Jan 31, 2011

Skizofrenia


Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.
Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

Gambaran keseluruhan


Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom 'positif' dan 'negatif'. 'Simptom positif' adalah simptom yang tidak ada dalam diri individu normal, tetapi terdapat dalam diri individu yang menghidapi skizofrenia. Antara simptom 'positif' termasuk delusi, halusinasi, gangguan pemikiran (thought disorder) dan lain-lain. Hanya pesakit skizofrenia sahaja yang akan mengalami perkara sebegini. Simptom negatif pula adalah simptom yang sepatutnya ada dalam diri individu normal tetapi tidak ada dalam diri pesakit skizofrenia. Antara contoh bagi simptom negatif ialah kelembapan aktiviti kognitif, tidak bermotivasi, kesukaran dalam bertutur dan lain-lain. Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."
Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatanperhatian,menyelesaikan masaalahfungsi exekutif (executive function) atau cognition sosial (social cognition).
Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.
Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911"dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.
Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.
Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.
Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.
Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagaiphenothiazines, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.
Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.


Jan 25, 2011

*** MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI ***

*** MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI *** 

Janganlah kau angkuh melaungkan... 
Si dia kepunyaanmu... 
Atau kau kepunyaan si dia ... 
Kerana hakikatnya... 
Kita tidak pernah memiliki sesiapa... 
Walau sekeping hati seorang insan... 
Tidakkah kau sedar... 
Hukum alam menyatakan... 
Menyintai tidak semestinya memiliki?... 

Manusia pandai berpura... 
Berlakon di pentas dunia... 
Dan bertopeng menutup rahsia.. 
Tetapi hati... 
Tidak pernah berdusta pada empunya... 
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya... 

Tidakkah kau sedar... 
Mungkin si dia melafazkan... 
Ungkapan cinta padamu... 
Tetapi hati dan perasaannya... 
Tidak pernah berniat begitu... 
Dia hanya berselindung... 
Di sebalik sejuta alasan... 

Dan kau... 
Begitu jujur dan setia menyintainya.. 
Sehingga terlupa.. 
Hukum alam menyatakan.. 
Menyintai tidak bermakna memiliki.. 

Sesungguhnya... 
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..." 
"Dan kau jua tidak memiliki diriku." 

Mengertilah... 
Kita sebenarnya kepunyaan.. 
Yang Maha Esa... 
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita... 
Kecuali Dia... 
Dia mengasihi hambaNya... 
Dia memiliki hambaNya... 
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali...... 

Wallahu A'lam...

Jan 16, 2011

Warna,Rasa C i N t A

Hati itu merah,
Semerah itu Membara cintaku.
Jantung itu berdenyut.
Denyutan itu  nada cintaku.
Mata itu Hitam putih
hitam putih itulah cerita cintaku
Bibir itu lembut..
selembut itu luahan cintaku

karya: nadhz

miangs yer~ ops!


ups!! apa dah jd dengan kamu ni?
selalu keliru dengan perasaan sendiri.. huhu
yang penting..aku malas la nak pk couples ni.
if hati rasa nak ada bf.
tapi bila ada bf.
terfikir apa  yg penah berlaku dulu~
terikat..examples: nak ber fb pun xley..
bongoks.. skandal sudax kan..hahah!
xde la. aku xgeti main skandal2 ni.
xgeti nak layan semua boys..
mcm stgh girls.
(kwn aku je sng ctew)
ada 4 bf.. hp dia 3..omg! 
sane syg. sni syg. 
manja sner manja sni.but 4 me, takat fb je..grau2 leh la
lau dalam fone.. maaf la..
i x layans..krdt aku still sweet.
rm10hingit 2 weeks.
tahniah... sbb berfb je kan.. 
hanyut~
hahaha..
hidup mesti enjoy. dan bergurau senda.
if hati sakit dan bengkak.
ada yg ajak couples..
tapi payah lak kan.mesti nak jumpa2..



p/s: tb2 berkenan nk tgk someone anytm.
erm, time ada koku isnn n aktv ja.(pstd)
ley skodeng2 dia. haha.(gatal)
ala, takat suka gitu2 ja.. biasa la.
perempuan pun suka tgk lelaki kacak.
seperti lelaki suka tengok perempuan cantik.
lalalala~

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang 
cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap
Itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." 

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah 
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia 
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, 
terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan 
lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu 
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada 
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah 
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- 
Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat 
(yang lima waktu). 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam 
semua hari. 

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
__._,_.___

Jan 11, 2011

Facebook Tidak Akan Ditutup Pada 15 Mac 2011! Fakta dan Bukti Jelas dari Facebook


Berita mengenai Laman Facebook Akan Ditutup Pada 15 Mac ini pasti menggemparkan seluruh dunia terutama sekali rakyat Malaysia yang merupakan antara negara yang paling tinggi penggunaan laman facebook ini. Selain memegang rekod carian terbanyak di Google, pengguna facebook dinegara Malaysia juga dikatakan antara yang mempunyai senarai antau jumlah kawan (friends} yang paling ramai sekali berbanding pengguna Facebook negara-negara lain.
Berita Laman Facebook akan Ditutup Pada 15 Mac
Berita Laman Web Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011 ini  telah tersebar dengan pantasnya dan dikatakan berita penutupan ini diluahkan sendiri oleh pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg!
Namun, sebab yang dinyatakan adalah sangat tidak profesional sekali iaitu Marck Zuckerberg mahu menutup laman Facebook ini kerana tertekan dengan tekanan yang terpaksa dilalui dan mahu kehidupannya yang normal dahulu.
Aduh, dah jadi jutawan tak akan begitu mudah mahu lepaskan facebook mudah-mudahkan? Dari tutup, lebih baik Mark Zuckerberg pergi jual Facebook ini! Pasti harganya melambung naik tingginya.


Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2011/01/facebook-tidak-akan-ditutup-pada-15-mac-2011-fakta-dan-bukti-jelas-dari-facebook.html#ixzz1AhLxkbZI

Jan 7, 2011

treler rempuh kedai



KEADAAN treler yang remuk teruk selepas terbabas dan merempuh tiga kedai di Jalan Kuala Kangsar, Chemor, hari ini. Dalam kejadian itu, pemandu treler, Mat Lazim Osman, 51, yang berasal dari Kampung Tunku Husin, Manjoi mengalami cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. - Foto Ikhwan Munir
Jan 6, 2011 3:40 pm

Dunia tanpa warna






Cuba bayangkan dunia tanpa warna, yang ada hanyalah warna hitam dan putih. Bayangkan kepudaran dan kesuraman. bayangkan dunia tanpa keceriaan dan
senyuman.

Apa perasaan kita?

Sanggupkah kita hidup di dunia itu? Berapa lama?


Betapa warna warni itu adalah nikmat anugerah Allah SWT yang cukup bernilai. Namun berapa ramai yang mensyukurinya? Bahkan, kebanyakan kita tidak
pernah mensyukurinya hinggalah nikmat itu ditarik balik oleh Allah SWT.

Inilah hakikat insan "suka menghitung nikmat yang telah hilang". Jika kita ingin mengetahui tentang nikmat warna ini, tanyalah pada orang buta.
Tentu ia akan menjawab dengan linangan air matanya. Betapa ingin dia
melihat warna, betapa setiap hari ia hanya melihat warna hitam yang
tidak bercahaya.

Tidakkah kita melihat betapa warna-warna alam ini menggambarkan halus dan Maha Sempurnanya ciptaan Allah SWT. Betapa warna alam ini menjadi bukti
kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Ada juga manusia yang terhenti jiwanya setakat mengkagumi keindahan alam namun tidak merasa ta'jub dengan Penciptanya.Betapa alam ini adalah
lukisan kebesaran dan keagungan Allah SWT maka rugilah jiwa-jiwa yang
sekadar mengkagumi lukisan tetapi tidak Pelukisnya. 

Lihatlah pergantian siang dan malam, bayangkan jika kita melihatnya untuk kali yang pertama dalam hidup kita. Tidakkah kita menemui kehalusan,
kesempurnaan, kehebatan dan keagungan. Bukankah Allah SWT tidak jadikan
semua ini sia-sia. Bahkan mukmin yang melihat keindahan ini akan
menghubungkan terus kejadian ini dengan hari kepulangannya kepada Allah
SWT. Betapa segala keindahan ini akan sirna, betapa semua ini hanyalah
sementara dan betapa semua kita akan kembali kepadanya sehingga akhirnya
ia terus tersungkur sujud sambi berdoa "Ya Allah, selamatkanlah diriku
dari Api Neraka"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang
yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa
neraka." (Ali Imran/3:190-191)



buta warna? uji lah. haha