Bergelar seseorang manusia,kita tidak dapat lari daripada menerima kritikakan sama ada positif atau negatif,dicaci dan dihina oleh insan lain.Mungkin kritikan yang positif diberikan kerana niat baik menegur diri untuk membaiki dan juga memberi nasihat kepda diri ini atau seseorang tidak selesa dengan sikap kita.Sebagai manusia biasa tidak lepas melakukan kesalahan dan kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja. Oleh itu, manusia lain mampu menjadi cermin buat kita.Seharusnya kita bersangka baik kepada orang yang memberi kritikan kerana tanpa kirtikan yang membina mungkin kita tak mampu melihat kelemahan dan kekurangan dalam diri kita.Bagi manusia yang suka mencerca dan menghina sebenarnya mereka tidak merasa puas hati terhadap kelebihan orang lain.Dalam erti lain,orang yang menghina dan mencerca orang lain sebenarnya telah menghina diri sendiri dan menimbulkan persepsi negatif orang yang mendengarnya
Namun,sebagai manusia kita dikurniakan akal untuk mengimbangi dan menilainya secara positif dan tidak mengambil berat atau terlalu fokus apa yang dikatakan orang lain terhadap kita,kerana kita tidak mampu menuntup mulut manusia daripada bercakap.Mari kita lihat dari sudut yang lebih dalam jika manusia biasa di caci,di hina dengan kata-kata sedangkan Allah Yang Maha Pencipta,Maha hebat,Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal inikan kita hanya manusia.
Di dalam meniti arus kehidupan ini kita akan melihat pelbagai kerenah dan ragam manusia.Kebanyakkan manusia lebih suka mencari kesalahan dan kesilapan orang lain tanpa menilai diri sendiri iaitu mencermin pada diri sendiri.Jika manusia sebegini yang suka mencari kesalahan dan kesilapan orang tetapi tidak mencerminkan dirinya orangnya mungkin sukar menerima kritikan.Oleh itu,dalam kehidupan kita selalu memberi,memperbaiki,mempengaruhi serta berusaha bagun setelah jatuh dan dalam usaha kita untuk bagun dengan semangat baru mungkin kita tidak terlepas menghadapi segala kritikan yang sinis,pedas dan menyakitkan.Mungkin juga tidak mustahil seseorang itu akan dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri ini kerana manusia atau masyarakat lebih kuat mengingati kejahatan atau keburukkan daripada kebaikan yang pernah dilakukan.Kritikan juga adakalanya mampu membina semangat atau juga menjatuhkan sesorang dan menjadikan kita kuat .Namun, semuanya terletak pada diri kita untuk menilai dan menerimanya.
Ingatlah,orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh.Mereka mungkin marah,sakit hati dan benci dengan kebaikan,ilmu,harta dan kejayaan kita.Jadi berwaspadalah apa yang mereka katakan.Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan negatif dan cemuhan.Jika hati kita terasa terusik,ini bererti kita telah membenarkan atau mengiyakan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita.Cara yang terbaik yang kita boleh lakukan ialah dengan terus menunjukan akhlak yang baik.Usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita.Ini kerana setiap kritikan yang negatif itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita.Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.
Katakanlah (wahai Muhammad):Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.” (Ali-Imran :119)
Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnian-Nya.” (At-Taubah:74)
Sebaliknya,jika kritikan itu adalah mempunyai asas kebenaranya dan bersifat positif perlulah kita menerima dengan hati terbuka.Sesungguhnya masih anda insan lain yang sudi memberi kritikan positif buat anda.Cuba cari kebenaranya yang di katakan adakah kita seperti yang dimaksudkan? Jika “ya” anda perlu melakukan perubahan dan memperbaiki diri anda.
Oleh itu,lihatlah kritikan dalam sudut yang positif dalam mata hati kita...semoga kita dapat menjadi orang yang optimis dan mampu menjadi terbaik walaupun saat digugat oleh kritikan,cemuhan dan celaan orang lain
No comments:
Post a Comment