Dec 31, 2011

2011 . kian berlalu. 2012 menanti laju.

Kisah 2011 yang penuh onak duri. dan selamat tinggal berape detik lagi 2011.2011yang banyak mematangkan aku dalam mengenal erti kehidupan.termasuk kisah cinta pertama buatku. cinta pertama bagi aku rasa cinta yang sebenar kerna sebelum ni hanya MAYA.dan tidak pernah aku keluar dengan seorang lelaki.dan Allah mentakdirkan Dia insan pertama.Namun pada tahun 2011 ini banyak perkara pertama dan terakhir jua bagi aku. Alhamdulillah pada 2011 ini juga aku berakhir dengan semester 3 dan bermula semester 4. Aku di duga pelbagai macam dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar.Niat aku. aku mahu mengengam segulung ijazah sarjana muda kelas pertama. dan berjaya mendapat kerja dengan secepatnya. untuk memenuhi segala angan dan impian. Bukan semata2 berjaya dalam akademik. aku perlu mula menjadi seorang perempuan yang serba satu tahu . Inilah wanita. bukan sahaja perlu belajar di dalam kuliah. di dapur pun begitu. Maka ke dua2 ye perlu. Tentang sahabat turut begitu. bagaimana aku di duga dengan tekanan. KEHILANGAN ATOK. Kehadiran RUMAH baru. Malah di duga jua Kisah CINTA
2011 . kian berlalu. 2012 menanti laju. Aku tetap inginkan kaki ini berdiri sendiri. terus menjaga maruah diri. Dan aku mahu 
membantu permasalahan yang kian menjadi2. 
oleh itu. aku akan terus berjaya dalam mendalami jiwa manusia.
Psikologi.
Doakan aku sahabat handai dunia realiti dan Maya. doakan aku bisa
merealisasikannya. USAHA TANGGA KEJAYAAN
Bagaimana .andai dalam dunia ini. Hanya anda sahaja 
yang menghuni??


Dec 30, 2011

Edit oleh Nadhz nulna













ni adalah hobi aku. menangkap gambar. dan edit.
bila aku tension ini lah kerja aku.. memuaskan hati sendiri.
selain menulis . dan mengumpul buku motivasi dan ilmiah.
aku memang mencintai bidang aku,
psikologi.

Ibu mertua Bak Mak mertua Dhia

huh, memang best TENTANG DHIA . kalau nak di bandingkan dengan Ombak Rindu. Tentang Dhia paling terbaik 15juta dr aku.heh. Andai korang dapat Mak mertua sekejam Mak Mertua Dhia. Korang boleh ke tabah dan sabar macam Dhia. Huh, kalau aku di tempat Dhia. Mungkin aku xsgup. tapi di sebabkan cinta pada seorang suami. Aku sanggup bermadu dari di ceraikan.

perempuan bodoh?

emm,Memang hidup bermadu sakit. Tapi entah la aku rasa lagi sakit kehilangan orang yang di cintai. Mungkin aku belum rasa lagi seperti wanita di luar sana yang telah pun di madukan.bukan 2 tapi ada yang sampai 4. Lelaki? antara cinta atau Nafsu? Allahualam.Takpela.. bagi aku baik menghalalkan dari si suami membuat zina dengan perempuan luar. Nafsu xperna puas. Dari haram. baik halal kan? tapi sekuat itu kah aku. andai seorang lelaki meminta izin untuk berkahwin lagi. sedangkan di sudut hati npe x biarkan aku mati dlu. baru lah kau boleh brkwen lain..Huh, sape nak hidup berkongsikan?

tapi macam mana nak harungi ibu mertua yang macam tu?

Doa doa doa. itu je mampu. seorang ibu mertua yang garang akan luruh jua andai melihat menantunya seribu satu pandai buat kerja. tapi macam mana pulak ibu mertua yang tak merestui kerana si ibu tu dah ada pilihan sendiri untuk anaknya? sebaik mana pun menantunya dia tetap membenci,. hmmm , dugaan dugaan..seorang ibu banyak mengajar anak perempuannya. kadang2 setiap inci pekerjaan di rumah dperhatikan. begitu teliti. habuk . tandas jamban, bilik, baju dalam almari, dapur, tmpat masak xde sbg mnyk terpcik. teliti.. setiap masakan di kritik. dan macam2 lagi untuk pastikan anaknya membuat perkerjaan cantik di mata mertua.
Sebenarnya kehidupan berumah tangga itu penuh onak dan duri. Jangan menilai seseorang dari degreenya , masternya. yang akhrnya menilaikan hantaran mengikut pangkat. tapi krtria seorang is3 drumah fail. layan suami pun xpandai. mana suami x cari perempuan lain.. cemerlang dtempat kerja tapi gagal berumah tangga.

kesimpulannya, hati . hati yang bersih pasti mendapat hasil yang bersih. tetapi ujian tetap hadir menduga .sebelum nak psikologi orang. psiko la diri sendiri. Wsalam.

bukan pakar kauseling rumah tangga. dan bukan mengambil jurusan berkenaan. hahaha.

Dec 25, 2011

Happy wedding Day HALINA AND HASNI


Tahniah buat sepupuku yang mengakhiri zaman bujangnya
pada usia 21 tahun. huh . untung lah dah ada abang sayang.
hehe. anwy, tahniah . semoga bahagia di alam perkahwinan
bersama dan bersatu hingga ke SYURGA. amin. lau gadoh2.
angap jela gadoh manja. wahhh aku. nasihat pulak. macam 
aku lak yg dah khwen..


eceh2.. ni kenapa plak. haha. pujuk si isteri ke?
memang seronok bila tengok orang sanding sana sini
nikah sana sni.Tapi ada seribu satu keadaan yang
akan menjelma dalam hidup berumah tangga.so,
bersedia fizikal dan mental. hihi. (saya bukan
perunding rumah tangga ya) hahaha

wait!!.
Aku bila? 
hehe. insyaallah. doakan yang terbaik baik baik
sahaja. ada jodoh sampai lah. nanti korang
pulak tgk gambar wedding aku dalam blogspot
http://hynadhz.blogspot.com. kahkha.
salam malam .

Dec 21, 2011

Capai sasaran Sem 3

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.w.t. Akhirnya aku Berjaya mencapai pointer yang aku inginkan.Walaupun banyak dugaan yang tlh aku harungi semasa exam. Hmm. Semester 2. Ingat lagi. Jawab exam dalam demam2 sakit2.. sem 3. Bergelut dengan konflik salah faham dan tekanan.di mana perasaan serba tak kena masih dalam diri aku terhadap seorang kawan ni. Tapi dengan tekad usaha. Doa. Kekuatan mental fizikal. Emosi. Aku Berjaya mencapai sasaran . Sedangkan sem 3 memerlukan daya ingatan dan hafazan.Alhamdulillah.satu lagi Berita gembira. Aku duduk kembali di dalam rumsis tun Fatimah. Tapi bilik lain la. Papepun. Aku bersyukur tak sebilik dengan bdk tu n semua dak yg tak pna jaga hati sesame manusia. Yg xpna pk kan perasaan org lain. ini dr sudut pndagn mata aku yg xde spe boleh ubah. noktah.Ya Allah. Aku mohon agar kau berikan kekuatan ku terus  untuk mendapat rahmatmu.




Dec 18, 2011

MHS

 



yea, ni kali pertama aku digalas dua tanggungjawab dan kedua2nya adalah kali pertama .senang cite semuanya kali pertama kerana terlibat sebagai urusetia MHS 2011/2012. firstly, sebagai ajk Displin di ketuai Amad saidi. secondly, sebagai fisilitator di ketuai syarimin. mengalas dua tanggungjawab ni memang agak berat dan terasa betapa penatye. Anwy, ia pengalaman yang ckup menyeronokkan. Lagi2 bila adik2 baru ni wat kita mcm artis pulak. wahaha. pergi sana sni.. smua kenal kita. siap mintak amik2 gambar . (perasan sudah) ala, cerita sesuatu pengalaman yang pertamakan. Kepada anak2 buah aku. kumpulan 23. jangan lupa akak yer. kasi (^_^) senym bila jumpa tu. Salam untuk kalian. 

Dec 16, 2011

Yakin kini

Ombak Rindu berlagu
penuh syahdu
Menyusuk Khalbu
Hatiku terpaku

Sayang
Tika dulu.
kau sering sakiti aku
agar hati tak bertemu

dan mengharapkan.
Jangan Kau cintai aku.
begitu jua aku.

Namun,. 
takdir Tuhan.
hati kau dan aku kini 
bertemu.

menjanjikan tiada yang lain
selainku

Bisik hatiku dlu
lepaskan dirimu.
sungguh - sungguh 
aku 
tak bisa kehilanganmu.

dan aku tahu
begitu jua dirimu.

Aku yakin kini.
hatiku teguh padamu.



Dec 7, 2011

Trailer Filem 8 Jam


serius, memang xsabar nak tgk cter aksi mcm ni. suka sgt2.
lagi2 Sam yg berlakon. memang syok la..Nantikan!!

review filem aksi mantap arahan Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Shaheizy Sam, iaitu 8 Jam. Filem ini mendapat khidmat stunt director dari Thailand yang terlibat sama dalam projek lakonan Tony Jaa seperti Ong Bak dan Tom Yum Goong. Jom kita dengar sikit review dari salah seorang pelakon 8 Jam iaitu Yana Samsudin.


Nilai Safiq RahimCecah 1.4 juta.






MESKIPUN Safiq Rahim masih belum memulakan tempoh percubaannya di Queens Park Rangers (QPR), pemain tengah Selangor itu dianggarkan bernilai RM1.4 juta sekiranya berjaya menandatangani perjanjian dengan pasukan The Hoops itu.
Menurut laporan laman sesawang eyefootbal.com, kelab QPR itu dilihat mahu membuat kejutan dengan memasuki pasaran bola sepak Asia apabila menunjukkan minat mendapatkan khidmat kapten skuad Malaysia yang terkenal dengan ketajaman permainannya, terutama ketika berjaya menjaringkan gol hasil sepakan percuma ketika bertemu Liverpool, Julai lalu.
Pengerusi dan pemilik QPR, Tony Fernandes sebelum ini dilaporkan ingin meningkatkan nilai komersial kelab tersebut dengan membawa masuk pemain dari rantau Asia.
Safiq yang kini sedang menjalani ujian percubaan selama tiga minggu bersama kelab Cardiff City, merupakan pemain kedua Malaysia selain Safee Sali yang berjaya menjalani ujian bersama kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.
Seperti diketahui umum, amat sukar untuk pemain Malaysia atau Asia Tenggara menembusi pasaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.
Biarpun laporan itu lebih bersifat khabar angin, namun ia sekurang-kurangnya membakar semangat pemain negara untuk beraksi di liga luar negara bagi meningkatkan mutu permainan demi kebaikan pasukan kebangsaan khususnya yang kini sudah mula menunjukkan kebangkitan sejak kebelakangan ini.



Gol Nazmi Ketujuh Terbaik Dunia


BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.
Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.
Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.
Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.
Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.
Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.
Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.
Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:
1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)



Dec 6, 2011

FIKRIE PINJAMKAN SUARA UNTUK SHIN-CHAN



FIKRIE PINJAMKAN SUARA UNTUK SHIN-CHANOleh: Khadijah Ibrahim - Utusan Malaysia 2005

BIARPUN Crayon Shinchan adalah cerita kartun namun ia amat diminati di kalangan remaja dan orang dewasa. Namun ada ibu bapa yang melarang keras anak-anak kecil mereka menonton siri kartun tersebut. Kenapa? Larangan itu dibuat mungkin kerana Shinchan watak utama dalam siri kartun popular itu adalah seorang kanak-kanak tadika yang "jahat mulut".

Shinchan yang bersuara halus itu sering menimbulkan kemarahan kepada ibunya kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah. Mungkin kerana itu, ada ibu bapa yang khuatir anak-anak mereka akan turut terikut-ikut dengan perangai Shinchan itu. Biarpun Shinchan nakal namun sikap tersebut tidak sedikitpun mempengaruhi Arfalie Fikrie Razali, 12, yang meminjamkan suaranya untuk watak tersebut.

Siri Crayon Shinchan yang disiarkan setiap hari Sabtu, 7 malam di NTV7 telah menggunakan suara Fikrie sejak dua tahun lalu. Kata Fikrie, dia hanya meminjamkan suaranya untuk kartun animasi yang popular dari Jepun itu dan bukan mengikut karakter Shinchan.

"Entah saya tidak rasa kenakalan Shinchan mempengaruhi diri saya. Saya hanya meminjamkan suara untuk alih bahasa siri tersebut. Bila selalu jadi Shinchan tidak rasa pula yang dia itu nakal", kata Fikrie jujur.

Fikrie merupakan anak sulung daripada empat beradik ini dipilih menjadi pengalih suara untuk siri animasi tersebut setelah menjalani uji bakat. Pelajar darjah enam Sekolah Kebangsaan La Salle Sentul 2, Sentul itu berkata, semuanya bermula apabila ibu saudaranya, Zairani Sarbini membawanya ke pejabat Karya Nusa Sdn. Bhd., untuk sesi uji bakat. Dia yang pernah berlakon teater Bukit Kepong pada tahun 2001 berkata, sewaktu pertama kali melakukan dubbing dia merasa sedikit gementar. Namun lama kelamaan perasaan itu hilang kerana mendapat sokongan penuh daripada pengalih suara yang lain.

Gara-gara meminjamkan suaranya untuk Shinchan, maka tidakhairanlah di kalangan kawan-kawan rapat Fikrie ada yang memanggilnya Chan.

"Saya tidak kisah jika dipanggil Shinchan atau Chan, kerana itu tandanya kawan-kawan juga menonton siri kartun itu",
katanya sambil tersenyum.

Meskipun Fikrie hanya meminjamkan suaranya, namun ada ketikanya dia perlu korbankan waktu sukaria bersama kawan-kawan. Ini kerana ada ketikanya dia perlu berada di studio rakaman di Karya Nusa, Petaling Jaya dari pukul 8.30 malam sehingga 2 pagi atau dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Semua itu dilakukan pada waktu cuti sekolah. Selalunya untuk satu rakaman, Fikrie dan pelakon-pelakon lain akan melakukan rakaman untuk dua episod. Jelas Fikrie, dia seronok dengan apa yang dilakukan sekarang ini kerana dapat kumpul wang saku sendiri. Biarpun mendapat bayaran RM45 untuk satu episod, dia tidak pernah boros dengan wang tersebut. Sebaliknya, kesemua wang pendapatannya itu disimpan oleh ibunya dan dia hanya membawa RM1.50 ke sekolah.

"Kisah mama simpan wang itu kerana ia akan digunakan untuk diri saya juga satu hari nanti. Setakat ini mama hanya benarkan saya buat alih bahasa saja. Dia tidak bagi berlakon sebab takut pelajaran saya terabai", katanya yang memang minat berlakon itu.

Sementara itu Zairani yang turut menemani Fikrie berkata, anak saudaranya itu mempunyai bakat semula jadi. Zairani yang sudah 10 tahun membabitkan diri dalam bidang pengalihan suara itu turut meminjamkan suaranya dalam siri Crayon Shinchan untuk watak guru, Yoshinaga.



Dec 5, 2011

Cemburu tanda syg

Seorang Wanita Sanggup Menyembunyikan Rasa Cintanya Berpuluh2 Tahun..
Namun Sayang...
Seorang Wanita Tak Mampu Menyembunyikan Rasa Cemburunya Walau Hanya Sesaat :')

Dec 1, 2011

Melly Goeslaw feat irwansyah-love story[HD]video clip


mcm sedih.memang sedihpun. kisah CINTA TERHALANG. oleh
keluarga. So, jum layan kat Astro citra ;)

Nov 24, 2011

AIM? Yuna Terkilan.




Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.
Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.

“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.
“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.

Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.
Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.

Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.
Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.

Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.

“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” katanya.

Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.

“Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.

“Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),” katanya.

Nov 22, 2011

Malaysia Raih Enam Emas Termasuk Dari Bola Sepak Pada Hari Ke-11 Sukan SEA


Malaysia Raih Enam Emas Termasuk Dari Bola Sepak Pada Hari Ke-11 Sukan SEA

JAKARTA, 21 Nov (Bernama) -- Malaysia menambah enam pingat emas pada hari ke-11 temasya untuk terus kekal di tangga keempat carta kutipan pingat keseluruhan, ketika Sukan SEA ke-26 yang bermula pada 11 Nov lalu berakhir esok.

Empat daripada emas tersebut diperolehi dari skuad berbasikal trek, satu emas dari acara bola sepak malam ini dan satu dari acara renang berirama.

Selepas tamat semua acara melibatkan atlet negara hari ini, kontinjen Malaysia mengutip 58 emas, 48 perak dan 77 gangsa.

Tuan rumah yang menjadi juara keseluruhan edisi ke-26 temasya, kukuh di persada carta kutipan pingat keseluruhan dengan mengutip 170 emas, 146 perak dan 134 gangsa.

Juara bertahan dari edisi di Laos, dua tahun lepas, Thailand berada di tangga kedua dengan 105 emas, 94 perak dan 118 gangsa, diikuti Vietnam (96, 90, 100).

Malaysia berada di tangga keempat, diikuti Singapura (42, 45, 73), Filipina (36, 55, 77), Myanmar (16, 27, 34), Laos (9, 12, 36), Kemboja (4, 11, 24), Timor Leste (1, 1, 6) dan Brunei (0, 4, 7).

Acara yang mencuri tumpuan pada hari ini ialah final bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

Pertemuan edisi ini dimenangi skuad Bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee dengan menumpaskan Indonesia 5-4 melalui penentuan sepakan penalti, sekaligus membuktikan pasukan Malaysia terbaik di rantau ini.

Perlawanan penuh selama 90 minit berkesudahan seri 1-1.

Indonesia membuka jaringan menerusi Gunawan Dwi Cahyo pada minit ke-4 sebelum pemain Malaysia Mohd Asraruddin Putra Omar menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

Terikat dengan jaringan itu sehingga tamat masa tambahan, penentuan pingat emas dilakukan melalui sepakan penalti.

Malaysia mempertahankan gelaran juara yang dimenangi dari edisi di Laos dua tahun lepas dengan keputusan muktamad 5-4.

Sementara itu acara berbasikal trek negara menghadiahkan empat pingat emas kepada kontinjen negara pada hari terakhir pertandingan.

mas tersebut diperolehi dari kategori Sprint Individu wanita, Sprint Individu lelaki dan Berpasukan Sprint wanita dan juga Omnium lelaki.

Pelumba negara yang berpangkalan di Melbourne, Australia Fatehah Mustapa meraih emas dalam kategori Sprint Individu wanita.

Pelumba Malaysia itu menewaskan pelumba Filipina Apryl Eppinger yang meraih perak sementara pelumba tuan rumah, Santia Tri Kusuma meraih gangsa.

Gandingan beliau bersama Ju Pha Som Net dalam acara Berpasukan Sprint wanita membuahkan satu lagi pingat emas buat negara.

Pingat perak pula diraih oleh atlet Thailand Chanakan Sricha Um-Jutatip Maneephan sementara atlet tuan rumah Santia Tri Kusuma-Riska Agustin mendapat gangsa.

Acara lelaki turut menyaksikan atlet negara Muhd Idros Md Yunos dan Mohd Fattah Amri Zaid mendominasi pingat emas dan perak menerusi acara Sprint Individu Lelaki menewaskan pesaing ketiga dari Thailand Satjakul Sianglam yang berpuas hati di tempat ketiga.

Muhamad Hafiz Mohd turut menyumbang emas selepas memenangi tiga daripada lima disiplin yang dipertandingkan dalam acara Omnium untuk meraih juara keseluruhan acara itu.

Beliau meraih tempat pertama dalam disiplin Flying Lap, Elimination dan Scratch sementara masing-masing nombor ketiga dan keempat dalam disiplin 4000m kejar mengejar dan mengutip mata (Points), cukup untuk mengenepikan pencabar-pencabar yang lain.

Seorang lagi pelumba negara Ahmad Fakhrullah Alias membawa pulang pingat gangsa setelah tewas kepada pelumba tuan rumah, Indonesia, Fatahillah Abdullah yang meraih pingat perak.

Muhamad Adiq Husainie Othman pula meraih perak dalam 30km Point Race lelaki setelah tewas kepada Renee Mier Lohn dari Filipina.

Pingat gangsa diraih pelumba Indonesia, Faroka Rully Ifnu.

Hari terakhir acara renang berirama turut menyaksikan Malaysia menjuarai kategori Kombinasi Bebas berpasukan.

Pasukan negara terdiri Katrina Ann Abdul Hadi, Tan May Mei, Mandy Yeap, Shareen Hui, Tasha Jane Taher Ali, Emanuella Mah, Gan Zhen Yu, Zyanne Lee, Zylane Lee dan Ling Yeo Pei telah mempamerkan persembahan yang konsisten dan bertenaga. Mereka memperoleh 37.213 mata untuk merit teknikal dan 38.150 mata untuk penataan artistik untuk mengumpul 75.363 mata, diikuti Singapura dengan 73.101 mata dan Indonesia dengan 71.713 mata.

Peninju negara Mohd Farkhan Haron terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 16-25 kepada peninju Indonesia, Alex Tatontos pada perlawanan akhir acara tinju kelas 75kg lelaki.

Atlet angkat berat wanita, Nur Jannah Batrisyah Teh meraih gangsa dalam acara 69kg ke atas wanita menerusi gabungan kategori 'snatch' dan 'clean&jerk'dengan angkatan keseluruhan 208kg.

Atlet tuan rumah Novita Sherly yang melakukan 224kg membawa pulang emas manakala rakan sepasukannya Riska Anjani memperoleh perak dengan 218kg.

Wushu yang turut melabuhkan tirai, memberikan dua pingat gangsa menerusi Tang Pei Pin dari acara Sanshou 60kg wanita dan Wong Wei Jian dari acara Shabshou 70 kg lelaki.

Esok merupakan hari terakhir temasya yang menawarkan 12 pingat emas kesemuanya dari acara paragliding yang diadakan di Bandung.

Majlis penutup temasya bagi edisi ke-26 ini akan diadakan malam esok di Palembang.

-bernama-

Malaysia kini diiktiraf 'Raja Bola ASEAN'






JAKARTA: Kejayaan skuad bawah 23 tahun Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia malam tadi membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di Asia Tenggara ketika ini.


Mereka juga membuktikan kejayaan meraih emas bola sepak pada Sukan SEA 2009 di Laos dan menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) tahun lalu, bukanlah kerana nasib semata-mata.
Biarpun persembahan pasukan Malaysia sebelum ini dipertikaikan terutamanya oleh media Indonesia, kemenangan malam tadi menutup terus mulut pengkritik dan penyokong fanatik skuad negara tuan rumah itu.
Media di Indonesia kini mengakui Malaysia adalah "Raja Bola Sepak ASEAN".


Dalam perlawanan akhir malam tadi di depan 100,000 penonton tuan rumah, Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.


Bagi jurulatih negara, Ong Kim Swee, selepas dua kali menumpaskan Indonesia di laman mereka sendiri, kemenangan Harimau Muda itu adalah kemenangan mutlak dan bukannya nasib semata-mata.


Di perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Malaysia menumpaskan Indonesia 1-0 dan malam tadi, sekali lagi skuad Garuda Muda ditundukkan Harimau Muda, di gelanggang keramat mereka, Stadium Gelora Bung Karno.
Menurut jurulatih berasal dari Melaka itu, perlawanan malam tadi mungkin tidak akan berlanjutan ke masa tambahan atau ditentukan melalui sepakan penalti sekiranya tiga tonggak utama Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan, dapat bermain.


Ketiga-tiga penyerang itu tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan sewaktu pertemuan separuh akhir dengan Myanmar.


Ong mengakui pada perlawanan masa tambahan, beliau mengarahkan pemain untuk melakukan hantaran pendek kerana memahami mereka keletihan terutama selepas mengharungi tiga perlawanan sengit berturut-turut.


Beliau juga mengakui pengalaman beberapa pemain yang menimba pengalaman di Slovakia, turut mencorakkan permainan taktikal dan corak pantas skuad tersebut.


Mereka termasuk Mohamad Fadhli Mohd Shas dan Mohd Irfan Fazail yang pernah bermain dengan pasukan kelab Slovakia, FC ViOn Zlate Moravce.


Ong juga menceritakan pengalaman agak menakutkan ketika pasukan Malaysia hendak pergi ke stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.


Menurutnya, bas yang dinaiki pemain dan beberapa penyokong negara digoncang penyokong Indonesia.


Beliau memuji pemain kerana tidak terganggu oleh permainan psikologi penyokong lawan dan sebalik memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan.


Pengalaman berdepan penyokong fanatik di Jakarta, katanya, memberi pengalaman baru dan mematangkan pemain Malaysia.


Selepas Datuk K Rajagobal mengecapi kemanisan membimbing pasukan negara bergelar juara acara bola sepak Sukan SEA pada 2009, kini giliran Ong pula menikmatinya.


Bagi Ong, ada satu lagi misi yang lebih penting menunggu skuadnya.


Pasukan negara yang pulang ke tanah air hari ini akan menyambung latihan sebelum menentang Syria dalam perlawanan peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam esok. - BERNAMA



Nov 11, 2011

berfikir sejenak

Kisah kehidupan di dunia ini penuh warna warninya. Aku yang suka bermenolog. Amati segala yang berada di persekitaran dan Apa guna pegang segulung ijazah,master pegang kuali pun takut2. huaaa.(seribu satu cerita yang boleh dkongsi)p/s: untuk peringatan aku sendiri.hihi.Apa guna jadi mahasiswa/i cemerlang . adab dengan orang tua pun tak cemerlang. Apa guna jadi pendebat kalau bersuara dengan orang pun ta bertauliah. Cakap lepas.. dan apa guna jadi pakar psikologi kalau diri pun takut di psiko. Ermm, aku ta lepas dari melakukan sesuatu di luar sikap rasional. Kadang2 taip pun ikut suka.  Cakap pun main ikut dan. Buat keje pun ikut (asal siap) . mengemas pun kadang2 tengok masih dalam peringkat yang ta memuaskan. Memasak? Ermm Bole lah  just I must to do better lah.. speaking pun masih terabur. Yep , im not perfect..  memang la kita ta sempurna. Tapi kita boleh kan berusaha untuk jadi sempurna? Really? 

Kalau kita cakap je pandai tapi buat tak geti. Lebih baik diam dari bercakap. Sejujurnya aku ta suka di arah. Dari kecik memang xsuka di arah.. sbb tu my parents ckp aku degil keras kepala. Bapak saudara aku sendiri pna ckp aku ni keras kepala. Dan sikap keras kepala ni masih ada dalam hidup aku. Sampai budak serumah pun cakap aku ni degil? Ahh peduli apa. Yang penting aku xbuat benda yang xelok. Degil pun sbb aku suka ikut kepala aku.n kearah keselesaan aku sdri. Tapi kadang2 klo aku rasa ia kearah ok. Aku ok  je kot.dan mnrma arahan. cehhh.huhu.. nak arah aku boleh. Tapi berbahasa OKEY.
 (bukan kau msuk wataniah ke? Askar kan suka mengarah).  Ermm, yea. Memang suka mgarah. Tapi arahan dia kan mengajar kita untuk lebih berdisplin kan? Em ok,Macam mana pulak yg seperti membuli??       Ermm buli ea?? Rasanya belum pna rasa dbuli.. kalau terkena. Pandai2 la kenakan balik. Segala Kesusahan ada kesenangannya lah!.Kadang2 putus asa gak beb. Tapi aku kuatkan smgt . mana ye tak? Aku ni kuat nangis gak.. xpna wat kje berat2. Lasak2 lagi la x. tapi mukin ada hikmahkan.. macam mn aku boleh hidup dalam dunia askor ni. (nasib baik wataniah. Ringan lah skitkan ).. yea memang ringan sikit = =” ..uhuuu. ok dah la malas nak bceloteh lebih2. lau ayat aku ni buat korang myampah. tme kasih la. sudi baca smpai hbis ni hah/ ok wsalam. 

So tunggu cerpen terbaru. Hatiku tetap miliknya.. coming!! 

Oct 28, 2011

2 laut

Cerita yg kita tahu tetapi kita abaikan..Inilah bukti kekuasaan Allah. Saintis telah pun mengkaji 2 laut ni, dan didapati kedua-duanya mempunyai perbezaan komposisi, suhu, kemasinan dan juga ketumpatan. Tetapi al-Quran sudah menyebutnya 1400 tahun lampau. Surah Ar-Rahman "Ia biarkan air dua laut (yg masin dan yg tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yg memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya.".... Maka yg mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yg kamu hendak dustakan? Ya Allah, terasa kecil dan lemahnya manusia, mcm mereka ingin menandingi kekuasaan Allah. Ingatlah sahabat, berjudi dgn wang ringgit kita papa kedana, berjudi dgn agama dikemudian hari kita merana.

Oct 18, 2011

Cerita pasal Isu Undi

Seperti biasa. Kalau berFb. Smp hureeehhhhhhhh tidak dlupakan.
takut2 ada info2 terkini kan. 
hah ni yg Terhangat guys. 
Memang patut pun kita 
membangkitkan isu ini. Undi?
anda sudah mendaftar untuk mengundi?
siapakah pemimpin yang anda patut undi?
tangungjawab anda?
Hukum  ?
macam2 persoalan. terutama kepada aku ni.
yang baru masuk 21 tahun..sejujurnya daftar pun belum lg(==').
time stpm pernah belajar bab ni.
itulah tuahnya pelajar pra universiti ni (^_^).

ni aku petik dari kata2..
kawan sekelas aku. diorg bincang isu ni. da nak dkt 250coment.

soalan dia.
Wajibkah Kita Mengundi??

Benar/salah berserta alasan....

Ni antara yg aku amik la..

persoalan saya: 

kalau sy mngundi calon bkn islam,
semata-mata untuk melihat parti itu mng....
dan ketuanya masih org islam....
apa hukumnya...

jwpn Ustaz:

itu terpulang..
xde masalah..selagi mana kerajaan yg terbentuk akan melaksanakan ISlam
tp sekiranya dia menang dan mneyebabkan Islam tdk dpt dilaksanakan,maka itu bermasalah
Yang paling penting pointnya ialah (dalam keadaan di Malaysia) pucuk pimpinan utama hendaklah beragama Islam ...

mana2 undi yg boelh membawa kepada naiknya org bukan Islam sebagai pemimpin utama negara dlm masyarakat yg majoritinya adalah org Islam..maka ia adalah tidak boleh dan haram
dalam surah At Taubah ade cerita hal ini ..

so , kawan2..........bagaimana dgn anda?
Allahualam

Berakhir Di Sini - Kaer Azami

Oct 12, 2011

'Tiga Kata' -I LOVE YOU


Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta
Hanya 3 kata sahaja
cukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..I Love You



banyak2 gambar dia. aku suka sangat2 tengok gambar

dia ni. haha. i dont no why i like.. but this pic is vry

smart kot. ganas2 gtu. mcm abg polis. Muka poyo jek =='

jgn marah syg. saya sayang awak.

Oct 8, 2011

yuhu

September yang cukup mencabar
bagiku.. haha. malas nak cerita.
semakin  malas nk berblogging.
ni terbaru dari aku.
template.. agak mcm ilmiah skitkan.
hmm, bowink ye !!!!.

Sep 21, 2011

Burung Angry Birds Yang Sebenar

Bila facebook punca cerai

serius. aku lau dah khwen nanti. aku nak gbung kan je fb aku dgn laki aku jd 1. bukan apa.... kes2 curang ni berleluasa la beb.ada isteri. tapi masih chat sayang2 dengan perempuan yang masih single dkt fb..melayan sna sni perempuan lain....entahla.. mcm ne ek nak kekal lau kesetiaan tu dicurangi. bukan laki je. guls pun same lahhhh..yang kuat main skandal. ada 2,3 laki tu... huhhhh. lu na boy Lu setia. tp
lu ada jantan lain 4 cover tpup syg mayang,rindu bagai . ceiiittt...aper peragai la... letak gmbr bf peluk2 . ni lagi lah. (jangan masuk campur kain sluar bju org bole x?).. boleh jer.. tp smpai bila ekkkk. spe yang na tegur selain kita sndri.....................(kesedaran bersama)errrrrrrr. takut la.. semoga aku tidak terpedaya dgn hsutan syaitan dalm dunia percintaan.
sebenarnya. facebook ni. buka aib org jer. benda
kecik boleh jadi besar.terutama suami isteri. yg boleh simpan rahsia dalam rumah. tp si isteri duk syok cerita tentang diri dia dgn suami. mula2 dalam wall. happy2.. bila gaduh..main cerai2 je dlam fb.. entahla. kdg2 takut gak.hmm terpk dan hrp2 aku dpt jauhkan bnde2 ni smua dalam hdp aku satu hri nti.