DEFINISI AQIDAH ISLAM
Pengertian akidah berasal daripada perkataa bahasa arab “ عقيدة”
iaitu pecahan daripada perkataan :aqd / عقد yang umumnya bermaksud ikatan atau
simpulan. Daripada ikatan atau simpulan maknawi ini lahirnya perkataan “Akidah”
iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam ideology atau
kepercayaan.
Pengertian akidah
dari sudut bahasa ialah sesuatu yang menambat hati seseorang. Daripada itu,
pengertian tersebut digunakan sebagai anutan seseorang terhadap pemikiran dan pendapat
yang diimaninya dan meresap ke dalam hati sanubari yang akhirnya membentuk
tindak tanduk dan tingkah lakunya. Terdapat juga pendapat yang mentafrifkan
manusia sebagai makhluk yang boleh dipimpin dari dalam dirinya iatu segala
kepercayaan dan seseuatu yang diimaninya. Menurut kamus Al-Misbah Al-Munir,
perkataan “aku beriktikad” bermaksud menambat hati sanubari padanya dan
perkataan “akidah” bermaksud sesuatu fahaman yang dianuti oleh seseorang
sehingga dia mempunyai pegangan yang baik dan tidak diragui. Oleh itu, dapat
difahami bahawa tidak semestinya “akidah” tu sahih, barulah dinamakan akidah.
Hal ini kerana ada kalanya akidah itu betul dan ada kalanya salah iaitu akidah
yang salah.
Pengertian akidah
dari sudt istilah pula, para ulama islam menggunakan perkataan akidah ini yang
bermaksud ilmu yang membahaskan perkara yang wajib dipercayai dan diimani oleh
seseorang dengan adil yang sahih dan menyakinkan. Takrifan lain pula menyebut
bahawa akidah secara menyeluruh ialah pendapat dan fikiran atau anutan yang
mempengaruhi jiwa manusia, lalu menjadi sebahagian daripada manusia,
dipertahankan dan ianya adalah benar. Akidah juga sesuatu yang dipegang teguh
dalam hati dan tidak dapat beralih daripadanya.
Takrifan lain juga
ada menyebut tentang maksud akidah. Akidah islam ditakrifkan sebagai “ kepercayaan
atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai mutlak, yang tetap dan
kekal, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh
islam iaitu kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh di dalam jiwa sehingga
tidak mungkin akan terurai atau tertutup walau apa jua suasana dan keadaan.”
Takrifan ini bertetapan dengan garis panduan yang ditunjukkan al-quran dalam
ayat ini.
Firman Allah SWT :
لا إكراه في الدين قدتبين الرشد من الغي فمن يكفر بالطاغوت ويؤمن
بالله فقد استمسك بالعروة الوثقى لا انفصام لها والله سميع عليم
Maksudnya: “ tidak ada paksaan untuk (memasuki)
agama (islam). Seseungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang
sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Taghut (menyembah selain
allah SWT) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang
kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
(surah al-baqarah:256)