May 4, 2010

syabab musafir kasih

syukran
thankz for abg eddy 

sbb sngup carikan novel syabab musafir kasih 
kat pesta buku antarabangsa.
buku ni pun sedang aku baca..
 sgt2 menghiburkan dengan keletah syabab.. 




copy frm blog muslim87
Syabab seorang anak yatim, yang kematian bapanya. Dia tinggal bersama ibunya dan juga abang dan kakaknya yang bermasalah. Abang da kakaknya adalah golongan yang bermasalah di dalam kampung itu. Lantaran hal tersebut, ibu mereka sering dicaci oeh orang kampung. Syabab pula dengan kenakalannya.
Disebalik cacian orang kampung, masih ada insan yang bersimpati dengan Syabab, iaitu Nur Mumtazah. Beliau seorang pelajar universiti tempatan yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Syria. Beliau banyak mengajar adab-adab kepada Syabab, mendidik Syabab.
Nur Mumtazah mempunyai dua orang adik iaitu Imtiyaz dan Nur Najihah. Imtiyaz rapat dengan Syabab, manakala akaknya, Najihah sebagaimana orang kampung yang lain, membenci Syabab.
Kisah ini menarik dengan watak Syabab yang sangat menyayangi Nur Mumtazah. Sekiranya Syabab terlalu nakal, maka Nur Mumtazah akan mengugut dengan menyatakan "Nanti akak balik U". Dan Syabab apabila mendengar kata-kata itu nescaya dia akan menghentikan perbuatan nakal itu.
Nur Mumtazah melanjutkan pelajaran ke Syria, bagai satu halilintar bukan sahaja buat Syabab, bahkan buat Mumtazah. Linangan air mata mengiringi pemergian Mumtazah. Si ibu hairan, apakah anak perempuannya itu menangis kerana mahu berpisah dengan ibunya atau kerana tak sampai hati meninggalkan Syabab keseorangan. Air mata itu buat Syabab. Syabab merayu Mumtazah jangan pergi dan berjanji tidak akan nakal lagi.
Pemergian Mumtazah, ditangisi Syabab. Dia bercampul dengan budak-budak nakal yang sebelum ini selalu membulinya. Dia mengenali rokok, gam walaupun dia tidak sampai menghisap gam itu. Walaupun begitu, orang kampung memberikan kepercayaan kepada Syabab untuk mengembala lembu-lembu mereka.
Kepulangan Mumtazah, bersama suaminya Ustaz Mursyid, menemukan mereka dengan Syabab yang berbeza. Syabab yang telah berkerjaya sebagai pengembala lembu orang kampung. Mereka cuba memujuk Syabab untuk sambung belajar. Kedegilan Syabab luntur jua di tangan mereka.
Di sebalik semua itu, Syabab seorang yang pintar dalam subjek Bahasa Arab dan Agama.
Syabab tidak mengambil SPM, dia lari ke bandar, bertemu seorang budak Cina yang meminati bidang aminasi. Dia mendapat pula kerja sebagai model.
Akhirnya Syabab kembali ke kampung, menjadi seorang dai’e yang teguh dengan pendiriannya. Dan apa kesudahannya?
Tiada cerita tanpa cinta Adam dan Hawa. Sudah pasti dalam novel ini disentuh jua. Syabab menyambung belajar di bumi Syria. Bumi yang sama dihuni oleh Najihah dan Imtiaz. Najihah masih memandang rendah Syabab. Dia tidak tahu Syabablah pemuda yang disayangi ulama Syiria Shaikh al-Habnakah. Syabab pernah menentang seorang polis yang menangkap Shaikh al-Habnakah di dalam masjid. Ketika itu, Shaikh sedang membacakan kitab al-Iqna’ dalam bab jihad. Tanpa disedari, Syabab jua sebenarnya sedang bertalaqqi membaca al-Quran bersama salah seorang saudara Shaikh al-Habnakah.
Konflik demi konflik muncul di dalam novel ini. Bagaimana dengan Ustaz Mursyid yang dulunya kental dengan jiwa dakwah kepada penduduk kampung, akhirnya luntur dan tenggelam dengan kehidupan dunia, sedangkan Mumtazah merindui suaminya yang dahulu, dai’e kepada penduduk kampung.
Konflik bagaimana Syabab cuba menangani kakaknya yang menjalin hubungan dengan bekas teman Syabab yang juga seorang samseng dan sekarang ditambah dengan mat rempit. Akhirnya ada nyawa yang terkorban dalam misi suci Syabab membebaskan akaknya dari dunia remit. Nyawa siapakah yang terkorban?
Pengakhiran cerita, bagaimana Najihah meminati Syabab, dan Syabab meminati pula Mumtazah yang sudah kematian suami, menjadi balu dengan beberapa orang anak. Syabab memilih Mumtazah berbanding Najihah yang masih dara dan cantik. Cinta Syabab teruji.
Sebelum bernikah, Syabab di saji dengan dua pilihan yang lain, Najihah dan jua cucu Shaikh al-Habnakah. Syabab memilih Mumtazah jua.
Tapi pernikahan tidak terhenti disitu. Shaikh al-Habnakah masih mengharapkan Syabab. Mumtazah rela berkorban, diam-diam, dia sudah berutus emel dengan cucu Shaikh. Apa pula pendirian Syabab?
wsalam,

No comments: