Apr 10, 2011

Masalah Sosial Remaja Islam

Ym Tengku Naufal is a great Man yang pernah aku jumpa..firsty, ofcouse kacak..
Beliau juga merupakan Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya
Peguam Syar'ie Wilayah Persekutuan. DBA (Org Change) UniSA, M Sc.(Corp Comm) Uniputra
LL.M(Comm & Corp Law) London dan LL.B (Hons) IIUM. Beliau berkomunikasi dalam Khalayak dengan begitu jayanya.terasa dekat ,peramah dan aku nak terus mengikuti segala perbincangannya sampai ke akhir slot.

Langsung xmengantuk.best!!!

Masalah Sosial Remaja Islam

Apa yang dapat aku perkatakan . Sekiranya pemikiran remaja kita terus bermain dengan nafsu
hancurlahh masa hadapan negara tiadalah pemimpin sehebat Bapa kemerdekaan kita, tiada pemimpian sehebat bapa Perpaduan, bapa pemodenan, yang telah membawa negara kita mampu seiring dengan negara yang hebat di Luar sana.
"Jika Engkau Mahu melihat Masa Hadapan Negara, Lihatlah Remaja pada hari ini".
pembaca-pembaca sekalian. Sedarkah anda ? Anda merupakan Remaja yang akan membentuk 
Negara pada Masa akan datang?Sekiranya kita masih dibelenggu dengan dunia keseronokkan, dunia hiburan,
Tanpa menyedari apa yang berlaku kepada negara kita pada masa akan datang hancurlah negara kita.
dijajahlah kembali negara kita. kerana ketika dan saat ini minda remaja Melayu yang beragama islam sudah pun di jajah oleh yahudi dan nasrani.Dunia Facebook sahaja sudah menunjukkan ramai remaja kita
 lalai sekiranya tidak menggunakan laman sosial itu dgn faedahnya .Jadi mari kita menyelam terus ke dasar dasar laut..untuk mengetahui apa itu masalah sosial? apa punca masalah sosial? dan langkah2 mengatasi.

Apa itu Masalah Sosial?

  • Masalah sosial merupakan krisis nilai melalui perlakuan, perbuatan dan tindakan menyalahi moral, agama mahupun undang-undang.
  • Sering dikaitkan dengan kesan pembangunan prasarana yang tidak seimbang dengan pembangunan rohani.Menurut kajian pada tahun 1989 di dapati meningkatnya prasarana,menurunnya rohani remaja.
  • Dilakukan oleh sesetengah gol.pada setiap lapisan masyarakat, gol.muda dan remaja sering mendapat perhatian.
  • Berpunca daripada pelbagai faktor antaranya ketidakseimbangan status sosioekonomi, ketidakseimbangan
  • status sosioekonomi,ketidakupayaan memenuhi tuntutan umum masy. berhubung status, kejayaan, pekerjaan , yang baik mahupun kegagalan dalam penghayatan agama (Rokiah,2000)

Antara Masalah Sosial yang dilakukan remaja islam 

  1. Salah laku seksual
  2. Bencana Arak
  3. Bencana Dadah
  4. Nakal & Masalah displin
  5. Merokok
  6. Lumba haram/merempit

Antara Salah laku Seksual

  1. Seks bebas
  2. pengguguran bayi luar nikah
  3. pornografi
  4. Berkhalwat
  5. Cinta sejenis

Seks haram,..senario terbaru

300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas.
Sehingga ada yang menggugurkan janin(Shatar Shabran,2009)

melihat dari apa yang berlalu remaja kita sememangnya tiada penhayatan agama.lebih menyedihkan 
apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah 'buat selagi tidak mengandung'. di mana nilai moral remaja kita? yg mementingkan keseronokkan tanpa memikirkan
natijah yang akan berlaku pada masa depan dalam hidupnya terutama perempuan?.
di mana tiada agenda ketuhanan dalam hidup. ilmu pendidikan islam yang mereka belajar di sekolah dahulu
hilang begitu sahaja .A yang tidak memberi apa-apa makna.Ada remaja Muslim yang tahu perbuatan dosa tetapi berkata 'enjoy dulu,nanti taubat2lah'. tapi sedarlah ajal maut semua kuasa tuhan. satu kisah yang boleh di kongsikan ,seorang hamba Allah ketika hayatnya pada zaman nabi dahulu telah melakukan dosa yang begitu besar sekali, pelbagai dosa yang telah di lakukannya,minum arak,berzina..namun dengan kuasa Allah dia mendapat hidayah dari Allah dan tidak lama daripada itu hamba tersebut mati dalam islam.Tetapi lain pula cerita seorang hamba Allah ketika zaman nabi dahulu seorang yang warak,tidak pernah meninggalkan solat, melakukan amalan yang baik, namun satu hari hatinya mula berasa bosan.lalu berniat untuk melakukan dosa ..belum sempat dia membuat dosa. hamba tersebut mati dalam keadaaan berniat untuk melakukan maksiat.Mati dalam di murkai Allah.Allahualam.Sesungguhnya kita sebagai manusia yang tidak sempurna tidak boleh mendosakan dan mempahalakan orang lain.Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui lagi maha menentukan.Jelas kita tidak boleh sewenang wenangnya galak melakukan dosa , nanti2 barulah taubat kerana kita tidak tahu bila ajal kita.Malahan, ada remaja berpengetahuan dan memiliki kesedaran agama,ttpi ia tidak menyentuh jiwa mereka (Shatar Shabran,2009)

Antara Punca Masalah Sosial Remaja (berdasarkan kajian di Malaysia)

Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba-  biology human ketika ini nafsu remaja mula mengelodak.

Pengaruh rakan sebaya - firstly, teenager trust more with friends than parents.tingkatan 1,2 anak-anak lebih pentingkan kawan-kawan daripada ibu bapa

pengaruh media massa - internet , teenager can have video seks and mudah muat turun dalam henfon dgn mudah sekali.

Dahagakan keseronokan- kurang kasih sayang dari ibu bapa yang sibuk bekerja

Sikap keluarga- mengabaikan anak-anak .bapa yang tidak mengambil berat tentang anak.Bapa kurang take care tentang anak2 .lebih memberi tgjwb kepada ibu untuk mendidik.buktinya, lihat apabila ada msyuarat PIBG majoriti kaum ibu yg hadir berbanding bapa yang meletakkan alasan kerja penyebab tidak boleh hadir ke sekolah.

Tekanan emosi- ingin bebas, terlampau di kongkong 

Menurut Prof Abdullah Nashih Ulwan Antara Punca Masalah Sosial
Remaja 

  1. Kemiskinan keluarga
  2. suasana tidak harmoni antara ibu bapa
  3. penceraian dan akibatnya
  4. kurangnya aktiviti remaa untuk mengisi waktu lapang
  5. Pergaulan negatif dan teman yang jahat.
  6. buruknya perlakuan ibubapa terhadap anak
  7. filem sadis dan porno
  8. tersebarnya pengangguran dalam masyarakat
  9. kelalaian ibubapa terhadap pendidikan anak
  10. bencana keyatiman

Cadangan Langkah pengurangan

peranan

ibu bapa -Perlu didikan awal kepada anak2,tekankan didikan agama dan moral sedari awal,mjadi'rakan baik'mereka pada usia remaja, meluangkan masa,sabar dalam mengharungi cabaran

guru- menjadi 'role model' ,penampialn guru perlu lebih dekat dgn jw rmja, komited dalam memerhatikan gerak perilaku remaja 

rakan sebaya-rakan terdekat perlu memainkan peranan utk mnyedarkan rmja berkenaan, skill kemahiran mbantu (psr) perlu didedahkan kpd rakan2 yg berpengaruh.menarik minat remaja bkenaan utk myertai persatuaan yg berfaedah.

Anggota masyarakat-mewujudkan pel. organisasi belia remaja yg dapat menentukan peranan mereka dalam pelbagai bidang, mengaktifkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan utk melatih rmja aktif dalam berpersatuan,memartabatkan seluruh institusi keagamaan islam(mahkamah atau perundangan , pddikan masjd) spy peranan an fngsi institusi berkaitan dapat drealisasikan dgn berkesan.

masalah sosial ini tidak akan dapat di bendung sekiranya langkah2 di atas tidak di laksanakan.Hati lah paling utama untuk melakukan sesuatu tindakan. Bukan mudah untuk mengubah orang lain sedangkan diri sendiri
susah untuk bekerjasama dgn diri sendiri untuk menjadi lebih baik.fikir2kanlah. semoga  kalian get knowledge dr pengkongsian yang aku dapat daripd seminar yg aku pergi ni. sekian terima kasih ^_^

p/s: sekiranya ada kesalahan berbahasa.hrap dmaafkan.

No comments: