Be Positive (kerja dan belajar)
Baru seminggu aku mula bekerja dan berhijrah ke bandar baru bangi, selangor. kerana mendapat rezeki pekerjaan di sini. Subhanallah. Allah permudahkan perjalanku selepas aku pulang dari mengerjakan umrah. Mungkin di sini tapak permulaan aku untuk lebih maju kehadapan dan aku berharap cita2 aku untuk menjadi seorang guru/pensyarah/tenaga pengajar tercapai dengan gayanya. Aku tahu bukan mudah untuk mencapai tahap hidup yang senang .Kerana bersusah susah dahulu. agar bila kita senang kita dpt kenang betapa susahnya kita dahulu. Hidup ni bukanlah mudah. Tapi sebenarnya Allah sentiasa memudahkan kita. belajar erti syukur. Walaupun hari ni kita dapat makan roti satu keping sekali pun kita tetap kena faham makna bersyukur. sebab apa Allah masih memberi rezeki pada kita. Allah masih memberi rezeki untuk kita bekerja.
Bila kerja dalam tekanan?
tak de kerja yang tenang. xde kerja yang relex. bila di katakan kerja. Maka akan ada tekanan di dalam setiap pekerjaan. Tekanan tu xlari. mcm mana nak elak dari tekanan tu. cuba berfikir secara positive. Aku jadikan Rasulullah sebagai sumber inpirasi aku dalam bekerja. Sebab apa. Rasulullah lagi hebat dan bersabar dalam melaksanakan kerjanya. Mcm mana Rasulullah bersusah payah pasti umatnya memeluk islam . bila dia dilemparkan mcm2 hinaan dan d'ugut bunuh. Kenapa perlu kita yang bekerja dalam keadaan negara yang aman, office yg ada aircord, tempat kerja yg bagus. tapi masih merungut kerja banyak dan mcm2 lagi. itu lumrah. xkan nak makan gaji je. Kerja itulah gaji kita kan....Sentiasa setkan kembali minda . perbetulkan niat. ingat! niat kerana Allah taala setiap kali memulakan pekerjaan. Sebab Allah akan sentiasa membantu kita sekiranya kita bekerja secara berhikmah dan ingat pada MAHA ESA
belajar?
belajar sambil bekerja. mcm mana nak handle ek?
ok, thinks positive again. selagi umur masih muda. selagi tenaga masih ada. amik peluang utk sambung pelajaran sambil bekerja. Bukan apa. ilmu itu terlalu meluaskan... rugi kalau xhabiskan belajar.
hehe. pandai pulak aku yg menyoal. aku yg menjawab. inilah cara aku untuk positive kan diri sendiri
Be Positive :)
No comments:
Post a Comment