Oct 23, 2010

Memang Allah sengaja ....

Salam,

Memang Allah sengaja ....


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan ...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan laranganNYA ...

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA

BE CREATIVE, BE INNOVATIVE, THINK DIFFERENTLY, THERES ALWAYS BE A BETTER WAY ...

Oct 22, 2010

Terciptalah Lagu kita

Terciptalah Lagu kita


Melodi lagu yang Indah,
telah mengalunkan perasaanku
dari tidak menentu 
menjadi satu kepastian,

Burung berkicau
di setiap pagiku,
dengan siulannya
membawa aku
untuk bersama-sama
merasakan keriangannya.

terciptalah satu cacatan
yang membuahkan rasa
bahagia.

Sehingga mahu
sahaja 
menceritakan 
bahawa..
Aku gembira mengenalinya.

di tujukan kepada kawan,Sahabat- bibiana,ahlina,syahsya,syafiqah,wani,sya,shima,fiza. kakak ku - fatin afifah ,kak zaty, abang ku - abg eddy,
dan si Dia yang sentiasa di hatiku.

i city

Salam
member2 aku Sibuk cerita pasal Final .Aku pulak sibuk Dengan I city.
relex2 sudah.. Jangan strees.. Meh r tengok benda-benda yang cantik, indah,sweet.romantik .huhu
bila la dapat pergi tempat secantik ini. So, benda-benda ni pun sebenarnya 
salah satu nak menghilangkan strees..hehe.. 



ihsan dari pic along aku..hehe.. dia telah wat aku jeless.. So, dia cakap pas aku final dia nak bawak aku ke sini.So, tolong tunaikan janjii!!.. huhu

best wedding

Majlis perkahwinan anak Nasimuddin (pengasas Naza)
30 june 2010


bagai cerita Dogeng, Mimpi.. Bila majlis perkahwinan
segempak ni!!huhu

Oct 20, 2010

=)



Salam, 

                minggu stady week?.. sepatutnya lepak2 kat umah atau bilik kan. Stady..
tapi bagi dak Cos aku ni. Masing2 sibuk siapkan asgmnt yang telah d reject oleh
cik kita yang cerewet nih,.. ke semua student grl pnye asgmnt dia reject,
kesian.. nak wat cam mana kan?.. dugaan.. ni aku baru je selesai mtem Pgajian Malaysia.
15 minit je aku jawab?.. agak2 senang ke susah?.. haha.. sape cepat siap.. cepat bla lah dari kelas kan.
petang ni pukul 3 ada kelas sains sosial.. balik je kelas ni..ada lagi program yg kena go.go go... .
yeah!!,,mau ke stadium h.jebat sempena sambutan Melaka maju 2010..kak senior ku. ex students sni.
mengharap aku pergi...sbb dia antara yang akan memeriahkannya.. huhu.. ok aku pergi lah ni.. hehe

anwy thankz Dj Emy .. huhu. sebab hiburkan hati aku yang sedang kacau2 ni kan.. tension2.
stady malam tdi ngan dak mb. tp dak mb pulak pengsan. kejut pun xmau bngun. sengal~~~ suruh kejut.
tapi xsedau2 ... haha.kes 2 hri xtdo... sian.... so si emy ni pun sruh aku..
g on frenzy fm sbb dia yg on air mlm tdi.... wah duh... suara dia  mulai memekak!!! haha.. ok r... dah lama kot tak dgo suara  dia on air kat frenzy fm.macam gntuk pun e yer suara mamat ni.smpai kul 2pagi kot dia on air... xhabis2 mintak sory sbb xdapat putarkan lagu permintaan peminat..ye la kan.. rmai sgt yg wat permintaan dengan ucapan..hehe.
emy!! jangan marah citew pasal kamu tau.. hehe....

ok lah,... teruskan semangt dlm hari2mu..!!! dont2 tension2.. 
dekatkan diri dengan tuhan... tenangkan hati dengan zikirullah..

syukran, wsalam =)













Oct 18, 2010

di manakah cantiknya seorang wanita?


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anta ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."



Kalau kita .....

Fatimah syarha wall
Kalau kita suka bersms dan call lelaki, insyallah kita akan dapat suami yang suka sms dan call dengan perempuan. Kalau kita suka keluar dengan lelaki, insyallah kita ada suami yang suka keluar dengan perempuan. Kalau kita suka menjaga diri, insyallah kita akan dapat jodoh yang suka menjaga diri. Pilihlah nak yang mana?...

comment  :


Salam..akak sye nk tye ni,
akak ckp 'Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa'?
Boleh bg penjelasan yg lbih jelas?
Cmne lau ALLAH dh tntukn JODOH kte?



ana pun kurg jelas sikit tntg "Takdir blh berubah dgn usaha dan doa"..hehe..blh akk jelaskan lagi.beri lebh fhm lagi..




fatimah syarha comment: 


Cuba rujuk kitab-kitab Tafsir, ulama menyebut bahawa Allah menyediakan sebuah kediaman untuk kita di syurga, dan sebuah kediaman untuk kita di neraka. Ini menunjukkan bahawa amalan kita mempunyai PILIHAN samada menuju syurga atau neraka. Semuanya sudah ada dalam ILMU ALLAH. Jika nanti kita masuk neraka (nauzubillah) bolehkah kita salahkan Allah ini semua kerana takdir Allah? Allah boleh berhujah balik dengan kita bahawa Dia telah bekalkan kita fitrah yang baik, akal yang sihat, pancaindera dsb untuk kita KENAL DIA dan pilih amalan ahli syurga, tapi kita tetap pilih amalan ahli neraka.
Berkaitan jodoh kita, semuanya DAH ADA DALAM ILMU ALLAH. Bagaimana peribadi orangnya itu, bergantung pada PILIHAN kita sebab Allah dan janjikan wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Kalau kita pilih amalan orang yang bergaul bebas, maka adillah bagi Allah menentukan peribadi jodoh kita orang yang suka bergaul bebas juga. Jika kita suka membaiki diri, insyallah jodoh kita pun seorang yang suka membaiki diri. PILIHLAH nak peribadi yang mana, Kemudian tentukan siapa orangnya...

Oct 16, 2010

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

sebenarnya aku mengharap dia dalam hidup aku..
tapi aku rasa..
mungkin xperlu mengharap lagi..
huhu.
mengharap dia take care aku seperti mana dia take care org yg
dia sayang dalam hidup dia..
mungkin hati aku lembut sangat..
dengan pangilan sayang utuk ku..( baru mcm tu dah lemah)
huhu.. kuat kan hati!!..
seperti mana sahabatku kata.. Nad!! jangan mengharap pada sesuatu yang tak pasti
yeah!!!.. i know that.. huhu.
aku sedang berusaha ni..
aku dah suka dia sejak..
dia temui cinta dia dlu.
sbb time 2 rasa selesa dengan dia..walau baru kenal.
tp bila fikir. xmungkin!!.. dia disana. aku disini.aku biarkan.
dan doakan kebahagian dia..
ok...so skrg!!...nak jauhkan perasaan tu..
aku xmau lagi jatuh cinta...
tapi siapa aku??? utk berkata mcm tu kan?..
hebat sangat ke?.
sampai xmahu jatuh cinta.
cukup la..
mungkin ni balasan aku kot. sebab tolak cinta orang yang
menunggu ku... hmm, yer .. aku dah cakap kat dia.. jawapan untuk soalan yang dia tunggu tu akan aku bagitahu lepas habis exam..tapi .. sejujurnya.. aku xboleh terima cinta seseorang yang aku dah buang perasaan syg dan cintaku pada dia.mungkin jawapan ye ialah............. jgn tafsir dlu
biarlah.. seperti mana senior ku kata... wat pilihan yang tepat!.
haha.. mcm nak pilih calon suami jer...
xde makna yer.....
mungkin... aku akan terus tutup pintu hati ni..
cukup la.. hahaha..tunggu putera yang sebenar..
aku nak capai matlamatku dulu!!!.. itu yg haki..
go go go nadh.. do the best utk dgre ni..

tp lau dah pintu hti terbka tu..acp jela.. aku xsempurna.
bye2 cinta!!