Salam,
Hai korang semua.. harap-harap sihat je k.. kepada kawan-kawan seperjuangan yang mengambil stpm dulu.. semoga kita sama-sama dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah.. baru2 ini baru selesai menduduki ujian munsyi USM.. soalan yer?.. saper yang amik tahu la hehehe.. tak perlu meniru.. semua yer dasar dari hati.. sekiranya benar..benar laa.. sekiranya tidak.. tidak laa.. kawan-kawan semua Tanya kenapa tak amik medsi?.. for ijazah sarjana pendidikan.. aku dengan rendah diri berkata..pointer aku tak sehebat mereka2 yang ramai mohon pendidikan.. so dari awal aku tak mohon pendidikan.. tak de upsi dan takde cos yang melibatkan pendidikan... Sekiranya jadi.. jadilaah.. itulah ketentuan Allah . sekarang masih menunggu keputusan upu.. kalau tak de rezeki ke ipta .. bukan bererti untuk aku putus asa.. tapi aku perlu bangkit.. banyak lagi tempat pengajian.. so, aku boleh mencari ilmu di mana saja.. 2 minggu lepas. Aku dapat tawaran bagi ijazah sarjana muda psikologi.. bidang yang paling aku suka.. tapi ipts la.. kolej universiti islam.. dan dip pendidikan dekat unisel, bachelor bisnes dekat KTA.. seperti kata kawan2 aku ‘tunggu result upu’..so aku akan tunggu .^_^
“Ya Allah, permudahkan aku untuk menuntut ilmu.. berikan aku jalan kebenaran.. dan jalan yang lurus.. agar tidak tergantung ilmu yang ku timba.”
Ni sedikit info tentang bidang psikologi
ANTARA cabang pengajian sosial yang boleh diterokai lepasan pelajar sekiranya mempunyai potensi ke arah itu ialah bidang psikologi.
Mereka yang menceburi bidang ini sememangnya mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menganalisis kelakuan serta tingkah laku manusia.
Sebagai contoh, ahli psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkaitan kelakuan manusia.
Penemuan yang dilakukan seterusnya digunakan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan.
Pekerjaan yang dikelaskan dalam bidang berkenaan termasuk ahli psikologi klinikal, pendidikan serta pekerjaan.
Kerjaya itu dianggap mencabar berbanding bidang profesional lain kerana ia memerlukan seseorang menangani krisis manusia sama ada dari segi mental atau emosi.
Ia lebih rumit jika dibandingkan dengan tugas lain seperti mencipta sistem komputer atau menggunakan mesin yang tidak memerlukan kemahiran berkenaan.
Kelakuan dan tingkah laku manusia sentiasa menjadi tumpuan kepada ahli psikologi dalam kerjaya mereka bagi menambah pengetahuan saintifik dalam kepakaran masing-masing.
Selain itu, tugas mereka termasuk merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal, mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat.
Mereka juga menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan kelakuan individu selain turut mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan memberikan perkhidmatan susulan.
Terdapat juga pengkhususan tertentu dalam bidang psikologi yang boleh diceburi lepasan jurusan itu sebagai kerjaya tetap berdasarkan kemahiran sendiri.
Bagi mereka yang peka terhadap hubungan perseorangan, boleh bekerja secara langsung dengan klien yang menghadapi masalah emosi.
Sekiranya digabungkan kemahiran pertimbangan dan pemerhatian dengan minat terhadap kanak-kanak, kerjaya sebagai penyelidik dalam cabang psikologi pembangunan mungkin terbuka.
Bagaimanapun, pelajar yang ingin menyertai bidang ini mesti mempunyai ciri-ciri tertentu seperti minat terhadap kelakuan manusia, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan paling penting ialah boleh menghormati prinsip kerahsiaan klien yang amat ditekankan dalam bidang itu.
Pelajar yang berminat untuk bergelar sebagai ahli psikologi perlu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan setaraf. Kursus dalam bidang psikologi juga ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan swasta seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah, Help University dan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).
Tip Hormati prinsip kerahsiaan pelanggan amat ditekankan