Dalam psikologi, Lima Utama merupakan lima faktor umum atau dimensi ciri personaliti yang dijumpai melalui kajian empirik. Ia lebih merupakan model deskriptif personaliti, bukan teori, walaupun ahli psikologi telah melahirkan teori-teori untuk menerangkan Lima Utama.
Menurut Dr. John A. Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang individu di bahagikan kepada 5 sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali sebagai OCEAN.
5 sifat yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:
§ (O) OPENESS TO EXPERIENCE - Mempunyai sikap terbuka
§ (C) CONSCIENTIOUSNESS - Mempunyai kesedaran
§ (E) EXTROVENT - Bersifat sosial (suka bergaul)
§ (A) AGREEABLE - Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)
§ (N) NEUROTICISM - Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)
Ciri Lima Utama
Opennes to experience
Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu mereka ingin sangat terdedah kepada sesutu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka, dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya.
Mereka mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Golongan ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi.
Orang yang kurang mempunyi sifat dominan dalam ciri ini mempunyai daya presepsi dan pemikiran yang cetek dalam sesuatu hal. Mereka lebih suka pada sesuatu yang terus terang dan kurang kompleks.Mereka mempunyai tangapan (prasangka) atau kekhuatiran (wasangka) yang salah tentang perkara yang berkaitan dengan seni dan sains. Golongan ini lebih bersifat konservatif dan tidak suka pada perubahan khususnya yang drastik.
Sikap terbuka (openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka.Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza.
Kajian juga menunjukkan bahawa golongan yang berfikiran tertutup ini lebih cenderung untuk memasuki bidang pekerjaan seperti pegawai polis , bahagian pemasaran dan jualan dan amat bagus dalam bidang-bidang ini.
Conscientiousness
Nilai mempunyai kesedaraan yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana seorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan,atau satu kualiti yang wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya.
Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya,mengurusnya dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima.
Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu ,menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin , bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized) .
Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu berkerja keras (workaholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”.Tambahan pula, individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran (less adventurous).
Golongan yang kurang mempunyai kesedaran (unconscienctiousness) lazimnya akan di kritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak beramanah.Tetapi, golongan ini tidak akan di copkan sebagai orang yang membosankan.
Menurut satu kajian yang di lakukan,dikatakan bahawa kesedaran kita terletak pada bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-shaped) ,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan bujur (oval shaped)
Extrovent
Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going” , penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif.Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri. Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif.Bagi golongan ini, dunia ini merupakan “Taman Permainan” mereka.Semasa berada didalam kumpulan mereka, mereka suka sangat bercakap,menilai diri mereka dan mendapat perhatian.
Berbanding dengan kumpulan ini terdapat satu kumpulan lagi yang betul-betul berbeza dari kumpulan Extrovent iaitu kumpulan yang di kenali sebagai golongn Introvent. Golongan introvent ini kurang dari segala aspek yang di miliki oleh kumpulan golongan Extrovent. Antara ciri personaliti yang di miliki oleh golongan ini adalah seperti kurang bertenaga, suka persendirian, dan biasanya kurang berhubung dengan masyarkat sekeliling.
Kurang penglibatan mereka dalam masyarakat bukan bermakna mereka ini “Anti-sosial”, sedih (depressed) atau berasa malu ,tetapi mereka ini tidak perlu banyak stimulasi dari persekitaran mereka berbanding dengan yang berada dalam golongan extrovent dan lebih memilih untuk bersendirian .
Agreeable
Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentag sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya. Individu yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini menghargai perhubungan diantara orang ramai .Jadi lazimnya orang yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini berperikemanusian,peramah, suka menolong ,dermawan dan sanggup berkompromi dengan orang lain walaupun dengan kepentingan mereka yang akan mungkin tergugat.
Individu yang senang berkompromi ini mempunyai pandangan yang optimistik terhadap manusia, mereka senang melihat pada kebaikan yang ada pada orang. Individu yang senang berkompromi ini senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang lain.Mereka dapat mengekalkan status populariti mereka dengan baik.
Individu yang kurang mempunyai trait ini meletakkan kepentingan diri sendiri daripada bergaul dengan orang ramai .Mereka tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain dan tidak kisah akan pandangan orang ramai tentang diri mereka.Kadang- kala mereka berprasangka terhadap motif orang lain dan ini membuatkan mereka bersifat wasangka , tidak berkerjasama dan kurang peramah.
Tetapi keburukan memiliki.trait ini ialah antaranya orang ini kurang sesuai untuk membuat kerja-kerja yang lasak atau yang memerlukannya membuat keputusan yang berpendirian yang kukuh contoh dalam bidang koprat.Individu yang sebaliknya pula boleh menjadi seorang saintist, pegawai tentera,ahli koprat, pengkritik, ahli perniaga atau tentera.
Neuroticism
Trait ini merujuk kepada mereka yang kebiasannya berpandangan negatif. Mereka yang bertahap tinggi dalam trait ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang spesifik contoh seperti kemarahan, kemuraman (depression), ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu, tapi kemungkinan orang ini akan merasakan lebih dari salah satu emosi-emosi negatif ini pada satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga.
Mereka dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada padangan atau response orang lain adalah biasa.Reaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan.
Mereka lebih tercenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal sebagai mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang sangat susah.Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya golongan ini tertekan sepanjang masa. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini tidak dapat berfikir secara logik.
No comments:
Post a Comment