Oct 3, 2009

Gelang krstal


Aku ske gelang krstal..skrg bru ada 4 dlm simpanan.yg ats tu ada 2 jer.hehe..2 lagi tertgl kat umah aku kat muo..so tak dpt nak snap.frst, mak aku bg time brdy aku hrganya rm50.tp bkan krstal kot.sbb lau pkai sjuk jer..mcm jed..
tp warne pple..yg aku beli sndri 3 jer..mula2 15ringit,10 rngt..kali ketiga aku beli dah jd rm 9.90..huhu.bersilau2 lau pkai.entah bpe rngt pas nie..last2 nti jd 1.90 ..huahua.lau leh nak kmpul byk2..

Sep 25, 2009

raye

tak sempat nak ucapkan,
Selamat hari raya
maaf zahir dan batin
kepada semua kawan2,czn,pmbce blog nie,..
nothing spcial la raya thun nie..
nak kata hpy tak hpy
nak kata sad.tak sad
anwy org yg pernh merasa frm6 je tau apakah tekanan yg dhadapi saat2
nak menduduki exam sbnr Stpm..
daaa..^_^

Aug 29, 2009

cerita 29Aug

salam

adui batuk aku menjadi2..nak stdy pun tak fks..huh..bkn aku je yang batuk..satu fmly batuk..so pagi tadi pergi la klinik keluarga kat labis tu..biasa r doktr ye duk tnye skt apa n sibuk dgn kmptryer..adui tak tahan siut..sakit stu bdn ..lepas g klnk tu bpak aku ronda2 lak kat segamat..sje je nak tgk keta honda idamannya.huhu..mgusya usya honda idmn yer 2.. tp tak buy pun..pas tu g lak kedai prbut ..kdai prbt terpakai.tak buy gak..duk tgk.tp takde yg bknan.


ha ni adk aku..tak macam mke aku pun kan..adk bgsu aku yg ske brgan..hehe.ske gdoh ngan dia..umo bru 14thn..spe2 ngan berknlan sila dail no telefon anda..jejejeje.(dia yg sruh letak pic dia kat sni,myibuk je).sampai umah dalam kul 1..tenghri 2.. fuh panas ..lepak aku atas katil..rasa nak berbke jew..pape pun alhamdulillah walaupun tak sihat masih bertahan sampai la berbke..







sekian
p/s: doakan aku dapat wat terbaik dlm trial exam stpm 2sep..

Jun 26, 2009

sahabat




sajak ni akan aku hantar ke Gapena.wajib hantar.1cerpen dan 3 puisi.nanti lah cerpen lau rajin aku post kat blog.leh korang bace hehe..

Sahabatku

Sahabat,
Kau pernah berkata,
Akan kita cipta kejayaan bersama
Mengengam ijazah dengan penuh bangga

Namun aku akui itu,
Bila kau kata
itu hanya mimpi,
hanya mimpi bagimu,

tapi kenapa begitu pantas?
ku rasa semalam kita melakar impian
kini kau pergi sahabat
pergi di saat kau di perlukan.

Ya,Allah
Sedih ..,
Sedih hati ini
Insan yang selama ini di sisi
Hilang buat selamanya..

Sahabat,
Hanya Al-fatihah ku kirimkan,
Dan ingatan mekar
Janji kita,
Akan aku teruskan perjuangan ini.
Semoga kita bertemu di syurga nanti,

nukilan:nurul nadhrah

Jun 21, 2009

UM+TimeSQ+Tanjung Pyai+Taman Negara (penghujung sltn tnh besar Asia)

Assalamualaikum,
1stly nie lah pic2 tempt yg aku pergi time cuti tu.bermula pergi UM n g timesquare.Aku g lak penghujung selatan tanah besar Asia.Dapat sijil lagi pergi situ huhu..
penghujung Selatan Tanah Besar Asia










tempat penginapan
tanjung pyai,Johor






UM(Muziuz Seni Asia)













Bjya tmesQuare









selesai
P/s:dah lame tak post sampai tak tau nak bercoleteh apa.hehe





































Apr 30, 2009

Tmdg

SPA,
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah layak untuk menduduki peperiksaan PENERBIT RANCANGAN GRED B27 pada tarikh,masa dan tempat seperti berikut..
huhu..itulah slh stu petikan yg aku amik dr surat twrn aku utk mduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan penerbit rancangan gred27..12mei ni kalo tak ada aralmelintang..aku g tmdg yer..kat RTM JB..dlm surat tu aku akan laluai ujian amali yg mgandungi 2seksyen iaitu
Seksyen A- suara
seksyen B- penyampaian...
pape pun aku tak letak pape harapan..just hrp dpt pglman yg bermakna nanti..huhu

Apr 26, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KualaLumpur




terbka 1 blog seorg mmbe blog ni..ctew pasal sekitar lawatan ringks dia di PBAKL. aku nak sgt g pesta buku Antarabanga KL ni skali lgi..tp tu laa..spe yg nak bwk g sne..huhu..
thn lepas pun aku g ngan cousin aku..sklga, sblum kitaorg mlepak ke pulau pgkor ..aku sorg je joint fmly dia..org dah ajak g jelaa.huhuhu..mse kat sne aku pun blur nak bli bku ape..coz huh,mcm2 adaa..so time tu aku bli buku ayat2 cinta ,and 1 lagi...karya Habiburrahman El Shirazyhuhu terjemahan ayat2 cinta..tp tu laaa still kat mmbe aku..enth bila nak plg bku tu..anwy,hrp2 dpt g lagi..
ni pic aku amik dr mmbe blog aku yg g sne..srnk yer..novel yg aku nak pun ada..pemilik cintaku setelah Allah & rasul..

Buku terbaru Fatimah Syarha Mohd Nordin di booth Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ini dalam kaca pameran, jadi tak dapat nak dibeli.kata 'nya laa..huhu.aku rasa fatimah syarha kian popular..kalo korg bce novel2 terbitan diaa..ana tahu klian2 smua akan tertaut dgn hasil karya nya..huhu..berdakwah dlm penulisan novel..smbil mbaca dpt ilmu..seronok pe..smga kak fatimah dpt mnjd novelis yg terkemuka..aku rasa..pndpt aku laa.karya habiburrahman El shirazyhuhu pun leh tahan jiwang dlm ayat2 cintaa..tp karya fatimah syarha..cintanya tak la jiwang..tp byk berdkwah..best ..ada gak dpt keinsfan..

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul


Selepas Tautan Hati..Inilah novel karya Fatimah syarha yg terbru..myidola novelis ,,bru2 ni aku dgr dia berdsksi ttg novel tautan hti di IKIM..n novel terbru dia Pun mnrk aku utk mbeli..tp aku tak smpt nak bli..just aku g laman web dia terlbh dhlu..tak sbr nak bce..huhu
Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

Apr 18, 2009

Modal insan?

salam,
dlu aku tertnya gak apa tu modal insan..
so,utk pgetahuan aku n spe2 yg masih tertnya apa itu modal insan..
ambil perhatian..hehe

Definisi:- Modal-Sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu
yang lain/buah fikiran,idea
Insan-Makhluk yg dicipta oleh Allah S.W.T yang tidak terlepas daripada
Kealpaan

Minda kelas pertama (definisi)

minda kelas pertama ialah sebagai “individu yang berpengetahuan, berdaya saing, memiliki
budaya berprestasi tinggi, integriti dan mempunyai nilai moral yang utuh

Perspektif Islam
Sumber manusia (human resource) yang menjadi pemacu kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.
Tidak mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional sahaja tetapi juga melibatkan pembangunan spiritual..


skian,.teme kasih

Apr 7, 2009

tRial Muet

salam,
lame'yew tak post blog,..Semalam 6April aku menduduki trial MuEt..
huh cepat'yew masa berlalu..exam MuEt yg sebenar 25April nie..Just W&R jew..Alhamdulillah boleh jwb..Aku ni lemah ckit English..bukan ckit tp banyak...nak dpanjangkan cerita aku tulis mgunakan tulisan besar so byk la ckit nmpk aku mgarang esei tu.3helai mke kertas jwpn...haha..tp oklaa ,tak sgka sblm exam tu aku duk bce artkl pasal computer ..skali keluar soalan pasal..computer and mobile phones.................No better!..what u think?..keluar r gak idea mencurah2..tu jew aku ingat soalannye..coz kertas soalan kena pulang lik..huhu
huh,malu lak rasanyew kwn aku yg stdy kat upnm tu,him bant 5 tu..aku dengan rendah dri'ew ckp just stkt ni dpt bant 3 ujian muet thn lepas.huhu..tp dia dah bg tip ckit..okla tu..mcm ckg pulak duk bg tip kat aku..huhu..tp bgus gak dia ni..semua bahasa dia tau..bahasa jepun,jawa,enth ape lgi.lupa dah aku..huhu..papepun gd luck tuk dia..antara kwn aku yg byk bg nasihat..thankz hfzdn ^_^..
so,11mei nanti exam pertengahan tahun..cepatkan..pastu percubaan StPm..hayaaii..tak sbr nak jwb paper last stpm..huhuhu..nak cepat2 masuk Universiti..Kalo dizinkan Tuhan..aku nak sgt masuk UPM..amik kesusasteraan atau bimbingan dan kauseling..ckg bagi pendapat suro msk Universiti tu..tP tgk laa ada rzki..tp smkin lama byk pulak dugaan mnimpa..of couse dlm sek..mcm2 kna wat..hrp2 ak leh sbr n tabah dgn dugaan tu..
"Ya Allah kau permudahankanlah jalanku untk mdapat kerdhaanmu..semoga aku berjaya dalam mcapai kemenangan dan kejayaan hasil usahaku dr rahmatmu"

Jan 3, 2009

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO DR. FADZILAH KAMSAH:

salam,

Skadar kajian yg dlakuan..baik dtgnya dri Allah..buruk dtgnya dr dri sndri..perbaiki dri..
Tingkatkn lgi keimanan diri,
JANUARI
- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- Suka mendidik dan dididik
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan dan hasil
- Suka smart, kemas dan teratur
- Bersikap tenang dan sensitif
- Berfikiran yang mendalam
- Pandai mengambil hati orang lain
- Pendiam kecuali selepas diransang
- Agak pemalu
- Daya tumpuan yang sangat tinggi
- Mudah mendisiplin diri sendiri
- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
- Bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya
- Cukup sayang pada kanak-kanak
- Suka duduk dirumah
- Setia pada segala-galanya
- Perlu belajar kemahiran sosial
- Sikap cemburu yang sangat tinggi.
FEBRUARI
- Berfikiran warak
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak
- Intelligent ,bijak dan genius
- Berpesonaliti yang mudah berubah
- Mudah menawan orang lain
- Agak pendiam,pemalu dan rendah diri
- Jujur dan setia pada segalanya
- Keras hati untuk mencapai matlamat
- Tidak suka dikongkong
- Mudah memberontak apbila dikongkong
- Suka kegiatan lasak (Kerja luar)
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
- Mudah mempamerkan marahnya (emosinya)
- Tidak suka benda yang remeh-temeh (banyak guna otak kanan)
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Sangat berani dan mudah memberontak
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
- Pemerhatian yang tajam
- Suka hiburan dan sukan
- Suka benda yang bersifat seni (hindustan)
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- Kecenderungan pada benda yang tahyul
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- Belajar untuk mempamerkan emosinya
MAC
- Berpesonaliti yang menarik dan menawan
- Mudah didampingi
- Sangat pemalu dan pemendam rasa
- Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)
- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sangat peka kepada orang lain
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas dan kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- Kelam-kabut dalam memilih pasangan
- Suka dengan hiasan rumah tangga
- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)
- Tidak terlalu moody
APRIL
- Sangat aktif dan dinamik
- Cepat bertindak,buat keputusan tetapi cepat menyesal
- Sangat menarik dan pandai memanjakan diri
- Punya daya mental yang sangat kuat
- Suka diberi perhatian (diberi pujian)
- Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain.
- Suka adventure
- Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah
- Emosi cepat terusik
- Kecenderungan bersifat dendam
- Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas)
- Kelam-kabut dalam membuat keputusan
- Kuat daya ingatan
- Instint power, gerak hati yang sangat kuat
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
- Berpenyakit disekitar kepada dan dada
- Mudah dan terlalu cemburu
MEI
- Keras hati dan degil
- Semangat dan bermotivasi tinggi
- Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
- Berfikiran tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Perasaan yang amat mendalam
- Cantik dari segi fizikal dan mental
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Suka berangan
- Kuat daya firasat(memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu)
- Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
- Daya khayalan yang tinggi
- Berfikiran tajam
- Pandai berdebat
- Bentuk fizikal yang baik dan menarik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
- Tidak berapa suka duduk dirumah
- Tak mempunyai ramai anak
- Tak boleh duduk diam
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros
JUN
- Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)
- Mudah tertawan kerana sikap baik
- Berperangai yang lemah lembut
- Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood
- Idea yang terlalu banyak didalam kepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera
- Bersikap suka menagguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
- Cepat marah tapi cepat sejuk
- Suka bercakap dan berdebat
- Suka buat lawak dan bergurau
- Otaknya cerdas dan berangan-angan
- Mudah dan pandai berkawan
- Orangnya sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan
- Bersikap terlalu memilih dan cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka
- Suka barangan berjenama
- Kedegilan yang tidak terkawal
JULAI
- sangat seronok didampingi
- banyak berahsia dan sukar dimengerti (lelaki terutamanya)
- agak pendiam kecuali dirangsang
- ada harga dan maruah diri
- tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
- mudah dipujuk dan bercakap lurus
- sangat menjaga hati orang lain
- sangat peramah
- emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
- berjiwa sentimental
- jarang berdendam
- mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
- tidak suka benda yang remeh temeh
- sangat peka, caring, mengasihi sayang
- membimbing cara fizikal dan mental
- layanan yang serupa dengan semua orang
- tinggi daya simpati
- pemerhatian yang sangat tajam
- suka menilai orang lain dengan pemerhatiannya
- mudah dan rajin belajar
- suka muhasabah diri
- suka mengenang peristiwa lama atau kawan lama
- sensitif tapi lambat untuk pulih
- suka mendiamkan diri
- suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- tak agresif, kecuali terpaksa
- lemah dari segi kesihatan perut
- mudah terkena kanser payudara
- mudah gemuk kalau tak kawal diet
- suka duduk di rumah
- terlalu mengambil berat
- rajin dalam membuat kerja
OGOS
- suka berlawak
- orang yang mudah tertawan kepadanya
- sopan santun dan caring terhadap orang lain
- berani dan tidak tahu takut
- orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
- pandai pujuk orang lain
- terlalu pemurah, tetapi bersikap ego
- nilai harga diri yang sangat tinggi
- dahagakan pujian-pujian
- cepat marah dan mudah mengamuk
- mudah marah apabila cakapnya dilawan
- mudah kasihan pada orang lain
- cepat cemburu
- daya pemerhatiannya tajam dan teliti
- fikiran yang mudah berdikari
- suka memimpin dan dipimpin
- sifat suka berangan-angan, berbakat dalam bakat senilukis, hiburan dan silat
- cepat sembuh bila ditimpa penyakit
- belajar untuk relaks
- ada sikap kelam kabut juga
- romantik, pengasih dan penyayang
- suka mencari kawan
- cepat berfikir dan teliti
SEPTEMBER
- sangat bersopan santun
- mudah bertolak ansur
- sangat cermat teliti dan teratur
- suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
- pendiam tapi pandai bercakap
- sikapnya sangat cool
- sangat baik dan mudah simpati
- sangat prihatin dan berperinci
- amanah, setia dan jujur
- kerja yang dilakukan sangat sempurna
- sangat sensitif yang tidak diketahui
- orangnya banyak berfikir tapi pendiam
- daya pentaakulan yang baik
- otak bijak dan mudah belajar
- suka mencari maklumat
- kawal diri dari terlalu mengkritik
- pandai mendorong diri sendiri
- mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
- simpan rahsia
- suka sukan, hiburan dan melancung
- kurang menunjukkan perasaannya
- terluka hatinya sangat lama disimpan
- terlalu memilih pasangan
- sukakan benda yang luas
- kerja bersistematik
OKTOBER
- cukup seimbang
- suka kepada orang yang sayang padanya
- suka ambil jalan tengah
- sangat menawan dan sopan santun
- kecantikan luar dan dalam
- tidak pandai berbohong dan berpura-pura
- mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
- sentiasa suka berkawan
- hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama
- ada kala cepat marah
- macam mementingkan diri sendiri
- tidak menolong orang kecuali diminta
- suka melihat dari perspektifnya sendiri
- tak suka terima pandangan orang lain
- emosi yang mudah terusik
- suka berangan-angan dan pandai bercakap
- emosi yang kelam kabut
- daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
- suka melancong, bidang sastera dan seni
- pengasih, penyayang dan lemah lembut
- romantik dalam percintaan
- mudah terusik hati dan cemburu
- ambil berat tentang orang lain
- suka kegiatan luar
- sukakan keadilan
- boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
- ada kalanya mudah patah semangat
NOVEMBER
- banyak idea dalam kepala
- sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya
- berfikiran terkehadapan
- berfikiran unik dan bijak
- penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa
- pemikiran yang tajam
- daya firasat yang sangat halus dan tinggi
- bagus untuk jadi doktor dan kerjaya yang hampir menyamai
- cermat dan teliti
- dorongan seks yang agak tinggi
- personaliti yang dinamik
- sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
- terlalu degil dan keras hati
- apabila hendak diusahakannya sampai berjaya
- tidak suka marah kecuali dikacau dan digugat
- mudah ambil berat tentang orang lain
- pandai muhasabah diri
- cara berfikir lain daripada orang lain
- otaknya sangat tajam
- pandai mendorong diri sendiri
- tidak hargai puji-pujian
- kuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
- apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
- badan yang tough
- kasih sayang dan disayangi sangat mendalam
- romantik
- yakin dengan hubungan kasih sayang
- suka duduk di rumah
- sangat rajin berkemampuan yang tinggi
- amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia
- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
- bercita-cita tinggi
DISEMBER
- sangat setia dan pemurah
- bersifat patriotik
- sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
- sikap kurang sabar, kelam kabut dan tergesa-gesa
- bercita-cita tinggi
- suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
- sangat menarik dan seronok didampingi
- suka bercampur dengan orang lain
- suka dipuji
- diberi perhatian dan dibelai
- sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
- tidak pandai berpura-pura
- ada kalanya cepat marah
- perangai yang berubah-ubah
- tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
- benci kepada kongkongan
- pandai buat lawak dan memikir dengan logik