Aug 20, 2013

R4BIA

Apa itu R4BIA?
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag #R4BIA bermula semalam, bukan?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.
3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Look At ur Feet & Find Out WHO Ur Ancestor Was

rahsia jari kaki? jari kaki pun boleh tunjuk jenis seseorang tu macam mana..

ok jum tengok kaki masing2.

Yang manakah satu jari kaki korang?

Menurut bentuk gaya Arabic 1 : Mempunyai sifat survivor didalam diri dan tidak mahu mengalah . Suka melakukan kerja dengan pantas dan secara bersistem supaya tampak lebih teratur . Bersifat pemimpin didalam diri . Seorang yang berterus terang tetapi didalam hati ada taman, individu yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan merupakan seorang pemikir yang bijak .

Menurut bentuk gaya Roman 2 : Seorang yang mudah berkawan, sangat emosi jika menyentuh hal bab keluarga mempunyai impian yang besar tetapi memerlukan orang dibelakang untuk membantunya . Seorang yang bersifat cool dan lebih suka membuat hal sendiri . 

Menurut bentuk gaya Greek 3 : Merupakan seorang pelaksana kerja yang paling baik dan tidak mudah putus asa, mempunyai kemahiran yang tinggi didalam sesuatu kerja . Mempunyai ilham, kreatif dan merupakan seorang insan yang berseni tetapi bakat terpendam . Keperluan membina diri untuk lebih maju, hidup penuh dengan impian dan idea tetapi tidak dilaksanakan .


4 minggu lagi

hanya tinggal 4 minggu lagi aku praktikal di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang.
Aku pasti akan merindui kenangan di sini. Aku sangat happy . jiwa aku bersama pelajar.
huuuu, hope. one day. aku leh jadi KAUNSELOR di IPT.
Amin.

Aug 16, 2013

good news


http://warnakasehkita.blogspot.com/2011/05/cara-cara-nak-tukar-pinjaman-ptptn-ke.html

Kami Cinta pada kematian

Dengan lafaz lailahaillah, 
Tiada Tuhan melainkan Allah
Senyuman mereka bahagia
walau kematian pilihan mereka

Kami cinta pada kematian
kami tetap akan bertahan
kami tak takut akan bedilan
kerana syahid menjadi pilihan

Allah bersama kami
Allah bersama kami..
Pejuang islam yang syahid turut bersama kami
mereka tidak mati

Tiada Tuhan Melainkan Allah
Nabi Muhammad persuruh Allah.

sajak: Kami cinta pada kematian
hasil; penulis blog http://keindahanseri.blogspot.com

Aug 14, 2013

Rindu KUIM

 Sememangnya KUIM yang di rindui. Dari frstme aku excited dtg ke KUIM sehinggalah penghujung final years.Aku ceritakan di blog aku ni. Suka, ketawa, Kecewa, ehh mcm2lah. tapi sepanjang kehidupan di KUIM aku banyak belajar utk jd lebih baik. heeee. Rindu sgt2. dengan kwn2 semua. Semoga korang sihat2 selalu ok!!!
 KUIM mmg cantik. tgk sahajalah design landskp kuim. meriah gituuu.. Time sesi tangkap gambar kenang kenangan.. aku rasa xckup puas nak belajar. hrp2 dpt smbung master. Aminnnnnnnnn...
 ni bestfriends aku di KUIM . dia byk mengajar aku ,. n buat aku terfikir tentang khidupan. smga sahabat aku ini terus mendpt kejayaan didunia dan di akhirat. Kemungkinan dia merupakan pelajar naib caunselor. mana lah taukan. DEKAN setiap sem. hehehehehe
 Audi Punjanga banyak kenangannya. Rindu pelbagai program di sini.... Rindu rindu lahhhhhhhhhhhh..
mereka,antara kwn2 di KUIM.. semoga kita dah bersua kembali. di hari Konvo ok..

Love uall

Warisan Hj Khamis


Bukan Mudah nak berkumpul ramai2.. tapi inilah antara waris HJ KHAMIS. Arwah atok khamis yang sangat di hormati. sayangnya di dalam memori kehidupanku tiada ingatan langsung mengenai atok dan nenek di sebelah mak. Semoga Ukhwah terus kekal hingga bila2..




Aug 6, 2013

Nak Raya dah

Hari Rayakan menjelma. yepi
tahun ni baju raya pilihan aku agak simple. baju kurung yang bersulam berwarna merah hati. Tudung puple lembut . masuk pulak kedua2 warna ni. Apa yang lain tahun ni. Ahli keluarga ku bertambah. dulu 6,... sekarang dah 7.. welcome akk ipar ku. hehehe.. semoga bertambah lagi..
tahun ni. ramadhanku di tempat kerja. ya ini kali pertama. aku sekarang tengah praktikal dekat kolej kemahiran tinggi mara ,ledang. jujur aku katakan.. mmg seronok keje kat sini. In sya Allah.
dah banyak program aku dah g. mendaki bukit broga, pergi AADK,Muar. Tazkirah, hari kerjaya di Sek, Seri Bali ,Chaah. next program in sya Allah. ke hospital mental, kem jati diri dkt lembaian danau n program di Hotel kat melaka.. huh.... semoga aku dpt input berguna (nampak keseriusan typo utk kali ini) wahahahaa
aku xbyk benda nak omong. anwy, raya2 juga.. ni lagi sehari je. 
terus bykkn beribadah k..

SALAM
xoxo