Jul 22, 2016

Health: The 20 Best Food to Eat For Breakfast











Segala Ciptaanya Tidak akan sia-sia




last update blogspot adalah pada tahun lepas. oklah
3 tahun lepas bergraduate dalam jurusan psikologi aku kini bekerja di sebuah badan swasta. Bidang kerjaya ini adalah bidang yang berkaitan dengan psikologi. Alhamdulillah. tidak lari dari landasan pembelajaran yang aku buat. Dalam tempoh bekerja banyak perkara baru yang positif hidup dalam diri aku. pertama berjumpa dengan orang yang baik dan positif dari pelbagai latar belakang. pesekitaran sangat mempengaruhi. 
aku kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kaunseling di UKM. Satu ilmu yang meluas dan dekat dengan TUHAN. Terdidik dengan adab budi pekerti.

Allah memberi rezeki manusia dengan pelbagai cara.
dari paras rupanya
dari hartanya
dari sahabat2nya
dari perjalanannya menuju kejayaan
mudahnya mendapat jodoh
dapat anak soleh
dari ilmu yang di manfaatnya
dan pelbagai lagi

sangat meluas.

maka bersyukurlah.selagi nafas masih ada.
kerana nafas yang dihembus ini penuh dengan tanggungjawab
dengan taubatnya
dengan amalananya
dengan amanahnya

jangan di sia-siakan

masa sangat bermakna..

jangan di sia-siakan juga
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan
jelaslah di sini betapa apa yang kita kerjakan biarlah di niat kerana Allah jadi tidaklah berani untuk kita melakukan perbuatan yang dimurkai Allah
bersangka baiklah dengan Allah

kerana apa kesusahan
kesedihan
ada hikmah dari pengajaran yang kita dapat

aku sendiri lalui pelbagai pengalaman pahit dan manis dalam hidup
bab gagal?
jangan tanyalah

gagal tu banyak kali juga
jadi aku sendiri perlu berusaha untuk berjaya

dari x berapa pandai kepada pandai
dari x cantik kepada cantik
semuanya dari kita.

kita yang kena usahakan

jangan dikata wajah x cntik.
kerana ciptaan Allah xkan sia-sia

usaha dan terus usaha
utk berjaya dalam akademik
berjaya dalam hidup
bekeluarga
usaha jaga kesihatan 

semoga kata-kata aku yang tak seberapa ni
memberi manfaat kepada pembaca ya!

selamat malam
22/julai/2016