Oct 2, 2010

CEMBURU



Betapa Syahdu,
Merdu,indah
Suara alunan Qariah

Mendayu-dayu,
Menyentuh jiwa,
Betapa Agung Cipta TUhan
Yang Maha Kuasa

Menangis,
menitis air mata ini,
Cemburu dengan anugerah Yang di berikan
Tuhan kepadanya.

Aku inginkan itu,
Tapi aku tidak terdaya,
Suaraku tidak semerdu itu,

Aku tidak pandai bertaranum
Mengalun,Melagukan
Bunga-bunga Syurga
Yang penuh makna

Aku benar-benar
Cemburu, Cemburu,Cemburu.

1 comment:

Mo hA said...

susunan indah penuh makna. harap dapat didengari kelak.