Jul 15, 2013

Kubu Belanda (Pulau Pangkor)

berkesempatan ke kUbU  Belanda di Pulau Pangkor
haha. tp ni adalah peningalan zaman perang dlu2.

 sekarang dh jd pusat pelancongan
 mom and mak2 saudara yg sporting
 ayah mak and makude .

and cakkkkk. aku.
hahaha. 
sempat lagi. berjumpa dgn pelakon ni. Harun salim Bachik.


 aku and adik..
 van yg mbawa aku and family
 kubu belanda. peringatan
ok.. sampai sini shja..
refresh balik kenangan.

Taman Mini Melaka


hello.. kali ni ke TAMAN MINI MELAKA
Rumah2 satu Malaysia. and rumah Asia
tapi sayanggg.
rumah Asia xdpt naik. sbb tgk ubahsuai.
anwy.. bkesempatan meronda rumah2.
dari johor hingga sabah sarawak. dalam satu hari.
hahahaa.
 Melaka, ya. cik noey ni org melaka. tu yg excited mbca tu.. hahaha
 ni kak fiza. post dpn rumah sabah .. kemain lagi dia no.. dia ni org kedah .kturunan syed. jgn main2 hehe.

untung korang. gambo korang jela kan..
mna lah gmbo aku ni ekkkkk. haha

 gambar korang lg. bertuah ya. dpt cameragirl mcm aku ni kannn. haha
 hah, tersimpul mcm tu skali duduk. hahaha. excited punye pasal
ok, dah puas bjalan. jum lompat tgiiii.
haha..
bye

Melaka River cruise


nyumi.. jalan2 kat river cruise melaka. sambil mkn sushi. 


 best malam2.. romantik kat sni..haha.. g dgn kekawan sekelas.
 duk tgk diorg ni naik.. rmai bye2 kat aku. ape lahh. hahahah. menentang aku xnaik kan
 ni lepas kna siram air .. terkena dgn budak ni.. hahahaha. balik rumah gatal stu badan. haha
see.. tmpt di sram. apa lah kan. mcm budak kecik je perangai.. apapun
aku bahagia... sebahagian mata yg melihat.

Taman melati- Wangsa Walk- Seremban

perjalanan pertama kali ke kuala lumpur. menaiki train. ok lah. ni frstme aku gerak sndri dgn besfriends aku dari kedah . utk ke rumah abg dia di taman melati. lau xsilap aku la.. 
ehh, senang cter smuanya buat sndri2.. mcm2 nak ke sana n ke sini.


 permandangan sekitar train seremban..
 aku n bestfriends
baby yg sgt comel.. anak kepada abg my bestfriends

 skali rojer kwn dri bangi.. sbb dia turun ke wangsamaju.. so shoping kat wangsa walk
jmpa la cik artis getis ni. 
ni perjalanan nak balik. lepak kat atas.. senang cter..kalau korang nak tahu.. aku tersalah turun dri train. dgn perasaan xbersalah. lelepak lama . pastu bila nak cri bas. rupanya. salah trun train.
hahahaha. pengalaman yg xboleh dlupakan. 

Gambang water park



bercuti di Bukit Gambang resort.... best. dekat pahang. gambar lain. xley na post. gambar mandi ja. hahaha
anwy, lau ada masa. g la bermandi manda di GAMBANG.
tempat dia agak menarik.xcye tgk la gmbr aku yg bawah ni kan.. 
ni for dinner. smpt post lagi tu,. haha


ok la.. bye2

Padang Masyar (kedatangannya)

 
  Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Jul 12, 2013

Syahid Paling Besar ; Mati dibunuh Dajjal

Perkongsian Ilmu, Pagi Jumaat Ya Ramadhan.
 
Kita mendengar ramai saudara islam kita Syahid di bumi paletine, mesir, dan negara islam lain. Tahukah anda ? Syahid Paling besar ialah orang Mati dibunuh dajjal.
 
Abu Said menceritakan, Rasulullah SAW pernah berpesan,
“dajjal muncul, lalu ada seorang Mukmin yang menghadapinya. Namun pasukan Dajjal yang bersenjata menhalangnya. Mereka Bertanya, ‘ Kamu mahu pergi ke mana?”
Orang Mukmin menjawab, “ Aku ingin membereskan orang yang baru muncul itu.”
“Apakah kamu percaya kepada tuhan kami?’ Tanya mereka, yang maksudnya adalah Dajjal.
Dia menjawab, “ Tuhan kami tidak dapat dilihat oleh mata.”
Mereka berkata, “Bunuhlah orang ini”
Mereka kemudian saling berbisik, “ Bukankah tuhan kamu melarang membunuh kecuali dengan perintahnya?”
Mereka pun melepaskan orang Mukmin itu untuk menhadap Dajjal. Setelah melihatnya, orang Mukmin itu berkata, “ Wahai semua manusia, inilah Dajjal yang pernah diperingatkan Rasulullah.”
Dajjal berkata, “ Diamkan orang ini dan pukul dia.” Lalu dia dipukul pada bahagian perut dan belakangnya.
Dajjal berkata kepada lelaki itu, “ Kamu adalah al-Masih pendusta.”
Lantas Dajjal memerintahkan agar orang Mukmin itu dibelah dengan gergaji dari kepala hingga ke kaki. Kemudian Dajjal berjalan di antara dua belahan badannya dan berkata, “Bangun!”
Orang Mukmin yang sudah terbelah itu berdiri dalam keadaan normal seperti sedia kala. Dajjal berkata, “Apakah sekarang kami beriman kepadaku?”
Orang Mukmin berkata, “Kamu tidak hanya memberikan pengetahuan tentang siapa hakikat dirimu. “ Lalu dia berkata, “ Wahai semua manusia, dia tidak dapat berbuat semacam ini lagi kepada orang lain sesudahku.”
Dajjal memegang orang Mukmin itu untuk menyembelihnya. Dia memasangkan tembaga dari lutut hingga ke tulang selangka, sehingga dia tidak dapat bergerak sedikit pun.
Dajjal memegang tangan dan kakinya lalu melemparkannya. Orang ramai menyangka dia dilemparkan ke neraka, sedangkan sebenarnya dia dilemparkan ke syurga.
Rasulullah berkata, “ Inilah orang yang mati syahid paling besar di sisi Allah.”
 
 
Rujukan
Rohidzir Rais, Khutbah Rasulullah,Tanda-Tanda Kiamat dan Akhirat. PTS 2011
 
 

Jul 9, 2013

Bukit Broga

Hye.. badan masih lenguh2. Hati masih merindu. Ok. what can I say. I’m so tired. But I’m very happy and super duper excited bcause aku dah pun naik broga. N seriously, sgt cantik dan indah. Subhanallah.betul2 menguji mental .hiii,aku hampir give up dah. Bukan apa. dah lama x mendaki. Mendaki pun 5 tahun yg lepas. Lemak dah berkumpul byk dah.. tp dengan hati yg mbara. Aku mdaki jgk sampai la ke puncak brogan. Puncak yg ke empat.

 
Jam 1 pagi. Aku bertolak ke KKTM. Program mdaki broga ni dbwh aku. Unit bimbingan dan kaunseling..mne xnya. Pyelia aku ajar cara nak wat permohonan mendaki . aku pun pergi mntk kelulusan.
 
So, Alhamdulillah dluluskan oleh timbalan pengarah.
Yg pergi smuanya 30 org. okk
Sampai kktm. Aku naik bas .sambil dgr ceramah UAI  . duk gelak dengar UAI ceramah. Aku tertidur sebentar.
Sedar2 dah sampai kat Broga Hill.
Semua berkumpul. And wat rengangan sedikit.
Ready touch light .and terus naik.
Naik .punya naik. kaki makin berat..
Tp still wat xtau ja.
Makin lama.  hatiku berkata.
Bila nak sampai? Jauh lg ka?
Aku makin slow.
Tgk belakang. Rmai dah melintasi aku. Biasa lah no.. frstme pglmn mdaki broga,
Tiba2. Ada budak terduduk. Aku pun brehat sat…tgk dak tu kaki dah crem..dan time tu badan aku pun mcm dah lemah. No energy.
Tp pas mnum 100plus n mkn cokelat cdikit. N spu myk angin. Aku bangkit. N teruskan pendakian dgn sorang adik ni. Dak tu byk give me sport utk naik… thanks for dak tu la ye. Aku xsmpat nak tnye nama. Dia sport aku dri belakang tuk naik. Sbb time tu.. perut aku sakit teramat2. Sbb dserang. pykit bulanan. aku mmg tga tunggu kawan aku. Utk aku mgadu. X kan aku nak mgadu kat adik tu kot.. 3 ,4 kali aku duk rehat. And sampai jgk. Group blakang aku. Yg kaki crem td. Negative n turun dari pendakian.nasib baik kawan aku tb. Aku pngil dia. N mgadu skit aku.. pas spu myk kat perut.. kwn aku pimpin aku n dorong aku utk naik.. n akhir sampai jgk aku ke puncak pertama. Smpai je puncak pertama…aku terus terbaring penat. Perhhhhhh.. ni la org yg xpna mdaki kannnn… mcm2 hal..
Diorg suruh aku stay ja kat puncak ptama. Tgk2 ada 3 org yg terkandas kat puncak pertama. So aku stay dengan diorg.. bdk2 td teruskan perjalanan. Smpai ja puncak pertama. Betul2 azan subuh. Rmai yg stay kat puncak pertama utk rehat sblum mdaki puncak 2,3 n akhir skali puncak brogan..
Yg muslim. Terus menunaikan solat .. jam tepat kul 7.. cuaca makin terang..
Aku ajak diorg tuk naik. Tp dua g x sgup.. sorg lg mcm nak x nak. Tp aku ajak jgk. Akhirnya. Dia pun joint aku mdaki utk bersama2 kmpulan aku yg dah smpai kat atas broga tu..
Puncak 2,3 and puncak broga.dah mkin snang n mdatar.. so, tak la penat sgt..
 
Aku pun naik.. stibanya di atas utk puncak broga. Terserempak group dari srwk.. smpat bkenalan. N tngkap gambar
 
Pastu. Terjumpa pulak sorg pelawak ni.pelakon.aku lupa nama dia..
 
Thanks la. Dia pun bantu aku tuk naik. Sbb dia tlg pegangkan tali… mmg baik.. hehe
And akhirnya. Aku smpai ke broga hill!!!. N diorg say. Tahniah. Sampai jugak akk kat atas ni…sambil tepuk tgan. Pyelia aku pun. Ckp. Wahhh ni mmg dpt A lah for praktikal… fuhhhh mmg lega lahhhh.. akhirnya aku bjya smpai kpuncak…
 
Alhamdulillah..
Pengalamn terindah . bg aku yg pertama kali mengenali broga..
I love broga…..

jum tengok gambar yg aku snap.
enjoy!!









ok. cantikkan. Subhanallah.