Sep 28, 2010

Saya cukup Tahan

Menangis sendiri, sakit sendiri,
 Tersedu sendiri, tersedak sedak sendiri,
Bermasam muka sendiri..
Terkedu sendiri.
Teresak sendiri.
Menahan segalanya sendiri.

Tiada siapa tahu..

Hanya kerana senyuman ini tak pernah henti di ukir.



“tuhan usah bebankan kami,. Dengan bebanan yang berat..”
Seperti mana yang kau berikan kepada umatMu yang terdahulu

Nadhz Nulna

Sep 21, 2010

Monolog : The Contest

Nadhz Blogspot
Mempersembahkan……..
          Sebuah karya Sulung Mr.Homosapiensz
http://homosapiensz.blogspot.com/2010/09/official-monolog-contest-begin.html

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,

hanya sekadar menyertai Monolog the contest dari blog Mr.homosapiensz.huhu

Tergempar! Hehe. Mal nak wat cerpen. Mag xsabar nak baca. Synopsis je dah agak saspen. Mesti banyak konflik dalaman . aku nampak kontes ni dari blog dia sendiri http://homosapiensz.blogspot.com pas dia tag pasal cerpen yang bakal beliau hasilkan sms d Fb. So, sebagai kawan dalam dunia maya ni. Sentiasa flow .. hehe.dan mau joint monolog the contest dia ni laa.. Mau dapat adiah n wit raya.. haha.ok jum 
 Synopsis 


Monolog menceritakan kehidupan Iqmal (watak utama) selepas kematian isterinya yang menghidapi satu penyakit misteri dan pada masa yang sama melahirkan anak sulung mereka, Adam. Sedikit demi sedikit rahsia perbuatan isterinya selama ini dibongkarkan dan diceritakan melalui teknik 'flashback' watak utama. "Monolog" yang dimaksudkan ialah, selepas kematian isteri Iqmal iaitu Aisyah. Iqmal menjadi tidak keruan. Hilang arah. Berlaku monolog dalaman antara fikiran positif dan fikiran negatif. Selepas itu, monolog itu semakin menjadi-jadi walaupun bukan kehendaknya. Adakah ia satu monolog? Ataupun satu mesej yang ingin disampaikan oleh suatu entiti? Ataupun bisikan entiti yang ingin menghancurkan hidupnya? Atau kekeliruan personaliti (split personality) dia? Nantikan penerbitan cerpen "Monolog", Eksklusif di Blog homosapiensz,blogspot.com. Mungkin terdapat pelbagai kejutan lagi kerana cerpen ini merupakan cerpen spontan Mr.Homosapiensz!
ni hasil aku..

Ok dok  mal.. huhu.. ni je mampu hasilkan secara spontan sambil tengok dak senior wat sketsa dalam kelas..huhu
lau ada salah silap. sila tegur ya.. 
Yang flashback,entity,split personality tu amik dari synopsis mal jer. Hoho..
sekian,
TAMAT

line sesangat mengada

Semua xley nak wat. update blog pun punya la susah. berjam2 nak masuk sini.

M S aku:  2hari hujan kat sini. lebat gilew
2hari gak berhujan. kuyup ..time balik kelas.
kes lupa bawak payung.
Kafe pun menyakitkan hati.
Malas nak komplen..
debate untuk class EFC : about "sekolah Harapan"..
laptop . xformat lagi..
susah gilew nak mencari bahan untuk asgmt sosiologi.
 kena g  UKM  lagi,
PTPTN .. mcm !*****!

hm, Kecik punya hal.. xde masalah..
saBo je.huh

blog aku ni dalam proses ubahsuai... teme kasih yg sudi berkjung.

p/s : mal , pasal Monolog tu. dalam proses .. tunggu ya. hehe.
    

Sep 15, 2010

puasa enam di bulan syawal

terima kasih kepada Asma Qhadeeja berkongsi ilmu 
mari berusrah bersama..

tentang Puasa Enam di Bulan syawal.


Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari‘at Islam juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berpuasa di luar bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunat dan terbahagi kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunat adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t. berfirman (Hadis Qudsi):

“Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah melanjutkan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1151 (Kitab al-Siyam, Bab keutamaan berpuasa)] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Para pembaca boleh merujuk ke kitab al-Shahih al-Musnad min Fadhail al-Amal susunan Syaikh Ali bin Muhammad al-Maghribi (Dar Ibn ‘Affan, Riyadh, 2000). Di antara jenis puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Puasa sunat inilah yang akan saya kupas dalam risalah ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]


Darjat Hadis Puasa Sunat Enam Syawal.

Hadis yang menjadi dalil puasa sunat enam Syawal adalah sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Sebelum ini ada segelintir pihak yang meragui kesahihan hadis ini. Keraguan tersebut adalah sia-sia kerana hadis ini diriwayatkan dari beberapa sahabat dan memiliki banyak jalan periwayatan. Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam menjelaskan:

“Hadis ini nyata kesahihannya, ia datang dengan tiga jalan periwayatan selain jalan di atas (yang dikemukakan oleh Imam Muslim). Ia juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dengan tiga wajah (yang berlainan) sehingga dikatakan: Sesungguhnya ia adalah hadis mutawatir. Ini kerana al-Dimyathi telah menghimpun semua jalan periwayatan hadis ini dan sanadnya dari dua puluh orang perawi, kebanyakan mereka hafiz dan thiqat.” [Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 533]


Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?


Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa‘id al-Khudri berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1991 (Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]



Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Hanya saja terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan: Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara rambang?


Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.


Walaubagaimana pun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan keumuman firman Allah s.w.t.: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran 3:133]


Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ilmuan, adakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini membuahkan dua pendapat.


Pendapat Pertama membolehkannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah berkata: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban kerana sibuk (melayani) Rasulullah s.a.w..” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1146 (Kitab al-Siyam, Bab mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Syawal). Dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayai Rasulullah” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yangbernama Yahya bin Sa‘id.]


Para ilmuan yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah, yakni Aisyah, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.


Pendapat Kedua tidak membolehkannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”


Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.


Pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua kerana lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini ditambah dengan ayat 133 surah Ali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih disegerakan dari amal yang sunat.



Ada pun dalil yang digunakan oleh pendapat pertama, ia hanya satu andaian. Mereka hanya membuat andaian bahawa Aisyah telah berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Yang benar Aisyah tidak menerangkan sedemikian. Bahkan jika diperhatikan dengan cermat keterangan Aisyah, terdapat isyarat bahawa beliau juga tidak berpuasa sunat enam Syawal. Ini kerana jika beliau sentiasa sibuk melayani Rasulullah sehingga ke bulan Sya’ban, bererti beliau sememangnya tidak sempat untuk berpuasa tanpa mengira sama ada ia puasa wajib (mengqadha puasa Ramadhan) mahu pun puasa sunat (enam Syawal).


Di sini mungkin ada yang bertanya: “Ehh! Takkanlah isteri Rasulullah tak puasa sunat enam Syawal?” Pertanyaan ini dijawab, bahawa umat Islam generasi awal, termasuklah Aisyah, tidak memahami Islam dalam bentuk juzuk-juzuk kecil sebagaimana yang difahami oleh umat Islam masa kini. Mereka memahami Islam dalam konteks yang luas lagi jauh ke hadapan. Bagi mereka, amal yang memberi manfaat kepada orang ramai diunggulkan di atas amal yang memberi manfaat kepada diri sendiri. Amal yang besar manfaatnya diunggulkan di atas amal yang sederhana manfaatnya. Amal yang memiliki manfaat jangka panjang diunggulkan di atas amal yang memiliki manfaat jangka pendek.


Justeru jika Aisyah tidak berpuasa sunat enam Syawal, ia bukanlah satu kekurangan. Ini kerana memberi tumpuan melayani Rasulullah s.a.w. memiliki manfaat yang besar untuk umat Islam seluruhnya untuk jangka masa yang panjang.





Ibadah Puasa Bukan Syampu Rambut 2 Dalam 1.


Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa mengemukakan apa-apa dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu rambut 2 dalam 1.


Padahal ia adalah satu persoalan yang amat berat. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:


“Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [al-Baiyinah 98:05].


Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.


Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan tiada dibenarkan oleh Allah s.w.t.. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.”

http://www.facebook.com/?tid=1560995939891&sk=messages#!/notes/jehad_fisabilillah/puasa-sunat-enam-syawal/159703077373542

selawat~

Sep 14, 2010

Mengapa Orang mencipta virus?

Mengapa orang mencipta virus komputer

Berbeza dengan virus biologi, virus komputer:

    * tidak mengembangkan diri;
    * tidak wujud secara spontan dan tidak dicipta oleh pepijat atur cara biasa; ia dicipta secara sengaja oleh para pengaturcara atau orang yang menggunakan perisian mencipta virus; dan
    * hanya boleh membuat apa-apa yang ditetapkan oleh pengaturcara.

Para pencipta virus mempunyai berbagai-bagai alasan untuk mencipta dan menyebarkan perisian jahat. Virus-virus telah dicipta sebagai projek penyelidikan, usikan, dan laku musnah, serta juga untuk menyerang produk syarikat-syarikat tertentu, menyebarkan pesanan politik, dan memperoleh keuntungan daripada pencurian identiti, perisian pengintipan (spyware), dan pemerasan kriptovirus.

Sesetengah penulis virus menganggap ciptaan mereka sebagai seni, dan melihat penulisan atur cara virus sebagai suatu hobi yang kreatif. Tambahan pula, banyak penulis virus menentang rutin-rutin yang ditulis semata-mata untuk melakukan pemusnahan. Selain itu, banyak penulis virus juga menganggap sistem-sistem yang diserang oleh mereka sebagai suatu cabaran intelektual atau satu masalah logik untuk diselesaikan. Ini berganda apabila permainan kucing dengan tikus itu terhadap perisian anti-virus dijangka.

Sesetengah virus bertujuan untuk merupakan "virus baik". Ia menyebarkan perbaikan kepada atur-atur cara yang dijangkitinya, atau menghapuskan virus-virus yang lain. Walaupun demikian, virus-virus sebegini adalah agak jarang. Ia masih menelan sumber sistem, dan mungkin akan menjejaskan sistem yang dijangkitinya tanpa sengaja serta juga kekadangnya dijangkiti oleh virus yang lain dan bertindak pula sebagai vektor untuk virus jahat. Tanpa disengajakan, atur-atur cara "virus baik" yang tidak ditulis dengan teliti juga boleh menjadi virus yang mendatangkan keburukan pada dirinya (umpamanya, 'virus baik' yang sebegini boleh salah mengecam fail sasaran dan dengan itu, salah menghapuskan fail sistem). Tambahan pula, ia biasanya bertindak tanpa meminta sebarang kebenaran daripada pemilik komputer. Oleh sebab kod penyalinan diri menimbulkan banyak kerumitan, adakah sesuatu virus yang bertujuan baik boleh menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih baik, berbanding dengan atur cara biasa yang tidak menyalin diri, boleh dipersoalkan.

Dengan pendek kata, tidak adanya satu jawapan yang tunggal yang mungkin merangkumi seluruh demografi penulis virus yang begitu luas. Dalam kebanyakan bidang kuasa, pembebasan virus komputer (serta juga cecacing) merupakan suatu jenayah komputer. Sila lihat juga rencana Berita BBC: Mengapa orang mencipta virus komputer.



lebih lanjut :    Virus komputer - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.html

Sep 13, 2010

tentang iinii


'Aku tidak bisa menjanjikan kebahagiaan untuk mu.kerana aku tidak pasti kau adalah jodohku. Aku tidak mahu membina kenangan manis bersama mu. Kerana Aku takut kehilangan mu. Sekiranya Kau bukan jodoh Ku.. Jadi aku berserah pada takdir.Sekiranya kita terputus bertahun pun. jiKALAU sudah tertera kau adalah JODOH ku.. ku kan BAHAGIakan mu hingga ke syurga..dan akan ku pastikan kau juga jodohku di syurga nanti.. ' puitis cinta ~                                         By Nadhz Nulna

Sep 12, 2010

simple raya

hi meh nak story pasal RAYA. yang xseberapa seroNok ;). NadhZNulna MempersembahKAN,
eh feMOS juga nickname aku ni kat Fb. Pergi mana2 diorang pangil aku dengan nama 2.
hi! nadhznulna!.. hye kak nadhz nulna.. terbelit2 lidah. haha. hai nadhz nulna cyg. hah tu lagilah mgGEDIK!
Simple RAyA


yang ini Adik bongsu aku
MASA ni khamis dan esok Raya 
Cari Baju RAYA adik laki
Dekat TANGKAK
tp menyibuk jgk. cari baju. haha. kasut . n otherslahh.
masa mcari bju ry kitaorg kat SEGAMAT isnin lalu.
hampir 2rts lebih kowt 3pasang
itu pun dah tawar menawar .lau boleh my Mom nak free. bru senang ati.haha.
xlahh mcm tu kan..




ni pulak adk aku yang ke 3.
Sory xnampak muke dia pulak.
ahaha
ni dalam kul 1 pagi.mlm khmis kowt..
aku, adik aku  n along g expo kat Tanjung Aga ke mas?
lupa pulak tanjung per.
teruk punye org Muo.
tempat sendiri pun xingat.
keliru ckit.
Kat sni sempat beli tudung ,beg, ngan baju.
abang aku belanja.. 
hoho. tu yang amik kesempatan ikut walau kul 1pagi.
lepak sampai kul 3.. baru sampai umah.
tudung tu last2 aku bg je kat my mom.
sebab rasa mcm xcocok deh dengan aku.
 last2 tudung sesuai jumpe kat tgkak. ehehe.



                                                                          pagi RAYA.
ni atuk aku.


my kazen kecik. Kanak2 riang ria RAYA.








                                                            Adik n Aku 
Adik aku gak ..


Along aku. baju ni.. patut yer xpayah lah pakai. dah 2thun. bju time dgn ex tunang dia ag. tp dia ..enthhlahhh.
hrp2 dah lupakan. n cepat2 dalam awek baru yang baik.amin!
ni Kazen aku at Melaka.
mag wajib bila nak balik kolej atau pergi kolej lepak umah dia terlebih Dahulu
SAzzy Noey.
ada iras x?
macam sazzy falak?.
haha

coment sendiri lahh.

Sep 7, 2010

Terfikirkah?

(Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.)


Mudah atau Susah?


salam takzim,




terfikir tentang ini,.. Adakah manusia perlu hidup terus senang atau susah dahulu?

zaman globalisasi kini, sememangnya remaja kita celik dengan kemudahan.

hidup senang?, selesa?.pergantungan dengan ibu bapa yang kedua-duanya bekerja.

dari sudut pendidikan pula. Remaja sekarang mudah untuk mendapatkan ilmu dengan

hanya klik di hujung jari. berbanding dahulu. bersusah payah untuk ke perpustakaan 

yang memiliki beribu-ribu buah buku yang perlu di cari dengan segera.

amalan copy and paste juga satu tindakan yang semakin hari semakin menjadi dalam kalangan generasi muda

untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

makin pemalas?

hasilnya. masih tak faham apa yang di kajinya, mengenai tujuannya dan kualiti dalam menghasilkan 

sesuatu projek tu.


Sedar atau Tidak.


kita terbuayai dengan mainan dunia. Kita terleka dengan nanyian dunia..

sampai kita Tak sedar ada yang menanti kita.



situs paling di gemari.. dan menjadi trend dan kemestian setiap remaja adalah..

FAceBook.......wow, 95% mereka yang online akan membuka laman facebook terlebih dahulu. FAKTAR!.

budak darjah 5 , 6 dah ada facebook. memang mudah kan teknologi sekarang,

yelah 24 jam boleh mengakses pelbagai sumber. ehh, perasan tak?. lalai tu semua.

sembang ,coment mengomen entah pape. mengutuk, menghina entah pape. letak gambar entah pape.

terbukak sana sini. megah dengan status. relationship kat facebook. tu waa tak faham.. 

nak bagi couple mereke cemburu, cerai berai pun puncanya daripada facebook.

yang cintan cintun menunjuk-nunjuk kat facebook pun belambak.

sayang, ayang, baby, b ,pa, ma  pujuk memujuk dekat wall tu.. eyurrrrrrr. waa nak muntah. nak manja2 pun. agak2 lah.

xder hp dah ker?sah2 tu privacy kita kan.. yang nak di tayang2 tu ape bende yer..

tu yang cepat jew putus .. tu bukan cinta.. cengkodok namanya,, nak manja2 tu.. senyap2 sudah kan. ahaha.

mesej la ngan byprenz n grlprez hang anytime.bukan menunjuk kat wall tu rite!...

xsalah ada facebook.. tapi perlu bijak lah. Guna untuk kepentingan yang menghasilkan kebaikan dan manfaat.

bukan sia-sia.. Blog pun.. Bg isian yang berguna untuk pembaca. bukan main promote diri lu tu bajet bagus,

cakap mengarut jehh.. itu hal penulis blog 2 laa kan.. ehh, yang waa nak jg tepi loptop mereka apa hal lak kan.

sowy2.. 


jalan-jalan lagi.


kita fikir hal ni pulak..


kes pembuangan bayi.

menjadi2 bukan?.... ni siapa sebenarnya puncanya?. jantan ke betina?.

kedua2 nya lahhh... pondan, les, gay, bapuk, pkid, atau orang asli dalam hutan tu?

ehhh, jaga diri sendiri je la.. tak payah jaga orang lain.

lau macam tu sikap kita... musnah lah keindahan islam dalam bertegur sapa.

yang saling menjaga tatasusila antara satu sama lain.

tapi masalahnya.. orang kita sekarang. Mana boleh di tegur. nanti kene saman,

lau saman tu ratus ringgit boleh la, tapi main saman juta. 

tegur je.. pangil kuncu2 nya.. kasi belasah.. tegur je melenting  mak oiiii..

so, macam mana nak tegur orang yang terang2 buat salah??

hmmm, kita guna jela pendekatan yang dah ada ni.

seperti post entry tentang kesedaran dkt blog ni.. supaya. yang dapat hidayah tu terbaca.

and bertaubat.. i't s true? huhu


next,


ni apa sebenarnya matlamat kerajaan tubuhkan sekolah harapan?

harapan?.. bukan untuk pelajar2 yang bakal cemerlang hingga dpt anugerah.

bukan juga sekolah pelajar pinta.tapi sekolah untuk pelajar yang hamil.. anak luar nikah..??

yang halal ok la lagi. emmm, mungkin ada hikmah.. tapi apa kesan yer??????????

adakah makin ramai pelajar dekat sekolah tu atau semakin berkurang nanti pada akan datang?


fikir2lahh.


Melaka tangguh buka Sekolah Harapan ke 16 Sept ini



MELAKA, 1 Sept — Sekolah untuk remaja hamil dikenali Sekolah Harapan yang dijadualkan mula beroperasi hari ini, ditangguhkan pembukaannya ke 16 September ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata penangguhan itu disebabkan beberapa keperluan logistik seperti pengambilan staf masih belum dapat dipenuhi oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
“Buat permulaan, kita perlu lima ke enam orang staf wanita seperti guru, warden dan kaunselor,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas askar British di pejabatnya di Seri Negeri di sini, hari ini.
Sekolah Harapan itu akan beroperasi di sebuah bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad di Jasin dan setakat ini, seramai tiga orang remaja telah memohon untuk memasuki sekolah itu.
Mohd Ali berkata MAIM juga sedang mencari calon yang sesuai untuk menjawat jawatan pengetua sekolah itu dan berharap dapat melantik pendidik yang berpengalaman dan berdedikasi seperti pesara guru agama yang cemerlang.
Beliau berkata mereka yang berminat untuk menjawat pelbagai jawatan secara sepenuh atau separuh masa boleh terus menghubungi MAIM dan calon berpengalaman seperti pesara guru dan bekas pembantu kebajikan masyarakat digalakkan memohon.
Katanya kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 setahun untuk mengendalikan sekolah itu meliputi tempat tinggal, makan, minum dan kos bersalin untuk remaja tersebut.

mungkin ada sebab kenapa kerajaan tubuhkan sekolah harapan... mungkin ada kesan baik.......... tapi tengok jelahh.. wit dah keluar banyak ni... lau xde hasil .. xtaw lah kan...... 
sO, renungkanlah.. berfikirlahhhh.. 
aku pun tengah berfikir ni. nak berubah.. jangan wat keje last minit.. hahahah....
n jangan suka copy and paste.. heheh.. same2lah yer kita berfikir....

Syukran


Dunia ini umpama lautan yg luas. 
Kita adalah kapal yg belayar
di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. 
andai muatan kita adalah

iman, dan layarnya takwa, 
nescaya kita akan selamat dari tersesat 
dilautan hidup ini



Sinopsis, tema, watak,...seterusnya

perlu ada ni dalam menghasilkan sesuatu karya cerpen, dan novel..
  1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
  2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
  1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
  2. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.

  1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
  2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
  3. Pelukisan   watak   itu   boleh   dilakukan   secara langsung   atau    secara    tidak    langsung   olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
  4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
  5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
  6. Watak pipih  lazimnya tidak kompleks,  tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
  7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
  8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
  9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
  10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
  11. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin   diktator,   koruptor,   penjenayah,   dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.

  1. Plot     ialah    sesuatu    yang     menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
  2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
  3. Susunan   cerita  bergantung   pada   fantasi   dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.  Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
  4. Teknik  penyusunan  plot  yang   menarik   ialah penyusunan  peristiwa  secara   tidak  kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
  5. Permulaan   plot   ialah   peringkat   permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
  6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
  7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
  8. Perumitan   menuju   kepada   puncak   (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
  9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang  puncak dijadikan  pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
 
  1. Teknik   plot   ialah   cara   pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
  2. Antara   teknik   plot   termasuklah   seperti   yang berikut:
(a)    Imbas kembali
  1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
  2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b)    Imbas muka
  1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
  2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c)    Saspens
  1. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d)    Konflik
  1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
  2. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
  3. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e)   Kejutan
  1. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
  2. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
 (f)   Dialog
  1. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
  2. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau   fikiran   yang berkaitan dengan tema.
 

Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar   penting   dalam   mengembangkan   tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
 Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
 (a)  Latar tempat
Merupakan   ruang   atau   tempat   peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
 (b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
 (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
 (e)   Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.


Sudut Pandanqan (Aspek pilihan sahaja)
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
 Teknik sudut pandangan:
 (a)   Sudut pandangan orang, pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan.  Sudut pandangan ini  disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita iru dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
(b)    Sudut   pandangan   orang   ketiga   tidak terbatas
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
 (c)   Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang    tidak    menceritakan    semua peristiwa atau  watak tetapi  hanya  akan memilih      watak-watak      tertentu      dan penceritaannya  tertumpu  kepada  mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
 (d)   Sudut pandangan objektif
Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.
 


Jenis Gaya Bahasa
Huraiannya
(a)  Diksi
  • Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
  • Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat
  • Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c)   Personifikasi
  • Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
  • Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
  • Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,    benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile
  • Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
  • Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e)   Metafora
  • Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
  • Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f)   Hiperbola
  • Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
  • Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g)   Sinkope
  • Bermaksud penyingkatan perkataan
  • Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima
  • Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
  • Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i)   Asonansi
  • Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
  • Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam   baris  Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(j)   Aliterasi
  • Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
  • Contohnya: pengulangan konsonan dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
(k)  Pengulangan
  • Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
  • anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
  • epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
  • repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l)   Perlambangan
  • merupakan   kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
  • contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
  

Antara contoh nilai ialah:
  1. Baik hati
  2. Berdikari
  3. Hemah tinggi
  4. Hormat-menghormati
  5. Kasih sayang
  6. Keadilan
  7. Kebebasan
  8. Keberanian
  9. Kebersihan mental dan fizikal
  10. Kejujuran
  11. Kerajinan
  12. Kerjasama
  13. Kesederhanaan
  14. Kesyukuran
  15. Rasional
  16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.


Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita hendaklah ……..
-     Kita seharusnya…….
        Jika  nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita jangan….
-     Kita tidak boleh….    
  …diikuti dengan contoh dalam teks.   

CATATAN:  Nota di atas diimbas dan disusun semula oleh Webmaster berdasarkan beberapa buah buku yang terdapat dalam sublaman Buku Rujukan. Untuk mendapatkan nota yang lebih lengkap serta latihan, dapatkan buku-buku itu di pasaran.