Nov 30, 2010

Seventeen - Slalu Mengalah (full lyric)

mengalah


yea ,kelemahan aku ialah suka mengalah?


asal lak kan?


sebab apa sahaja yang aku lakukan..

aku selalu akan mengalah terutama dekat Makayah,adik beradik, kawan2..

termasuk lah dalam bab2 percintoan.(yang penting xde yg specil skrg). patut ke aku meneruskan sikap tersebut..

demi kepentingan dan kesenangan orang lain?cuma, aku ni jenis.. tak suka berebut..

dan tak suka memintak.. dan tak suka menyusahkan orang..

senang citew.. hang p la buat keje hang.. aku buat keje aku sendiri..

hang nak tu. amik la... asalkan orang senang berkawan dengan aku..

itulah Aku..... adakah bagus bersikap begitu?.. ermm entahlah.

satu lagi,lagu selalu mengalah tu. xde kena mengena ngan percintaan aku k.

saja nak datangkan mood coz aku ni jenis suka mengalah. wakaka..


Nov 29, 2010

Takutlah padaNYA

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


Sumber : Dari Artikel Sahabat ana Ayu Zamani

gila!


ORANG GILA ialah orang yang berjalan dengan sombong, memandang orang dengan pandangan yang merendahkan, berbangga-bangga diri, berharap akan Syurga Tuhan sambil bermaksiat kepada-Nya, yang kejelekannya membuat orang lain tidak aman dan kebaikannya tidak pernah diharapkan."

Bila kita merasa lebih berilmu, kita mudah meremehkan orang yang dianggap bodoh. Kita mengecam mereka. Kita tertawakan kejahilan mereka.

Kalau ilmu yang dimiliki itu ilmu agama, kita berikan gelaran yang buruk kepada orang yang tidak sefahaman dengan kita.

Kita merasa diri sebagai kamus agama yang berjalan, yang semua orang patut merujuk kepada kita. Ada waktunya tanpa sedar, kita khususkan Syurga untuk kelompok sendiri dan Neraka untuk kelompok yang lain.

Kita sahkan semua ibadah sendiri dan kita batalkan ibadah yang lain.

Astaghfirullah...

Tidak sedikit juga yang merasa diri ahli ibadah
merasa diri yang paling soleh di antara seluruh makhluk di bumi ini.

Kita sombong dengan solat malam kita

Kita bangga dengan bacaan Al-Quran kita.

Kita tinggi hati dengan haji dan umrah kita.

Kemudian, kita merasa puas dengan ibadah kita dan lupa perihal AKHLAK kita di tengah-tengah masyarakat.

Kita begitu puas dengan puasa kita sehingga kita lupa pada fakir miskin di sekitar kita.

Kita begitu senang dengan solat sendiri sehingga kita alpa dan lalai memperbaiki akhlak.

Kita lupa kalau orang yang kita tegur di khalayak ramai itu boleh meronta kesakitan hatinya. Kerana dia juga manusia yang masih memiliki perasaan.

Berbeza dengan kita; yang sudah tidak punya perasaan dan tidak punya belas kasihan kerana kita yang begini telah tergolong dalam golongan ORANG GILA!

Bagi yang telah bermuhasabah diri dan merasakan dirinya seperti yang tertera di atas, ayuh beristighfar banyak-banyak.

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah

Nov 27, 2010

smp hurehhhh (jangan lupa lirik)

SMP hurehhhh

ni kes, bdk2 SMP kebosanan . so diorg berchat chit chat kat group chat SMP hurehh di FB
nama2 perlu ke bg tau? xpayah la.. hahaha.. teka la sendiri. huhuhu.ok2 .bgtw la.
pengacara: fatihah
peserta: din hadi,zul
penonton: zul,dhira
jrucmera: nadh


Assalamualaikummmmmm

salam sejahtera...
kepada anda semua moga bahgia...

dihari yg indah lagi mulia
dipertemuan ini jalinkan kasih sayang

rapatkan lah ukhwah,
ikatan imann...

amalkan sifat terpuji dalam pergaulan
selawat dan salam
untuk rasul junjungan tercinta

semoga, bersama, mendapat rahamt dri Ilahiii...
Solallahurobbuna..

hehehe..

jgn lupa lirik ko ape ni??
da bape ribu dah ni
sy kunci lirik ini!!!!

hehe

bukak kan lirik ini...

alamk merah nampaknyer
sila balik yer

tp, sy nk guna kn talian hayat..
boleh la..plsss..

alamak lupa plak ader talian hayat
silakan2
pilih nk no bape

nk no 4..

uishh ape yer yg no 4
sy pon lupa da

ha2

no 4 tu tnye kt penonton, x pon kt pengacara sndri

nampaknyer ader org nk tlg yer
silakan nadz nulna

pe cer ni???

jgn gelak jer
no 4 2 tya kat penyanyi 2 sndiri

saya jurucamera.. x terlibat...
haha

hahahaha
adehh....
lupa dh mcm ni..

emm..
sy amik keptusan..sy ingin berhnti smapi di cni shaja..
hahaha

okess
amik seratus ni

chesss..
50k la..

soalan ptama je dapat jwb
seratus je bg

satus je la k
wat minum2 kopi

tol, mimnyk dh la mhl nk dtg cni

sape suh dtg
hahaha
lau xingat dok umah jelah tgk dalam tb k

emm...
tumpng lalu..

bru nk blnje mak tgk wyg...dpt seratus jer? mne leh deting mcm ni

nampaknyer ader peserta baru masuk

ye.. peserta seterus nya dhira

hahaha

hahaha

hahaha

apa bnda korng ni....
xphm aku..

dh tumpang, lalu jer lah cik dira..
haha

tak pe.. sy dah rakam smua...
nti kita ulang smula yer

siran ulangan jam brape?
esok.. 9mlm..

haha
orite..
haha...


maaf saya pun dah lupa.. sape yg berdiolog tu..di permulaan. sbb xingt.

Tangled - Official Trailer [HD]


nak tgk ni.. huhu. best2....tgk wayang jom..

Nov 26, 2010

same mcm Ana.


tergelak aku sorg2.. bila sahabatku tika ..dia cakap muka
aku mirip ana dalam film ketika cinta bertasbih..
entah apa yang sama.. sampai abang angkatku eddy pun.
ckp alhamdulillah syukur... lepas aku cakap aku x secantik 
ana dlm film tu....hmm,.. sje je kan tika ni?..
nak wat aku perasan .. huhu.. tp aku nak mencontohi
kelebihan yang dia ada..perwatakan yg boleh dcontohi..
huhu.. pape pun. alhamdulillah..

Nov 25, 2010

madah spontan

Dia yang Misteri

Kadang Kala.
diri ini terfikir.
apa yang kamu
lakukan tika ini..
Bila kita akan bertemu?
dan banyak persoalan lagi.
Tapi Aku masih
di sini..dan terus menjaga adab ku..
tingkah laku ku.
auratku.
kata-kata ku..
insyaallah.

duhai sahabat ku.aku mula mengarang madah2 yang mungkin tidak sependapat dengan orang lain. 

kadang-kadang segala apa yang
kita ada dan miliki kini
ada hikmahnya.
Mungkin Tuhan jadikan
kita tidak sempurna.
cantik, ayu, menawan bak bidadari.
tapi Tuhan anugerahkan 
hati yang murni. perlakuan yang sopan.
yang menyebabkan..
seseorang itu memiliki aura tersendiri.
sedangkan dia tidak se cantik Model
yang di gilai lelaki.
jaga la adab mu. 
jangan sesekali kau termakan pujuk rayu
lelaki ...
jaga la diri..hati dan iman.
tambahkan lagi ilmu pengetahuan.
insyaallah.. Tuhan sudah janjikan
yang terbaik untuk hambanya,
ia akan datang dengan penuh senyuman.
bukan sahaja di bibir ,tetapi..mata dan seluruh wajahnya..

yuhuu


salam,
Syukran la Mal..Hadiah yer dah lama sampai. Tapi baru hari ni nak ctew kat blog .huhu..anwy, i loike!! simple n menarik....keycn tu ngan picture tu.sweet. :p and terpaksa menjawab bnyk soaln dr mak ayh.
who you?.. haha.and mcm2 la.. dgn soalan nakal.. haha.ok.stop.

rply frm mr.ix
utk cerpen dia.
kat blkg picture tu ada
tulis ni ,
dah mcm berpantun.
haha


ok tu ja. salam ^_^