Dec 8, 2010

hamba sembah hamba?

Bismillahirrahmaanirrahim

Hamba sembah hamba…anda bisa melihat ramai golongan manusia yang menyembah hamba ataupun makhluk, mereka tidak menyembah Allah SWT yang mencipta sekalian makhluk.
Mari kita menyoroti sejarah…sirah Rasulullah SAW, bagaimana gelapnya kehidupan zaman jahiliyyah, kehidupan yang jauh dari sistem manusia yang sihat dan bertamadun, kejumudan dan keterbatasan mereka kerana yang berkuasa dan kaya berkuasa keatas yang lemah dan dhaif.

Masyarakat jahilyyah tidak mampu mengembangkan produktiviti, otak mereka dibataskan oleh golongan berkuasa, oleh kerana kelemahan dan kedhaifan masyarakat ketika itu mengakibatkan kehidupan adalah untuk terus hidup bukan menambah nilai ataupun maruah diri.

Yang lemah terus menyembah dan taat kepada yang berkuasa untuk terus hidup.
Sehinggalah kemuculan ISLAM, jika sebelum itu masyarakat terpaksa taat dan patuh kepada golongan yang berkuasa (menyembah mereka) demi meneruskan hidup, kini mereka di muliakan dengan Ad Din, dari sembahan “hamba kepada hamba” kepada sembahan “Allah pencipta segala hamba-hamba”, tiada beza diantara kita kecuali iman dan taqwa.

Islam telah membetulkan konsep pemikiran umat manusia, jika sebelum kemunculannya perspektif masyarakat kepada wanita adalah pembawa bala ataupun sial, kini para wanita bersyukur dengan kedatangan Islam, mereka dipandang mulia, darjatnya diangkat sepertimana di sebut di dalam al Quran dan Sunnah Nabawiah.

Begitulah cantiknya sebuah agama yang menepati fitrah, agama yang menjaga setiap sudut maslahah manusia, keamanan manusia, keadilan kepada semua pihak, yang tidak mempunyai cacat cela pada sistemnya, seperti ideologi-ideolgi ciptaan manusia yang mana akhirnya hancur kerana tidak lagi menepati zaman dan maslahah manusia, inilah agama yang datang dari Allah SWT.
Kita akan mulia bila kembali kepada sembahan hamba kepada Allah SWT, kerana Allah SWT maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, manusia akan hina dan tercela, bila mereka menyembah makhluk, apabila mentaati sistem rekaan manusia, patuh dan taat kepada makhluk demi meneruskan hidup, tidak lagi merasa kebergantungan hidup dari Allah SWT yang maha pencipta.

Selagi umat ini tidak sedar dari terus bergantung kepada makhluk kepada bergantung kepada Allah SWT, mereka akan terus hina dan dina, lihat sahaja negara-negara umat Islam, berapa buah negara yang mampu berdiri dengan kaki mereka sendiri tanpa bergantung kepada kuasa besar? negara mereka diserang dan diperlukan seperti binatang…
semuanya kerana meninggalkan Ad Din ini, akibat ketidak percayaan lagi kepada ad Din sebagai jalan hidup.
Umat ini harus melakukan satu revolusi jika mahu membaiki nilai hidup dari kehinaan kepada kemuliaan, hanya SATU jalan, iaitu kembali berpegang kepada ad Din (al Quran dan Sunnah), mengambil semua sistem dan ajarannya sebagai satu manhaj hidup.

Percayalah selagi sembahan “hamba kepada hamba” manusia akan terus hina sehinggalah mereka kembali kepada sembahan “hamba kepada Sang Pencipta”.
Wallahu Ta’ala A’lam.

No comments: