Oct 22, 2008
Jom Baca Novel Tautan Hati
korang tak akan menyesal bila baca novel ni..
pas aku baca novel ni.....
bertaubat terus,,..
ahaks..
thankz pika..bgi pijam...
aku baca 2 kali tau..
kau pun tahukan..hehehe..
pas aku baca novel ni..aku trus nak cari novel
islamic macam ni..
sape2 yg ada jmpa novel best kongsi2 ler..
bila aku baca novel ni..
baru aku faham erti persahabatan,pgorbanan
macam2 lagi laa..
korang akan dpt byk byk byk info baru bila bca novel ni..
teraju utama.aish yusra..kagum sguh dgn perwatakan dia..
ni aku amik dr laman novel tautan hati..
(copy+paste dr ukhwah.com)Sesuai untuk dibaca,dihayati, dan dihadam oleh mereka yang bergelar du’at. Hadiah untuk Muslimat Dakwah. Panduan untuk mereka yang ingin bercinta…yeker? Bacalah sendiri review di bawah… Tautan Hati begitulah judul terbaru karya novelis muda remaja yang baru sedang meningkat, Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Pemenang tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006 bagi novel pertamanya MAWAR BERDURI merupakan graduan jurusan Fiqh & Psikologi, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,UIAM. Kini, Tautan Hati muncul sebagai novel kedua beliau. Karya yang sarat dengan mesej-mesej dakwah, kemanusiaan, cinta, dan kehidupan terus menjadi formula beliau dalam menghasilkan novel ini. Garapan yang penuh berbakat terserlah dalam novel ini, malah ada ketikanya saya merasakan Tautan Hati telah menunjukkan peningkatan diri penulis dalam bidang penulisan. Teknik pengimbauan semula(flashback) yang begitu baik diaplikasikan menjadikan Tautan Hati lebih manis untuk dihayati. Latar belakang kampus utama UIAM yang dicorakkan dengan baik tentu sahaja dapat dikesan dan dihidu oleh para pembaca yang sedang menimba ilmu di tempat itu sehingga merasakan seolah-olah ia sedang berlaku dalam hidup seharian. Kisah dakyah pelajar bukan Muslim di kampus bertitlekan Islam,
gaya hidup bercoupling yang bebas, kehidupan sosial sesetengah mahasiswa, adalah antara senario rutin yang diterapkan dengan baik sekali oleh penulis dalam Tautan Hati.
Seperti karya yang terdahulu, penulis memilih watak utamanya seorang Muslimah Muslehah yang terlibat dengan teraju dakwah di kampusnya. Kehidupan seharian yang terjaga menurut syariat, halangan dan cabaran
berdakwah kepada rakan sekampus, serta pengalaman-pengalaman hidup yang pelbagai dan tidak kurang juga ujian cinta remaja yang amat berat, tentu sahaja menyemarakkan rasa yang amat mendalam bagi jiwa mereka yang membacanya. Garapan penulis yang amat bijak mengambil latar kampus, membuktikan bahawa golongan sasarannya ialah para du’at yang berada di alam itu. Tidak terlepas juga, golongan remaja secara umumnya boleh juga mengambil manfaat hasil penghayatan terhadap novel ini, Insya Allah. Untuk mereka yang terperangkap dalam persoalan cinta anta-anti atau cinta saya-awak, Tautan Hati mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama. Bagi yang mengenali penulis dan pernah membaca dua karya beliau sebelum ini, novel MAWAR BERDURI dan cerpen hatiKU MILIKMU, novel Tautan Hati menghidangkan sesuatu yang amat menarik yang seakan ‘menggabungkan’ dua karya sebelumnya yang pastinya menarik minat anda untuk memiliki dan menghayatinya. Dapatkan novel terbaru daripada Fatimah Syarha Mohd Noordin terbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan hayatilah hasil bakat kurniaan Allah kepadanya serta pastikan diri anda beroleh ’sesuatu’ daripadanya, Amin.Kepada penulis, saya berbesar hati mengucapkan Jazakillah khairan kathiraa wa Barakallahufiek atas karya dakwah yang diterbitkan secara komersial ini. Mudah-mudahan usaha dakwah melalui penulisan ini dinilai oleh-Nya sebagai amal yang berpanjangan, Ameen Ya Rabbal ‘Aalameen. Review oleh: Abu ‘Ammar Ibn Ibrahim
novel Tautan Hati
Aiwah!Ana takjub!Moga cinta ini disandarkan padaMu yaALLAH^___^
Kapsul pembuka minda muslim hari ini:
"Jauhi cinta yang berlebihan dan cinta yang dilarang,sebab itu adalah azab bagi jiwa dan penyakit bagi hati.Segeralah mohon perlindungan kepada Allah,berzikir kepadaNya,dan sibukkan diri anda dengan ketaatan kepadaNya"
Sekian dulu buat hari ini,Moga,hari ini lebih baik daripada semalam,inshaALLAH.Aseef jika ada salah silap,Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang kurang itu datang dari kekurangan diri ana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment