Nov 10, 2013

what to i do

heee uall dh lama saya xberceloteh. lepas je tamat praktikal mcm2 perkara yg dirisaukan. terutama ofcouse la mencari kerja. nak cerita pasal cita2.skrg ni bukan senang nak bkerja mgikut cita2 kan... hope senang la dpt kje lepas konvo. tp apa yg membingungkan ialah saya akan konvo pd tahun dpn. bukan bulan 1. tp bulan 9:kot. 1 years nak buat apa?. mgangur? besarkan.bdn?. no no no. i must to do something. .ok lah. kena pk strtgik kan...

Sep 25, 2013

oisca







Minggu lalu dalam sejarah hidup aku sekali lagi aku terlibat sbgai AJK penempatan OISCA-MARA
nak post banyak2 tp line
anwy, dapat banyak pengalaman smsa praktikal.
semoga aku dapat pekerjaan dgn segera slps tmt LI
wish me luck.
doakan terbaik buat saya.

Sep 13, 2013

Kem Lambaian Danau 3 hari 2 malam. KKTM Ledang

9,10,11 september merupakan hari yang paling best yg pernah aku tempuhi. kem ke lambaian danau.. Aku memang suka aktiviti dan program macam ni. tak kiralah yang melibat program luar. bagi la kat aku. 3 hari 2 malam. aku telah berjaya membawa 39 students ke sini utk kem kepimpinan. jum ..xyah byk cerita. biar gambar menceritakannya.. okk ;)

























Sep 9, 2013

4 tahun yg lepas ; utusan Dr. Faiz disambut meriah di Festival Sains dan Teknologi


Dr. Faiz disambut meriah di Festival Sains dan Teknologi


FAIZ Khaleed menandatangani autograf pelajar selepas menyampaikan ceramah motivasi pada Festival Sains dan Teknologi peringkat negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar, Muar, semalam.

LEDANG 11 Julai - Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed hari ini diberi sambutan meriah oleh lebih 1,000 pelajar semasa menghadiri Festival Sains dan Teknologi peringkat negeri Johor yang berlangsung di sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati di sini.

Selain kehadiran pelajar dan guru daripada lebih 30 sekolah di seluruh negeri ini, pelbagai lapisan masyarakat tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bertanya pelbagai soalan kepada Dr. Faiz pada program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Seri Mutiara, sekolah itu.

Dr. Faiz turut berkongsi pengalaman semasa menjalani latihan di Rusia tahun lalu dan menyampaikan ceramah motivasi serta meluangkan masa untuk berbual dengan para pelajar sehingga program itu tamat pukul 12 tengah hari.

Turut hadir, Pengetua SMK Tengku Mahmud Iskandar, Fatimah Sairan.

Dalam ceramah motivasinya, Dr. Faiz menasihatkan para pelajar supaya bersemangat untuk belajar dan meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan.

Selain itu, beliau turut menggesa para pelajar agar menguasai mata pelajaran Sains kerana teknologi yang digunakan dalam program angkasawan negara adalah berlandaskan kepada ilmu itu.

"Tanpa pemahaman yang secukupnya dalam bidang ini, Malaysia mungkin tidak mampu menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa lepas.

"Sebagai contoh, baju angkasawan yang digunakan seberat 8.8 kilogram dan hasil daripada teknologi sains penyelidikan Rusia, ia mampu terapung di dalam air ketika kecemasan," katanya.

Festival Sains dan Teknologi peringkat negeri Johor itu berlangsung sejak semalam dengan tema Budaya Inovasi Ke Arah Kecemerlangan Sains dan Teknologi.

Antara program yang diadakan sepanjang festival dua hari itu seperti pertandingan reka cipta dan inovasi sains dan teknologi, termasuk kereta solar, pelancar roket sasaran dan paracut, serta pameran berasaskan sains.

Menurut Dr. Faiz, pengalaman beliau semasa menjalani latihan sebelum dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) banyak memberinya pengalaman yang akan digunakan dalam misi penghantaran angkasawan negara selepas ini.

"Pada saya, guru yang paling baik ialah pengalaman dan untuk itu saya menyeru para pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya kerana apa yang kita pelajari itu tidak sehebat pengalaman yang bakal kita tempuhi," ujarnya.



ehem2
adui adui.. aku pernah teringt muka aku ni masuk paper utusan 4 tahun yg lalu. masa tu aku tgk dlm paper. td tb2 nak test tgk dlm paper on9 ada lg ke x.. skli jumpaaaa ni... sebelah aku tu sepupu aku. zira.. hahahaha, 

Floral Mask; Saya dah cuba , Anda?

tempoh hari aku menghantar email ke dian-pixy utk membeli produk floral mask yg ternyata awesome.
dalam 2 hari aku dah dapat pos dari dian. orite. balik dari keje. excited nak pakai. lepas tuam dengan air panas di muka utk membuka pori2. aku pun memakai floral mask yg berwarna puple. agak2 dah kering. aku tangalkan. dannnnn. mmg betul.. bintik2 hitam, putih or sgla yg xpatut ada diwajahmu telah pun terlekat di floral Mask. hapy..hapy..hapy.. thanks for dian mperkenalkn produk ni..


antara bloggest terkenal yg pakai
 
yeaaa. Dr Fatin Liyana
yg comel2. hee.
maklumat lanjut.

Kelvinzahri ;Ainurhana Kurus: semangat untuk saya turunkan berat badan


Semasa berat badan 97kg.

Assalamualaikum wbt.

Nama saya Ainurhana, berumur 23 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Semasa saya kecil, saya merupakan seorang ‘tomboy’. Kenakalan dan kelasakan saya menjadikan saya kanak kanak aktif. Namun, apabila saya menginjak 10 tahun, ayah dan mama telah meminta saya agar tidak lagi bermain dengan lasak bersama budak lelaki.

Hal ini telah menyebabkan saya menjadi malas. Oleh kerana telah terbiasa mengambil amaun makanan yang banyak ketika aktif, saya masih mengambil jumlah makanan yang sama, malah ia semakin bertambah walaupun aktiviti saya hanyalah terbaring di hadapan televisyen. Seingat saya, ketika saya berusia 12 tahun, saya merupakan budak perempuan paling berat di dalam kelas dengan berat 63kg.

Kemudian, disebabkan perubahan hormon, dengan sekelip mata, ketika saya berusia 13 tahun, berat saya telah naik kepada 83kg. Yup, naik sebanyak 20kg dalam masa setahun. Tak tergambar rasanya malu ketika itu.

Berat 97kg semasa 16 tahun.

Menjelang saya berumur 15 tahun, saya pernah cuba mengambil initiatif untuk menurunkan berat badan, namun gagal. Malah berat saya ketika itu telah menginjak 87kg. Sehinggalah suatu ketika semasa menunggu keputusan SPM, saya telah memberanikan diri untuk menimbang berat saya semula. 97kg. Air mata menitis ke pipi. Saya memandang diri saya di hadapan cermin. “Apa yang aku dah buat?” Saya kecewa dengan diri saya. Kekurangan keyakinan diri akan paras saya menyebabkan saya benci melihat biasan diri sendiri yang akhirnya membiarkan diri saya menjadi seorang obese.

…saya telah memberanikan diri untuk menimbang berat saya semula. 97kg. Air mata menitis ke pipi…

Berikrar Untuk Buang Obes!

Saya berikrar pada diri sendiri pada malam itu bahawa saya tidak akan membiarkan diri saya kembali ke lubuk hitam ini lagi. “If I die, obese will NEVER be the reason!” Maka, bermulalah diet saya. Pada setiap pagi, saya akan mengikuti ayah saya untuk berjogging selama sejam. Kemudian, saya akan mengambil nestum sebagai breakfast, 3 sudu nasi putih bersama 1 mangkuk sayur hijau rebus bersama ayam/tauhu rebus sebagai makanan tengah hari dan malam. Saya berjaya menurunkan 8kg dalam masa sebulan. Namun, diet tersebut hanya bertahan selama sebulan. Saya mula mengambil makanan biasa dengan amaun yang berpatutan selama 6 bulan. Hasilnya, saya berjaya menurunkan 12kg.

…Oleh kerana telah selesa dengan pencapaian saya, berat saya mula naik semula…

Setelah saya menyambung pengajian saya, saya masih mengamalkan diet ‘makan sedikit’ di semester pertama. Hasilnya, saya berjaya menurunkan berat saya kepada 77kg. Oleh kerana telah selesa dengan pencapaian saya, berat saya mula naik semula. Akhirnya, ketika tamatnya diploma, berat saya telah menjadi 87kg. Tuhan saja yang tahu bertapa sedihnya saya ketika itu.

Food Lover

Saya kembali mencuba diet lama, namun gagal. Saya seorang ‘food lover’. Jadi, menghalang diri dari makan lambat laun pasti menemui kegagalan. Kemudian, apabila saya kembali meneruskan pengajian di peringkat ijazah, saya beriltizam untuk kembali menjadi aktif seperti dahulu. Berbekal dari pembacaan mengenai pemakanan, kesihatan, serta tips tips dari Kevin Zahri, saya memulakan hidup baru.

Jika pelajar lain ke kelas dengan bas, saya memilih untuk berjalan kaki. Biar berpeluh, saya tahu itu lebih berkat. Saya masih lagi makan makanan kegemaran saya, namun saya mengambil sunnah Nabi dan amalkannya ke dalam hidup saya iaitu “Makan apabila lapar”. Saya kosongkan drawer saya dari maggi, keropok mahupun biskut kerana saya tahu kebosanan akan menggoda saya untuk makan.

Setelah habis semester satu, berat saya telah turun kepada 80kg dan saya sama sekali tidak rasa tertekan dengan perubahan gaya hidup saya itu. Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa berat saya turun kerana perubahan gaya hidup saya. Maka, ketika cuti semester itu, saya mula membaca ebook Kevin Zahri dan membuat kajian mengenai permakanan dan kalori, jenis jenis senaman, BMI, BMR dan bagaimana kesemuanya saling berkait dan mengubahsuainya untuk diaplikasikan ke dalam gaya hidup saya.
Kenali BMR dan keperluan makanan

Sejak itu, pada setiap hari, saya akan pastikan jumlah kalori pemakanan saya tidak akan melebihi BMR saya walaupun tidak pernah membuat ‘food diary’. Dan sekiranya saya terlebih, saya akan pastikan saya akan membakar semula tenaga berlebihan tersebut. Kesedaran terhadap kalori telah membantu saya untuk makan apa sahaja yang saya mahukan. Malah, oleh kerana saya mempunyai keinginan yang kuat untuk mempunyai badan yang ‘fit’ dan aktif disamping peluang untuk merasai pelbagai jenis makanan, saya telah menjebakkan diri dalam pelbagai senaman.

Senaman yang saya amalkan?

Antara senaman yang saya amalkan ialah jogging, sit up dan light weight lifting. Namun, disebabkan saya seorang pelajar, saya tidak mempunyai masa untuk ke gym, maka saya telah mengdownload beberapa jenis senaman dari Youtube terutama intense cardio kerana berdasarkan pembacaan saya, senaman cardio adalah senaman yang paling banyak membakar kalori selain ianya baik untuk kesihatan cardio kita.



2013 - Gambar terkini Ainurhana
2013 – Gambar terkini Ainurhana
Hasilnya kini, saya telah berjaya menurunkan 31 kg. Walaupun bagi sesetengah orang, penurunan berat badan sebanyak 31kg yang mengambil masa bertahun tahun itu adalah terlalu lama, namun bagi saya ianya adalah yang terbaik buat saya kerana kini saya bukan sahaja berjaya menurunkan berat badan, malah mengubah gaya hidup saya dimana saya mampu kekal cergas disamping berpeluang menikmati hidup dengan selesa.

Kini, saya masih lagi di dalam proses penurunan berat badan sebanyak 10kg lagi terutamanya di bahagian bawah badan. Namun begitu, matlamat saya kini telah bertukar kepada menambah sedikit jisim otot otot saya di bahagian lengan, perut, punggung serta kaki. Saya percaya bahawa jika saya mahu kelihatan ‘fit’ sekaligus menurunkan lemak lemak berlebihan, saya perlu lebih rajin bersenam.

…saya percaya bahawa jika saya mahu kelihatan ‘fit’ sekaligus menurunkan lemak lemak berlebihan, saya perlu lebih rajin bersenam…

Tujuan saya berkongsi pengalaman ialah saya ingin menimbulkan kesedaran mengenai kesihatan dan impak perubahan gaya hidup kepada para pembaca. Benar, kita perlu menurunkan berat badan sekiranya ianya berlebihan, namun nombor yang berjaya diturunkan di penimbang berat itu hanyalah sekadar nombor dan kenangan indah sekiranya selepas berjaya mencapai matlamat, kita kembali ke tampuk asal.






Bismillahirahmanirahim.
korang dah baca & tengok x gmbr di atas?. hmmm xmustahilkan boleh kurus.. bila baca kelvinzahri punya web. dan tgk Ainurhana punya semangat. aku nak kurus jgk!!!. aku kena nekad. dan aku kena pastikan aku boleh lakukan.. 

thanks 
gegulapelangi.blogspot.com

saya akn jdkn semangt awk utk sy pulak kurus.


Sep 5, 2013

Rancang Tahun Anda dgn Bijak ;)

Tatkala kita sudah memasuki tahun baru Hijrah dan dalam masa 13 hari = 3121 jam = 8720 minit = 1,123,200 saat untuk kita tunaikan matlamat 2013. Dalam tempoh itu juga, kita perlu bersedia untuk menghadapi tahun 2014. Ya benar… untuk bersedia maka kita mesti membuat post-moterm atau muhasabah bukan untuk mendedahkan kelemahan diri tapi untuk beberapa sebab iaitu;
  1. Mengenal pasti kesilapan dan kelemahan
  2. Mengenal pasti cara mengatasinya agar jadi lebih baik
  3. Tingkatkan prestasi baik yang telah dilakukan
Berikut adalah template post-moterm yang mungkin boleh membantu men’sistematik’kan post-moterm 2014 anda.
1. Matlamat / Azam 2014
  • ……………………………………………….
(Jika kita lupa atau teragak-agak untuk mencatat matlamat atau azam tahun ini, ertinya selama ini kita tidak fokus pada matlamat. Dan kemungkinan besar itulah punca utama matlamat 2013 gagal dicapai!)
2. Perancangan 2014
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
(Jika sudah ada matlamat tetapi kita tidak ada langsung perancangan, maka kita telah merancang untuk gagal mencapai matlamat 2014. If you fail to plan, you plan to fail)
3. Perancangan dilaksana
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
(Jika sudah ada perancangan, perlu juga kita menganalisa sejauhmana atau setakatmana perancangan itu terlaksana. Jika terdapat 10 perancangan, adakah 4 daripada 10 yang terlaksana? Atau 6 daripada 10? Atau 2 daripada 10? Jika kurang dari 5/10 atau kurang dari 50%, anda mesti benar-benar serius dalam merancang dan melaksana pada tahun 2015

4. Perancangan tertangguh
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
(Setelah mengenalpasti perancangan yang terlaksana, senaraikan pula perancangan yang tertangguh kerana mungkin anda masih ada masa untuk melaksanakannya sebelum atau untuk 2015)
5. Sebab tertangguh dan idea mengatasinya
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
  • ……………………………………………….
(Jika ada perancangan yang tertangguh, kenal pasti mengapa? Kemudian disusuli sekurang-kurangnya 1 idea praktikel untuk mengatasinya)
Borang ini akan menjadi hasil post moterm yang sistematik dan akan banyak membantu bila merangka perancangan untuk 2015. Selamat menganalisa, merancang dan menang!
                                                                                                                                

                              Di sediakan oleh:
                                                                   http://www.aminidris.com (AMIN IDRIS)




Aug 28, 2013

Jadilah Manusia yang Bijak ;)



Tanpa kesihatan yang sihat , jangan bermimpi kita boleh buat apa sahaja yang kita suka,. kalau dah xsihat. Makan pun xboleh tau.. Kesihatan tu sangat penting untuk kita berjaya dalam hidup.
daripada gambar di atas korang boleh faham what is a JIHAD. Jihad ni bukan nak pergi berperang jew. tapi banyak lagi. Menolong orang yang tengah di timpa kecelakaan pun boleh dkira jihad. berdakwah, melindungi, jihad dari jodoaan syaitan dan bermacam lagi.. Mulai hari ni jum berjihad. In sya Allah
ni pulak Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri. jaga kesihatan tu bukan asik macam vitmin c ke d ke apa2 lah, tapi jaga kesihatan juga merujuk kesihatan dalaman dalam hati kita. Jadi pemaaf, tidak iri hati boleh membawa aura positif sehingga kita rasa sihat bertenaga. Jangan sesekali makan berlebihan taw. sbb kalau kita makan berlebihan boleh menyebab lemah ingatan, pemalas, dan kuat tidur, pastu GEMUK (tegur diri sendiri).. Kalau korang nak tahu bila bangun sebelum subuh juga menyebabkan kesihatan kita baik. sebab waktu subuh udara segar. ini tdak, tenghari buta bangun. celik mata . MAKAN. ish ish. xelok Taw.

Seorang yang menjaga emosi /mengawal amarah juga sebenarnya membawa seribu satu kebaikan. nak tahu sebab apa? kalau kita marah marah. kita akan membawa aura negatif. ORANG AKAN BENCI kita. tapi kalau kita maafkn dan kawal amarah. Mesti tidak akan menimbul pelbagai masalah selepas itu.

Jadilah orang yang
Pemaaf
murah senyuman
Berfikiran positif
Pemberi
dan jangan jadi orang yg kedekut ILMU .
xbaik taw.

hehe. anwy thanks membaca.


Aug 22, 2013

Jadi Besi Jum


ha, nak jadi manusia kena bijak berfikir. jangan senang nak kena pijak. ia dokk..
ayat dari Al Hilm Inc



"Jangan jadi seperti sehelai KERTAS yang mudah dilipat dan dikoyak-koyakkan..
Jadilah seperti sebatang BESI yang sukar untuk dibengkokkan"

Begitulah gambaran bagi KEAZAMAN yang TEGUH . Jika AZAM seteguh besi yang keras , walau didatangi dengan pelbagai halangan dan cabaran , KEAZAMAN akan tetap tidak diubah