Dec 24, 2008


duk kemas2 buku..sekali terjumpe surat dr someone..
huhu..6tahun..msh ada lgii surat tu..walau agak kunyut..
tp kenangn msh ada..n aku akn smpan baik2..
bila bce balk..kelakar lak..hehehe
coz dkt sek kitaorg tak pernh
bertegur sape..just balas2 senyuman..
wah!!!..
tp pas dia duk asrama..kitaorg terus lostcontact..just surat trakhr
msa dia stdy kat mrsm..dia crite suasana kat mRsm..
tu last surat dr dia..n sampai skunk kitaorg lostcontact.
n aku dpt tau skunk dia kat uitm shah alam dr mmbr aku..
huhuhu..
hope dia msh ingt aku..
bestfriends always..

skunk..aku sdg usaha nak contact dia lagii..
myb dgn ada almt rumah diaa..
aku leh berhubung ngan dia balik..

i very MiSS u ..
sahabatku..
Maryam jamilah..

Dec 23, 2008

4y2y

hOohoo..
akhrnya dpt sign in..


12hbln12 hri 2..aku ikut prgrm 4y2y..
anjrn belia dan sukan..kat ikbn pagoh
masalh aku..matlamat progm ni pun aku tak tau..
yelaa..mmbr aku call..nak ajak joint g sne..
so dr borink duk umah..
ikut jelaa aktv area daerah segamat punye progrm..
hampeh..
macam percutian yg mmbosankan..
kitaorg g sne makan,tido n berborak ngan tenaga pelajr kat sne..
dsebalik takbrnya no coment..
mbosankan..
kne usha2 ngan mamat2 kat ikbn..mcm tak pernh nmpk pmpuan..
giler..
biaselaaahh tu...
tabiat..
hri first je ada progrm..mlwt makmal..


just ada laa jugak ilmu..tentang buatan..acuan..kemahiran bdk2 ikbn belajar..
byk sbnrnya pic..tp malas nak upld kat sni..huhu..


nie pic spntan..bila tgk cantik lak..
dr belakang bdn laki group aku..

hri ke2 n akhr..tak ada yg nak dkogsi..coz duk jer dlm hostel..hampehkan..
mbosankan..mcm tak skses jer matlamat 4y2y kali nie..
mcm mbazir wit kerajaan..coz aku g sne free..
huhu..



smpai sni jer..td duk upld tak leh done lak..huhu..ada problm r aku'y blog nie.
tak thu knpe..
ms blk pun..kkitaorg bla mcm tu jer..pelikkan??..tak ada mjls penutup..
frst tm g progrm yg mbosankn..huh,

Dec 12, 2008

SALAM UKHWAH


Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu.

LAGU GEMURUH

SALAM RINDU

aku suke sgt dgn lagu gemuruh ni..
byk kenangan ..coz tu aku letak kat my blog nie..
lagu ni bg aku smgt..
n ms bahas pun lagu ni djadikn aku tema utk team aku..
mmg byk..
tak terkateee.hehehe

so injy dgn lagu kegemaran aku nie..

CoUple

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.






KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Dec 3, 2008

Kenangan terindah










Dsebabkan aku tak g keluar mne2..nak snap pic pown tak de..duk terperap dlm umh jer..just nak ceritaa khdpn dlm dunia online nie..mmg bnyk..brkwan dgn org yg lebih berumur dengan kita ni akan mematangkan kita..so,coz tu aku suka bfikiran kdepan..
Berangan.dan merancang apa yg aku akn buat pada ms akan datang..
Aku mmg minat psikologi..time f5 dlu..aku suka bce bku2 ttg psikologii kat dlm libry..
peluang aku dapat diploma kauseling dkt kolej islam antarabgsa terpkse aku lupakan coz time tu delima mmg dasyt..tertekan!!..nak msk mn?..smua cos bgus2..n mmg aku minat..last2 aku still kat fm6..sbb aku dah nekad dgn cita2 n matlamat aku..kmbali bab psikologiii..
Cara pnyampaian ,layanan..percakapan dlm telefon…cara duduk..fizikal..tulisan..warna kgemaran,..gelombang perasaan,kdudukan ddlm keluarga(ank kberapa)..semua tu aku dgr mtvs dr.fadilah kamsah..abg aku dwload n then dia bg kat aku..mmg suka dgr ceramah dr.fadilah kamsah..msk otak gak laaa..hehe..sO dr situ aku leh kenal kwn2 aku nie jenis yg mcm mn..hik3..yo yo o aje..
sO post kali ni aku nak play back..kenangan




time nie memang tergelak abiz..huhu..setiap kmpln kena ada wakil..kna pakai bju krg pmpuan ala2 kampg..
sisi bergmbr bermulaa r..populr diorg.ahaks..sknneka hri ke-9 pjkn bersm pnduduk kmpg..


time tu pelik gak..asal tiba2 mmbr aku mntk hp aku...tup2 diorg snap gmbr dak2 nie tgh tdo..penat beb time nie..on d wy nak g umah makbpk angkat..dpt laa rehat jap..huhu

nie time dah nak blk..semua dak2 kmpul kat sni..utk pmulangn ank angkt ..
fuh!!rindu kat korg semua..hope hpy2..

p/s:hapy brday azie ..1.12.2008.... hapy2 n gd luck..

Nov 28, 2008

Tamadun Islam

KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN

Pengenalan
Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.

Manusia Menurut al-Quran
Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.

Fungsi Manusia Menurut al-Quran
Beribadat kepada Allah
Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.

Memelihara Alam
Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.

Mengenali di Antara Satu Sama Lain
Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.

Memakmurkan Muka Bumi
Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.

Mentauhidkan Allah
Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.

Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi
Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.

Nov 24, 2008

Rumah baRu*



Bored2..aku ikut laa makayah aku g umah yg sdg dlm proses nak siap..mak aku ckp insyaallah thn dpn raye kat umah baru,..huhuhu..sO,aku snap r pic2 kat kwsan umah tu..
Dpnnya..balai raya..n ada tmpt nak main badminton..sblh kanan masjd..huhu..lgkap gtu..raye thn dpn sure r meriah..tapi erm paham2 laa.thn dpn aku exam STPM..sO hdp sbg students pra-U nie mn bole main2..STPM ni peperiksaan yang paling susah ddunia??.tak percaye..cari lah fakta ni....blkg umah makayah aku..kbun lak..suasana perkampungann..umah ni makayah aku wat kat belemang,sungai mati..







huhu..byk lgi pic'y..tp malas lak nak msk'n..
dlm otak nie..aku pkir peperiksaan STPM jer..takut lak..
tapi aku harap sgt aku leh wat yg terbaik..amin...ramai yg tak sokong aku msk stpm..
smpai ada yg pandang rendh pada kptsn aku..tp aku pegang ngan smgt dan nasihat ckg kauslg aku....1bulan nie..kena stdy..coz naik sek truz exam..

p/s:aku suka lagu faizal tahir-gemuruh..bg motivsi utk aku nak bjaye..huhu

Nov 17, 2008

Tahniah STMI

.....................................................
.tahniah aku ucap'n 4 myscol.. .
.coz dapat sek cemerlang peringkat keb.. .
.anugrh yg dnanti2 oleh stmi.. .
.i LOve U.. .
. .
.SeKOlah TEngku MAhmud iskandar.. .
.....................................................

Story 15november


14/11/08
Petangtu tu line wat aral lak..huhu..time tu tgh chat ngan akak iemaa..chat pasal
Perkara yg berlaku ngan dia ..huhu,,smga sis tabah mghadapi ujian Allah..
Line tlpon kat sni tgh upgrade..so aku tak dpt nak on9 4 line ternet..huhu..
So,mgilaa laa bosan aku..
....................................................................................

15/11/08
pagi2 dalam kol 6.30 bpk aku hntr aku ke muar..coz dlm kol 8pg aku kena g umah menteri beso johor..4 majlis perkhwinan ank’y..dkt jer umah dia ngan umah aku yg kat muar 2..naik mto dah sampai..majlis tu dia wat kat kg halaman menteri besar johor..kat sungai mati..muar..ckg aku pilih dak lowsix ..pas siap2..dlm kol 7.45 bpk n mak aku nak g kebun jap..aku salam r makbpk aku..pas makbpk aku dah g..aku lex je laa nak tgu col 8..skali ..ohmygddddddddddd!!!!!!!!!!!..emm kasut aku ada kat dlm keta .tp keta’y dah tak ada...huhu..eden nak pakai apa nih..aku call bpk aku..boleh please tray later!..arghhhhh..mcm mn nie..aku dah cemas…aku call bst friendz aku..pas dia smpai..nadh,ko pakai jelaa kasut sek..haha..giler per ko syeikha..huhu..aku g r pijam kst jiran sblh..nsb baik leh pakai..kena ngan kaki aku..aku terus dgn misi aku..call bpk aku..tapi tak dpt..huhu..dgn tak selesa pakai kasut org,,rasa nak blik ke sungai kat pulau penarik sungai mati tu..hua3..jd elyana jap..berkaki ayam..wat gempkz skit.msk paper..haha.tp aku tak r b@&@# nak wat mcm tu..dah ada kasut..bersyukur je laaaa..

kat sana kitaorg ada dpt tugas yg kena wat..huhu..just tgk n handle dak ketering/tu laa yg mcm kat restoren bsr /hotel 2..
n setiap org jaga 1meja tetamu.1meja 8org..so bila dah cukup baru dbenarkan makan..huhu.8000 tetamu yg dtg....kitaorg tak byk keje laa.keje duduk n tgk jer.just dpt lah tgk live muka timbalan perdana menteri ngan isterinya,muka menteri besar johor n pengantin laaa..tpi syg tak dpt nak snap pic..just dpt tgkap gmbr tmpt aku duk jer..huhu
tghari tu..hujan mgilaaa lak..lebat..lama gak r..bosan..duduk jer memanjang..tak ada yg best laa.bosan yer time 2…...blik dlm kol 5ptg..kitaorg solat kat msjd brdekatan kat situ..
coz,mmg tak ada keje nak wat..kitaorg semua mkn 2kali..keje tak laaa wat sgt..
blk dr situ…tak smpt rht..makbpk truz bwk aku lik felcra bk..blik sni tak leh nak on9 lak.huh bosan time 2...

p/s:papepun..aku ada dpt pgalaman dr situ..sesuatu yg baruuuu..smga hari esok lbh nice dr hri iniii..huhu

Nov 12, 2008


MANTERA BERADU

Mula2 dgr lagu ni..aku tak paham langsung..
Ini lagu mantera beradu ..lagu ni banyak kata2 kias.jom kita hayati..
Dan tafsir..kalo nak tahu..bacalah sampai habis..

Gerakkan hati..hati gerakkan
Pandanglah aku
Aku lah dia

Kulitku tebal..
ku kebal
Ingatku kebal
Banyak berbual
makanAngin kembung perut mual..
Resah dan tidak senang
hdp tdk pernah lenang
Ku schizo paranoia Takut pecah tembelang..

Pecah tembelang
Peta dah hilang
Bangau dah pulang
Suara sumbang

Lidahku kaku tak selicik kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena
Tak pernah lena

Aku suka mengintai …Pantang ditenung
Berakhir perertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati
Pena melayang dilihat dua layang
Pandang tak lah segarang
Takat meradang Tanya..
Abang gedang,apa barang
Badan macam badang main acah belakang parang

Kehunus keris musuh
Ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul

Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo ijazah terbaik
Datangnya dari jalanan
Dari pengalaman
Bercakar dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif yang benci jadi inspirasi pagi.

Peduli itu interpretasi basi
Pekakkan sebelah alang biar keduanya
Muka cantik tapi soalan bodoh yang ditanya
Jadi melodi yang lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa kl kl cosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster

Gah sentosa tiada penyesalan luas pandangan
Jauh dah berjalan ..
Tak sempurna masih ada kejanggalan gagal
Merancang
Merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul

Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur
Rimau bawa ngigau
Masuk tempat orang
Bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau
Bawa ngigau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga

kosong tak dijaga sampai datang 3 naga ingat nak berlaga
tapi tak kan boleh menang dengan otak tak mesti dengan pedang
sebelum jadi naga ikan koi renang-renang
pura-pura salah jawapan untuk naik berang panggil lima kawan
atau biar pergi laju risaukan pekara temeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siaa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dan terpegun turun tiga ular ikut lompat
atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul

Semua gerak dan kalimat
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu..hati mu puisi..palu hati ku palu hatiku……

Kulit tak besalin walau saling ganti baju pandang sini
Pandang sini ku berbahasa baku
Tatakata nahu himpun jadi satu mantera beradu dengan irama dan lagu..

So ..lu fikirlah sendiri……………..huhuhuhu

Nov 8, 2008

baca nak


Memang tak leh lupa peristiwa sesat kat felda lengga selepas melawat cikgu yg meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..sampai skunk aku ingat lagi wajah arwah
Yang dah tak ada rupa lagi..walau dia tak pernah mengajar aku..
But ingatan paling indah arwah bg sokongan team softball aku..masa peringkat sek.
..pagi tu cuaca memang mendung.
Hari jumaat..kitaorg semua kat perhimpunan coz setiap hari jumaat mmg ada kebudayaan Al-quran..bacaan surah yassin..
Tiba2 suasana kelam kabut kat dalam pejabat sekolah..memang hairan..ada cikgu yg menangis..ustaz aku naik ke pentas..dan bgtw cikgu aku dah tak ada ag kat dunia ni..
Ada seorg students pengsan bila dgr khbr tu..aku terkjt dn terdiam..mmbr kelas sblh aku..diorg mcm tak caye..menags..mmg suasana tu menyedihkan..

Aku n mmbr aku wat keputusan nak g melawat ckg..coz hari 2 semua dak lik awal..
Kebetulan Ayah salah seorg mmbr aku sudi hantar kitaorg ke felda lengga..
Felda lengga???..aku tak pernah jejakpun tmpt tu…itulah frs time..
Sampai rumah ckg..ramai gak students yg dtg..semua ckg pun ada sekali..
Mak arwah terduduk dan termenung..
Situasi tu bg aku byk pengajaran dlm kehidupan..
Aku naik umah arwah ckg..dan sama2 membacakan surah yassin..

Sebelum menunggu van jenazah sampai..
Ada ank didik’y menangs teresak2 coz tak smpt nak mintak mf..
Atas ksalahan yg mgkin antara mereka sahaja yg tahu..
Setibanya van jenazah sampai..
Arwah ckg aku dbawa naik ke atas rumah..
Aku lihat wajah ckg,………
Aku benar2 terkejut..
Muka dia hancur..langsung tak mirip muka dia lagi..aku berpaling..
Tak tahan sebak..bila semua org ckp ‘ya Allah!!..ya Allah….
Terkejut…tiba2 aku menangs..entah..aku tak leh tahan..bila tgk org lain menags..
Mak arwah benar2 sabar..kitaorg semua peluk mak arwah ckg…masa dia peluk aku..mak arwah ckp kat aku ”anak mak cik dah tak ada nak!!”..aku tak boleh tahan..dalam keesakan aku..aku ckp kat mak ck tu”sabar yer makcik”..
Selepas selesai ..
Jenazah dmsk’n blik kedlm van jenazah utk dkebumikan..
Semua org g ..
Tapi aku,n 4org mmbr aku stay kat dpn umah urwah ckg..coz ayah mmbr aku ckp dia nak blik jap n suro kitaorg duduk kat sni sampai ayah dia dtg lik..
Kitaorg dogil..n meneruskan perjalanan..kitaorg ingt ayah mmbr aku g solat jumaat kat masjd lengga..sampai kat masjd lengga..tgk2 keta ayah mmbr aku tak ada..
Kitaorg nak patah lik..skali dah lupa jln pulang.ahakz…
p/s:Itulah tak nak dgo cakap org tue.
Huhuhu..kitaorg singgah jap warung kat dpn masjd tu..sebanrnya warung tu dah tutup..tapi dsbbkan kitaorg dahaga giler..kitaorg wat muke tak malu..
Mintak makck tu bkak warung dia..hehehe..mmg dahaga..berjalan dr umah urwah ckg hingga ke masjd tu leh tahan jauh..ye laaa jalan kaki..
Dak ni tak bwak wit lak…so aku kena belanje laaaa nie..
Huhuhu..so aku suro r makck tu wat3 air milo ais..n kitaorg kongsi2..
…pas minum..kitaorg meneruskan perjalan..eh nak p mana nih????..salah seorg dari kwn aku menegur..emmm kita jalan jer..tiba2 hujan turun…bukan main lebat..ehhh,nak duk mane nih???..aku menunjk kearah pondok kecil dkt taman permainan tu..

kitaorg berlindung kat situ dr 2ptg-3lbh gitulaaa…dasyt hujan ketika tu..dgn petir myambr2..
Hemmmm,1hari tu mmg byk ujian yg dilalui aku…dah mcm film,drama.sinetron..ahak
…tb2 ada 3org mamat yg berlindung gak dgn hujan, betul2 dpn pondok kitaorg..
Mmbr aku leh panggil..kononnya nak g balai polis..ye laaa dah sesat..
Mmbr aku baru angkt tgn sekali..mmat tu terus start moto dtg kat kitaorg…
Huh,..kwn aku pinjam moto dak tu..nak cr pondok telefon sblm g balai polis..
So kwn aku 2org naik moto dak tu n sorg laki flow kat blkang..n tgallah 2org mamat kat pondok nih..smpt mgorat lak tu..mintak no..mmg gatai toi….kitaorg tak layan..sampai jer mmbr aku yg naik moto td..diorg wat muka sodih..”emm sory wei,,tak dpt nak jmpa pondk telefon coz hjan lebat sgt.”.so aku n mmbr aku dgn hormat berhrp dak laki tu bla dr situ…
Huh,legaaa..tapi msih sodih coz belum jmpa jalan pulang..hujan tak berhenti2..
Tiba2 kitaorg terjmpa ex teacher kitaorg..kitaorg berharap teacher tu tolong ..tapi dia leh ckp apa”emm,sory r teacher malas nak hantr sampai kesana..minyak keta tak cukup”..peh hempeh ….kitaorg sedih sgt dgn tindakan teacher 2..
Kitaorg duduk trus dkt pondok tu..baju dah basah kuyup….tiba2 datang seorg makck..dia naik keta kancil..murah hati bagi bantuan kat kitaorg…lagi mulaa kitaorg tak nak,.ye laaa tkt lain jdnya…tp kitaorg naik gak..sbb mkcik tu mcm baik…keta kancil naik6org???????byangkan….kiatorg dah tak pk sempit ag..asalkan sampai ke destinasi..

Nasib baik mmbr aku ada kmpung berdekatan dgn felda lengga ..so makck tu hantr laa kitaorg ke kmpg mmbr aku…sampai kat sana..leganya kitaorg70peratus..thankz makck.!!!!aku bga dgn makck tu..terima kasih mkck yg myelamatkan kitaorg..
Sampai umah atuk mmbr aku..satu lgi pengajaran yg aku dpt..
Kehidupan yg hanya mengunakan pelita?..lilin..umah atuk mmbr aku tu tak ada elektrk..
Rumah papan yg agak usang..Kitaorg g dapo just jumpa biskut kering dgn kopi..so kitaorg pandai2 wat sendiri..n hidang makan bersama2 dlm kelaparan tuh…atuk lelaki dia buta..huh,,..tak boleh jalan daa.tapi aku melihat dia terus menunaikan solat dlm keadaan duduk..mmg nampk tua sgt..kitaorg dgn kain batik baju sek jln2 kat luar..nak contact ayah mmbr aku tu seorgpun tak bwk hp….jam dah kol5ptg…kitaorg lepak..berbual2…seronok ketika tu santai jer..sambil teringt peristw tdi..tb2 kitaorg nampk keta ayah mmbr aku dtg…huh!!!alhamdullilah..skunk just tgu nak bg jawapan bila di soal oleh kedua org tua kitaorg……..mmg kenangan manis dan pahit 1hari tu……..tak boleh lupaaaa.
Sampai umah..hahahahahaaha..aku kena tinggal ngan myfamily,diorg g segamat..shoppg..huhu..duduk r aku sorg2 kat umah..hikhikhik..dlm keadaan penat..
Wassalammmm.

Nov 7, 2008

Mesir


mempersembahkan



ni masa pernikahan fahril dengan aisyah..sweet tmpt'y


aku paling sedih babak ni..msa fahril nak menunaikan solat dlm penjara.
tak dpt menunaikan solat dengan ksyuk..kena fitnah..


ayat-ayat cintaku bercerita cintaku padamu



ini dlm film Ayat2 cinta..babak ketika fahril dengan maria.di dpn sungai nil
yg indah..


nie adalah cair0 universiti al-azhar





suasana persekitaran sungai nil pada waktu malam


Dari Tingkat 9 Pusat Pentadbiran al-Azhar

Di Kampus Induk Universiti al-Azhar


suasana kuliah universiti al-azhar

Nov 3, 2008

perkhemahan perdana jati diri



Pada 30-2hrib pas..
Aku terlibat dgn PPJD..
Mcm2 yg aku dpt..mmg fun but vry tired..
Frst tm jd fasi..penat gak huhu



Kelam kabut..sesat jap..smpai gngu makck yg pakai kldr merah tu nak jalan..huhu
Keta ckg jd ganguan..hehehe..


Ni masa nak cr kwsan pling ok tuk aktv mlm tuk dak2 ni semua..
Bukan senang.yelaaa kwsan org..first tm lak tu aku kat situ..


Ckg2 pun joint pakai bju kurung msk kebun klpa swit nih..
Ye laaa blik sek truz kitaorg mghala kat sni..




Ni waktu ms mgrib..kitaorg msg2 bru lik dr aktv survavl..msg2 nak g mandi..n trus ke surau nk solat sama2 sblm kuliah malam..terpegun tgk suasana ketika tu



Ni suasana malam..sejuk beb…huh,
Tak nak tgkap lbh mlm2 mcm ni..nti nampk sat gmbr lain lak..huhu


Dlm tghari 2..santai je beb mkn kat sni…dgn panahan chye matahari yg mnjubkan..
Chye’y sihat utk kulit..huhuhuu



Sakit mata eden..tp tgkap je laaa..cantk pulak tgk macam ni..

Smpt tu tgkap gmbr tgh naik moto..mmbr aku leh brni lak joint aku klik klak pic huhu,,
Tak pasal2 terbabas msk semak karang..hehehe




Ni hasil keje dak2 ni..msa aktv berkmpln..aku rsa ni paling aku berkenan..
Kreatf..sat lain semua wat gmbr lembu..apa kes..hehe



Kmplan ayam..kratf dia lukis gmbr ayam..msa penerangan pun group diorg paling mantap..




Ni kes budakni kena denda..so diorg kena pusing satu padang ni macam burung…
Tapi tak dpt terbg2 pun..huhu