Oct 20, 2010

=)



Salam, 

                minggu stady week?.. sepatutnya lepak2 kat umah atau bilik kan. Stady..
tapi bagi dak Cos aku ni. Masing2 sibuk siapkan asgmnt yang telah d reject oleh
cik kita yang cerewet nih,.. ke semua student grl pnye asgmnt dia reject,
kesian.. nak wat cam mana kan?.. dugaan.. ni aku baru je selesai mtem Pgajian Malaysia.
15 minit je aku jawab?.. agak2 senang ke susah?.. haha.. sape cepat siap.. cepat bla lah dari kelas kan.
petang ni pukul 3 ada kelas sains sosial.. balik je kelas ni..ada lagi program yg kena go.go go... .
yeah!!,,mau ke stadium h.jebat sempena sambutan Melaka maju 2010..kak senior ku. ex students sni.
mengharap aku pergi...sbb dia antara yang akan memeriahkannya.. huhu.. ok aku pergi lah ni.. hehe

anwy thankz Dj Emy .. huhu. sebab hiburkan hati aku yang sedang kacau2 ni kan.. tension2.
stady malam tdi ngan dak mb. tp dak mb pulak pengsan. kejut pun xmau bngun. sengal~~~ suruh kejut.
tapi xsedau2 ... haha.kes 2 hri xtdo... sian.... so si emy ni pun sruh aku..
g on frenzy fm sbb dia yg on air mlm tdi.... wah duh... suara dia  mulai memekak!!! haha.. ok r... dah lama kot tak dgo suara  dia on air kat frenzy fm.macam gntuk pun e yer suara mamat ni.smpai kul 2pagi kot dia on air... xhabis2 mintak sory sbb xdapat putarkan lagu permintaan peminat..ye la kan.. rmai sgt yg wat permintaan dengan ucapan..hehe.
emy!! jangan marah citew pasal kamu tau.. hehe....

ok lah,... teruskan semangt dlm hari2mu..!!! dont2 tension2.. 
dekatkan diri dengan tuhan... tenangkan hati dengan zikirullah..

syukran, wsalam =)













Oct 18, 2010

di manakah cantiknya seorang wanita?


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anta ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."



Kalau kita .....

Fatimah syarha wall
Kalau kita suka bersms dan call lelaki, insyallah kita akan dapat suami yang suka sms dan call dengan perempuan. Kalau kita suka keluar dengan lelaki, insyallah kita ada suami yang suka keluar dengan perempuan. Kalau kita suka menjaga diri, insyallah kita akan dapat jodoh yang suka menjaga diri. Pilihlah nak yang mana?...

comment  :


Salam..akak sye nk tye ni,
akak ckp 'Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa'?
Boleh bg penjelasan yg lbih jelas?
Cmne lau ALLAH dh tntukn JODOH kte?



ana pun kurg jelas sikit tntg "Takdir blh berubah dgn usaha dan doa"..hehe..blh akk jelaskan lagi.beri lebh fhm lagi..




fatimah syarha comment: 


Cuba rujuk kitab-kitab Tafsir, ulama menyebut bahawa Allah menyediakan sebuah kediaman untuk kita di syurga, dan sebuah kediaman untuk kita di neraka. Ini menunjukkan bahawa amalan kita mempunyai PILIHAN samada menuju syurga atau neraka. Semuanya sudah ada dalam ILMU ALLAH. Jika nanti kita masuk neraka (nauzubillah) bolehkah kita salahkan Allah ini semua kerana takdir Allah? Allah boleh berhujah balik dengan kita bahawa Dia telah bekalkan kita fitrah yang baik, akal yang sihat, pancaindera dsb untuk kita KENAL DIA dan pilih amalan ahli syurga, tapi kita tetap pilih amalan ahli neraka.
Berkaitan jodoh kita, semuanya DAH ADA DALAM ILMU ALLAH. Bagaimana peribadi orangnya itu, bergantung pada PILIHAN kita sebab Allah dan janjikan wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Kalau kita pilih amalan orang yang bergaul bebas, maka adillah bagi Allah menentukan peribadi jodoh kita orang yang suka bergaul bebas juga. Jika kita suka membaiki diri, insyallah jodoh kita pun seorang yang suka membaiki diri. PILIHLAH nak peribadi yang mana, Kemudian tentukan siapa orangnya...

Oct 16, 2010

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

sebenarnya aku mengharap dia dalam hidup aku..
tapi aku rasa..
mungkin xperlu mengharap lagi..
huhu.
mengharap dia take care aku seperti mana dia take care org yg
dia sayang dalam hidup dia..
mungkin hati aku lembut sangat..
dengan pangilan sayang utuk ku..( baru mcm tu dah lemah)
huhu.. kuat kan hati!!..
seperti mana sahabatku kata.. Nad!! jangan mengharap pada sesuatu yang tak pasti
yeah!!!.. i know that.. huhu.
aku sedang berusaha ni..
aku dah suka dia sejak..
dia temui cinta dia dlu.
sbb time 2 rasa selesa dengan dia..walau baru kenal.
tp bila fikir. xmungkin!!.. dia disana. aku disini.aku biarkan.
dan doakan kebahagian dia..
ok...so skrg!!...nak jauhkan perasaan tu..
aku xmau lagi jatuh cinta...
tapi siapa aku??? utk berkata mcm tu kan?..
hebat sangat ke?.
sampai xmahu jatuh cinta.
cukup la..
mungkin ni balasan aku kot. sebab tolak cinta orang yang
menunggu ku... hmm, yer .. aku dah cakap kat dia.. jawapan untuk soalan yang dia tunggu tu akan aku bagitahu lepas habis exam..tapi .. sejujurnya.. aku xboleh terima cinta seseorang yang aku dah buang perasaan syg dan cintaku pada dia.mungkin jawapan ye ialah............. jgn tafsir dlu
biarlah.. seperti mana senior ku kata... wat pilihan yang tepat!.
haha.. mcm nak pilih calon suami jer...
xde makna yer.....
mungkin... aku akan terus tutup pintu hati ni..
cukup la.. hahaha..tunggu putera yang sebenar..
aku nak capai matlamatku dulu!!!.. itu yg haki..
go go go nadh.. do the best utk dgre ni..

tp lau dah pintu hti terbka tu..acp jela.. aku xsempurna.
bye2 cinta!!

Oct 12, 2010

Warkah ke syurga

doa seorang sahabat

Salam,

Titipan ikhlas dari hati yang HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU

Dulu AKu selalu berdOa di dalam setiap solatKu. Semoga Aku dan Dia bertemu JODOH dengan Kuasa Yang MAHA pencipta.. Tapi.. Kini aku berhenti dari meminta.berhenti mengharap..
Namun masih ada Untuk DIA… Semoga Dia bertemu Jodoh kembali dengan Insan yang Amat dia dambakan, cintakan dan rindukan.. Semoga perpisahan bertaut semula..
Seperti Adam dan Hawa.. bertemu ..terpisah lama… dan bertemu kembali…….
Cinta yang sejati .. tak akan ke mana…. Semoga doa yang sekali ini di kabulkan Tuhan yang MAHA Agung…AMIN.



Oct 11, 2010

jawapan rindu.

Terasa Sesuatu
Persoalan Memanggil
Di Benak Yg Paling Mendalam
Sehingga Menjadi Ralit
Semakin Jiwa Dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin Sukar Difahami
Puncanya Gelisah ku Ini
 
Hanya Kekosongan
Jua Kehilangan
Kurasai
Menghuni Hati
 
Di Mana Kan ku Temui
Penghujungnya Resah Ini
Seumpama ku Menanti SeJawapan Rindu
Di Mana Kan ku Temui
Oh Sinaran Yg Hakiki
Untuk Menjadi Penyuluh
Jalan Didepanku
Hingga Akhir Waktu
 
Andainya Kau Temui
Cahaya Yang ku Cari
Sudikah Dikongsi Bersama
Sebagai Teman Mahupun Sebagai Kekasih
 
Merenung Bayangan Jauh
Menatap Pengertian
Menyelam Dasar Persoalan
Menyelongkar Kemuncak Maksud




lagu ini saya hadiahkan kepada sahabat saya hafizuddin ..

Tragis 10/10/10

http://www.facebook.com/album.php?aid=89035&id=1147144865


nak tgk gmbr2... klik jela situ...
aku xsgup nak uplod!...


Al-fatihah!!!!



Ini ialah kenyataan saksi 1...(telah dipadamkan beberapa nama)

asalammualikum ,

Saya adalah merupakan nyaris mangsa kemalangan. satu malam x bleh tido masih terbayang2 keadaan berlaku.

pada masa kejadian iaitu jam 6.35 petang semalam saya nampak segalanya apa yang berlaku sebelum impact. saya dari arah utara ke arah selatan.


apa yang saya nak tekankan disini adalah PUNCA KEMALANGAN!

Sewaktu kejadian, jalan arah ke utara penuh dengan kenderaan (ketiga-tiga lorang). Bas delima berada di lorong laju dengan MENGEKORI RAPAT kenderaan dihadapan (kenderaan putih mungkin myvi @ viva)..
sewaktu hampir melepasi saya (sya di lorong laju arah selatan) bas tersebut terhunyung hayang ke kanan dan kiri (saya yang melihat keadaan tersebut menambah kelajuan) kemudian terdengar bunyi geseran sebanyak 2 kali. dan kemudian bas tersebut terus merempuh divider (tanpa sebarang resistance dari rail) menyimpang jalan.

Asap terlalu tebal dan memenuhi jalan sejurus kemalangan. bunyi dentuman bertalu talu diiringi bunyi seretan.

Saya yang dalam keadaan tergamam dan panik tak mampu nak menekan minyak .. dan setelah melihat belakang tiada satu kenderaan pon dapat melintasi kawasan kejadian.. jalan arah selatan menjadi kosong..kosong.

saya masih terbayang wajah2 penumpang kereta yang saya potong seblum kejadian.. rata rata adlah keluarga, yang memandu dalam 90 kmj -100kmj.

masyaAllah ... mujur ajal saya bukan disitu.. buat yang terlibat saya ucapkan takziah dan semoga roh yang mati dicucuri rahmat.

ahh satu lagi saya rasa bas tu tidaklah dipandu laju sangat .. lebih kurang 110 kmj jer sebab jalan time tu sesak.



Kenyataan saksi 2

assalamualikum,

saya adalah antara mangsa yang terlepaas dari pelanggaran semalam.. 

apa yang saya hendak nyatakan disini berkenaan kereta yang dihempap oleh bas adalah kereta yang betul 2 dibelakang saya (honda accord hitam ) . mujur saya pantas lebih kurang 5 saat di hadapan kereta honda tersebut... kelajuan lebih kurang 130 kmj pada waktu itu ..

yang membuatkan saya tertarik untuk post disini adalah kebanyakan maklumat dari akhbar adalah bercanggah dengan cerita sebenar ..
Saya akan ke balai polis untuk memberikan maklumat. kepada kawan2 yang ingin mengetahui maklumat sila la baca laporan saya di threaad satu lagi.

perkara menggagu pikiran saya dan diharap jangan buat sebarang spekulasi jika ingin membantu polis mencaari punca sebenar kemalangan.

by the way .. saksi dalam bas cakap bas laju dan mendahului kenderaan lain .. tidak benar .. sebelum kemalangan bas tersebut mengekori rapat sebuah kereta putih (viva @ myvi) sebelum hilang kawalan melepasi kereta saya (gen2) dan menghempap kereta belakang saya (honda accord warna hitam versi 2005++.)