Sep 13, 2015

Satu Impian Tercapai


Syukur kehadrat Ilahi
Akhirnya dapat jugak sambung Master
Dalam Bidang yang aku idamkan selama ini!

Ya Allah, Happy sangat-sangat tau. Apa yang beza masa degree ialah kali ni aku belajar sambil bekerja. Stress macam mana pun kali ini, aku kena buktikan pada diri aku yang aku mampu lakukan sesuatu yang luar biasa. Alhamdulillah yuran pengajian pun aku guna duit sendiri. Aku harap sangat satu hari nanti dapat balas jasa Mak & Ayah aku,. Offcouse aku nak pergi haji dengan Mak & Ayah! Impian itu mesti akan aku capai!,.Amin!. Aku bukan manusia yang sempurna. Banyak sangat dah soalan "krok krok " berlega di telinga aku. Wat apa belajar tinggi2 , kahwin tak lagi? eh apa masalah. Allah kan yang bagi rezeki tu. Aku percaya dengan Allah , DIA maha mengetahui. (eh sorry teremosi). Aku tahu Mr.right aku akan muncul tak lama lagi.( Be confident)

Hampir 2 tahun aku duduk di bangi. Alhamdulillah aku dapat jumpa ramai orang positif kat sini.
sahabat sahabat di office pun sangat positif terutama boss aku. Semoga kehidupan aku penuh dengan aura positif.

Kehidupan aku berubah lepas pergi IMKK tahun lepas. IMKK jun 2015. Aku menjadi orang yang percaya pada kemampuan diri. Berani. Alhamdulillah. Aku akan terus consisten. Sekarang pun aku dah berjinak2 dalam bidang bisnes ni. Jual Tudung by Zhyra.Semoga jenama ni menjadi satu kebanggaan aku & keluarga.

Aku ucap terima kasih, pada pengkirtik tersembunyi. pengumpat belakang, & mereka yang mengkritik kelemahan aku.,

korang memberi inspirasi untuk aku jd lebih baik dari sebelumnya. tanpa korang. Aku akan berada
di tokok lama. dan hanyut..

Allah jadikan kehidupan manusia itu berlawanan.
jadi aku bersyukur kerana aku terus membina diri untuk menjadi manusia berguna
di dunia & di akhirat.

menjadi lebih baik. dan terus baik.
menjadi lebih dekat dengan Allah. dan terus dekat.

ALHAMDULILLAH.

nadhrah