Mar 14, 2011

tsunami di japan

tertarik dengan blog faizalfadley ni..
sangat peka dengan bencana alam..
so aku copy dia punya entry ni  untuk di kongsi bersama 
kebetulan juga asgmnt terbaru efc : effect psychlgy : tsunami at japan


Ok sumber dari kosmo..
entry ni sebenarnya sebagai koleksi untuk aku sendiri…aku memang suka baca mengenai bencana alam dan perkara-perkara yang berlaku di dunia ini yang agak kritikal dan pelik..jadi entry ni 100% copy paste dari kosmo dan entry ini agak panjang…
Jika berlaku gempa bumi pada magnitud tertentu, kereta api laju dan loji nuklear akan terhenti secara automatik.
KEMUDAHAN gas asli di Miyagi terbakar selepas gempa bumi.


JAM dinding di pejabat akhbar Wall Street Journal yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan di bandar Tokyo menunjukkan pukul 6.57 pagi.
Wartawan akhbar itu, Yuka Hayashi bersama rakan-rakannya baru sahaja ingin memulakan rutin harian mereka apabila bilik berita yang menempatkan mereka mengalami gegaran kuat.
“Beberapa saat selepas itu, satu laporan diterima mengatakan timur laut Jepun dilanda gempa bumi yang besar.
“Untuk beberapa ketika, kami semua terpaku sehinggalah keadaan di pejabat kami bertukar kelam-kabut.
“Gegaran yang semakin kuat mengakibatkan ramai di antara kami tidak mampu berdiri sehingga terpaksa berpaut pada kerusi dan meja. Ada juga yang menyorok di bawah meja.
“Apa yang dapat diperhatikan dari tingkap pejabat yang terletak di tingkat 19, bangunan-bangunan tinggi yang berada di tengah-tengah pusat perniagaan Tokyo semuanya bergegar kuat dan ia berlangsung selama beberapa minit.
“Ada yang cuba untuk keluar dari bangunan menggunakan tangga kecemasan, ada juga yang mencapai topi keledar keselamatan dan menangis kerana terlalu terkejut.
“Lebih membimbangkan, cubaan untuk menghubungi keluarga gagal. Mujur juga e-mel masih boleh dikemas kini.
“Untuk mendapat perkembangan terkini, kami hanya bergantung kepada laman portal akhbar Jepun yang memberikan perkembangan terkini mengenai kejadian gempa dan tsunami,” cerita Hayashi di dalam blog Japan Real Time-WSJ.
Gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu turut menghasilkan gelombang tsunami pada kelajuan 1,000 kilometer sejam. Sendai terletak 400 km dari Tokyo.
Puluhan bandar dan kawasan penempatan di sepanjang 2,100 km di pantai timur Sendai turut merasai gegaran gempa yang paling kuat sejak 140 tahun lalu itu.
KEMUDAHAN gas asli di Miygi terbakar selepas gempa bumi.


Lebih menyedihkan, ombak panjang setinggi 10 meter yang mengganas itu bukan sahaja menggoncang plat bumi Jepun, malah turut menjadi pencetus kepada beberapa siri tanah runtuh dan kebakaran besar yang menyebabkan bekalan elektrik serta telekomunikasi terputus.
Air hitam
Di beberapa kawasan lain seperti di Isago, Yokohama, asap hitam menyelubungi sebahagian besar kawasan perindustrian tersebut sementara di bandar lain di utara Jepun seperti di Kamaichi dan Kensennuma, kapal-kapal, trak, kereta dan kenderaan ringan dihanyutkan air hitam yang dipenuhi sampah sarap.
Sebuah pelabuhan di bandar Iwaki dijilat api, begitu juga di bandar Yamada.
Selain puluhan ribu penduduk terutama di bahagian utara Jepun terpaksa berdepan dengan kemusnahan tempat tinggal, ribuan pekerja di loji nuklear di Dai-ichi, Fukushima pula terpaksa berdepan dengan risiko gas radioaktif dari kawasan kilang yang rosak teruk akibat bencana yang sangat dahsyat itu.
Lewat petang semalam, stesen televisyen Jepun melaporkan empat pekerja loji nuklear cedera parah dalam kejadian letupan di salah satu bangunan reaktor yang rosak teruk.

Sejarah
DETIK-DETIK ombak gergasi melanda pesisiran Iwanumi, Miyagi.


Sehingga semalam, pihak berkuasa Jepun telah mengeluarkan statistik rasmi di mana 413 mayat telah ditemui, 784 masih hilang manakala 1,128 mangsa dilaporkan cedera.
Angka tersebut dijangka bertambah memandangkan gempa skala besar itu masih baru dan misi menyelamat baru sahaja dimulakan.
Kedudukan Jepun yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik meletakkan ia sebagai negara yang paling aktif menerima gempa bumi.
Lantaran itu, tidak mustahil jika Jepun diiktiraf sebagai negara yang mempunyai teknologi mengurangkan impak bencana alam dan kecekapan dalam sistem pengurusan bencana terbaik di dunia.
“Agensi Meteorologi Jepun mampu menyebarkan maklumat mengenai bencana tsunami dalam masa tiga minit,” kata Dekan Fakulti Pengurusan Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Kiyoshi Kobayashi.
Orang Jepun memperkenalkan istilah tsunami, bermaksud ombak gergasi, kepada dunia. Sememangnya fenomena laut naik ke darat itu menjadi sebahagian daripada sejarah Jepun.
Tsunami yang dijana oleh gempa bumi, berlaku beratus-ratus kali setahun di Negara Matahari Terbit itu.
Gempa pesisiran pantai pada tahun 1707 dikatakan menyebabkan Pulau Shikoku ditenggelami ombak tsunami dan membunuh beribu-ribu penduduk.
Sebelum itu pada abad ke-15, ombak gergasi telah memusnahkan sebuah dewan yang menempatkan Daibutsu iaitu sebuah patung Buddha gangsa yang besar di Kamakura, sebuah pekan di selatan Tokyo.
Jepun terletak di atas beberapa plat tektonik menyebabkan ia mengalami kira-kira 1,000 gegaran setahun.
Pada tahun 1923, satu gempa bumi besar melanda Tokyo. Dikenali sebagai gempa bumi Great Kanto, gempa sekuat 7.9 pada skala Ritcher itu mengakibatkan kebakaran rumah-rumah kayu dan membunuh 100,000 orang.
72 tahun kemudian, satu lagi gempa berukuran 7.9 melanda bandar pelabuhan Kobe di barat Jepun. Banyak lebuh raya bertingkat berguguran dan beribu-ribu bangunan hancur.
Kereta api laju.

seterusnya,Dikatakan satu daripada lima buah bangunan di Kobe musnah sama sekali. Seramai 6,400 orang terbunuh dan lebih 400,000 cedera. Api marak di seluruh bandar itu.
Kerajaan Jepun telah memberi perhatian serius kepada bencana tsunami dan gempa bumi.
Apabila berlaku gempa, data yang mengandungi magnitud dan lokasi serta-merta disiarkan oleh stesen televisyen kebangsaan NHK.
Mesej itu turut memuatkan sama ada amaran tsunami telah dikeluarkan.
Di kebanyakan pekan dan bandar, sistem pembesar suara boleh menyalurkan maklumat kecemasan kepada penduduk.
Di kawasan luar bandar, penduduk juga memiliki radio yang diagihkan oleh kerajaan tempatan di mana arahan berpindah boleh didengar.
Kanak-kanak dilatih menyorok di bawah meja semasa gempa. Semua orang dewasa diberitahu di mana pusat penempatan sementara terdekat dengan kediaman mereka sama ada di padang atau taman.
Pemeriksaan infrastruktur tidak dilupakan. Bangunan-bangunan pencakar langit di bandar-bandar utama direka supaya boleh bergoyang mengikut gegaran gempa, menjadikannya lebih selamat.
Sesetengah kawasan pantai mempunyai tempat perlindungan tsunami, sementara yang lain membina pintu banjir untuk bertahan daripada ombak itu.
Jika berlaku gempa bumi pada magnitud tertentu pula, kereta api laju dan loji nuklear akan terhenti secara automatik.

putaran hidup dalam berkasih


inilah cerita yang hari-hariku lalui~
ada yang inginkan kita~
tapi kita tidak menghargai kewujudannya..
Kini orang yang kita inginkan pula..
tidak menghargai kehadiran kita...

inilah putaran hidup dalam berkasih`

Mar 1, 2011

Kes buli di sekolah dilaporkan media massa (2004 – 2009)

  • 2004 – Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.
  • HAMPIR LUMPUH…Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin terlantar di hospital berikutan dibesalah pelajar tingkatan  lima dan tingkatan tiga.
  • 2006 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru.
  • 2007 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.
  • 2008 – Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.
  • 2009 (Februari) – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube.
  • Mac – Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok.
  • Ogos – Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.


Negara Merdeka. merdeka kah remaja kita?

Salam,
seperti biasa tengah-tengah malam.. ehhh tengah2 pagi ni.aku bersama dengan kekasih hati. tapi malam ni malas nak layan.lepak2 jap mengadap blog... post entry.. lau pk kan die.memang pale leh pecah. bukan apa kena teliti kot lau bersama die.nak x nak lau salah . takut kena reject oleh pn yang memberi arahan.sebagai seorang yang baru nak belajar ni.. kena la pandai membawa diri. tapi untuk malam ni kena dressg kan die kemas2 sikit. kena cari mana yang sesuai dengan tema. kena la guting-guting,tanpal2.. hahaha.. apa citew dengan buku skrap aku ni..gejala sosial. untuk sosiologi Islam~  hampehhh .. bukan hampehh sebab baru
tergedik-gedik nak siap.. hampehhh sebab masalah sosial dalam negara kita ni menjadi-jadi..antaranya 

  • 3 lelaki dituduh culik,rogol gadis
  • Anggota Rela,isteri ditahan edar dadah
  • Pelajar IPT ditahan mengaku lahirkan anak
  • Mayat bayi di tepi sungai
  • Buruh rogol cucu tiri
  • Kejam kejam kejam!! Sejumlah 517 bayi dibuang dalam tempoh enam tahun terutama akibat seks bebas
  • Janda hamil 7bulan ditangkap khalawat
  • Ustazah janda dicekup Khalawat
  • "Bar raba" di serbu penguat kuasa


dan banyak lagi

  • remaja dan no ekor 
  • seks bebas,rogol 
  • rokok
  • shisha
  • ajaran sesat
  • dadah pil hayal dan sekutu dengannya
  • rempit lumba haram
  • buli


dan banyak lagi gejala sosial yang berlaku di Malaysia 

ni..Memang benar negara kita bebas dari pergolakan seperti di Mesir,tak pun di thailand tika 
dulu dan jg negara2 yang still lagi dalam usaha untuk memerdekakan negara mereka.. Tahniah 
warganegara yang sentiasa menjaga nama negara, agama dan bangsa.Kita berjaya 
mempertahankan kedaulatan negara. tapi kita gagal membentuk jati diri remaja-remaja 
kita.sedarkah kita??terutama remaja Melayu.
apa nak jadi? Mati di medan perang tak mau. tapi rela mati d atas jalan raya.
di manakan pemikiran rasional kita? ..sayang seribu sayang.. 
pelajar yang berpendidikan tinggi cemerlang dalam akademik .tapi gagal dalam menjaga maruah diri. sangup gadai diri .menjadi hamba duit sebagai GRO, pelacur di tengah-tengah malam.Hanya kerana keseronokkan dunia sementara.Mungkin mereka ada alasan tersendiri. tapi perlukan mencari jalan mudah untuk hidup.nak seribu daya. xnak seribu dalih bukan?remaja-remaja yang menjadikan seks bebas sebagai trend masa kini .. kepala hotak die??chill2 lah.. blablablaaa.. ala, cium je kot.. Dunia makin maju, zaman dah berubah)jangan nak samakan zaman dulu dengan zaman sekrang.. di manakah kepala hotak diorang.di lutut ka? di perut ka? atau di tututuuuuu...mana2 jela..Remaja kita sekarang ni memang bijak berkata2.seperti penagih dadah.. kan pandai bercakap. tapi kata tinggal kata.. dapat depan mata. jalan gak..melawan cakap. Tengok jela. pelajar sekarang. mana takut dengan guru-guru.. dulu masa sekolah-sekolah.cikgu tu dengar tapak kaki dia je dak2  dalam kelas da senyap. ini pengalaman aku sendiri. Mungkin cikgu tersebut terlampau garang.. haha. tapi sifat garang perlu ada dalam diri setiap guru... lau dapat guru sporting.memang kena pijak pale ngan students.. cubit sikit mengadu kak mak. esok mak datang sekolah.selesai kat mahkamah.. (benda ni berlaku kan)..

ok untuk golongan2 couple lak... mana manis ye seorang wanita. bf pertama dah rasa. putus. bf kedua pulak.dah rasa. putus. bf ketiga pulak. last2 HIV.. mampus kau..(ini  yang berlaku) zaman sekarang..dah mengandungkan anak luar nikah... jantan2 ni mana nak mengaku.. lari masuk ladang lain lak.last2 si perempuan pun keliru mana satu bapak kepada anak dia... 

hmm,. cerita pasal rokok . ye rokok antara sumber pendapatan tertinggi di Malaysia.
 sampai kerajaan pun xleh nak wat apa2.. sbb rakyat kita mmg ramai dah jd perokok tegar.
hati keras..kempen anti merokok. 1ojuta lesap tak de kesan pape pun pada perokok2 ni..
yang tobat dr merokok pun alahaiii sikit je..shisha .trend dari luar yg masuk ke dalam malaysia ni..bukan takat remaja lelaki. remaja pempuan pun layan..ala, nak ctew pasal tu.. perempuan pun ramai merokok skrg ni.sampai tahap da tak de beza la laki perempuan.

serba sedikit olahan sy..

perasan kah anda. gejala merempit semakin berkurang? sebab dah kurang artikel pasal
merempit dalam paper? kongsi2 la pndpt. n pglamn korg ttg gejala sosial yg
berlaku depan mata korang sendiri..

memang negara kita merdeka.. tapi merdeka kah remaja kita
dari gejala sosial? fikirkan lah...

next entry: adakah benar lelaki lebih sedikit dari wanita di negara kita?
(menerangkan atau mengupas akhir zaman. |kaum Adam semakin pupus. Kaum hawa semakin banyak| )



Feb 27, 2011

pingat emas dalam acara petanque


       Ahad,27 februari 2011 Stadium Kuim-Melaka.. kemenangan pertama yang di perolehi pasukan go go win dalam acara petanque minggu Ko-kurikulum Anjuran Exco Sukan dan Rekreasi MPM telah menaikan nama cos sarjana Muda psikologi Sem 2  Kolej Universiti Islam Melaka.Ketua pasukan berkata kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa kerjasama dalam pasukan.." Alhamdulillah,kejayaan yang tidak di jangka oleh kami, kerana saingan begitu senget dan kami tidak mengharapkan apa-apa kemenangan.terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir memberi sokongan padu untuk kami" antara permain nurul nadhrah, nudra shafinie, hafizah dari cos sarjana muda psikologi dan hafida dari pengurusan pentadbiran islam.. Masing-masing dari Akademi pengajian islam.Manakala pingat perak juga di menangi  pasukan smp hurehhh dari API.Sehubungan itu,Mata tertinggi keseluruhan acara juga telah di menangi fakulti API yang bersaing dengan Fakulti perniagaan, Fakulti kejururawatan dan lain-lain.
                                                                                                                                      
                                                                                                                               By:Nadhz nulna



mingguku ini..

Salam

lama aku x lepak2 ngan blog aku..minggu yang sangat sibuk.
dengan asgmnt yang memuncak.. hujung minggu bersama askar wataniah.
dengan minggu koku lagi.. uh!! tidur yang tak cukup. beserta mata yang
agak layu,mayu, mcm2 la. hmm, penat gak la. if xde buat pape yang menyakitkan.
dalam markas askar wataniah je. aku banyak bantu2 senior. nak joint latihan.diorg suruh lex2 lu. belum dpt No badan.. so, agak di manja2 kan r..
dah dapat nanti.. air mata jadi peneman setia kot. ahaks..
alhamdulillah. di minggu koku.. dalam sibuk2. aku masuk acara petanque.
team aku go go win!!!!!!.. haha.. comey2 .. kitaorang dapat emas dalam acara petanque .dan telah menaikkan nama fakulti API dan ofcouse la SMP.. ahahah..
yes!!!.. huhuu.. agak2 teruja gak r..untuk bulan feb ni je.. aku telah menemui sahabat aku.
yang dah 11 tahun x jumpa langsung.. fatimah azzaharah.. entah la die still ingat aku ke x.
tapi dalam hidup aku sampai saat aku menaip citew dalam blog ni, xpenah skit pun.
aku lupa sahabat2 aku time kecik2.. segar dalam ingatan.. ila , nani... anwy, semoga korang
sihat2 la...n berjaya dalam hidup masing2.. 
selesai menaip 3.04 pagi 27 feb 2011

p/s:mampus r aku lupa nak hantar buku libry. lupa r.. seminggu .
bpe hinggit tah kena denda nantii...

(^_^) senyum~

Feb 12, 2011

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

Feb 11, 2011

biarku pergi saat kau bahagia





"biarku pergi saat kau bahagia
biarku menghilang saat kau kecapi keindahan cinta
kau pernah hadir dalam hati ini..
menjadi cerita dalam diari hatiku ini"

"biarku hadir saat kau inginkan aku
biarku muncul saat kau kecapi sulitnya cinta
kau pernah hadir dalam hati ini..
menjadi cerita dalam diari hatiku ini"

inilah kejujuranku mengenalimu