Dec 8, 2010

sakit hati

"aku dah malas nak masuk blog sorg hamba ni!!.. semakin hari semakin menyakitkan hati..
aku tak tahu nape.. yg penting skrg sape sombong pada sape.. 
sape yg lupakan sape..sentiasa mykitkan hati aku."

salam Maal hijrah





SALAM ,
MAAL HIJRAH untuk pembaca blogku

ok, setiap kali tahun baru. mahupun maal hijrah ni... kita akan terbiasa dengar soalan ni

"wei, apa azam baru ko ek?"

ok..azam baru?.. ermmm, xsemestinya maal hijrah or tahun baru. kita mula sibuk memikirkan........

"apa azam baru aku?"

sebenarnya, kita boleh je kot letakkan azam baru pada setiap hari apabila kita tersedar dri tidur..
cara aku.. sebelum tidur aku maafkan semua orang yang menyakitkan hati aku atau sengaja menyingungkan perasaan aku dan sekutu dengannya la.
.so, bila bangun.. stel masalah. btpe duk pendam ,sakit hati. 
penat jer otak!!. cara aku... ko nak kawan ngan aku.. kawan la.. kalau nak lupakan aku lak..lupa cepat2!! yg penting bukan aku yg lupakan ko..

n kalo nak kawan ngan aku jangan hipokrik sudax.. nak berahsia itu ini ke. pembohong.
manis dbibir .. sdap jari mnaip ..em buang la angan2 nak kenal aku..

nak tahu ke azam baru aku?

xpayah la tahu.. bila dah tertunai nanti.. aku akan ceritakan .terima kasih membaca =)


Dec 7, 2010

hapy berday jeff





dalam 4 orang jejaka di atas ni siapa yang paling hensem?... hehehe... ofcouse la .... rahsia.. haha
jeff!! seorang kawan yang sgt2 baik dan begitu mgingati kwnnya... tapi rasa teruk pulak. aku jarang ingat dia.dia yang selalu duk tego aku.. huhu..yea!!.. dia sentiasa mengikut perkembangan ku...dan mengenali aku..dari cerpen ku...sampai ke indon cerpen aku yg hodoh tu.. haha.. ok dia sekarng mghabiskan masa di hospital apa tah.. tgk??.. betapa pelupa ye aku.... bila dpt contact ja dia balik... aku akan bertanya soalan yg mgkin dia penat nak jawab dah.... aku lupa tmpat stdy dia..yg aku tau kat indon. apa tah nama universitas tu. tp dia bakal doktor..otwy amik master... ada masa free jer. dia msti akan berbalas messge kat fb aku ni...
time berday aku pun.. dia siap bg video berday khas.. so sweet... rindu pulak kat dia.. haha...
ok... so, kesempatan ini..aku nak ucapkan

YANG KE 21 Tahun
 di lahirkan pada 1 dec 1989

semoga panjang umur jeff..n dmurahkn rezeki.
(nak wat kek betul2 ..jeff kena dtg johor la yep)
hehe.. seorang jejaka cina yang sangat rapat dengan kawan2 yg berbgsa melayu.
so, uall dah dpt tau.. siapa jeff kan..
ok jeff.!! gdlucks.. miss you la.. 


p/s : tahun ni, aku adalah kwn yg paling teruk utk shbt2 ku. sbab aku lgsung tidak teringt berday kwn2.mahupun sahabat karib.. yg terlampau rapat!!.. sampai aku sgaja pura2.ckp ngan diorg yg aku tidak lupa.
huhu.. sory la beb,. 

"Kekuatan Solat Tahajjud Membina Hubungan Dengan Allah"

Sahabat yang dirahmati Allah,



Sebagai seorang Mukmin, hidup kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Sentiasa melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya. Semua bentuk ibadah samaada yang wajib atau pun sunat semuanya akan difokuskan untuk melahirkan jiwa hamba, tunduk dan patuh dan menyerahkan diri sepenuhnya tanpa banyak bicara.

Solat satu ibadah khusus solat sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang Mukmin adalah solat tahajjud. Kekuatan solat tahajjud adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah s.w.t.

“Tahajjud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajjud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajjud dikerjakan dua rekaat.

Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari)

Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah s.a.w. ini dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan amat kurang sekali melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. untung nasib belum dipastikan samada Syurga atau Neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah s.a.w.?


Firman Allah s.w.t maksudnya :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.

(Surah al-Israa’ ayat 79)



“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)



Memang benar solat Tahajjud ini hanyalah solat sunat tetapi ianya adalah solat sunat mu’akkad (yang di tuntut). Sekiranya junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. begitu bersungguh-sungguh memastikan ibadah ini dilaksanakan sehingga bengkak-bengkak kakinya kenapa kita masih berat hati untuk melakukannya. Apatah lagi solat tahajjud ini merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.



Sahabat yang dimuliakan,

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”

( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)


Dari Sayidina Umar Ibnu Khattab, dari Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengerjakan solat di waktu malam (tahajjud) serta membaguskan solatnya, Allah akan memberikan dia kemuliaan sembilan macam. Lima macam di dunia, dan empat macam di akhirat.


“Yang lima macam di dunia, ialah :


1. Allah akan memeliharanya dari segala macam bahaya.

2. Ditunjukkan tanda-tanda sebagai orang yang taat pada mukanya.

3. Ia akan dicintai di hati orang-orang mukmin dan segenap hati manusia umumnya dan

4. Pembicaraannya berisi hikmat ,

5. Dijadikan dia orang bijaksana, yakni dia dikurnai fikiran cerdas.



“Yang empat macam di akhirat nanti, ialah :



1. Dibangkitkan dia dari kubur, wajahnya putih bercahaya,

2. Akan dimudahkan dia waktu dihisab,

3. Ia akan melintas di atas shirat (titian) seperti kilat, dan

4. Diberikan buku amalannya di tangan kanannya di hari kiamat."



Sahabat yang dihormati,



Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda maksudnya : “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang yang memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Oleh itu marilah sama-sama kita perbaiki amal kita dengan mengerjakan solat tahajjud, berdo'a dan bermunajat kepada Allah s.w.t. pada waktu seperiga malam akhir (dari jam 2 pagi -5 pagi). Kerana ketika ini do'a kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Ketika hati dan fikiran kita tenang, sunyi dari kesibukan dunia maka ketika saat inilah jika kita bermunajat hingga menitiskan air mata penyesalan dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. maka akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. di hari akhirat nanti. Jangan sia-siakan masa dan umur kita dan buatlah sesuatu amalan yang boleh memberi kekuatan dalam membina hubungan kita dengan Allah s.w.t.

Dec 5, 2010

fikir la sikit.

                                  

     persoalan:
  kenapa manusia suka mengunakan perkataan ini bila dia kecewa dengan seorang manusia yang lain.

kenapa semua perempuan sama ? kenapa semua lelaki sama?

aku paling menyampah dan paling benci sekiranya soalan ini di keutarakan kepada aku..
tapi sebagai manusia yang tidak mahu menyakitkan hati orang lain.
aku berbicara lembut..

fizikal semua sama , tapi tingkah laki, sifat, hati dan iman berbeza..

tapi kalau nak rasa 
kata2 aku yg kasar ..inilah.

ko nak benci.. benci jela sorang. tak payah la ko nak samakan perempuan2 lain?.
mana letaknya perempuan yang beramal soleh?. menjg perilaku.
adakah mereka juga sama dengan perempuan jalang yang pernah ko kenal..

fikir la sendiri..sbb kecewa. semua nak samakan.. bodoh!!

Assalamualaikum ..

Dec 2, 2010

clean & clear


wei, ko pakai pencuci muka apa ek?. bersih muka ko..

bukan senang nak dpt kulit mcm muka ko. xde jerawat pun..

emmm, banyak soalan ni yg d utara kan kepada aku..(guna pencuci muka apa?).. ok,aku guna 
Clean& clear sejak form 4..
time frm 3. aku ada masalah jerawat kat dahi.. punye la risau.smpai ayah g farmasi.. belikn prdk nak ilangkan jerawat kat dahi aku ni... tp xberkesan pun. last2 aku temui clean & clear.. dan aku guna smpai la skarang ni. Alhamdulillah. tak de jerawat, xberminyak, segar.. gebu. bersih.. uhuhu..  mungkin pencuci muka ni kena ngan kulit aku..  tp, try laaa.. insyaallah,. nmpk hasil ye.. hehe

Denyut Kasih Medik Jaja dan Din



kali ni bacaan aku. Denyut kasih medik and jaja dan din. dua2 xhbs baca agi.. terhegeh2 nak baca..
xbpe minit bce. ada je bnda lain nak dbuat yer.. huhu.. jom layan Denyut Kasih medik n jaja & din



sinopsis 
jaja & din:

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar


Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:
Abah dan uminya rasa [♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...


p/s: novel ini membawa kebenaran, don't judge a book by its cover . juga membawa contoh tentang erti jodoh yang baik tak semestinya bererti kamu mendapatkan seseorang yang memang sudah baik dari awalnya. sebuah novel yang mungkin nampak santai dan memang berbahasa santai tetapi membawa mesej mengajak kepada kebaikan serta misi dakwah hingga ke afghanistan. tak percaya? dapatkannya sekarang dan silakan membaca!


sinopsis rgkas frm heart..
Denyut Kasih Medik

cerita ini mengisahkan tentang seorang doc pelatih(HO),DR.muslih,yang cuba memperjuangkan syariat di hospital..dia bukan sahaja ingin merawat pesakitny drppenyakit fizikal,tetapi juga dia ingin merawat penyakit rohani pesakit2 di hospital... (doc + da'ei)..

ketika mula brtugas sbgai HO,dia terpaksa berdepan dgn pelbagai ragam pesakit dan staf2 d hospital...antarany:

1.penggunaan clexane(sejenis ubat mencairkan darah y mgndungi protein khinzir) secara berleluasa d hospital meyebbkan dia rasa begitu kecewa dgn protokol y dkeluarkn hospital dan bg dia,kalau bukan doc muslim,siapa lg yg akn ambil berat ttg sensitiviti agama pesakit2 muslim..DR.muslih berusaha untuk mmbwa isu ini kpd pihak atsan.setelah byk kali usaha y d lakukan,akhirnya pihak hospital memutuskan,u pesakit beragama islam,heparin akn diberikan menggantikn clexane.

2.kemudian,Dia berhadapan pula dengan ragam mat rempit...Dia tahu,untuk mndekati gologn ni,bukan mudah..mereka perlu di didik,bukan dicemuh..dengn pendekatan dan nasihat dr.muslih y penuh berhikmah sekali,dia berjaya membri keinsafan kpd mat2 rempit ni untuk kmbli ke pangkal jalan..

3.then,dia berhadpn pula dgn patient y accident krn minum arak..dia bermonolog dgn diriny dan merasa bersyukur kerana islam mengharmkn arak kpd umatny krn arak boleh memudaratkn kesihatan dan menghilagkn kewarasan akal.

4.lepas tu,dia berhadpan pula dgn patient y kena dera oleh suaminya..

5.then,dia merawat pesakit y merupakan penagih dadah(en.misman).y mengalami pembengkakan pada pangkal paha kiri kerana uratny telah rosak..seperti biasa,hati dr.muslih membuak-buak u mmberi kata2 nasiht kpd en.misman.en.misman berjnji u x mnghisap dadah n mulakn hidup br

6.dr.muslih brhadapn pula ngn pesakitny y mrupakn seorng remaja perempuan y terpaksa d hntrkn ke hospital krn terlebih telan panadol krn kecewa dgn cinta monyet..huhu..cinta itu buta...

7.berhadapn dgn kerenah waris pesakit.tme ni mmg mmberi tekanan y kuatla buat dia cz dia terpaksa berhdpn dgn timbalan pengarah hospital krn dtuduh lmbt mmberi rwtn kpd pesakit padahal bg dia,pesakit y perlukn rwtn segera perlu dberi priority.sabar n redho mnerima tuduhn tu n terpksa trima hukuman wlupn perbuatn dia tu betul..

8.dia jg tidak terlepas brhadapn dgn pelbgai kerenah sahabat seangkatan dgn nya(dr.neezam n dr.nazir) y sdikit jahil pasal agama ni.tp hasil nasihat n usrah n jg dr.muslih mmperkenlkn sahabtny
pd seorang ustaz y jg menjdi org tengah antra dr.muslih n tunangny(qani;ah) dan akhirny sahabt dia ni smkin bersmgt u mndalami agama.

xsbar nak hbis kan!!!!!!!!..
p/s: thanks cousin aku Ain .bg pjam. hehe :)

Dec 1, 2010

jalan2 with my sweet cousin


salam semua,
Rapunzel !.No Harry Potter. ngangkung jom.
yea.. g MBO BP tgk wayang ngan cousin2 aku yg sporting2 smua yer.belanja aku.cukup2 la wei..segan aku di buat yer.. anwy mag best laaaa... gne wit sndiri. just beli buku aje.. yg lain diorg belanje.memang.syok.. huhu..so kitaorg tgk rapunzel..harry potter .


cancel. sbb mmbe aku dah g tgk.ctew ye xbest sgt.. 
ni cousin aku yg tomey2




 
yea... part ni lucu..paling suka tengok telatah kuda puteh tu.. 
dah macam anjing gupe perangainya.time ni rapunzel tgh mjinakkan kuda 
tu yg begitu xngam ngan tuan dia.. 

part ni romantik.. tapi berakhir ngan perpisahan pulak...sian rapunzel..
di tipu oleh 2 lelaki yg badan beso2 tu... menangis dia sbb pk si laki
yg bersama dia ni.. sgup tuko kan dia sbgai mgantikan mhkota.
tp xpun.. korg tgk laa..


layan la...best. huhu.




Selasa tu pulak... cousin aku yg sorg lagi.. . ajak aku g BP.. nak tgk persandingan 
perkahwinan ex bf dia yg dia dah kawan dr frm 3. pehhhhh, sngup dia nak tgk.. lau aku. berginang kot air mata..... pastu dia jd photogrpy lak. siap laki tu lambai2 kat dia n duk bisik kat isteri dia.spya isteri dia tgk cousin aku tu... utk tgkap gmbr diorg.wow, tabah sguh hati spupu aku yg sorg tu... walau aku nmpk.
muka dia slmber aje.tp mata dia tu.. seribu satu rasa la.dia sdg mngis dlm hati.. huhu. yg tukang dj majlis lak... asik mengenakan kitaorg aje...sbb yg duk karok mnanyi kat majlis tu. tau kot kisah percintaan kazen aku ngan pgntin tu.aje la g buka lagu frust2 dlm mjlis khwin.. ciottttt laaaa.... lau aku. dah bla aje...pastu dj tu leh lak g kat cousin aku.. spy bg ucapan kat pgantin.. dia duk gling je la xnak.. haha.. mcm2 hal..
plan pas g majlis tu. nak tgk ngangkung...



tp batal la... sbb mood dia time tu..merundum skit.kikiki. kesian la aku tgk. huhuhu..memang seorg yg tabah.....
tu aje.

salam.terima kasih mbaca ye.