Jun 18, 2013

Definisi Aqidah

 
 
DEFINISI AQIDAH ISLAM
Pengertian akidah berasal daripada perkataa bahasa arab “ عقيدة” iaitu pecahan daripada perkataan :aqd / عقد yang umumnya bermaksud ikatan atau simpulan. Daripada ikatan atau simpulan maknawi ini lahirnya perkataan “Akidah” iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam ideology atau kepercayaan.
            Pengertian akidah dari sudut bahasa ialah sesuatu yang menambat hati seseorang. Daripada itu, pengertian tersebut digunakan sebagai anutan seseorang terhadap pemikiran dan pendapat yang diimaninya dan meresap ke dalam hati sanubari yang akhirnya membentuk tindak tanduk dan tingkah lakunya. Terdapat juga pendapat yang mentafrifkan manusia sebagai makhluk yang boleh dipimpin dari dalam dirinya iatu segala kepercayaan dan seseuatu yang diimaninya. Menurut kamus Al-Misbah Al-Munir, perkataan “aku beriktikad” bermaksud menambat hati sanubari padanya dan perkataan “akidah” bermaksud sesuatu fahaman yang dianuti oleh seseorang sehingga dia mempunyai pegangan yang baik dan tidak diragui. Oleh itu, dapat difahami bahawa tidak semestinya “akidah” tu sahih, barulah dinamakan akidah. Hal ini kerana ada kalanya akidah itu betul dan ada kalanya salah iaitu akidah yang salah.
            Pengertian akidah dari sudt istilah pula, para ulama islam menggunakan perkataan akidah ini yang bermaksud ilmu yang membahaskan perkara yang wajib dipercayai dan diimani oleh seseorang dengan adil yang sahih dan menyakinkan. Takrifan lain pula menyebut bahawa akidah secara menyeluruh ialah pendapat dan fikiran atau anutan yang mempengaruhi jiwa manusia, lalu menjadi sebahagian daripada manusia, dipertahankan dan ianya adalah benar. Akidah juga sesuatu yang dipegang teguh dalam hati dan tidak dapat beralih daripadanya.
            Takrifan lain juga ada menyebut tentang maksud akidah. Akidah islam ditakrifkan sebagai “ kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh islam iaitu kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh di dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai atau tertutup walau apa jua suasana dan keadaan.” Takrifan ini bertetapan dengan garis panduan yang ditunjukkan al-quran dalam ayat ini.
Firman Allah SWT :
لا إكراه في الدين قدتبين الرشد من الغي فمن يكفر بالطاغوت ويؤمن بالله فقد استمسك بالعروة الوثقى لا انفصام لها والله سميع عليم                                                                                                                                                                                
Maksudnya:                                                                                                                                       “ tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (islam). Seseungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Taghut (menyembah selain allah SWT) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
(surah al-baqarah:256)                                                                                                                    

Gerak Hati

 
KEPUTUSAN MENGIKUT GERAK HATI
Hidup kita banyak memerlukan kita membuat keputusan. Setiap dari kita hendaklah membuat keputusan dengan betul dan keputusan yang dipilih merupakan yang terbaik agar kita tidak menyesal di hari kemudian.
            Aku nak bangun ke aku nak sambung tidur lagi.?
            Aku nak makan nasi ayam ke nasi goreng.?
            Aku nak pergi kuliah ke nak ponteng hari ni.?
            Petang ni nak memancing ke nak main takraw.?
            Tapi, kenyataan-kenyataan di atas ini sekadar beberapa persoalan yang sering bermain di fikiran kita. Terdapat banyak lagi persoalan yang selalu membuatkan fikiran kita runsing. Bila keputusan yang perlu dibuat melibatkan sesuatu yang berat seperti keputusan yang melibatkan masa hadapan kita, ini akan menjadikan minda dan hati kita tidak sependapat dan akan menimbulkan kesan buruk kepada pekerjaan harian kita.
            Cuba kita bayangkan, jika dalam hidup ini kita tidak perlu membuat sebarang keputusan, pasti semua perkara yang hendak dibuat akan menjadi terlalu senang dan berjalan dengan lancar dan masalah juga tidak akan timbul. Fikiran kita juga tidak pening bagi memikirkan satu persatu risiko yang akan timbul daripada setiap apa yang bakal diputuskan. Hati menjadi tenang dan tenteram malah hidup akan sentiasa berada dalam keadaan ceria dan gembira.
            Tetapi realitinya, dalam kehidupan ini setiap dari kita kena membuat keputusan. Apabila difikirkan secara mendalam dan lebih teliti, kehidupan kita dalam sehari-hari memerlukan kita membuat keputusan. Bermula daripada bangun tidur pada waktu pagi, kita sudah membuat keputusan untuk diri kita. Yang paling ringkasnya adalah kita membuat keputusan sama ada hendak terus mandi ataupun membasuh muka sahaja, kemudian berwuduk dan solat. Itulah kecantikan yang ada dalam kehidupan yang diaturkan oleh Allah SWT kepada makhlukNya. Meskipun dalam konteks makhluk dengan Penciptanya manusia ini adalah hambaNya, tetapi manusia masih diberikan kebebasan membuat keputusannya sendiri dalam perkara-perkara yang bersesuaian dengan kedudukannya.
            Adakalanya kita tidak mahu atau tidak akan mahu memikirkan sama ada kita sudah melalui proses yang betul dalam membuat keputusan. Apa yang biasanya kita fikirkan sewaktu dalam proses untuk membuat sesuatu keputusan adalah membandingkan langkah-langkah yang sedang kita dipertimbangkan berdasarkan dengan pengalaman sendiri pada masa lalu ataupun pengalaman orang-orang lain yang berkaitan. Sama ada betul ataupun salah keputusan itu nanti, biasanya tidak menjadi isu atau perkara yang besar, kerana kita biasanya mengetahui dan sedia maklum bahawa setiap apa-apa keputusan yang diputuskan memang mempunyai risiko. Yang penting adalah bersedia menerima risiko yang timbul, berhadapan dengannya dan mengambil pengajaran daripadanya. Biasanya kita belajar daripada pengalaman diri sendiri mahupun orang lain.
 
PERANAN GERAK HATI
Pernahkan kita memandu kereta sedang mencari jalan menuju ke sebuah rumah saudara atau teman yang telah lama tidak kita tidak kunjungi dan kita telah ingat-ingat lupa jalan menuju ke rumah tersebut. Bagaimanakah kita akan membuat keputusan dan adakah keputusan yang kita buat itu tepat.
            Ini adalah satu fenomena yang terlalu banyak berlaku dia kalangan manusia. Hal-hal seperti ini banyak membuatkan fikiran manusia berasa keliru dan otak akan menjadi serabut.
            Fenomena tersebut dinamakan oleh para saintis sebagai 'emotional oracle effect' atau sekiranya perkataan ini diterjemahkan secara terus ke dalam bahasa Malaysia, ia akan membawa maksud sebagai 'kesan emosi ahli nujum'.
            Para saintis dan pengkaji yang mengkaji masalah ini menerangkan bahawa fenomena ini sebagai tindakan minda sedar dan juga separa sedar yang ada pada diri kita dalam usaha mengumpulkan segala maklumat yang optimum yang ada pada kita lalu merumuskan keputusan.
            Biasanya keputusan tersebut lebih tepat berbanding dengan rumusan yang dibuat berdasarkan minda sedar yang waras .Untuk memastikan manusia berjaya mendapatkan dan membuat sesuatu ramalan atau tekaan yang tepat terhadap berbagai persoalan yang anda hadapi, maka percayalah dengan sepenuh hati pada naluri anda. Tapi ingat, syarat-syaratnya adalah anda perlulah mempunyai pengetahuan terhadap perkara yang anda mahu hadapi.
LANGKAH-LANGKAH
Ia bermula dengan individu mengenal pasti tujuan keputusan itu dibuat, mencari maklumat, mengenal pasti pilihan-pilihan penyelesaian masalah yang ada, membuat pertimbangan yang adil dan saksama, membuat keputusan berkaitan pilihan-pilihan yang ada, mengambil tindakan dan mengkaji semula keputusan yang dibuat dan kesan-kesannya.
            Jelas sekali, membuat keputusan adalah suatu proses yang mempunyai urutannya. Jika seseorang individu meninggalkan mana-mana satu, dua ataupun beberapa langkah yang ada, sudah pasti keputusan yang dibuat akan pincang dan tidak sempurna.
            Dengan menggunakan pendekatan yang dikemukakan di atas, proses membuat keputusan berkaitan pilihan pendidikan dan kerjaya bermula dengan individu perlu terlebih dahulu mengenal pasti apakah keputusan yang hendak dibuatnya.
            Contohnya, mungkin seorang pelajar yang dinamakan sebagai A, mengenal pasti bahawa dia ingin menyambung pelajaran setelah menerima keputusan peperiksaan SPM yang memuaskan. Selepas mengenal pasti perkara itu, barulah A boleh beralih kepada fasa yang kedua, iaitu mendapatkan maklumat tentang bidang-bidang pendidikan yang ditawarkan di universiti dalam dan luar Negara. Begitu juga dengan kursus-kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi swasta.
            Selepas mendapat maklumat yang berkaitan, bermulalah proses mengenal pasti apakah bidang pendidikan yang benar-benar sesuai dengan kelulusan yang dimiliki oleh A. Daripada sekian banyak kursus-kursus yang ditawarkan, mungkin hanya ada beberapa kursus sahaja yang diminati oleh C dan sesuai dengan kelulusan akademiknya. A perlu menyenaraikan kesemua kursus itu bagi memudahkannya membuat pemilihan. Proses membuat pilihan ini melibatkan proses membuat analisis dan pertimbangan yang menyeluruh ke atas kesesuaian diri A dengan kursus yang ada.
            Selepas semua aspek yang penting seperti kelayakan akademik yang dimiliki sesuai dengan kursus yang dipilih, bantuan kewangan yang disediakan, lokasi institusi, dan lain-lain diambil kira, barulah A mampu menetapkan hanya tiga pilihan pendidikan sahaja yang utama, kedua utama dan ketiga utama.
            Jika A masih gagal membuat keputusan tentang tiga pilihan pendidikannya, dia perlu berpatah balik semula kepada proses bagi mendapatkan maklumat, mengenal pasti alternatif dan membuat pertimbangan. Mungkin ada maklumat penting berkaitan kursus pendidikan yang tidak dapat diperoleh oleh A yang menyebabkannya gagal membuat keputusan. Dengan mengulangi semula proses membuat keputusan yang dinyatakan A akan mendapat lebih lagi maklumat yang membolehkannya membuat keputusan dengan yakin.

Jun 12, 2013

Waktu Solat Menurut Al-Quran & Sains

Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di bidangnya.
Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang mempunyai hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang akrab dengan dunia fotografi.
WAKTU SUBUH
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid (kelenjar gondok). Dalam fisiologi, tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri berkaitan dengan rezeki dan cara berkomunikasi. Mereka yang masih tertidur pulas pada waktu Subuh akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi. Hal ini terjadi kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika ruh dan jasad masih tertidur. Pada saat Azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu ruku ‘dan sujud.
WAKTU ZOHOR
Warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sstem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam system penghadaman serta berkurang keceriaanya.
WAKTU ASAR
Warna alam berubah menjadi oren. Hal ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan prostate, uretus, ovary, testis dan sistem pembiakan secara keseluruhan. Warna oren di alam juga boleh mempengaruhi kreativiti seseorang. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan menurun daya kreativitinya. Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut.
MENJELANG MAGHRIB
Warna alam berubah menjadi merah. Pada waktu ini kita kerap mendengar nasihat orang-orang tua agar kita tidak berada di luar rumah. Nasihat tersebut ada benarnya, kerana pada saat Maghrib tiba, spectrum warna alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan sebaiknya berhenti sejenak dan mengerjakan solat Maghrib terlebih dahulu. Hal ini lebih baik dan lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama dan boleh menimbulkan fatamorgana yang boleh merosakkan penglihatan kita.
KETIKA WAKTU ISYA’
Alam berubah menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu Isya ‘menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sisitem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan waktu Isya ‘akan sering merasa gelisah. Ketika alam mulai diselimuti kegelapan, kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh ini. Dengan tidur di waktu tersebut, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna-warna putih, merah jambu, dan kemudian ungu. Perubahan warna ini selaras dengan frekuensi kelenjar Pineal (otak kecil), kelenjar Pituitary (bawah otak), thalamus, dan hypothalamus. Maka kita sepatutnya bangun dari tidur, dan pada waktu-waktu ini kita mengerjakan solat malam. Wallahu ‘alam Bishowwab. (Aneka Sains)
Detik Islam


http://www.islamituindah.my/waktu-solat-menurut-al-quran-dan-sains