Dec 31, 2011

2011 . kian berlalu. 2012 menanti laju.

Kisah 2011 yang penuh onak duri. dan selamat tinggal berape detik lagi 2011.2011yang banyak mematangkan aku dalam mengenal erti kehidupan.termasuk kisah cinta pertama buatku. cinta pertama bagi aku rasa cinta yang sebenar kerna sebelum ni hanya MAYA.dan tidak pernah aku keluar dengan seorang lelaki.dan Allah mentakdirkan Dia insan pertama.Namun pada tahun 2011 ini banyak perkara pertama dan terakhir jua bagi aku. Alhamdulillah pada 2011 ini juga aku berakhir dengan semester 3 dan bermula semester 4. Aku di duga pelbagai macam dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar.Niat aku. aku mahu mengengam segulung ijazah sarjana muda kelas pertama. dan berjaya mendapat kerja dengan secepatnya. untuk memenuhi segala angan dan impian. Bukan semata2 berjaya dalam akademik. aku perlu mula menjadi seorang perempuan yang serba satu tahu . Inilah wanita. bukan sahaja perlu belajar di dalam kuliah. di dapur pun begitu. Maka ke dua2 ye perlu. Tentang sahabat turut begitu. bagaimana aku di duga dengan tekanan. KEHILANGAN ATOK. Kehadiran RUMAH baru. Malah di duga jua Kisah CINTA
2011 . kian berlalu. 2012 menanti laju. Aku tetap inginkan kaki ini berdiri sendiri. terus menjaga maruah diri. Dan aku mahu 
membantu permasalahan yang kian menjadi2. 
oleh itu. aku akan terus berjaya dalam mendalami jiwa manusia.
Psikologi.
Doakan aku sahabat handai dunia realiti dan Maya. doakan aku bisa
merealisasikannya. USAHA TANGGA KEJAYAAN
Bagaimana .andai dalam dunia ini. Hanya anda sahaja 
yang menghuni??


Dec 30, 2011

Edit oleh Nadhz nulna













ni adalah hobi aku. menangkap gambar. dan edit.
bila aku tension ini lah kerja aku.. memuaskan hati sendiri.
selain menulis . dan mengumpul buku motivasi dan ilmiah.
aku memang mencintai bidang aku,
psikologi.

Ibu mertua Bak Mak mertua Dhia

huh, memang best TENTANG DHIA . kalau nak di bandingkan dengan Ombak Rindu. Tentang Dhia paling terbaik 15juta dr aku.heh. Andai korang dapat Mak mertua sekejam Mak Mertua Dhia. Korang boleh ke tabah dan sabar macam Dhia. Huh, kalau aku di tempat Dhia. Mungkin aku xsgup. tapi di sebabkan cinta pada seorang suami. Aku sanggup bermadu dari di ceraikan.

perempuan bodoh?

emm,Memang hidup bermadu sakit. Tapi entah la aku rasa lagi sakit kehilangan orang yang di cintai. Mungkin aku belum rasa lagi seperti wanita di luar sana yang telah pun di madukan.bukan 2 tapi ada yang sampai 4. Lelaki? antara cinta atau Nafsu? Allahualam.Takpela.. bagi aku baik menghalalkan dari si suami membuat zina dengan perempuan luar. Nafsu xperna puas. Dari haram. baik halal kan? tapi sekuat itu kah aku. andai seorang lelaki meminta izin untuk berkahwin lagi. sedangkan di sudut hati npe x biarkan aku mati dlu. baru lah kau boleh brkwen lain..Huh, sape nak hidup berkongsikan?

tapi macam mana nak harungi ibu mertua yang macam tu?

Doa doa doa. itu je mampu. seorang ibu mertua yang garang akan luruh jua andai melihat menantunya seribu satu pandai buat kerja. tapi macam mana pulak ibu mertua yang tak merestui kerana si ibu tu dah ada pilihan sendiri untuk anaknya? sebaik mana pun menantunya dia tetap membenci,. hmmm , dugaan dugaan..seorang ibu banyak mengajar anak perempuannya. kadang2 setiap inci pekerjaan di rumah dperhatikan. begitu teliti. habuk . tandas jamban, bilik, baju dalam almari, dapur, tmpat masak xde sbg mnyk terpcik. teliti.. setiap masakan di kritik. dan macam2 lagi untuk pastikan anaknya membuat perkerjaan cantik di mata mertua.
Sebenarnya kehidupan berumah tangga itu penuh onak dan duri. Jangan menilai seseorang dari degreenya , masternya. yang akhrnya menilaikan hantaran mengikut pangkat. tapi krtria seorang is3 drumah fail. layan suami pun xpandai. mana suami x cari perempuan lain.. cemerlang dtempat kerja tapi gagal berumah tangga.

kesimpulannya, hati . hati yang bersih pasti mendapat hasil yang bersih. tetapi ujian tetap hadir menduga .sebelum nak psikologi orang. psiko la diri sendiri. Wsalam.

bukan pakar kauseling rumah tangga. dan bukan mengambil jurusan berkenaan. hahaha.

Dec 25, 2011

Happy wedding Day HALINA AND HASNI


Tahniah buat sepupuku yang mengakhiri zaman bujangnya
pada usia 21 tahun. huh . untung lah dah ada abang sayang.
hehe. anwy, tahniah . semoga bahagia di alam perkahwinan
bersama dan bersatu hingga ke SYURGA. amin. lau gadoh2.
angap jela gadoh manja. wahhh aku. nasihat pulak. macam 
aku lak yg dah khwen..


eceh2.. ni kenapa plak. haha. pujuk si isteri ke?
memang seronok bila tengok orang sanding sana sini
nikah sana sni.Tapi ada seribu satu keadaan yang
akan menjelma dalam hidup berumah tangga.so,
bersedia fizikal dan mental. hihi. (saya bukan
perunding rumah tangga ya) hahaha

wait!!.
Aku bila? 
hehe. insyaallah. doakan yang terbaik baik baik
sahaja. ada jodoh sampai lah. nanti korang
pulak tgk gambar wedding aku dalam blogspot
http://hynadhz.blogspot.com. kahkha.
salam malam .

Dec 21, 2011

Capai sasaran Sem 3

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.w.t. Akhirnya aku Berjaya mencapai pointer yang aku inginkan.Walaupun banyak dugaan yang tlh aku harungi semasa exam. Hmm. Semester 2. Ingat lagi. Jawab exam dalam demam2 sakit2.. sem 3. Bergelut dengan konflik salah faham dan tekanan.di mana perasaan serba tak kena masih dalam diri aku terhadap seorang kawan ni. Tapi dengan tekad usaha. Doa. Kekuatan mental fizikal. Emosi. Aku Berjaya mencapai sasaran . Sedangkan sem 3 memerlukan daya ingatan dan hafazan.Alhamdulillah.satu lagi Berita gembira. Aku duduk kembali di dalam rumsis tun Fatimah. Tapi bilik lain la. Papepun. Aku bersyukur tak sebilik dengan bdk tu n semua dak yg tak pna jaga hati sesame manusia. Yg xpna pk kan perasaan org lain. ini dr sudut pndagn mata aku yg xde spe boleh ubah. noktah.Ya Allah. Aku mohon agar kau berikan kekuatan ku terus  untuk mendapat rahmatmu.




Dec 18, 2011

MHS

 



yea, ni kali pertama aku digalas dua tanggungjawab dan kedua2nya adalah kali pertama .senang cite semuanya kali pertama kerana terlibat sebagai urusetia MHS 2011/2012. firstly, sebagai ajk Displin di ketuai Amad saidi. secondly, sebagai fisilitator di ketuai syarimin. mengalas dua tanggungjawab ni memang agak berat dan terasa betapa penatye. Anwy, ia pengalaman yang ckup menyeronokkan. Lagi2 bila adik2 baru ni wat kita mcm artis pulak. wahaha. pergi sana sni.. smua kenal kita. siap mintak amik2 gambar . (perasan sudah) ala, cerita sesuatu pengalaman yang pertamakan. Kepada anak2 buah aku. kumpulan 23. jangan lupa akak yer. kasi (^_^) senym bila jumpa tu. Salam untuk kalian. 

Dec 16, 2011

Yakin kini

Ombak Rindu berlagu
penuh syahdu
Menyusuk Khalbu
Hatiku terpaku

Sayang
Tika dulu.
kau sering sakiti aku
agar hati tak bertemu

dan mengharapkan.
Jangan Kau cintai aku.
begitu jua aku.

Namun,. 
takdir Tuhan.
hati kau dan aku kini 
bertemu.

menjanjikan tiada yang lain
selainku

Bisik hatiku dlu
lepaskan dirimu.
sungguh - sungguh 
aku 
tak bisa kehilanganmu.

dan aku tahu
begitu jua dirimu.

Aku yakin kini.
hatiku teguh padamu.



Dec 7, 2011

Trailer Filem 8 Jam


serius, memang xsabar nak tgk cter aksi mcm ni. suka sgt2.
lagi2 Sam yg berlakon. memang syok la..Nantikan!!

review filem aksi mantap arahan Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Shaheizy Sam, iaitu 8 Jam. Filem ini mendapat khidmat stunt director dari Thailand yang terlibat sama dalam projek lakonan Tony Jaa seperti Ong Bak dan Tom Yum Goong. Jom kita dengar sikit review dari salah seorang pelakon 8 Jam iaitu Yana Samsudin.