Nov 8, 2018

SKEENZ Apa itu ekzema?

Apa itu ekzema?
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.
Apa penyebab ekzema?
  • Keturunan.
  • Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
    • Infeksi virus.
    • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
    • Lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti:
  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.
Contoh ekzema.


Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
Semakan akhir:27 April 2012
Penulis:Dr. Norrashidah Hj. Abd Wahab
:Dr. Nor Mahani Harun
Penyemak:Dr. Sabeera Begum bt. Kader Ibrahim
Credit: http://www.myhealth.gov.my/ekzema/

itu tadi serba sedikit info mengenai penyakit ekzema yang sering dihadapi oleh bayi. Saya ingin kongsikan satu lagi produk yang sangat sesuai untuk digunakan bagi mengurangkan ekzema anak-anak anda iaitu balm skeenz dari TASNEEM NATUREL.

SKEENZ



Balm Skeenz ini mengandungi Olus oil, Beeswax, Shea butter, Octyldodecanal, Vitamin E, Argan Oil, Blackcurrant Oil, Sunflower Seed Oil, Balloon Plant dan Rosemary. Balm ini dapat membantu kesembuhan pada masalah kulit bayi. Dan yang lebih penting ia selamat untuk kulit bayi yang sensitif pada bahan kimia berbahaya.
Ramai ibubapa berkongsi kegembiraan mereka apabila mendapat kesan positif dari penggunaan balm ini. Bukan sahaja untuk bayi orang dewasa yang mempunyai masalah kulit ekzema pun boleh guna!
Antara testimonial berkesan

Selain itu boleh digunakan untuk masalah kulit yang ringan seperti ruam, gatal-gatal, melecet, kulit kering, gigitan nyamuk dan lebam. 
beli 2 ada discount untuk anda!! 




Nov 7, 2018

Tips rawat anak sembelit


Tips rawat anak sembelit

Sembelit dalam kalangan anak-anak sudah menjadi kebiasaan ketika mereka membesar. Kurang kekerapan ke tandas dan suka menahan diri dari membuang air besar adalah faktor kepada masalah sembelit dalam kalangan anak-anak. Apa yang merunsingkan adalah, bagaimana ibu bapa perlu merawat anak apabila berhadapan dengan situasi ini?
Sebelum berjumpa dengan pakar, apa kata anda cuba dahulu rawatan secara semulajadi di rumah untuk mengurangkan masalah sembelit dalam kalangan anak-anak. Tak tahu apa nak buat? Mari kita tengok cara-cara mudah yang boleh anda buat sendiri di rumah untuk merawat sembelit.

1. AIR


http://learningherbs.com/
Dehidrasi adalah punca utama kepada masalah sembelit anak-anak. Pastikan anak-anak minum air sekurang-kurangnya satu hingga 1.5 liter air sehari. Ini dapat membantu anak-anak menghindari masalah susah untuk buang air besar. Anda juga boleh cuba letakkan hirisan buah lemon dalam satu gelas air suam jika anak-anak mengalami masalah sembelit.

2. BUAH-BUAHAN


http://www.medicalnewstoday.com/
Pisang : Kaya dengan serat dan pektin yang membantu untuk mengurangkan sembelit. Mengambil dua biji pisang sehari boleh membantu melembutkan najis. Kandungan pektin di dalam pisang membantu pergerakan yang lancar dalam usus yang membantu perut untuk menyingkirkan bahan buangan.
Prun: Buah prun adalah penawar klasik untuk sembelit dan kemanisan buah prun serta tekstur menjadikan ia kegemaran dalam kalangan kanak-kanak. Prun mempunyai kandungan serat yang tinggi dan juga dapat membantu melembutkan najis. Namun, perlu diawasi jika anak-anak terlebih makan buah prun kerana khuatir akan sakit perut.
Epal: Ternyata buah epal juga adalah salah satu cara untuk menyembuhkan sembelit. Rasa yang enak dan tekstur yang rangup sudah semestinya menjadi kegemaran anak-anak. Mempunyai kandungan serat yang tinggi juga adalah sebab kenapa buah epal dapat mengurangkan sembelit dalam kalangan anak-anak.
Oren : Selain dari kaya dengan Vitamin C untuk kulit dan kesihatan dalam anak, buah oren juga antara agen ‘julap semulajadi’ yang dapat membantu mengurangkan sembelit.

3. MINYAK ZAITUN



www.choice.com.au
Anda boleh beri satu sudu minyak zaitun bersama satu sudu jus lemon kepada anak anda di waktu pagi untuk melancarkan sistem penghadaman mereka. Pastikan diambil ketika perut masih kosong untuk melegakan ketidakselesaan akibat sembelit.

4. ALOE VERA


http://www.stylecraze.com/
Aloe vera atau lidah buaya sangat terkenal dalam tips kecantikkan. Tetapi, tahukah anda bahawa aloe vera juga adalah salah satu ubat untuk merawat sembelit? Hanya ambil dua sudu penuh aloe vera dan dicampur bersama segelas air suam adalah cara paling efektif untuk merawat sembelit.

5. YOGURT


www.shutterstock.com
Yogurt mempunyai kegunaan yang pelbagai dalam kehidupan kita. Salah satu kegunaan yogurt yang orang terlepas pandang adalah merawat sembelit. Dengan adanya pemgambilan yogurt setiap hari, ia membantu untuk menyebarkan bakteria yang baik dalam perut anak-anak supaya sentiasa mudah untuk mereka buang air besar dan melancarkan sistem penghadaman.

6. T-RUB


Antara kelebihan T Rub adalah membantu menyelesaikan masalah:
  • Anak kembung perut
  • Anak mengalami masalah sembelit
  • Anak sakit perut, tidak selesa atau sebu
  • Anak cirit-birit
Selain terbukti berkesan dengan izin Allah, balm Tasneem Naturel juga ada keistimewaan tersendiri iaitu :
  • Tidak panas
  • Tidak melekit atau berminyak
  • Tidak merengsakan kulit bayi
  • Dibuat di kilang yang ada persijilan GMP ( Good manufacturing Practice) , di mana kilang ini hanya memproses produk yang berasaskan bahan semulajadi sahaja.
  • Berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Jimat dan boleh digunakan seisi keluarga. Satu bekas balm sesuai untuk kegunaan 2-5 bulan bahkan lebih lama lagi bergantung penggunaan.
Sekiranya berminat boleh terus whatsapp http://www.wasap.my/6019-6916559