagal menyabitkan beliau dengan elemen bersubahat.
Abdul Razak Baginda kelihatan ceria selepas dibebaskan.
Pembebasan Abdul Razak Baginda memberi 1001 persoalan bahawa siapakah dalang utama dalam pembunuhan Altantuyaa Shariibu kerana pada logik akalnya Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar daripada Unit Tindakan Khas adalah anggota beruniform yang mengikut setiap arahan daripada ‘ketua’ nya. Jadi, apabila Abdul Razak Baginda dibebaskan, siapakah ketua mereka yang sebenarnya?
Apa yang penting dalam kes ini, setiap satu perkara diselesaikan, ia menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.!
Peratus liputan akhbar: 100%
5.        Nurin Jazimin Jazlan-30 Ogos 2007

Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang   melampau.
Nurin Jazlin Jazimin
Setakat hari ini, masih belum berlaku tangkapan berkaitan dengan pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman. Walaubagaimanapun, dipercayai bahawa lelaki misteri yang digelar lelaki kucing adalah dalang utama pembunuhan Nurin Jazlin dan beberapa kanak-kanak yang dilaporkan mengalami modus operandi yang hampir sama.
Fotofit Lelaki Kucing
Pembunuhan Nurin Jazlin menimbulkan fenomena di kalangan masyarakat Malaysia di mana kaum ibu merasakan tidak lagi selamat membiarkan anak-anak mereka bermain di kawasan permainan tanpa seliaan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah tampil memberi beberapa saranan bagi menghindari kejadian penderaan dan pembunuhan kanak-kanak bawah umur daripada terus berleluasa.
Akibat daripada liputan meluas media massa, media cetak dan media elektronik, semasa majlis perkebumiaan Nurin Jazlin Jazimin beribu-ribu orang termasuk ahli keluarga, rakan sekolah Nurin, guru-guru sekolah Nurin, petugas media, dan orang ramai bersesak-sesak untuk menyaksikan sendiri buat kali terakhir kanak-kanak malang tersebut disemadikan.
Adik Nurin di pangkuan ayahandanya buat kali terakhir. Suasana suram menyelubungi majlis pengebumiaan.
Malah semasa sembahyang jenazah adik Nurin, Abdul Aziz Elias Zahari yang mengetuai sembahyang jenazah tersebut menangis bersama-sama ratusan makmum ketika membaca doa kepada adik Nurin. Bergitulah kesannya pembunuhan tragis Nurin Jazlin Jazimin pada kaca mata rakyat Malaysia. Semoga Allah memberi petunjuk kepada pihak berkuasa bagi menangkap pembunuh sebenar adik Nurin. InsyaAllah.

Amoi ke?

sape saya?

seorang yang sebenarnya comel..hehe (perasan wei)..ehh! nak perasan apa yer... ramai yang cakap macam tu..yang pegang pipi aku ni lain citer r. dah biasa.tapi yg mjadi masalah ni,..BILA nak kurus balik ni?
kurus macam dulu2.. sesangat comel.. tapi ramai lak ckp. aku lebih comel bila berisi..ahhh, xmau lahhh...
dlu,aktif sukan time sek . sofball smpai peringkt daerah jela. slalu lawan dak teknik..bila dah stop sukan. macam nila.. berat bdn tb2 naik . smpai skrg nak trun2 punyela susah . BENCI!

tapi uall,Nak tau x?.

dulu kengkawan cakap aku ni AMOI .. tapi aku pun xfaham. myb puteh..
skrg puteh ke?.. haha.. no coment lahh.. tapi bila aku tngal tudung.time smpai bilik. diorg mesti ckp.. mcm amoi lahh nad nie...knpe ?? masih aku xfaham... dr segimana di wajahku ni rupa mcm amoi..(perasan je rasa)

mag, aku ni suka org yg mata2 spet nie... terutama BOY.. bila tersenyum Comfem mata dia pun tersenyumm.. comel yerrrrrrr...tapi mata aku ni sepet ke?? rasa ye bulat2.. haha.. betul la kan... anwy.... masih tertanya kenapa dak2 ni ckp aku ni rupa mcm amoi bila free hair.. tp ddlm bilik jer laa...

nak citew panjg2.. nnti ada lak yg kata aku ni syok sendiri.. tapi ni la hakikatnyaa....
kadang2 kita xsedar.kelebihan yg kita ada.. yg kita tahu cemburu akan kecantikan dan kehenseman org lain.
sedangkan dirisendiri ada keunikan tersendiri.. so, jgn lah merendah diri..kecuali dalam hal tertentu..
jaga diri sendiri baik2.. huhu. jg tangan, jaga mata, jaga mulut, jg telinga. dan jagalah hati.... huhuhu..

ops!tersalah..

Aku pun tak tahu la apa yg otak aku sedang berfikir ni,..
Pagi2 bangun..siap2 semua.
Terus ke KELAS EFC..

Sebelum tu mcm biasa.
Aku tunggu kat loby..

Tapi hari ni pelik.
Kenapa kawan2 aku snyp jeh.

Aku pun call shim,..

Ko kat ner?..aku kat loby ni..

Shim pun tergelak2.
Kau nak g mana nad?

Aku nak g kelas lah….

Nad, hari ni kelas B lah..

Bukan dah gabung ke kelas A ngan B? Otak aku pun laju mengingatii ( yg gabung sebenarnya kelas ARAB bukan kelas EFC)
Weiii shim, aku lupa!!
Hbis ko kat ne ni shim..

Kitaorg kat bestari..

Takper . aku g sner… wat asgmnt pasal pembunuhan tu,..

Ok2..

Sampai2 blok bestari.. diorg semua terus masuk kelas.. aku duk lepak kat meja depan blok.. research tentg kes pembunuhan yg kejam.dah rmai dak amik kes sosilawati,. Mona fendi, aku rasa mcm nak amik kes nurin jazlin .. So, xpe la.. dripada aku membuta dlm bilik.. aku ley siapkn segera asgmnt.. huhuhu..
Seram gak nak wat tugasan ni… 10/10/10 last tarikh untk hantr asgmnt EFC ni..  go go chyok !!

Oct 4, 2010

Ya Allah, segerakan

berusrah bersama ^_^


Ah, manusia….kita tahunya meminta dalam tenang apatah lagi dalam terdesak. Walau telah ditekankan agar hakkul yakin kepada Allah swt, kita tetap resah dan gundah.... itulah kelemahan kita. Lalu pabila terjadi sesuatu, kita mohon agar Allah mengikut kehendak kita.. bukan kita yang harus bersabar menanti natijah dari tiap aturannya.. Hayatilah….. 


KISAH SI PENJUAL TEMPE DAN ALLAH

Di sebuah kampung di pedalaman. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempe yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi sepenuhnya .Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.... Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengkabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe ... Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis.

Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan Allah. Tuhan...

Moral Cerita:
1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

3. Tiada yang mustahil bagi Allah, KERANA DIA LEBIH TAHU APA YANG KITA PERLU DARI APA YANG KITA MAHU

4.Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita, sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah paling mudah... menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan

cermin diri cerminan hati cermin peribadi

jadi,.. mari.. kita betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL

Selamat pagi .....?

ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong

aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai

warnaku rindu
jiwaku biru
menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga
umpama lampu yang yang berbunyi hitam
lalu menunggu aku terus

kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku pada mu

kini harus aku terus menunggu
atau hilang saja dilautan luas

LAFAZ YANG TERSIMPAN

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


saya tujukan lirik lagu ini kepada yang tersayang
 

Oct 2, 2010

tika dinihari

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan 
Usah bebankan kami 
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan 
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami


p/s:sesangat suka lagu ini ..di tujukan kepada semua sahabat.

CEMBURU



Betapa Syahdu,
Merdu,indah
Suara alunan Qariah

Mendayu-dayu,
Menyentuh jiwa,
Betapa Agung Cipta TUhan
Yang Maha Kuasa

Menangis,
menitis air mata ini,
Cemburu dengan anugerah Yang di berikan
Tuhan kepadanya.

Aku inginkan itu,
Tapi aku tidak terdaya,
Suaraku tidak semerdu itu,

Aku tidak pandai bertaranum
Mengalun,Melagukan
Bunga-bunga Syurga
Yang penuh makna

Aku benar-benar
Cemburu, Cemburu,Cemburu.