Oct 18, 2010

Kalau kita .....

Fatimah syarha wall
Kalau kita suka bersms dan call lelaki, insyallah kita akan dapat suami yang suka sms dan call dengan perempuan. Kalau kita suka keluar dengan lelaki, insyallah kita ada suami yang suka keluar dengan perempuan. Kalau kita suka menjaga diri, insyallah kita akan dapat jodoh yang suka menjaga diri. Pilihlah nak yang mana?...

comment  :


Salam..akak sye nk tye ni,
akak ckp 'Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa'?
Boleh bg penjelasan yg lbih jelas?
Cmne lau ALLAH dh tntukn JODOH kte?



ana pun kurg jelas sikit tntg "Takdir blh berubah dgn usaha dan doa"..hehe..blh akk jelaskan lagi.beri lebh fhm lagi..




fatimah syarha comment: 


Cuba rujuk kitab-kitab Tafsir, ulama menyebut bahawa Allah menyediakan sebuah kediaman untuk kita di syurga, dan sebuah kediaman untuk kita di neraka. Ini menunjukkan bahawa amalan kita mempunyai PILIHAN samada menuju syurga atau neraka. Semuanya sudah ada dalam ILMU ALLAH. Jika nanti kita masuk neraka (nauzubillah) bolehkah kita salahkan Allah ini semua kerana takdir Allah? Allah boleh berhujah balik dengan kita bahawa Dia telah bekalkan kita fitrah yang baik, akal yang sihat, pancaindera dsb untuk kita KENAL DIA dan pilih amalan ahli syurga, tapi kita tetap pilih amalan ahli neraka.
Berkaitan jodoh kita, semuanya DAH ADA DALAM ILMU ALLAH. Bagaimana peribadi orangnya itu, bergantung pada PILIHAN kita sebab Allah dan janjikan wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Kalau kita pilih amalan orang yang bergaul bebas, maka adillah bagi Allah menentukan peribadi jodoh kita orang yang suka bergaul bebas juga. Jika kita suka membaiki diri, insyallah jodoh kita pun seorang yang suka membaiki diri. PILIHLAH nak peribadi yang mana, Kemudian tentukan siapa orangnya...

No comments: