Nov 5, 2010
Nov 2, 2010
salam rindu
SALAM rindu ,
Aku rindu sangat dengan korang. ramai yang tanya. kenapa sekarang dah bertiga. x macam dulu.
berlima?.. aku tak tahu la nak jawap apa.. kemungkinan kesibukan exam ni. tak dapat nak kumpul sama2
macam dulu. rindu sangat!!!! nak gelak2 macam dulu. tak se tension begini!..
to k.wani, k.fiza,.. miss yo so much!!!
lagu antara 2 kasih dari unic untuk korg smua..
syukran ..
Antara dua kasih
Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai
Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih
Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya
Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya
Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya
Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara
Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai
Oct 31, 2010
Surat Cinta Untuk Jiwa
assalamu'alaikum wbt..
suatu perkongsian-moga dpt menghidupkan hati2 yg lesu dan layu..moga diteguhkan iman hingga saat kita bertemu dgnNy..amiin Ya Rabb
surat cinta untuk jiwa..
Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalany, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah..
Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya,
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..
Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapak jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba
melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..
Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang
dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?..
Surat ini ku tujukan untuk diriku
dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong,
yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain ketakwaan..
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..
Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..
Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya..
meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya, "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU, pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..
selawat~
Suka hati akulah nak buka tudung!!!
apa hal!? apa korang ingat aku buat, hak aku naper nak sibuk, apasal nak rasa marah plak?
suka ati aku lah.. aku nak pakai, kejap nak buka,
ada aku kisah apa korang nak cakap,..
kubur asing2, tak payah nak ajar apa aku nak buat,
tu urusan aku dgn Tuhan, korang jaga kubur sendiri..
Assalamu'alaikum...
eemm.. ko nak buka tudung yek...
ok jer, tak ada hal, rasa? eh tak ada rasa mendalah, bukan kepala aku kepala kau.. kau yang nak pakai ke tutup ke..hak kau. betul2 aku pun tak ada hak nak larang kau, ha . lagi betul tu urusan kau dengan Tuhan, yelah, jaga kubur sendiri ye tak.
tapi...
aku cuma nak kasi tau je ni. tak ada niat nak menegur tak ada niat nak melarang jauuhhh sekali nak mengajar,. aku pun tak ada sijil layak jadi cikgu, jadi ni tahap2 macam sembang2 je lah kiranya ye...
gini, memang hak kau 100%, tapikan kau pernah dengar tak pasal hak pesan berpesan, ala yg dalam Al Quran tu, tak silap aku gini bunyinya
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran." ~ Al-Ashr 1-3
Jadi, cuma pesanan je ni kat kau. memang kubur tu hak kau seorang, tak ada kongsi-kongsi, kalau ada pun sok esok kau mati satu liang lahad dengan orang lain, pakej kau, dia tak dapat. gitulah adilnya Allah bagi kat kita
kalau nak lawak, aku cakap gini je ye,.. bukan apa, alah. sok-esok kalau kubur kau sebelah kubur aku, takut bisinglah, maklumlah, kita ni kalau menangis, meraung kena balun, bukan sikit-sikit anak tekak kita menjerit, kot nanti malaikat beduk kau, aku tengah tidor ke, bising sikit, aku tak leh nak rehat, sebab tu aku bagitau ni, kubur asing pun, sebagai jiran, aku tak nak lah kau bising, aku pun peningkan....
ha ah satu lagi, bukan apa, bila kau kata orang lain tak akan kena soal, silap sikit, pasal gini, kalau aku tahu kau nak terjun lombong, aku tak tolong selamatkan kau, esok kau datang kat aku, kau leh dakwa aku tak tolong kau, jenuh gak aku nak jawab depan Allah pasal apa aku tak tolong ingatkan kau tudung tu wajib. elok-elok kot aku boleh lepas, kantoi pula.. ye tak
jadi sebab tulah sekarang ni aku bagi tau je, alah bagi tau je, kau tak usah pula terasa hati ke marah ke, ye tak. aku tak kisah kau nak buat apa pun, betul. cuma tulah bagi tahu je. bab lain, apa yg termaktub dalam Quran, apa yang Baginda sabdakan, aku rasa kau lebih tau kot dari aku, sebab kau pun bukan calang-calang orang aper..
Kau lulusan tinggi lagi dari aku, kerjaya bagus, gaji 4 angka tu, rumah cantik, kenderaan baik, solat pun Alhamdulillah tak tinggal aku tenguk,mengaji tentu kau dah khatam, bab sedekah aku perati kau ni memang pemurahlah, syukur. jadi tulah kan, memang senang nak cerita dengan kau, tak payah panjang berjela-jela. kau tahu banyak perkara.
cuma betullah, apa kau cakap dari mula, kau ada hak, kubur pun asing. tapi aku ada tanggungjawab, aku ada tugas, aku wajib bagitau. sekali lagi bagitau. bukan dakwah-dakwah.. eh tak, b a g i t a h u je. kau fikirlah semula ye.
oh ye, masa fikir tu, lebih baik kau buat masa kau lepas solat, pasal masa tu kau masih pakai telekong solat, kau tenguklah wajah kau yang cantik tu depan cermin, bersih je, pastu kau fikirlah sambil-sambil kau bayangkan, kalau lah aku mati ..
bukan apa, bila kau kata, yang orang lain tak ada hak nak tegur larang tu. betul lah, aku setuju tu, tapi kau agak-agak, kalau kau mati suk, orang lain yang tak ada hak nak tegur larang kau jugalah yang akan kena urus jasad jenazah kau, tak ada lagi orang mati, mandi sendiri, jalan gi tanah kubur, korek sendiri dan masuk, kambus sendiri, semua 'orang lain' yang tolong uruskan.
Jadi,.. bilamana ada kesilapan kita, orang tegur, tahulah kita sebenarnya orang lain ada hak keatas kita!.
eh. tak apalah, aku nak balik dulu, kau fikirlah ye apa yang kita sembang-sembang ni...kalau sekarang kita tak mahu bertudung, akhirnya nanti kita akan ditudungkan juga, itulah sehelai dari atas sampai kebawah, sebelum masanya sampai, mulakanlah, kepada yang suka bertudung macam chipmore, fikir2kanlah semula ya.
kat FB pun...ramai suka begitu, gi keje pakai tudung, gi jalan tak bertudung, tangkap gambar muat naik yg tudung dan tak bertudung.. mamcamana tu? aku pun tak berapa paham, maklumlah aku tak ditempat kau, aku tak tahu matlamat kau apa, macamana, untuk apa,kenapa...kau je yang tahu jawapannya
tudung sekarang pun lawa-lawa, macam-macam jenama ada, boleh pilih, tak apalah, sebelum sampai peringkat nak bertudung labuh, mula sikit-sikit, mudah-mudahan kalau nawaitu kita kerana Allah, Insya'Allah lembut hati tu, sok nanti mesti kau leh sarung tudung labuhkan, lah ni mulalah dulu, jaga tudung tu ye.
cuma aku berpesan kerana kasih dan sayang, kalian semua hebat-hebat belaka,jadi bawalah kehebatan itu hingga kesana,.. Insya'Allah,pasti kalian lebih bahagia.
bukankah itu yang selama ini kita cari.B A H A G I A!.. malah ada yg bunuh membunuh, sihir mensihir, berdendam kesumat sebab merebutkan bahagia ni lah,.. tak kan kau tak tahu, jadi matlamat bahagia yg mana kau betul2 nak. kat sini ke kat sana ke..
ha, dah cukuplah ye, aku dah sudah pun, panjang bejela pun tak guna, sikit-sikit cukuplah, kau orang yang hebat, sekali lagi.. hebat!...
balik dululah ye...
Assalamu'alaikum
Oct 30, 2010
pendekatan memahami displin ilmu sains sosial
bakal prof jama amin say's:
pendektan nak memahmi dlm dsiplin ilmu sains sosial
1) jgn hafal
2) fahamkan konsep
3) imiginasi konsep dengan alam persekitaran
4) aplikasikan dalam khidupn..
bru r GREAT of Knowledege..hehehehe
sye byk bguru ngn Prof. Wan Moh Nor n Prof. Agus Yussuf n
ngn ank2 murid Prof. Syed Naquib al-attas
so,ambik berakah dri diorg r...
haha, thankz la cikguku.. di saat aku tengah blur dengan serabut sosio.
Dia wat aku semangt balik nak studi..
Doa students mu ni sukses in sarjana muda
psikologi ni.. setiap kali dia chat aku kat fb.
mesti dia mula kan.. salam ustazah.
hehe.. berkah doa tu. mana tau aku jadi ustazah.
hehe.insyaallah.
banyak kali dia tanya bila nak datang UKM.
bila dah dtg hri 2. last minit lak baru aku contact dia.
so xde rezeki pulak.
time 2 dia ada kat kelantan kot.
lupa lak aku.
pape pun .. thankz cikgu.
cikgu bnyk jugak bagi sy tujuk ajar.
p/s : seorang guru yang tidak pernah lupa tentang pelajar2nya.. sentiasa mengikut perkembangan ex pelajar-pelajar dia.. guru yang boleh di buat contoh. sebab tidak sombong ;) .
pendektan nak memahmi dlm dsiplin ilmu sains sosial
1) jgn hafal
2) fahamkan konsep
3) imiginasi konsep dengan alam persekitaran
4) aplikasikan dalam khidupn..
bru r GREAT of Knowledege..hehehehe
sye byk bguru ngn Prof. Wan Moh Nor n Prof. Agus Yussuf n
ngn ank2 murid Prof. Syed Naquib al-attas
so,ambik berakah dri diorg r...
haha, thankz la cikguku.. di saat aku tengah blur dengan serabut sosio.
Dia wat aku semangt balik nak studi..
Doa students mu ni sukses in sarjana muda
psikologi ni.. setiap kali dia chat aku kat fb.
mesti dia mula kan.. salam ustazah.
hehe.. berkah doa tu. mana tau aku jadi ustazah.
hehe.insyaallah.
banyak kali dia tanya bila nak datang UKM.
bila dah dtg hri 2. last minit lak baru aku contact dia.
so xde rezeki pulak.
time 2 dia ada kat kelantan kot.
lupa lak aku.
pape pun .. thankz cikgu.
cikgu bnyk jugak bagi sy tujuk ajar.
p/s : seorang guru yang tidak pernah lupa tentang pelajar2nya.. sentiasa mengikut perkembangan ex pelajar-pelajar dia.. guru yang boleh di buat contoh. sebab tidak sombong ;) .
Oct 29, 2010
andai seorang perempuan itu datang
Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...
Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?
MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,
"Kau adalah kawan karibku."
"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."
"Kau dah seperti abang kandungku."
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."
"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."
"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."
"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."
TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?
Andai seorang perempuan itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR
TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!
Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,
Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,
Andai seorang perempuan itu datang...
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...
Andai seorang perempuan itu datang...
selawat~
Oct 28, 2010
apa erti sahabat?
Indah Khabar Dari Rupa
apa gunanya berteman...
andai tiada kejujuran dan keikhlasan...
hidup memang tak semudah yang kita sangkakan...
usah ditanya mana perginya teman..
andai tiada kesedaran dalam jiwa sendiri..
bila tertumpahnya setitik titik hitam di hati... tak bermakna lagi ikatan persahabatan kita...
apa ertinya bersahabat ..
andai tak mengerti antara satu sama lain..????
kawan makan kawan????
muka bertalam-talam...!!!!!!
benar kata pepatah...
lidah itu lebih tajam dari mata pedang....
fikir dahulu sebelum berkata-kata...
selidik dulu sebelum meluahkan..
mcm tue jugak.... bila dikatakan...
telajak perahu boleh diundur...
telajak kata..buruk padahnya...
hati mana yang tidak kecewa?????
bila hatiku terguris.....
usahkan lagi kau ubati dengan pujuk rayumu...
Hiduplah sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya,
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya...
Subscribe to:
Posts (Atom)