Jun 1, 2010

saka

 

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.


mereka yang menjadi sasaran Saka


Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
    
     Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan
    di hadapan   manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.



klik sini untuk melihat tentang saka lebih lanjut



p/s: saka juga pernah berlaku dalam keluarga belah bapa ku....dan pernah terkena kepada atuk aku..sekarang semakin pulih namun kami semua terpaksa bersabar dengan karenahnya ..
sesungguhnya sabar itu ada ganjarannya..
semoga atuk sihat hendaknya..


No comments: