May 14, 2019

TIPS LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK




TIPS LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK
.

Ibu bapa yang bekerja pasti mencari masa terluang untuk bersama anak
.
Ini dia tips luangkan masa bersama anak
.
1. Dalam kereta
.
Gunakan masa untuk bersembang dengan anak ketika berada dalam kereta terutama ketika menghantar anak ke sekolah/tadika. Tanyakan apa yang menyeronokkan di sekolah?, bercerita tentang persekitaran yang dilihat contoh jenis-jenis model kereta, lampu isyarat bagi menambah ilmu pengetahuan kepada anak. Apabila anak mula bercerita dengar dan hargai.
.
2. Hari minggu
.
Masa yang ada ajak la anak-anak ke taman rekreasi, berjogging, bermain bola bersama anak. Ibu menyiapkan makanan dan makan bersama-sama anak. Waktu ini bersembang la tentang minat mereka, apa yang mereka suka, siapa rakan-rakan anak-anak kerana ibu bapa perlu mengetahui siapa rakan-rakan rapat anak anda. Fahami anak dan sokong minat mereka. Sekiranya di rumah ajak anak buat aktiviti bersama contoh memasak, buat kraf atau bermain jenga, sahibba bersama anak.
.
3. Sebelum tidur
.
Tanyakan apa aktiviti, tentang pembelajaran anak di sekolah pada hari esok. Ambil masa untuk bacakan buku cerita yang memberi tauladan kepada anak. Apabila anak memberi respon yang baik puji anak. Setiap apa perkembangan baik yang anda lihat pada anak puji mereka. Contohnya bila anak masukkan buku dalam beg sebelum tidur, kemas bilik selepas tidur, masuk baju kotor dalam bakul lepas mandi.


Di tulis oleh 
Nadhrah Mahbob




Berminat & mencari Balm Bayi No 1 di Malaysia?
Tasneem Naturel boleh hubungi 019-6916559

No comments: