Sep 7, 2010

09 Gender

Check out this SlideShare Presentation:

Sep 6, 2010

salam Syawal




Syawal dah xlama lagi.
tinggal 3 hari jer lagi . Bila nak cerita pasal bulan syawal ni.
Setakat ni, Belum ada memori yang terindah semasa BULAN ni Tiba.atau mungkin hilang ingatan jap ketika ni.Cuma, Kenangan berhari RAYA bersama kawan-kawan.
DAPAT duit RAYA. Setiap kali pergi raya kat RUMAH makcik-makcik yang berdekatan.
DAN kadang-kadang kenakalan ni,. 2 3 kali GAK datang rumah yang sama. SEBAB nak dapatkan
DUIT raya. PASTU kumpul.suruh parents MASUK BANK. hehe.
pastu excited! nak MASUK sekolah balik..1 lagi. pas berbuka. SUKA lompat-lompat main bunga API.
tapi tu dulu. Sekarang ni. excited nak beli baju RAYA lawa2. MAHAL2. sebab nak bergaya sakan..
MUKA yang suka menyusahkan MAK BAPAK . hmm, pape pun... 
Selamat HAri RAYA Aidilfitri kepada semua pembaca blog ni.
terutama kepada yang Rajin jenguk. Sebab mereka ada tinggal pesanan di cbox. ehehe.. Thankz.
love uall yang beri sokongan.jangan lupa jenguk blog aku di http://nadhz.blogspot.com
banyak karya karut mengarut di situ.
uhuhuhu.
SALAM Lebaran

Sep 2, 2010

Novel + Drama


Novel + Drama
aku memang bercita-cita nak jadi penulis novel. menghasilkan sebuah karya yang membuatkan orang suka membaca. Nak ada isi yang bila di baca dapat ilmu dari situ . Contoh , novel kegemaran aku, Tautan Hati, syabab musafir kasih. Yang menyelitkan Hadis dan Ayat al - quran untuk mengukuhkan pendapat dan jalan cerita.
melalui pengalaman.malah,dalam pelbagai sudut pandangan dan situasi. Kadang2 pendekatan hati ke hati memainkan peranan nak membuat seseorang mendapat jalan cerita menarik. terutama dalam percintaan.
Tp xmau lah.. percintaan yang kadang2 nampak sgt berlandaskan nafsu. seperti mana novel yg pernah aku baca.
mengikut sgt barat yer.. satu lagi pengaruh drama korea atau jepun. satu lagi indonesia. ayat2 cinta, ketika cinta btasbih la... pgaruh sgt.. cuba jadi macam fatimah syarha.. unik novel dia. dalam  cerita dia memang mantop. layak pun dapat anugerah.. So, dia sekarang jadi my inspirasi utk mencipta karya tersendiri.. terbaru.hasil ciptaan aku Puitis Cinta.  bukan cintun2 antara laki pmpuan jeh.. cinta dari pelbagai sudut .keluarga, sahabat and others lah.. jeff, mal dia paling banyak bagi kata semangat ..yang kata2nya bnyk melekat kat otak .walau kritikan. Mal!.. nadh pun doakan mal dapat siapkan cerpen mal tu. memang xsabar nak baca. huhu..

p/s: time nak g beli lauk kat gerai mak cik dahan. Tiba2 kat gerai tu tengh wat shootg drama BARAT rtm2. time aku n mmbe aku jalan. xperasan lak yg atas moto buruk tu si NASIR BILAL KHAN.  tersentap kitaorg. nasir bilal khan mendogak ke hadapan pastu menoleh kat kitaorang.. TERUS dengar CUT!.. haha.
jahat tol kitaorg ni. bagi hilang tumpuan NBK tengh berlakon.(perasan) rosyam nor n seorang lagi pelakon yang aku xtau spe. sedang duduk kat gerai tu. Kononnya si nasir ni dah terjah si rosyam ni sbb duk mgumpat pasal dia.
wachhhaaaaa.. memang kelakau lah.. 
so, kitaorg tukau lah plan nak beli lauk kat makcik dahan ke tmpt lain. dengan mudahnya. bus pun lalu. apa lagi terjah bus terus g bazar kat luwau. memang hari yang xdirancang. time Naik bus lagu noktah cinta pulak kumandang.. memang dah mcm drama jugak. ahakz.

sekian

Aug 31, 2010

Yang ke 53

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53.

sambut dalam bilik jer. dengan Mood macam gok sikitkan.
Tapi terlompat-lompat pulak time tengok bunga api di mainkan. haha.
macam jakun pulak. Sambil rakam segala aksi. huhuh, raya tahun ni macam sayu2 la.. 
haha. kali pertama berpuasa di perantauan katakan. So, agak xsuka buka lagu raya...merdeka pun kat tempat orang. adui, macam jauh je melaka ngan johor..huhu.

Merdeka kah kita?
adakah kita merdeka?.
fikiran kita masih di tokok lama.
nak hancurkan bangsa sendiri.
pantang Lihat senang
Ada jer yang tidak tenang.
Kolot dan Jumud.
Bila nak berubah.
tepuk dahi tanye kawan sebelah.

sekian 

Aku xmenyesal dow,

“Ampunilahh segala kelalaianku ini Ya Allah. Aku hanya insan kerdil yang mudah menyayangi.. Sayang ku bukan sehingga membentuk cinta.. kerana Cinta untukku bukan KINI.. CINTAKU kini Hanya Pada Mu. Tp SAYANG ku ini. Pada mereka yang menyayangiku.Ayah,ibu, adik beradik, sahabat2ku, dan inginku nyatakan di sini. Kepada mereka yang sering bertanya. Setakat ini tiada seorang pun yang aku cintai. Cuma sayang. Sayang dalam pengenalan yang telah terjalin lama.tidak kira di dunia reality atau maya. Andai begini Takdirnya. Redho itu penuh dengan ketenangan.
Tiada sedikit penyesalan. Walau aku menolak cinta si Dia yang menungguku lama. Tp telahku redho dengan takdir.. Kerana dia berjaya mencari wanita  yang mungkin lebih baik dari ku.. Setelah aku meminta untuk dia melakukan itu sekiranya dia tidak lagi sanggup menunggu ku. Tidak sedikitpun aku menyesal . seperti mana yang di maksudkan oleh kawab baiknya. Aku tidak menyesal. Sebab tu yg aku minta untuk dia lakukan. dan dia kian berubah. itu juga bukan satu penyesalan bagiku."

Sekian.

Aug 28, 2010

personaliti



Personaliti secara kebiasaannya diberi maksud mengenai diri manusia itu dan diberi definisi mengikut kecenderungan masyarakat. Ia adalah kepentingan sosial dalam masyarakat itu sendiri dalam proses tingkah laku. Dikategorikan pula sebagai 'baik' atau sebaliknya. Malah dari aspek psikiatri, terdapat sesetengah orang gagal mengenal pasti personalitinya sendiri berikutan fenomena halusinasi mahupun delusi. Kedua-dua fenomena itu membuatkan penghidapnya gagal membezakan realiti dan fantasi.

Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun dimiliki oleh seseorang yang secara unik mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku dalam pelbagai situasi. Oleh itu, ramai pengkaji berpendapat kajian personaliti merupakan analisis saintifik ke atas perbezaan individu yang melibatkan aspek kenapa dan bagaimana manusia bertindak secara unik dan kreatif terhadap perubahan persekitaran. Fokus utama mereka adalah untuk menghasilkan teori-teori yang menjelaskan cara bertindak balas yang unik bagi setiap individu terhadap persekitaran fizikal, sosial dan budaya. Penjelasan tersebut membawa kepada andaian yang diuji dan disokong oleh bukti yang empirikal.

Hakikat yang perlu disedari adalah penyakit atau gangguan mental memerlukan rawatan dan penjagaan yang lama dan berterusan. Penyakit mental adalah penyakit yang diakibatkan oleh gabungan pelbagai faktor fisiologi, patologi dan psikologi. Antara faktor penyebab penyakit mental sukar dirawat atau dipulihkan serta-merta adalah kerana 

  1. kecederaan kepada otak, 
  2. tekanan perasaan yang berpanjangan, 
  3. gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan,
  4.  kemurungan yang berkekalan, 
  5. rembesan hormon yang tidak normal,
  6.  gangguan traumatik, 
  7. penyalahgunaan dadah dan gangguan neurosis yang kronik. 


Skizofrenia, kemurungan, kecelaruan personaliti adalah penyakit psikiatri. Bagaimanapun, skizofrenia adalah di antara penyakit jiwa yang serius. Antara tanda-tandanya, pesakit sukar membezakan dunia nyata dengan dunia fantasi. Pemikiran bercampur aduk, semakin tidak nyata, manakala emosi menjadi kabur dan tidak teratur. Faktor penyebab adalah keturunan atau genetik dan kerap ditemui dalam keluarga yang mempunyai sejarah menghidapnya. Individu yang mempunyai ibu atau bapa skizofrenia mempunyai risiko 45 hingga 50 peratus mewarisinya.

Kajian penyelidik mendapati, pesakit psikiatri mengalami ketidakseimbangan kimia dalam otak. Kajian meliputi kegagalan fungsi sistem penghantaran saraf otak iaitu saraf yang nenyalurkan komunikasi antara sistem saraf. saraf yang dimaksudkan adalah sitem dopamine, serotonin dan neurorepinephrine.

Antara gejala yang dialami oleh pesakit adalah perubahan emosi dan personaliti, perubahan pemikiran, perubahan presepsi dan pandangan serta kurang reaksi. Malah dikatakan amuk (mengamuk) juga merupakan penyakit psikiatri. Dalam budaya Melayu, seseorang itu dikatakan berani kalau sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mengorbankan dirinya sendiri serta tidak menghiraukan bahaya yang mendatang. Dari aspek psikiatri, perlakuan itu lebih menjurus kepada kegagalan otak berfungsi dengan baik (tidak normal).

BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KERANA IA BERKEMUNGKINAN 
SEKADAR FANTASI...



jauhkan

"sangat dayus si lelaki yang memainkan perasaan perempuan yang naif"


"sangat hina si perempuan yang memainkan perasaan lelaki yang setia"

                              fikir lah?
                                           by Nadhz

forum lagi (",)

Berforum lagi?.

Alhamdulillah.. forum pertama bagi subj Pengajian Malaysia.. dan forum pertama aku di ipt. Sudah lama tak berforum. So, rindu juga nak melalui situasi tu lagi.
So, Puan telah memberi tugasan ini 2 hari sebelum  berforum. Soalan yer. Pendudukan jepun di Tanah Melayu.. “Senang je kot”. Haa senang la sgtkan. Tajuk ni time STPM and sek Menengah dulu.. tapi yang merisaukan aku dan kawan2 aku ialah  Soalan yang bakal di tuju kan nanti..  dalam masa 2 hari tu juga kami sekampung di rumah kak wani pengantara kita heee.. tak tidur dan tengah2 malam memekak . sampai mengigau2 seorang lagi teman.. kes gemuruh nak berforum. Semuanya tak sia2.. Bila dapat tepukan gemuruh dan respon audien. Yang paling happy senyuman puan… huuuuuu..
Bukan nak bangga.. tapi dari mulut2 pendengar yang berkata kami first group yang paling gempak . Sebab dapat jawab kesemua soalan yang di tujukan..
Tapi yang aku xpuas hati!!!... si JOHN syco aku.. memang lebam mata ko nanti …siap r ko dowh…  sabau2… ramadhan ni.. turn ko nanti. Aku nak pastikan. Suara ko pun xley keluar.. jeng jeng.. huhu.. pape pun. Aku puas hati dan kawan2 aku semuaaa puas hati… alhamdulillah syukur.. semoga markah tinggi lah..  amin. So next week . kuiz for pengajian Malaysia adalah tajuk forum kami.
Wish me luckk!!.

By Nadhz