Feb 27, 2011

pingat emas dalam acara petanque


       Ahad,27 februari 2011 Stadium Kuim-Melaka.. kemenangan pertama yang di perolehi pasukan go go win dalam acara petanque minggu Ko-kurikulum Anjuran Exco Sukan dan Rekreasi MPM telah menaikan nama cos sarjana Muda psikologi Sem 2  Kolej Universiti Islam Melaka.Ketua pasukan berkata kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa kerjasama dalam pasukan.." Alhamdulillah,kejayaan yang tidak di jangka oleh kami, kerana saingan begitu senget dan kami tidak mengharapkan apa-apa kemenangan.terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir memberi sokongan padu untuk kami" antara permain nurul nadhrah, nudra shafinie, hafizah dari cos sarjana muda psikologi dan hafida dari pengurusan pentadbiran islam.. Masing-masing dari Akademi pengajian islam.Manakala pingat perak juga di menangi  pasukan smp hurehhh dari API.Sehubungan itu,Mata tertinggi keseluruhan acara juga telah di menangi fakulti API yang bersaing dengan Fakulti perniagaan, Fakulti kejururawatan dan lain-lain.
                                                                                                                                      
                                                                                                                               By:Nadhz nulna



mingguku ini..

Salam

lama aku x lepak2 ngan blog aku..minggu yang sangat sibuk.
dengan asgmnt yang memuncak.. hujung minggu bersama askar wataniah.
dengan minggu koku lagi.. uh!! tidur yang tak cukup. beserta mata yang
agak layu,mayu, mcm2 la. hmm, penat gak la. if xde buat pape yang menyakitkan.
dalam markas askar wataniah je. aku banyak bantu2 senior. nak joint latihan.diorg suruh lex2 lu. belum dpt No badan.. so, agak di manja2 kan r..
dah dapat nanti.. air mata jadi peneman setia kot. ahaks..
alhamdulillah. di minggu koku.. dalam sibuk2. aku masuk acara petanque.
team aku go go win!!!!!!.. haha.. comey2 .. kitaorang dapat emas dalam acara petanque .dan telah menaikkan nama fakulti API dan ofcouse la SMP.. ahahah..
yes!!!.. huhuu.. agak2 teruja gak r..untuk bulan feb ni je.. aku telah menemui sahabat aku.
yang dah 11 tahun x jumpa langsung.. fatimah azzaharah.. entah la die still ingat aku ke x.
tapi dalam hidup aku sampai saat aku menaip citew dalam blog ni, xpenah skit pun.
aku lupa sahabat2 aku time kecik2.. segar dalam ingatan.. ila , nani... anwy, semoga korang
sihat2 la...n berjaya dalam hidup masing2.. 
selesai menaip 3.04 pagi 27 feb 2011

p/s:mampus r aku lupa nak hantar buku libry. lupa r.. seminggu .
bpe hinggit tah kena denda nantii...

(^_^) senyum~

Feb 12, 2011

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

Feb 11, 2011

biarku pergi saat kau bahagia





"biarku pergi saat kau bahagia
biarku menghilang saat kau kecapi keindahan cinta
kau pernah hadir dalam hati ini..
menjadi cerita dalam diari hatiku ini"

"biarku hadir saat kau inginkan aku
biarku muncul saat kau kecapi sulitnya cinta
kau pernah hadir dalam hati ini..
menjadi cerita dalam diari hatiku ini"

inilah kejujuranku mengenalimu 


Feb 10, 2011

rindu blogku

salam rindu pembaca blog
NadhzDotBlogspot

dah lama xsingah blog sendiri....ehh,bkn lama bertahun pun.. dalam 2,3,4,5 hari la jugak xmasuk..tu pun dah kira lama taw...mendiam dari dunia blog ingatkan tak de sape perasan.. tapi ramai kawan2 blog bertanya..lama xupdate blog. busy ke?  yang selalu ikut perkembangan aku..selalu tanya aku buat apa sekarang? xsangka pulak. sbb blog ada students medic dari indonesia jd seorang kwn yang sering kali bertanyakan perkembangan aku gara2 minat baca dalam blog aku.(xhairan pun kan)huhu .ok,.ada yg add fb aku sbb blog.. nak kawan ngan aku sebab lepas tengok blog...citew masalah dia lepas tengok blog.. mintak pandangan,pendapat.lps flow blog. hal ini kerana blog aku  rupanya mendapat perhatian...hehehe...yg menyebabkan aku rasa bersungguh nak terus menyebar ilmu di blog.. aku rasa puas bila orang puas  dapat ilmu dari rumah ku.. kali terakhir masuk blog rasanye seminggu yg lepas.. flow ku 132. tp hari ni alhamdulillah.. 143.. bukan senang nak ajak org flow blog kita.. So,atas minat diorg jgk la diorg flow blog aku.. 


ok la perkembangan aku sekarang ni. aku tengah lepak2 kat rumah 
sempena cuti raya cina + mid sem .so, dpt la seminggu lebih..syok kan dapat cuti lama? haha.. bosan deyh aku .. terperap je dalam rumah.
tapi kan.. lepas joint askar wataniah.. time balik hari tu.. ramai kata den  
makin kurus.. memang positive.. yg xpositive ye.. kena redho dengan kulit muka yg putih bersih ni dah bertukau jd gelap dan mgelupas.. hahakk
takpe.. usaha merupakan tangga tangga untuk mencipta kejayaan..
pmbelajaran pulak? alhamdulillah.. sem 2 ni subjek semua berkaitan islam. fakta yang xboleh d songsangkan.. hadis dan petikan ayat al-quran..kena hafal.. asgmnt yg bnyk mlibatkan ayat2 al-quran dan hadis.. 
ehh, jap.. korg nak tahu x apa kelemahan aku??
aku ni slalu eja salah dan sbutan perkataan xbetul.pelat ke aku?? atau lidah aku ni pendek ke hape.. stop.. sambung ctew. huhu
baru2 ni jg. aku dpt jwtn ajk utk prgrm motivasi..pgpm. ok la.asalkan nama aku naik sbb yg terpilih untuk kali pertama motivasi bg cos psikologi ni dlihat dari sudut akademik dan aktif..hahahak.. enth ye tidak. sbb aku sndri terkejut bila meting dbuat.nama aku naik..redho jela..n harap dpt buat yg terbaik untuk progrm ptama  kalinya. nak hndel budak stpm.. adeyh.. mcm payah je kan.. hrp2 ok la ..amin..sekarang ni pun .. aku rpt dengan seorang kawan lelaki.. kwn 1 sek dulu jgk.. jumpa balik kat dalam fb.. dak 1 kg aku... dr bulan 5 lepas kwn. tp akhir thun lepas makin rpt la dengan dia.. tp kitaorg still friendz..wlaupun org2 lain kata kitaorg ni mcm couple. tp xcouple pun la.. selesa kawan dengan dia.. syg tu mestila ada.. mcm aku syg kat bestfriends gul aku.. mcm tu la aku syg dia. aku akan take care.. takat tu je. xde lebih pun. kepada yg terasa jeles tu.. jgn la jeles.. i x de pape dgn die k. hahaha..ada yg kata aku ni menipu. sbb smbunyikan status in relationshp dengan dia.. tp aku nak tipu apa.. memang kitaorg xde pape pun.. huhu..
(mampu melihat kebahagiaan orang lain)


tamat