Nov 19, 2010

kembali ke sekolah

Salam
datang ke sekolah.. bersama ahlina.. hehe. dia buat kek laici  tuk ckg nizam..
dulu aku dgn dia  pgws libry.. hari tu pulak.kebetulan.. ada jamuan akhir tahun utk pgws prtkwn..
so, datang la. walau malu sesangat nak jumpa cikgu2 aku dulu..
berlega2.apakh soalan2 yg akan dtanya. haha..
 cantik tol lbry sekolah dah.
kek laici. mag sodap..
jamu2 la makan.. aku ngan alyn mam satay je.. hehe. malu lak. lau x. xnak makan.
nak balik terus.. yela. dtg just nak hntr kek je 2..tapi makan la gak. ckg2 dah paksa.



huh, sungguh cntik la sekolah... asal aku xde time ni.. hahaha.. dlu putey je semua.. suci bersih. sekarang
dah berwarna.. hahaha.. berpeluk kan la dgn cikgu2... tanya stdy mana, buat apa, kat mana..seronok tol..
huh,, berangan pulak.. andai dtg tu. satu hari nantii.. betul2 seorg cikgu...huh,, huh.. huh.. bnyk2..hehe
aku tak sentuh nasi la setahun!!!!!
alyn!! my friends forever.



bowl dan jumpa sahabat lama.

salam,
dari pagi sampai magrib!!. fuh .. apa nak jadi ni. hehe..
xla.. pagi2 bibi hantar msg.. "nadh, jom main bowlg kat sgmt sbtu ni"
tapi nak buat macam mana kan. sabtu ni aku nak g rompin.. 
so, aku pun ckp.. " bibi, isnn ley?"
bibi balas " wei, aku dah nak balik sana, ada kem palapes t"
so, aku pun.. dengan malas nak pk pnjang..
jom g hri ni jer... (hah, kan senang)
so, dalam tenghri tu.. rempit dengan bibi. g segamat....
sgh dulu solat zhr dkt surau sgmt tu.. sblh sek china tu..
mcm sengal je time 2.. sesak dengan knderaan. sbb time 2 . bdk2 balik sek.
so siap2 solat.. apa lagi main bowling la.. 3 game. 11hingitttt... apa lagi .. belasah cukup2.
smpai jari2 ni skit.. hahaha. tapi xsakit pulak.. angkut 13kg.. pastu gne 8kg.
wakah2...So, mula2 aku kcundang gak.. wak lu malu seyhhh.... msuk longkang jer
tp.. time set ke 2 ke 3... hahaha.. aku la juara... kikkki... ala stakat 78 je.. paling corot markh la tu kan.
kira la bpe bnyk msuk longkang dr strght!!!.
so sape kalah belanja ascrm la kan... hahahaha.
pas, ..beli brg bibi untuk kem dia..shping2 jap. sian ek. kena cri jam hitam kalis air tapi murah pnya, tudung hitam, baju hitam,sgla nya hitam.. pastu dah duk peram dgn panas terik. skali2 ko hitam.. adat la tu ,palapes..ha2.so,  makan la ascrm sat.. bibi blnje.. ahaha..
cool la... lepas ni jom!!!. ramai2.. haha

sampai umh dlm kul 4 lbh..
bibi lepak dlu umah.
solat2 asar..
bibi rojer syafiqah..
terus gerak g paso..
hehehe.
seronok jumpa sahabat2 lama..
tiba2 syafiqah ckp.
"oiii, aku dah jumpa alif..
korg p lapor kat dia lak"..smbil gelak2
"laa sape dia nak duk lapor2 kan"
hahaha
bertembung la si tentera laut, tentera darat dengan tentera udara.
aku je ni tonteron kot. hahaha'
gelak2 besau la kami..
huh, rindu betul saat2 bersama kan.
dulu kami ni smua pasukan kadet polis sekolah paling aktf..
pling aktf 3org tula. syafiqa,alif, bibiana.
pangkat tertngi.
 tapi  yg pelik enth mcm mna ley aku ni dpt sijil sbg ketua audit kadet polis.
haha.. rezeki.. hahaha.. sdgkan aku xde jwtan pun ..kikiki..


anwy, kenangan tetap kenangan.. abadilah cerita kita sampai akhirnya.
dan tiada noktahnya.

dulu kini dan selamanya


geng shati sejiwa..hope brkekaln hingga akhir hayat. by cikgu zoo
huhuhu...besnyew dpt friend mcm nie
hahahhah... byk bez fwen 
semua jam sama la by gee nur




kerinduaan nak bertemu ke empat2 yer sekali.
belah kanan skali ahlina: tahun akhir  di fim diploma.
kedua dari kanan bibiana: ijazah sains sukan 
saya nadhrah: ijazah psikologi
belah kiri syafiqah: ijazah kauseling





template oh template

live demo



sedang mencari template blogspot yang paling sesuai.
huk, membuang masa sahaja.. 
tapi dah xde kejer. nak buat cam ner.
k.e.b.o.s.a.n.a.n!!!!!!!!

Nov 18, 2010

peminat yuna

Saya peminat YUNA (^_^),

tutup balik.


ya, pintu hati hampir-hampir terbuka untuk Dia. Tapi.. Aku terpaksa tutup kembali.Jangan tanya kenapa? .. Aku bahagia di sisi dia sebagai sahabat Alam Maya. Cukup la. & berhenti mengharap Kasih yang HATinya msh pada YANG Lalu lagi.



Nov 17, 2010

MALU X BERTEMPAT..p0mpuan skrg 'malu' nk kluar jln2 if pkai bju krung...?? k0lot sgt ke?

Situasi 1
A: “Kalau ko jalan2 ngan mak, contohnya g shopping complex ke. Pegang tangan mak tak?”
B: “Ish ko ni. Aku kan dah dewasa, takkan nak wat camtu. Malulah.”
Situasi 2
A: “Jomla pegi surau. Ade ceramah sket malam ni.”
B: “Takmaula. Segan. Aku kan jarang turun surau. Nanti orang kate ape plak.”
Situasi 3
A: “Eh, sejak bile ko ade facebook ni? Bukan dulu xde kew?”
B: “Saje wat. Malulah bile orang tanye. Aku xde facebook, orang ckp ketinggalan zaman.”

Situasi 4
A: “Ko penah g mid pakai baju kurung x?”
B: “Ish, xde style la pakai baju kurung. Wat malu je.”
A: “Owh. Kalau pakai seluar track ngan t shirt lengan panjang?”
B: “Lagila tak. Malu.”
Situasi 5
A: “Eh, tadi bukan ko dengar lagu nasyid ke? Nape tetibe tukar?”
B: “Tu kawan aku datang. Dia tu suka lagu inggeris. Tukarla. Malu lak kalo diorang tau. Sat g diorang ingat aku peril diorang plak.”
Situasi 6
B: “Camne nak bace ayat ni? Tanwin jumpe ngan huruf lam. Dengung ke tak eh? Tapi nak tanye sape? Batch aku takde. Kouhai je. Malu la plak nak tanye. Hurm.”
Situasi 7
A: “Nape ko tak rapat ngan die? Bukan die satu kelas ngan ko kew? Ko tak suke die ke?”
B: “Bukan. Tapi die tu kan kuat agama. Aku ni apela sangat. Malulah nak baik ngan die. Segan kalau dia tegur. ”

Mungkin anda semua pernah berdepan dengan situasi di atas. Sama ada anda jadi pihak yang berasa malu, atau pun pihak yang bertanya. Semuanya berkisarkan tentang perasaan malu. Setiap insan dibekalkan dengan perasaan malu. Secara umumnya, malu terbahagi kepada dua. Malu yang boleh dipupuk, iaitu rasa malu kepada ALLAH dan Rasul. Yang kedua adalah malu secara fitrah. Contohnya seseorang itu berpakaian kerana malu jika tubuhnya dilihat. Rasa malu ini penting. Dengan rasa malu inilah yang akan menghalang sesorang itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Dalam Islam, malu merupakan elemen yang melengkapkan iman.

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Jadi , jika kita lihat balik 7 contoh situasi tadi, Si B telah melakukan perkara yang betol la kan. Sebab dia ada perasaan malu. Siapa setuju, angkat tangan. Wah, ramai juga. Tapi sesiapa yang bersetuju, cuba baca sekali lagi. Apa? Anda masih tak nampak di mana silapnya? Tak mengapa, cuba baca sekali lagi. Hurm. Masih tak kelihatan ye. Baiklah, biar saya tanyakan satu soalan, adakah Si B telah malu pada tempat yang betul? Atau dengan bahasa mudahnya, adekah alasan Si B untuk berasa malu dalam ketujuh-tujuh situsi itu relevan? Si B telah melakukan perkara yang sangat bahaya. Perasan malunya telah diletak pada tempat yang salah!

Si B rasa malu untuk memegang tangan ibunya. Kerana ia bakal mencalar imejnya sebagai seorang dewasa. Tapi mengapa kita perlu malu untuk memegang tangan orang yang telah melahirkan kita? Jika sewaktu kita masih kecil dan tiba-tiba kita berteriak menangis sewaktu berjalan-jalan di shopping complex. Ia pasti menarik perhatian orang sekeliling, malu kan? Tapi adakah ibu bapa kita akan meninggalkan kita? Kerana malu dipandang orang sekeliling? Tidak. Kerana kita adalah anak mereka dan tiada apa yang harus dimalukan. Jadi apa salahnya Si B tadi memegang tangan ibunya? Tak kiralah dia sudah sedewasa mana sekalipun. Itu bukan satu dosa, malah ada pahala yang menantinya. Tapi malangnya, bagi keadaan remaja zaman sekarang, mereka lebih berani untuk memegang tangan bukan muhrim mereka tanpa rasa bersalah. Kerana apa? Kerana rasa malu mereka salah tempatnya.

Banyak yang dapat saya perhatikan dari mata kurniaan Allah kepada seorang hamba yang hina seperti saya ni. Ada yang malu untuk berbaju kurung ke mid valley, tapi tidak kisah tatkala memakai seluar jeans dan baju ketat yang menampakkan bentuk badan. Tidak malukah mereka tatkala tubuh mereka menjadi perhatian? Ada juga yang rasa malu bila baju yang mereka pakai ada segaris kedutan, tapi tak langsung mengambil tahu bahawa tudung yang mereka pakai itu jarang dan menampakkan rambut, tengkuk dan sebagainya. Seperti risau melihat seekor semut mahu memakan coklat, tapi tidak kisah dengan api yang sedang membakar rumah sendiri.

Dalam situasi di atas, ade juga ketikanya Si B berasa malu jika kawannya tahu ketika dia mendengar lagu nasyid dan turun ke surau. Kerana apa? Kerana dia malu dikatakan ‘baik’ dan tunjuk alim. Takut dianggap ria’. Masya ALLAH. Janganlah berfikiran begitu, kenapa kita perlu takut untuk membuat kebaikan? Sudah jelas dalam AL-Quran, amar makruf nahi munkar. Kenapa kita perlu malu berbuat kebaikan? Kenapa kita dengan rela membiarkan kebaikan tewas dengan kejahatan? Sedarlah pada saat kita rasa malu untuk berbuat kebaikan kerana takut dianggap riak, kita sudahpun riak sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita rasa perkara itu sebagai menunjuk kealiman dan kesolehan kita bukannya ikhlas kerana ALLAH dan kerana kita ini hambaNYA.

Kalau Si B tadi risau kalau-kalau dia telah memperli kawannya, biarlah. Hanya orang yang salah akan terasa pedasnya. Teruslah dengan perkara baik yang telah dilakukan, niat Si B bukannya buruk. Siapa tahu, dengan rasa ter ‘perli’ itu rakannya akan sedar. Secara tidak langsung Si B telah membawa rakannya ke arah kebaikan. InsyaAllah ada pahala untuknya. Ada juga dalam kalangan kita, malu untuk berkawan dengan orang yang berilmu kerana rasa rendah diri. Mengapa perlu rasa begitu? Bukankah kita telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Allah telah berfirman secara terus dalam Al-Quran. Takut untuk ditegur? Ambillah semua itu sebagai cabaran untuk membetulkan diri. Dalam situasi yang ketujuh, walaupun Si B rasa merasakan ilmu agamanya kurang berbanding rakannya, dia tak patut rasa malu. Kerana ALLAH memandang pada usaha dan bukan pada hasilnya. Yang penting ialah istiqamah. Ingatlah manusia tidak sempurna, kita sentiasa melakukan kesilapan. Cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu belajar dari kesalahannya.

Jadi, letaklah rasa malu itu pada tempat yang selayaknya. Agar ia menjadi benteng terbaik dalam diri kita untuk tidak melakukan maksiat. Dan semoga ia menjadi alasan untuk kita lebih mendekati ALLAH. Setiap kali kita mahu berasa malu, sentiasalah berfikir adakah rasa malu betul pada tempatnya? Atau itu hanya sekadar godaan halus syaitan yang mahu memesongkan iman kita. Janganlah sehingga rasa malu itu sirna dan menyebabkan kita terasa indah perbuatan maksiat yang sepatutnya dijauhi. Jika tiba saat itu, jalan kita untuk kembali akan semakin sukar..

“Maka apakah pantas orang yang dijadikan indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka janganlah engkau(Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.” [Fatir, 8]

x payah g la..

salam,
kemungkinan aku xpergi program tot 1 .grm plak. xde smgt rasa ye da..hmm.. mula2 kata kat pulau tioman,. pastu kat gunung dato.tb2 malam tadi.. dpt msg. tuka tmpt sbb fktor cuaca.......
hmm,, tempat ye di royal putri tanjung keling. ces!!  last2 kat melaka.. haha.. dalaa.. mmbe aku pun
ckp xyah g.... ok pun.... on jela.. xyah g.... aku mau flow family aku holiday di rompin!!!.
hahaha.. sudax.. xpyh penin....


p/s:  wlau hti sbnr ye nk g.. tp parents aku dah bising. kata xyh g.. so.. dgr jea kta diorg.