Jul 31, 2010

Kami+pantai= jangan jeles.


  
yahuuuuuuuu.. haha.. ni geng smp aku. syok giler duk lompat kat pantai. almaklum la.. KUIM dekat ngan PANTAI.. jangan jeles taw.. korang2 yg duk  U/K tersorok dekat bandar2 besar tu.. huhu.. 
pas kelas Pengajian Malaysia. si yein ajak kitaorg p makan kat pantai.. kebetulan pulak. aku nak p jumpe adik aku.. nak amik my reca aku tu. hehe. so plan berjalan dalam kul 3.00 petang...2 keta bergerakk.. 
sampai je kedai makan.. kitaorang jela yang tergelak besar.. 
tp...sebelum diorang .terutama budak laki pk bukan2. aku kenalkan lah adik aku ni kepada dak2 ni.. so, dri muka diorg berkerut.. terus bertuka.. haha..
lex la uall.. i single ag. ahaha.. lamaran sorang hamba ni pun. i xtaw nak accp ke tak.. eh2.. stop2..
malas nak citew panjang..
ha, ni kawan2 rpat aku.. diorg ni. group present, group susah payah, group suka hati, group wat memekak, group yang bila cakap . 1kelas senyap. haha,, lagi2 bila pembaca berita tu bersuara..haha (perasan)..tapi semua x satu bilik la...tp tetap berpasukan.. 


mcm xde keje.. kitaorg tangkp gambr cukup2.. mag sampai kul 6ptg lepak kat pantai.. lagi2 main gmes..
yang tak tahan tu.. main pantun2... n teka teki.. memang terbelahak. ketawa tak ingat dunia la tadi..
astafirullah.. huhu.. alhamdulillah.terisi gak ilmu pantun dan teka teki..haha.. biasalah kitaorg semua dri bch ex STPM.
so, yang duk menangkap ni je.. dak Diploma kauseling..hahaha.. akak jie. sabar ek.. nanti sat ag saya uplod gmbr kak jijie taw.. 
hah tu diaa, dah ada kak jie.. haha.. yg tengah2.. pple hitam.. hehe.. banyak ag gambar.. so korang tgk jela kat dalam facebook...  i menaip entry ni pun time ni kul.. 3.15 pagi.... 
xley tdo.. esok takde kelas..... dak2 roomate pun masih memekak.. 
k lahhh.. dah la tu.. nak sambung. nanti2 lah...


wsalam...

Jul 28, 2010

done -100 flow friends!!!

yeahhh!.. thankz 2 all my friends, yg bnyk spot aku berkarya.dalam menulis entah pape dalam blog ni.dari cintaalexandra sehingga ke  nadhZDotBlogspot.. mcm2 lgi nme blog ni.
dah 3tahun aku bersama blog ni. dan aku mengenali blog ni pun dari MHI.
yg suruh aku aktif pun si IKMAL.. homosapienz.blogspot..
skrg ni.. budak2 roomate n kawan2. duk gatal panggil aku nadhz nulna.. haha. ala nulna tu sje je.
kratf sndri. cipta nama pena.. cehwahhh.. nul- dri nu ru l.. na dari na dhrah.. paham2 sndri la..
... alhamdulillah. aku tengah cipta award 4 t0p 100 flow friends..
diorg kadang2 ske bg aku award.. award blog tercntik n others la.. tp skrg masa aku lak bg diorg2..
skrg ni xsempat nak bg.. tunggu ya.. tahniah si fe molo yg ke 100.. anda bertuah.. haha..
k la dah gantukk.. i nak siap kan assg jap.. pastu nak stdy 4 test nti..  nak ctew pnjang2 tunggu masa sesuai.. nak nak time aku bebel tentang manusia.. tunggu dulu lah.. biar aku belajar up skit. mgu akn dtg 9/8 nak p JPA ngan HUKM.. xsbr nak g..cau lu.. salam semua..

Jul 24, 2010

"Tolong Aku"

cinta ini sebenarnya sukar
di mengerti..
ku setia.
kau berpaling.
itulah manusia..
sedarlah hakikatnya sygku..


yang datang
pasti ia pergi..
itu sudah nyata!.
tak kerana ilahi.
mungkin kerna hati..


kuatkan la semangat.
sygku..
untuk lupakan dia..
ku pasti..
satu hari nanti..
ia hanya menjadi diary buruk.
yang perlu di bakar.
dan di koyak..


tapi bisa di jadikan pengajaran.
untuk kau nilai pada
masa hadapan.
untuk mencari suri di hatimu.
sesungguhnya..
bukan mudah untuk memiliki
seseorang.
yang benar2 hak milikmu
kecuali.
setelah selesai di ijab kabulkan.


ketika getar di bibir..
mencium dahi isterimu.
dia lah yang pasti ketika itu.


mungkin bukan dia ..
dia lahir dalam hatimu..
mungkin kerana ujian
dari tuhan..
dan sedarlah.
setiap apa yang berlaku
ada hikmahnya.
mungkin dia bukanlah yang terbaik untukmu,
kerana tuhan itu maha mengetahui.
percayalah..


namun
mencintai seseorang bukan
setakat memiliki 
 dah dapat tak di hargaii.


kerana cinta yang abadi
sehingga nafas terhenti.


hidup kembali!.
saat di syurga nanti.


semoga berjaya..
melupakan dia..


dengan izin ilahi.

Ya Rabbul Izzati


Jul 23, 2010

wanita dan Lafaz Yang Tersimpan


lagu ni.. dari kumpulan unic.. aku suka giler dengar lagu ni..
satu lagi wanita.. dari dehearty.yang sedang kedengaran di blog aku ni..so volume sila high kan.haha. dengar la..harap2 korang pun suka.

lafaz yang tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan




wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



hafy bufday foy mey..

Yeahhhhh !.. penulis blog ni.. dah cecah agka 2 kat depan.. dah 20 tahun.. hahah!..
 Selamat hari lahir la untuk diri sendiri
 n thankz !!!!!!!.
terharu dari shbt2 ku semua..

paling menyentuh jiwa..ofcouse dari hafiz!!.. haha..
sgt2 menikam di hatila.. ingat sampai bila2 tu..
http://www.youtube.com/watch?v=e9mRi9dvgXY

ke 2.. dari budak2 roomate.sai,teyha,mira. sempoi la korang..
aku sayang giler korang.. sangat2 teruja . korang memang wat rumah
tu jadi meriah.. stiap masa. tak kira time. ahakz

ke 3.. dari sahabat2 aku.. syeikha, safeeka, bibiana and syafiqah..
dalam kesibukan diorg. ada aku lgi di hati.. thankz u ..
sayang kamu...

ke 4.. hmm, dari ex bf..redzuan!!.. haha.. dia dah ada gf baru taw..
wan,my sahabat jgk tu. dri sek..now kitaorg stel cool friends..
dah ada gf ni.. name aku ofcouse dah drop..hahak.. tp sempat ucap.
thankz la..

ke 5.. dari jeffy.. sahabat aku.. chines indonesia.. yg sedang pratikal medical..
dia tu.. sangt seronok la. bual2 .. chat dia kat YM.. dia kenal aku pun. dri blogspot ni.
aduyai terharu. umo 21.. tp dia nak pgil aku kakak.. haha.. kelakar taw dia ni..

Ni hadiah from Jeff..
Just for my lovely akak...
hehe..
^_^


msg dari dia..
http://www.youtube.com/watch?v=S_lj7fteXqs

n lagu ni dia tuju kat aku... tu hadiah daripada dia,

ke 6 dari mybest friends SMP.. !! cyg kamu laaaaaaaaaaaaaa.

ke 7 dari kawan2 yg tak knl.tp ucap gak..thankz jgk..heheehe

n semua laaa.. yg tak mampu nak ucap. or pape pun.. pape pun uall dah terlintas nak memberi kata2 yg indah tu.. hehehehe..

syg uall ..!!..

Jul 18, 2010

Barak Allahu Lakuma





We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير



p/s: this song 4 my group..LDK sarjana Muda psikologi (SMP).. barak Allahu lakuma -kak jie, kak sya,kak fiza, shima.. 

wahai diriku dari berusrah bersama II



WAHAI DIRIKUJangan bermain dengan maksiat kerana ia mengotorkan hati. Hati yang kotor bagaikan cermin gelap yang sukar ditembusi cahaya. Ia terhijab daripada nur Allah. Padamnya pelita hati bererti hilanglah kebahagiaan hidup. Keberkatan yang diperolehi akan berlalu bagai angin yang menyapa sekali – sekala. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke syurga, namun apa yang boleh buat engkau lebih suka ke neraka. Hati yang keras dan terhijab tak akan dapat mengubah sifat lahiriah yang terbit dari dirimu. Sifat lahir berubung rapat dengan kehendak hati. Hati yang seumpama raja itu mengawal seluruh pergerakan lahiriah manusia hatta kerlingan mata sekalipun.
Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang dan mengatur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat tadi. Mata pula mengawasi kehendak hati terlaksana. Bila anggota lain mengambil peranan maka tercetuslah kejahatan di tengah kehidupan. Menanglah nafsu tewaslah akal. Apakah hati bahagia selepas itu? Tidak, bahkan deritanya bertambah berganda – berganda. Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati. Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan.
Hati yang sebegini tidak ada harganya. Ia busuk, buruk dan berulat pada pandangan mata rohani. Inilah hati yang hendak kita bawa berjumpa Tuhan.inilah hati yang kita heret ke hulu dan ke hilir. Hati inikah yang hendak kita terus simpan? Sanggupkah jasad kita menampung hati yang buruk? Sering kali kita mengeluh dan mengadu ibadah yang selalu cuai khususnya sembahyang yang selalu lalai. Pelikkah itu, sedangkan kita mengadu dan memohon dengan hati yang busuk tadi? Mana mungkin rintihan dan doa didengar dan diterima kalau lahirnya dari lebuk yang berulat itu. Cukuplah Malaikat sebagai saksi busuk dan hanyirnya bau hati yang kononya merintih itu. Jangan berpura – pura lagi. Sudah lama kau menipu diri, menipu manusia dan menipu Tuhan. Ceh! Alangkah beraninya engkau. Alangkah kejinya perbuatanmu selama ini. Berpura – pura berlakon di atas pentas dunia. Penonton – penonton pun terpukau, hairan dan takjub menyaksikan lakonan sandiwaramu. Engkau pun mengumpul peminat yang cukup ramai. Tunggulah waktu tirai akan dilabuh, tabir akan disingkap dan ketika itu hakikat dirimu akan terserlah. Engkau akan jadi seperti anjing kurap yang dihina, dihalau, dicaci dan dimaki. Terimalah habuan sumpah - seranah manusia yang kau tipu dulu.
Allah bersumpah demi kebesaran dan keagungan kerajaanNya, tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari Hisab dan Mahkamah Akhirat. Pesalah – pesalah itu akan dibawa dengan tangan yang bergari, dihalau bagai binatang ternak ke kandang perbicaraan. Pendakwaraya akan menyoalmu tanpa belas kasihan. Saksi – saksi memberi bukti tanpa selindung lagi. Terbeliak matamu menyaksikan sejarah hidupmu terpapar dengan terang dan jelas. Manusia ramai turut melihat aib – aibmu selama ini. Kau akan mengeletar,pucat,lumpuh serta merta dan mungkin pengsan. Hari itu tidak ada belas kasihan. Hukuman akan dijatuhkan.
Bersiaplah ujian yang pertama menjadi penentu nasibmu seterusnya. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke Syurga namun apa boleh buat engkau lebih suka ke Neraka. DibantuNya engkau, diingatkanNya engkau dibimbingNya, diasuhNya, dididikNya dan kadang – kadang diugutNya bagi seorang ayah memarahi anaknya. Ingatkah engkau semua itu?
Allah tersangat kasih dan cinta dengan makhluk yang bernama manusia. Namun sekali lagi apa boleh buat, engkau di dunia telah lupa daratan. Kau tolak mentah – mentah dan bulat – bulat cinta yang agung itu. Sebaliknya engkau serahkan jiwa ragamu mengikut hawa nafsu dan ternyata kau gagal dan kecewa. Tewas dan kecundang sebelum sempat bertaubat. Anggapanmu meleset. Angan – anganmu panjang menjangkau usia. Dan mati akan datang tiba – tiba,tidak kira waktu, tempat dan usia. Kau menzalimi dirimu. Ah ……..malangnya engkau.
Apa lagi selepas ini yang dapat menyedarkanmu. Sesudah kau diancam dengan neraka dan diingatkan akan azab dan deritanya di sana. Seksa dan sakitnya timpa menimpa dan kekal selamanya. Masihkah kau ingat dan tentu sudah terbaca tentang ‘zaqqum’ pohon neraka itu. Buahnya itu merobek hancur segala isi perut.
Timah cair yang menghanguskan tengkuk dan segala – galanya, masihkah belum kau takut? Nah! Tidak ada lagi yang mungkin dapat menyedarkanmu dari lamunan nafsu yang melulu. Bila lagikah hatimu akan tersentak dan segera tersedar? Bila lagi? Cuba kamu katakan.
Kalau benar – benar kamu tidak takut dengan semua ini maka bersiaplah. Kamu dicabar, buatlah dosa dan maksiat setanding Firaun, Namrud, abu lahab dan mereka yang terkenal angkuhnya di dunia. Jangan jadi seperti sekarang, baik mahu juga,sedangkan kejahatan pun mahu dicuba. Jangan jadi seperti ini sikap dan pendirianmu biarlah jelas. Berterus – ternglah dalam hidup. Jangan sembunyi – sembunyi, jangan berlakon, hentikan sandiwaramu. Mulai sekarang, tunjukkan hakikat dirimu yang sebenar. Kamu dicabar jika ingin buat jahat, buat jahat betul – betul. Jalan terbuka luas. Jika ingin jadi orang mulia, mujahadahlah dari sekarang. Tidak ada konsep ‘fifty – fifty’ ( 50 – 50 ) dalam hidup. Yang hak jelas, yang batil juga jelas. Masing – masing ada kumpulan dan pengaruh tersendiri. Tentukan kedudukan dirimu dari sekarang. Jika ingin bernaung di bawah bendera yang hak, peganglah kuat – kuat dan kibarkan bendera itu ke seluruh dunia.
Sudah sampai masanya engkau membuat perubahan. Tentukan jalan hidupmu. Jika hendak ke neraka sila, tiada halangan apa – apa, ikutlah nafsu buasmu. Langgar sahaja, apa peduli, peluang hanya sekali. Kalau ingin ke syurga bersiaplah, kamu pasti diuji. Syurga yang indah dan cantik itu mahal harganya. Perlu kau bayar dengan darah dan air mata. Jiwamu itulah tebusan membeli syurga..

Jul 17, 2010

Solat Dari Sudut Pandangan Sains

p/s: aku rasa .. ramai kot dah tau pasal ni.. tp pape pun.. bacela sbg pengetahuan .. 


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka,solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.




wsalam...

Aku di university college of Islam melaka



Setakat ni.. stady memang menyeronokkan..kelas pun .. hmm, hampeh skit. Asik batal.. aku memang pantang sikit bila kelas batal ni. Serius aku cakap. Terutama last minit.. ni aku nak ctew serba sdkt pasal 4mgu aku berada di kuim.. nak hari2 update.. hmm line skema skit.slow2 je.
 Pasal asgmnt … ni pun kena jadi sebati dalam diri selepas bergelar mahasiswa. Nak tak nak.. kena suka dan bahagia bila ltcr arah wat asgmnt.. kene senyum 3 je bila dpt asgmnt bertimbun2. haha..
Tapi memang bersemangat la untuk sem 1. tapi sem akan datang. Dengar2 dari senior atas. Hmm, bersedia la.. sebab akan selalu ulang alik dari UKM. Stelkan tugasan.. n cari bahan kat sana.. pape pun. Setiap yg di tentukan tuhan  Kena apa??? Kena …redhoooo.. hehehehe.. 3 surah bagi kelas tilawah. kena hafal.
antara surahnya,, surah al-insan. asgmnt, pengajian syariah, pengajian malaysia, pengantar sains sosial, n lain2... mula mengila.. tp sempat gak tu. nak post blog.
ala, mesti korang dah rindu kat tuan empunya blog ni kan..huhu..


Sebelum aku masuk kuim ni.. aku terjumpa la senior aku dalam laman social. Facebook ni. Dia tu senior aku masa kat sekolah dulu.dia tu pgkat sarjan dlm kadet.. n suka arah2 org ..yke ke sarjan?.. aku lupa la.. tp memang mke dia je time 2 suka mgarah org..haha..agak sombong.. lagi pun.xpernh kitaorg bertegur sapa pun.. aku suka panggil dia pakcik .hehe. sje je.. kadang2 dia pun sibuk je nak panggil aku makcik.. aku panggil dia atuk.. dia panggil aku nenek.. ada jela bahasa pangilan tu… sampai je kuim.. terjumpa la sorang mamat pstd askar wataniah sejebik muka senior aku ni.. aku bukan la perasan. Nak tengok dia.. tp aku perasan muke dia macam senior aku je.. xde makna ye. Aku pandang mamat pstd tu. Sebab suka dia..
Last2.. time aku keluar dari audi.. mamat tu panggil aku.. time 2 ,geng2 dia duduk kat kawasn audi tu. Dia je bangun. G kearah aku.. aku berhentilah.. dia tanye.. aku dari mana.. aku cakap la dari audi.. pastu dia ckp..eh, bukan2.. awak duk mane, asal2..
Yg dia nak tanye mengelabah kat aku ni. Aku pun tak tau la.. tergagap2.. aku ckp duk MUAR.. so, aku jalan je. Dia pngil lagi.. agak kuat skit dia pgil.sbb time tu aku dah berjlan.. wak wakk.. umur2 bpe?..
 Aduyaiii..ada lg 2.. aku jwb la “ 20 thun.”. skali mmbe aku muncul.. cepat2 dia bla..
Aku ngan kak sya.. dah tergelak2.. Nak usya pun… jangan la mengelabah .. mke merah.. aku tak paham tol mamat tu...  
 Kak sya pun ckp “lau akk tak muncul ni.. nama, no tpon, almt umh pun dia dah tanye kat ko nad.”  Huhu..  mcm2 karenah manusia..

Nak xnak. Jangan la mudah tersngkut.. pesanan ni . mne2 dak laki yg bru di kenali dan tidak di kenali. mintak no, jgn la senang2 nak bg NO kita.
Bahana la.  


Pasal kawan baik?.. alhamdulillah.. aku temui kawan SMP. Yg ngam n satu kepala. Kak fiza, kak jie, kak sya, shima, ..hm, umur yg sama ngan aku 20thn .shima je. Yg lain kakak2.. yg awet muda. Ahakz.. barak Allah lakuma.. kitaorg rajin wat LDK.. LDK keselamatan kak jie, LDK makan kak sya. LDK sukan kak fiza, LDK tidur dan rumsis shima. LDK library dan ict .AKU… bila dah kena arah ngan akak fiza.. apa lagi. Aktvti jogging. Badminton.. bila je kak sya.. ofcouse . gerak ke kafe.. makan!!..tak pun pangkalan balak.,mkn2 kat pantai yg indah. Bila shima.. katil!!. Apa lagi tdoq.. kak jie… memang pelindung.. haha. Jaga kitaorg ni. Sbb dia dlu diploma kauseling kat kuim. Smbung dgre pun kat kuim. So, dia tau pasal kuim ni.. n bila buku. Je muka aku la.. gerak p library.
N cc.. tp aku ni bukan la ulat buku pun.. hahaha..  


BDk roomte pulak?. memang ngam..lagi2 ngan budak kauseling n Dppi. pengurusan dan pentadbiran islam...
cuma.. tuhan nak bg kitaorg.ujian dan dugaan besar,, seorg budak yg perlu kitaorg control.. prob skit.. tekanan perasaan.dan kadang berkecelaruan.. tp sgt baik dan sopan..cuma sangat peng****r.. huh..malas la nak ctew pasal budak sorg ni.. semoga dia dilindungi tuhan.amin.. dan kami pun akan jaga dia baik2.
sangat2 b****h!. kalo bdk psikologi dan kauseling menyikirkan dia. dan mengelakkn nya.. itu kata tunang kepada kwn roomte aku.. tunang dia ltcr KIST..  dan kami simpati pada masalah dia.. yg kadang kala.. memang perlu kitaorg gelak. tp dalam hati.. sangat kecik la.. tp dia bwk masalah tu mcm besar.. besar mcm org mati anak. tak pun mati laki..  


ltcr pulak?.. diorg semua sgt2 syko.. haha.. malas la nak ctew panjang. nanti ada puan atau ustaz bace blog aku ni.. maluuuuuuuu..hehe


kencangla.. bilik aku ibarat apment.. haha. tingkat 3.. jumpa tangga sbyk 6 kali.
sebelah tasik buatan dan masjid .. keluar dari KUIM.. pantai pangkalan balak..
yg sangat kebiru-biruan.. huhuhu.. tempat strtgk.. bdk LDK smp aku.lepak makan2. sebelah pantai.. sory la.. aku xde..aku yg tgh mnangkp pic ni..haha..


k., 2 je.. haha,. smga korg hapy2 la dengan kerjaya, bidang, pengajian n kerja korg skrg ni.. sbb tuhan ada sebab di mana kita berada sekarang. cuma yg penting.. kena redho.. n jdi org yg berguna. bukan org yg tak guna..


wsalam.. 


Jul 11, 2010

"layak ke kita nak marah pada org lain"

thankz "pondok buruk"..
anta sangat2 suka memberi msg yang bermanfaat kepada ana..


berhalaqah lagi.
mengenai MARAH..


jom3

"layak ke kita nak marah pada org lain"


"Eee..geramnya.."(timbul rasa marah apabila apa yang terjadi tidak selari dengan apa yang diinginkan malah dirasakan sukar dan menyukarkan)..

Astaghfirullah......"aku mohon keampunanMu ya Allah"..marah? kenapa kita marah? kepada siapakah kita hamburkan kemarahan kita tersebut? untu...k apa kita marah? untuk menunjukkan perasaan? protes? mari kita semak balik, kenapa kita marah? bertempatkah kemarahan kita? banyaknya kemarahan kita selalu tidak bertempat.

aduhai...siapalah kita untuk marah? apakah layak untuk kita dengan sengaja dan suka2 hati untuk marah kepada orang lain yang tiada salah silap pada kita? geram? hmm...mari tanya balik diri kita. ingatkan semula apa yang kita lupa..

lupakah kita pada diri kita sendiri yang seringkali melakukan kesilapan? lupakah kita bahawa setiap orang ada kekurangan? lupakah kita untuk menerima dan berlapang dada dengan orang lain kerana kita dan dia tiada beza, bahawa dia dan kita adalah hamba Allah jua? ya, kita dah lupa banyak perkara..

dan ada satu lagi perkara yang kita semua selalu terlupa, terleka..di saat kemarahan membuak2 dihamburkan pada orang lain samada secara zahir mahupun sembunyi, kita lupa...kita lupa bahawa kemungkin Allah juga sedang marah pada kita??kita marah kerana orang lain melakukan kesilapan dengan kita..sedang kita lupa bahawa kita selalu dan banyak melakukan kesilapan padaNya..

belum lagi ditambahi dengan sikap kita yang terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya pada kita..alahai diri...layakkah untuk memarahi orang lain??
marahilah dan insafilah kesilapan diri sebelum kita memarahi orang lain..
dan ingatlah bahawa MARAH itu sikap syaitan..syaitan itu dari api..api boleh dipadamkan dgn air..wuduk boleh memadamkan kemarahan..

maka, apakah kita ingin menjadi sahabat syaitan???


Jul 2, 2010

lelaki dan wanita

messge ni d beri oleh sahabat ana.nicknm fb Nya { Pondok buruk }.. 
berusrah bersama..








WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKImencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukanmasing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan sayalagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulangrusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telahtertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

RENUNGKAN..

selawat~