NLP bermula pada awal 1970-an
ketika dua orang yang bernama John Grinder, iaitu seorang Assistant Professor
di University of California yang terletak di Santa Cruz; serta Richard Bandler,
yang merupakan pelajar psikologi di universiti tersebut. Mereka berdua sungguh
tertarik dengan persoalan tentang apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu
cemerlang, dan boleh mengulangi kecemerlangan itu bila-bila masa yang
dikehendaki. Pemerhatian mereka mendapati, individu yang mereka kaji
menunjukkan bahawa setiap daripada mereka mempamerkan corak tingkah laku dan
gaya fikir yang tersendiri. Rumusan ini akhirnya membina prinsip-prinsip asas
dalam NLP.
Pada asalnya, mereka mengkaji
beberapa hasil kerja tokoh ahli terapi yang terkenal pada waktu itu, iaitu
Fritz Perls, seorang ahli psikoterapi yang inovatif, yang juga telah
mengasaskan teknik terapi yang meluas yang dinamakan sebagai Gestalt. Bandler
dan Grinder juga mengkaji hasil kerja Milton Erickson, iaitu seorang ahli
hipnoterapi yang dikenali di seluruh dunia. Seorang lagi tokoh yang dikaji
ialah Virginia Satir, seorang ahli terapi keluarga yang telah banyak
menyelesaikan krisis rumahtangga yang dikendalikannya.
“NLP maybe the
most powerful vehicle for change in existence.” -Modern Psychology Magazine
Bandler dan Grinder tidaklah
berniat untuk mewujudkan satu teknik baru. Mereka hanya kagum dengan kejayaan
proses-proses ‘pengubahsuaian psikologi’ yang dilakukan oleh tokoh-tokoh
tersebut. Contohnya, seorang perokok tegar boleh berhenti merokok selepas
beberapa sessi terapi, seorang yang pemabuk dan pemarah menjadi seorang suami
yang penyantun. Begitu juga dengan kes orang yang menghadapi tekanan perasaan melampau,
dan boleh bertukar menjadi seorang yang ceria positif.
Mereka berusaha mengenalpasti
corak dan kaedah yang digunapakai oleh tokoh-tokoh tersebut, dan membandingkan
antara satu sama lain. Akhirnya, mereka menemui satu kesimpulan yang sungguh memeranjatkan.
Walaupun setiap ahli terapi itu mempunyai kaedah dan personaliti yang jauh
berbeza, namun merka semua mempunyai corak asas yang sama!
Bandler dan Grinder pun mengenalpasti corak-corak tersebut, memantapkannya dan membangunkan model dan teknik yang dinamakan sebagai Neuro Linguistic Programing (NLP). Selepas itu, ramai orang yang turut menyumbangkan kepada pembangunan idea-idea NLP sehingga menjadi satu ‘teknologi kejayaan’ yang luas dan dinamik.
Bandler dan Grinder pun mengenalpasti corak-corak tersebut, memantapkannya dan membangunkan model dan teknik yang dinamakan sebagai Neuro Linguistic Programing (NLP). Selepas itu, ramai orang yang turut menyumbangkan kepada pembangunan idea-idea NLP sehingga menjadi satu ‘teknologi kejayaan’ yang luas dan dinamik.
No comments:
Post a Comment