Jan 30, 2012

Datangkan ujian.

Kenapa Allah datangkan ujian kepada kita?
sebab Allah sayangkan awak.
Allah datangkan ujian.supaya awak sentiasa mengingatinya.
sentiasa beristifar setiap kali terbuat dosa atau sengaja membuat dosa.
Allah sayang kat awak.
Awak jangan risau . Allah menyayangi orang2 yang bersabar.
Jangan sesekali cuba untuk melawan perkara yang sia2.
Allah sengaja ciptakan watak yang membuat hati awak gelisah.
tak tenang dan sedih. sbb Allah nak awak sedar tak semua yang
kita buat orang suka. dan setiapnya ada berlawanan. awak bersabar la yer.
segalanya ada hikmah.



Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku 
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan 
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan 
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

ku bersyukur hanya padaMu tuhan 
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....



2 comments:

diriku said...

sebak membaca entry ni...mentik air mata kesedaran...

NadhZ said...

yep..ayat yg terlahir dr sy.
n lirik lagu nasyid yg indah