Pembedahan Tonsil
Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Sesetengah individu boleh menghadapi infeksi tonsil yang berulang dan teruk.Jika ia memberi masalah kepada individu tersebut, tonsil itu boleh dibuang melalui pembedahan tonsilektomi. Indikasi lain untuk pembuangan tonsil ialah saiz tonsil yang besar yang membawa kepada masalah berdengkur dan jika tonsil itu menghadapi kanser.Pembedahan tonsil mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit dan tidak begitu rumit. Pembedahan akan dilakukan setelah pesakit dibius sepenuhnya dan pesakit tidak akan tahu apa-apa semasa pembedahan.Setelah bius diberikan, mulut pesakit akan dibuka mengunakan alat yang dinamakan retractor. Pembedahan dilakukan melalui ruang mulut sahaja, tiada apa-apa pemotongan akan dilakukan di mana-mana bahagian kulit luar.
Semasa pengeluaran tonsil, akan ada sedikit sebanyak pendarahan yang selalunya dapat diberhentikan dengan kaedah diatermi.
Diatermi merujuk kepada penghasilan haba pada suatu bahagian tubuh melalui arus elektrik berfrekuensi tinggi yang dipasangkan pada kulit pesakit, terletak antara dua elektrod.Sebelum mengeluarkan alat retractor, pakar bedah akan memastikan tiada pendarahan lagi dari kawasan pembedahan. Selepas pembedahan pesakit akan diberikan ubat penahan sakit dan kadangkala ubat semburan tekak dan ubat kumur tekak.Beberapa hari yang pertama pesakit mungkin akan mengalami rasa sakit yang akan menyusahkan proses penelanan. Pesakit dinasihatkan memakan makanan-makanan yang lembut dan sejuk.
Makanan yang pedas juga patut dielakan. Pesakit harus minum lebih banyak air ataupun minuman sejuk. Pesakit juga harus digalakkan bercakap.
Proses penelanan dan percakapan akan membolehkan pergerakan otot-otot di bahagian tekak berfungsi sepenuhnya dan ini akan membolehkan proses penyembuhan di kawasan pembedahan berlaku dengan lebih cepat, justeru rasa sakit akan berkurangan dengan lebih awal.
Proses pemulihan akan mengambil masa lebih kurang satu hingga dua minggu. Proses pemulihan ini boleh berlaku lebih awal lagi jika petua-petua yang saya sebutkan tadi diikuti.
Untuk makluman, pesakit-pesakit yang berada di bawah jagaan saya tidak pernah mengalami sebarang masalah semasa mahupun selepas pembedahan ini. Jadi, usahlah risau.

Disediakan oleh Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Selangor, Dr. Loganathan Athanari.
The human palatine tonsils and the nasopharyngeal tonsil are lymphoepithelial tissues located near the oropharynx and nasopharynx, although most commonly the term "tonsils" refers to the palatine tonsils [that can be seen in the back of the throat]. These immunocompetent tissues represent the defense mechanism of first line against ingested or inhaled foreign pathogens. However, the fundamental immunological roles of tonsils have yet to be addressed.Like other organs of the lymphatic system, some believe them to be involved in helping fight off pharyngeal and upper respiratory tract infections, but there is no conclusive evidence to that effect.An inflammation of the tonsils is called tonsillitis, which causes one's tonsils to become sore and swollen. The most common way to treat it is with antibiotics.
No comments:
Post a Comment