Aug 22, 2013

Jujur

hi hello, i dont no what i thinks. to typooo. i just tap tap tap and tap. myb i'm so bored now.. errrr. eh semalam, my father ada cerita taw. jum bayangkan .. treeeeetttingtinggg
di sebuah perkampung di zaman dahulu ada seorang lelaki terlihat buah mangga yang jatuh ke sungai .lelaki tersebut mengambilnya dan kembalikan mangga tersebut ke tuan rumah mangga berkenaan. Kata Tuan Rumah tu.. Jujur benar kamu wahai lelaki.. kalau begitu sudikah kamu berkahwin dengan anakku. dia buta, tuli dan tidak cantik.lelaki itu jawab dengan jujur. Sudi.. lalu Tuan rumah itu menikahi lelaki tersebut dengan anaknya. dan ketika itu alangkah terkejutnya lelaki tersebut kerana wanita yang di nikahinya secantik bidadari dan sempurna.
cerita ni memang psiko kan.. uji lelaki tersebut dengan cara macam tu. sekali dpt is3 cantik. Tu lah hidup ini kena jujur. x jujur. kena balik kat batang hidup. teringat pesan seorang nenek di rumah sri kenangan
"hidup ni kita kena jujur nak, kalau x jujur hidup kita xbahagia, xtenteram"
apa yang berlaku sekarang. ramai jadi x jujur demi kepentingan diri sendiri..
kan..
#senyum itu indah

Di mana pemikiran kita?


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); 
surah Al Mulk


Isi Al-quran terlalui banyak jawapan bagi mereka yang berfikir..Namun, apa yang terjadi sekarang kita boleh baca novel sampai 30 tajuk. tapi cerita,kisah benar pengajaran hikmah dalam al-quran susah nak baca. #ini peringatan buat aku sendiri. Allah Maha mengetahui lagi Maha pengampun. Di Malaysia, kita masih aman bukan? tapi kematian di dgr dengan mudah. orang islam di mesir, di syria, palestin di bunuh dgn kejam. Aku terigt. tanda2 kiamat ialah ramai org yg beriman yg xtakut akan mati meninggal sebelum kedatangan dajjal. Allahualam. 
sekarang datang pulak fahaman syiah yg sesat . cuba menghancurkan umat islam. sedangkan ramai remaja, di buai cinta manusia, hawa nafsu, disco, kelab malam, bercuti melancong, berfesyen2, terlompat2 dengan konsert artis luar negara. bermegah2 dalam facebook dengan pasangan masing2.. Artis berpegang2 tangan di dalam filem, berpeluk2. aurat di buka sana sini.. INI KE MALAYSIA MASIH AMAN?..Allah menguji rakyat malaysia dengan kesenangan, dengan kebahagiaan bukan?... namun dalam kita kata malaysia aman. Allah kirimkan peringatan. sehingga berlakunya kemalangan yg meragut ramai orang di genting highlands. 
jangan di sangka aman. Allah xuji kita. AMAN jga antara ujian. kita sedar atau tidak apa tanggungjawab kita sebagai manusia....



Aug 21, 2013

Bear



i say good bye?
ahaha. nampak kebosanan di situ. habis bear adik aku jadi mangsanya.

Aug 20, 2013

Petua Fatin Liyana untuk Kuruskan badan


ni pertua fatin liyana. Aku mesti cuba. mesti mesti!!!

1. JANGAN CRASH DIET
crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai ja awek2 yang buat lagu ni. aku cukup marah aih. sebabnya bila ang crash diet, memangla berat ang turun secara mendadak. yelah ang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, ang gembira bukan main kepalang. Padahal berat ang turun sebab water volume dalam badan ang yang reduce bukan fat. Pastu kalau ang crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan ang pikiaq ang tgh starvation. Pastu satgi bila ang dah tak pat tahan nafsu, ang makan macam biasa balik, badan ang akan store as much fat as possible. maka berat ang yang bertambah akan lebih dari yang ang ilang. rugi tak?


2. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION
'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. Podah. Ni sorang lagi nak kena sekeh ngan aku ni. Sapa ngaja ang skip-skip meals ni. Kalau ang skip meals, ang mula la lapa nak mampos meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, ang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang ang makan tu badan ang store jadi fat lah. Bila badan ang perlukan energy pada siang hari, ang tak makan. Bila badan ang tak perlukan energy ang makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.


3. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI
'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi ang tau dak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, depa rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tu depa tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama ja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku habaq ngan ang, aku dulu berat turun sampai 9kg sebab aku tak makan titbits langsung. aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum milo & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku.



4. GET ACTIVE
satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau angpa bz mengalahkan menteri, ang tak pat jogging tiap-tiap petang takpa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju2. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur.



5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.
kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cita. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kuruih sikit, depa dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau ang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan ang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak ang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem ang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat ang lapaq nak mampos.

Baru-baru ni, professor ada habaq kat aku. The latest research cakap, kalau nak kuruihkan badan secara consistant & tanpa rasa letih, ang just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pa meh aku habaq mai kat angpa suma, kalau angpa jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan ang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Professor aku ni dia buat kajian kat adik laki dia, memang berkesan. Adik dia hari-hari jalan 4jam tanpa henti dalam masa sebulan, pastu berat dia dah kurang 15kg. Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takdo makno eh jang.



R4BIA

Apa itu R4BIA?
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag #R4BIA bermula semalam, bukan?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.
3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Look At ur Feet & Find Out WHO Ur Ancestor Was

rahsia jari kaki? jari kaki pun boleh tunjuk jenis seseorang tu macam mana..

ok jum tengok kaki masing2.

Yang manakah satu jari kaki korang?

Menurut bentuk gaya Arabic 1 : Mempunyai sifat survivor didalam diri dan tidak mahu mengalah . Suka melakukan kerja dengan pantas dan secara bersistem supaya tampak lebih teratur . Bersifat pemimpin didalam diri . Seorang yang berterus terang tetapi didalam hati ada taman, individu yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan merupakan seorang pemikir yang bijak .

Menurut bentuk gaya Roman 2 : Seorang yang mudah berkawan, sangat emosi jika menyentuh hal bab keluarga mempunyai impian yang besar tetapi memerlukan orang dibelakang untuk membantunya . Seorang yang bersifat cool dan lebih suka membuat hal sendiri . 

Menurut bentuk gaya Greek 3 : Merupakan seorang pelaksana kerja yang paling baik dan tidak mudah putus asa, mempunyai kemahiran yang tinggi didalam sesuatu kerja . Mempunyai ilham, kreatif dan merupakan seorang insan yang berseni tetapi bakat terpendam . Keperluan membina diri untuk lebih maju, hidup penuh dengan impian dan idea tetapi tidak dilaksanakan .


4 minggu lagi

hanya tinggal 4 minggu lagi aku praktikal di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang.
Aku pasti akan merindui kenangan di sini. Aku sangat happy . jiwa aku bersama pelajar.
huuuu, hope. one day. aku leh jadi KAUNSELOR di IPT.
Amin.