Dec 24, 2008


duk kemas2 buku..sekali terjumpe surat dr someone..
huhu..6tahun..msh ada lgii surat tu..walau agak kunyut..
tp kenangn msh ada..n aku akn smpan baik2..
bila bce balk..kelakar lak..hehehe
coz dkt sek kitaorg tak pernh
bertegur sape..just balas2 senyuman..
wah!!!..
tp pas dia duk asrama..kitaorg terus lostcontact..just surat trakhr
msa dia stdy kat mrsm..dia crite suasana kat mRsm..
tu last surat dr dia..n sampai skunk kitaorg lostcontact.
n aku dpt tau skunk dia kat uitm shah alam dr mmbr aku..
huhuhu..
hope dia msh ingt aku..
bestfriends always..

skunk..aku sdg usaha nak contact dia lagii..
myb dgn ada almt rumah diaa..
aku leh berhubung ngan dia balik..

i very MiSS u ..
sahabatku..
Maryam jamilah..

Dec 23, 2008

4y2y

hOohoo..
akhrnya dpt sign in..


12hbln12 hri 2..aku ikut prgrm 4y2y..
anjrn belia dan sukan..kat ikbn pagoh
masalh aku..matlamat progm ni pun aku tak tau..
yelaa..mmbr aku call..nak ajak joint g sne..
so dr borink duk umah..
ikut jelaa aktv area daerah segamat punye progrm..
hampeh..
macam percutian yg mmbosankan..
kitaorg g sne makan,tido n berborak ngan tenaga pelajr kat sne..
dsebalik takbrnya no coment..
mbosankan..
kne usha2 ngan mamat2 kat ikbn..mcm tak pernh nmpk pmpuan..
giler..
biaselaaahh tu...
tabiat..
hri first je ada progrm..mlwt makmal..


just ada laa jugak ilmu..tentang buatan..acuan..kemahiran bdk2 ikbn belajar..
byk sbnrnya pic..tp malas nak upld kat sni..huhu..


nie pic spntan..bila tgk cantik lak..
dr belakang bdn laki group aku..

hri ke2 n akhr..tak ada yg nak dkogsi..coz duk jer dlm hostel..hampehkan..
mbosankan..mcm tak skses jer matlamat 4y2y kali nie..
mcm mbazir wit kerajaan..coz aku g sne free..
huhu..



smpai sni jer..td duk upld tak leh done lak..huhu..ada problm r aku'y blog nie.
tak thu knpe..
ms blk pun..kkitaorg bla mcm tu jer..pelikkan??..tak ada mjls penutup..
frst tm g progrm yg mbosankn..huh,

Dec 12, 2008

SALAM UKHWAH


Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu.

LAGU GEMURUH

SALAM RINDU

aku suke sgt dgn lagu gemuruh ni..
byk kenangan ..coz tu aku letak kat my blog nie..
lagu ni bg aku smgt..
n ms bahas pun lagu ni djadikn aku tema utk team aku..
mmg byk..
tak terkateee.hehehe

so injy dgn lagu kegemaran aku nie..

CoUple

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.






KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Dec 3, 2008

Kenangan terindah










Dsebabkan aku tak g keluar mne2..nak snap pic pown tak de..duk terperap dlm umh jer..just nak ceritaa khdpn dlm dunia online nie..mmg bnyk..brkwan dgn org yg lebih berumur dengan kita ni akan mematangkan kita..so,coz tu aku suka bfikiran kdepan..
Berangan.dan merancang apa yg aku akn buat pada ms akan datang..
Aku mmg minat psikologi..time f5 dlu..aku suka bce bku2 ttg psikologii kat dlm libry..
peluang aku dapat diploma kauseling dkt kolej islam antarabgsa terpkse aku lupakan coz time tu delima mmg dasyt..tertekan!!..nak msk mn?..smua cos bgus2..n mmg aku minat..last2 aku still kat fm6..sbb aku dah nekad dgn cita2 n matlamat aku..kmbali bab psikologiii..
Cara pnyampaian ,layanan..percakapan dlm telefon…cara duduk..fizikal..tulisan..warna kgemaran,..gelombang perasaan,kdudukan ddlm keluarga(ank kberapa)..semua tu aku dgr mtvs dr.fadilah kamsah..abg aku dwload n then dia bg kat aku..mmg suka dgr ceramah dr.fadilah kamsah..msk otak gak laaa..hehe..sO dr situ aku leh kenal kwn2 aku nie jenis yg mcm mn..hik3..yo yo o aje..
sO post kali ni aku nak play back..kenangan




time nie memang tergelak abiz..huhu..setiap kmpln kena ada wakil..kna pakai bju krg pmpuan ala2 kampg..
sisi bergmbr bermulaa r..populr diorg.ahaks..sknneka hri ke-9 pjkn bersm pnduduk kmpg..


time tu pelik gak..asal tiba2 mmbr aku mntk hp aku...tup2 diorg snap gmbr dak2 nie tgh tdo..penat beb time nie..on d wy nak g umah makbpk angkat..dpt laa rehat jap..huhu

nie time dah nak blk..semua dak2 kmpul kat sni..utk pmulangn ank angkt ..
fuh!!rindu kat korg semua..hope hpy2..

p/s:hapy brday azie ..1.12.2008.... hapy2 n gd luck..