Jun 30, 2011

Selamat tinggal RTF AT3-2

Hmm,Akhir aku terpaksa meninggalkan RUMSIS ku yang tercinta :(( .AHAD ini Terakhir aku akan
melihat TASIK di depan BILIK aku ni~ Yang menjadi Tempat aku meluahkan segalanya tekanan
TASIK yang TENANG~ MASJID KUIM yang sentiasa Mngalunkan ayat2 AL-QURAN setenangnya 
Di Awal pagi~ semuanya hilang .APABILA AKU & semua KAWAN
seperjuangan aku di pindahkan ke LUAR!! LEPAS ni UJIAN pasti akan lebih beratkan .DOAkan aku terus dapat melakar kejayaan dengan lebih baik di SINI~kepada roomate aku. Walaupun aku tidak HUHA huha macam KORANG.sebenarnya Aku Amat hapy kenal korg yang menceriakan hari2 aku dengan suara2 korang2 yang sangat hpening lahh.. LOVE YOU!!..Hm, beratnya.~ Selamat Tinggal Tun FATIMAH
RTF AT3-2

Tugasan hari ini

Hari ni je. Aku di lantik untuk mnulis modul program psikologi sosial .aku harap progrm ni berjalan dengan Lancar.Insyaallah . Di bawah pimpinan Afiq dan Z Petang td lak aku baru je selesai urusan untuk take paper julai dan tadi baru je aku habis metting Pstd.tepat 12AM.10 orang sebelum 4julai?Haaa~ Aku nak nangis ni weiii!!! tapi ini satu cabaran.Aku akan Usaha . Chayok!!!!!!ta dapat cari
makan jela apa yg diorg bagi.. hikhik. 

p/s: yang penting sabtu ni wajib ada di pontian untuk menjadi pengapit cousin aku yg menempah aku sebulan sebelum bersanding.. INI YANG LAGI MENAKUTKAN!!!!

(macam keling la ayat aku ni ek) hehe :)

Jun 29, 2011

Muhasabah cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu


Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku


Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Jun 28, 2011

Ni pulak yg berlaku~

Tension ye. Hanya Allah je yang tahu.. dalam minggu ni je. mcm2 dah berlaku..semua kena duit..duit..duit... xsampai hati nak kusutkan lagi parents.Sekarang last2 minit kena cari rumah kat LUAR. sebab semua bdk Dgre sem 3 ke atas wajib tinggal di luar.bukan nak cakap sebelum habis sem 2 dulu. sekurang2nya dah ready.hmmm,Nak pk duit lagi.Dengan mcm2 hal lagi. Sakit ye pale ni.. Transpot xde. Macam mana nak ulang alik????Dengan latihan. setiap Isnin, Rabu, Jumaat ,Sabtu dan Ahad. sape yg sangup hantar,.Diorg masing2 dgn masalah masing2.. arghhh!! Semakin beban lahhhhh..

Jun 27, 2011

Salah satu jalan terbaik: remove



Setahun Di Kuim

Dari Akademi pengajian Islam sekarang ini aku bertukar ke Fakulti Sastera & Sains Sosial.Seronok dapat  fakulti baru serba putih lagi tu taw.hehe.Semangat untuk Sem 3 ni: dengan bebanan 22jam crdt.8subjek susah psikologi sosial, psiko islam, Sistem & teori, Psikologi perkembgan, Arab Lanjutan, pgjian Usuluddin dan Latihan pstd betul2 memberi cabaran! sehingga letcr aku meminta sesiapa yang bawah 3pointer sila gugur 1subjek .Sampai macam tu sekali . huh!..em insyaallah sempat nanti aku snap fakulti baru aku tuk tjuk kat uall. heee. Tadi  kelas pertama: psikologi islam dengan Cik Aisyah. Subjek yg wajib mghafal hadis dan ayat al-quran sbyk 15. Kalau tidak." see yoo next sem yerr dgn cik Aisyah".hehe. Anwy kawan2, ingt ye bapa psikologi barat ialah sigmund Freud manakala psikologi Islam Imam Al-Ghazali.Selama setahun aku menuntut ilmu dalam bidang psikologi.11buku mgenai Motivate dan psiko dah aku beli .sekarang tengah cari Buku Imam Al-Ghazali.ni senarai buku yang dah ada pada aku. tgh mtlaah sedikit demi sedikit.:)


  1. psikologi Rasulullah ;Dr Muhammad Ustman Najat
  2. psikologi Sosial;rozmi ismail
  3. Rahsia Minda Hebat; Dato Siti Nor Bahyah Mahamood
  4. Hadith 40 (yang sgt mbantu); Mustafa 'Abdul Rahman
  5. Jangan berputus asa;Hamdan Lutfi
  6. 8 tokoh wanita pencetus turunnya wahyu;Dr.Abd Rahman Umayrah
  7. The magic of Thingking ; david J.Schwarts,( buku paling aku syg, aku suka baca)
  8. Motivasi santai Dr.fazley
  9. 30 strategi membina pengaruh;zamri mohamad
  10. Pengantar sosiologi
  11. Psikologi islam

aku nak mbudayakan diri aku sendiri dengan rajin membeli & mbaca buku~
dan aku harap aku bisa menjadi seorang yang berjaya pada 
masa hadapan kelak.Insyaallah ;)

Tidak lagi

Aku remove dia untuk tidak lagi mengetahui tentang dia~ dengan cara itu aku tidak akan lagi memikirkan tentang dia walaupun sedetik lebih. Biarlah dia ingin mengatakan apa pun di atas segala tindakan aku kerana aku yang merasa sakit bukan dia.Hanya Tuhan sahaja mengetahui betapa besar kesabaran aku , betapa ikhlas nilai perhubungan~ namun dia hanya bisa manis di bibir sahaja.Hanya mampu memohon maaf setiap kali mguriskan hatiku. ia berlaku & berulang.tanpa mghiraukan perasaan aku.  Dan aku bersyukur kerana manis itu tidakku telan lagi. Cukup lah malam itu .aku tidak dapat melelapkan kerana memikirkan kenapa dia seperti merasakan aku myibuk dan myusahkan dia.Inilah ujianku. Sejujurnya aku tidak pernah mgetahui dia sudah mpunyai kekasih. Dan tiada siapa yg mberitahu kecuali dgn bersaksikan mataku melalui gmbr2nya.ketika itu baru aku tahu dia sudah mpunyai kekasih. Sekarang siapa yang tidak matang dalam perhubungan?. Aku tahu hanya maaf juga yang bisa di pertuturkan. Kerana itu sahaja yang paling mudah .Hidup memang semua kena hadap , tapi mghadap kesalahan seseorang yang berulang adalah mjd org yg terus mnerus akn dpijak.persahabatan mmg bkn dr kekayaan dan layanan yg baik. Tetapi keikhlsn dan sefahaman. Tapi bila mjdi manusia yg terus menerus memahami seseorg. sedangkan sbelah pihak sedikit tdk memahami perasaan org yg sntiasa memahami dia. adakah ia wajar?? Tidak pernah aku minta layanan. Cukup dgn khbar sbgai seorg teman. Kerana saat itu dia hanya memikirkan beban dia sahaja. Inilah kehidupan duniawi yang bermacam ragam. Aku tidak lepas dari melakukan kesilapan kerana aku sndri terlalu snstif.. tetapi sampai bila aku mhi mjd pyabar sdgkan dia tidak pernah melihat betapa aku sgup korbankan demi tidak mjadi pmpuan yg mementingkn diri kerana cinta. Aku meminta dia terus mghargai kekasihnya… mungkin dia tidak Nampak.. Terima kasih untuk segalanya.maafkan diriku. Kerana segala apa yg kau buat. Telahku maafkan ~teguran ku itu hanya prgtan pdmu. Bukan meminta smpati dan kemaafn.. salam akhir kata dariku…….

Jun 25, 2011

Tas




wei, aku tengah gle kan beg tangan warna kuning!! 
tolonglah spe" yg anak datuk ke ? 
yb ke? Tunku Mahkota ke? belikan ...
 hahaha .. ( ko pk dgn mintak dpt ke?)
haha. anwy, i like this..

5 ciri utama personaliti

Dalam psikologi, Lima Utama merupakan lima faktor umum atau dimensi ciri personaliti yang dijumpai melalui kajian empirik. Ia lebih merupakan model deskriptif personaliti, bukan teori, walaupun ahli psikologi telah melahirkan teori-teori untuk menerangkan Lima Utama.
Menurut Dr. John A. Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang individu di bahagikan kepada 5 sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali sebagai OCEAN.
5 sifat yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:
§  (O) OPENESS TO EXPERIENCE - Mempunyai sikap terbuka
§  (C) CONSCIENTIOUSNESS - Mempunyai kesedaran
§  (E) EXTROVENT - Bersifat sosial (suka bergaul)
§  (A) AGREEABLE - Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)
§  (N) NEUROTICISM - Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)

Ciri Lima Utama
Opennes to experience
Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu mereka ingin sangat terdedah kepada sesutu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka, dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya.
Mereka mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Golongan ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi.
Orang yang kurang mempunyi sifat dominan dalam ciri ini mempunyai daya presepsi dan pemikiran yang cetek dalam sesuatu hal. Mereka lebih suka pada sesuatu yang terus terang dan kurang kompleks.Mereka mempunyai tangapan (prasangka) atau kekhuatiran (wasangka) yang salah tentang perkara yang berkaitan dengan seni dan sains. Golongan ini lebih bersifat konservatif dan tidak suka pada perubahan khususnya yang drastik.
Sikap terbuka (openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka.Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza.
Kajian juga menunjukkan bahawa golongan yang berfikiran tertutup ini lebih cenderung untuk memasuki bidang pekerjaan seperti pegawai polis , bahagian pemasaran dan jualan dan amat bagus dalam bidang-bidang ini.
Conscientiousness
Nilai mempunyai kesedaraan yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana seorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan,atau satu kualiti yang wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya.
Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya,mengurusnya dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima.
Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu ,menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin , bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized) .
Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu berkerja keras (workaholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”.Tambahan pula, individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran (less adventurous).
Golongan yang kurang mempunyai kesedaran (unconscienctiousness) lazimnya akan di kritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak beramanah.Tetapi, golongan ini tidak akan di copkan sebagai orang yang membosankan.
Menurut satu kajian yang di lakukan,dikatakan bahawa kesedaran kita terletak pada bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-shaped) ,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan bujur (oval shaped)
Extrovent
Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going” , penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif.Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri. Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif.Bagi golongan ini, dunia ini merupakan “Taman Permainan” mereka.Semasa berada didalam kumpulan mereka, mereka suka sangat bercakap,menilai diri mereka dan mendapat perhatian.
Berbanding dengan kumpulan ini terdapat satu kumpulan lagi yang betul-betul berbeza dari kumpulan Extrovent iaitu kumpulan yang di kenali sebagai golongn Introvent. Golongan introvent ini kurang dari segala aspek yang di miliki oleh kumpulan golongan Extrovent. Antara ciri personaliti yang di miliki oleh golongan ini adalah seperti kurang bertenaga, suka persendirian, dan biasanya kurang berhubung dengan masyarkat sekeliling.
Kurang penglibatan mereka dalam masyarakat bukan bermakna mereka ini “Anti-sosial”, sedih (depressed) atau berasa malu ,tetapi mereka ini tidak perlu banyak stimulasi dari persekitaran mereka berbanding dengan yang berada dalam golongan extrovent dan lebih memilih untuk bersendirian .
Agreeable
Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentag sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya. Individu yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini menghargai perhubungan diantara orang ramai .Jadi lazimnya orang yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini berperikemanusian,peramah, suka menolong ,dermawan dan sanggup berkompromi dengan orang lain walaupun dengan kepentingan mereka yang akan mungkin tergugat.
Individu yang senang berkompromi ini mempunyai pandangan yang optimistik terhadap manusia, mereka senang melihat pada kebaikan yang ada pada orang. Individu yang senang berkompromi ini senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang lain.Mereka dapat mengekalkan status populariti mereka dengan baik.
Individu yang kurang mempunyai trait ini meletakkan kepentingan diri sendiri daripada bergaul dengan orang ramai .Mereka tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain dan tidak kisah akan pandangan orang ramai tentang diri mereka.Kadang- kala mereka berprasangka terhadap motif orang lain dan ini membuatkan mereka bersifat wasangka , tidak berkerjasama dan kurang peramah.
Tetapi keburukan memiliki.trait ini ialah antaranya orang ini kurang sesuai untuk membuat kerja-kerja yang lasak atau yang memerlukannya membuat keputusan yang berpendirian yang kukuh contoh dalam bidang koprat.Individu yang sebaliknya pula boleh menjadi seorang saintist, pegawai tentera,ahli koprat, pengkritik, ahli perniaga atau tentera.
Neuroticism
Trait ini merujuk kepada mereka yang kebiasannya berpandangan negatif. Mereka yang bertahap tinggi dalam trait ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang spesifik contoh seperti kemarahan, kemuraman (depression), ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu, tapi kemungkinan orang ini akan merasakan lebih dari salah satu emosi-emosi negatif ini pada satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga.
Mereka dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan demikian kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada padangan atau response orang lain adalah biasa.Reaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan.
Mereka lebih tercenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal sebagai mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang sangat susah.Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya golongan ini tertekan sepanjang masa. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini tidak dapat berfikir secara logik.




dres'up ~

Dua baju~ belang" macam ni kan.
saja aku cari. tiba2 suka .lepas tengok Maria pakai.
uall kenal ke maria? wahaha.i like this gul. bila mbebel dkt youtb.
dia pakai meme la. nampak cantik je.Tapi xsesuai untuk aku la der..
sempat bershopping.cuci mata~ baju ni just aku test je la..
tapi aku suka baju belah knan~ amik ni lah..
daaa..

Jun 24, 2011

godam" pulak dah

Reaksi aku bila melihat nama 
Blog aku tersenarai akan di godam ialah.............
(sbnrye, aku pun tak tahu nak bagitahu macam la haii) nak kata
terkejut pun tidak...em,Harap" xde pape la..
jgn la time aku nak bkak blog aku.. tb" blog aku tak wujud lagi ke wooo.
sayang kot~ sayang lahh.. mcm" aku kongsi kat sini.. !!
aku perasan pun lepas tgk blog kwn aku http://thisislemongrass.blogspot.com/
rsnya gengblogger yg senaraikan.. 
hope, xde pape r..


Cinta teragung~

Maafkan aku sekiranya tak termampu

Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2011/06/lirik-lagu-cinta-teragung-hazama-af9.html#ixzz1QAt7HNvn