Tatkala kita sudah memasuki tahun
baru Hijrah dan dalam masa 13 hari = 3121 jam = 8720 minit = 1,123,200 saat
untuk kita tunaikan matlamat 2013. Dalam tempoh itu juga, kita perlu bersedia
untuk menghadapi tahun 2014. Ya benar… untuk bersedia maka kita mesti membuat
post-moterm atau muhasabah bukan untuk mendedahkan kelemahan diri tapi untuk
beberapa sebab iaitu;
- Mengenal pasti kesilapan dan kelemahan
- Mengenal pasti cara mengatasinya agar jadi lebih baik
- Tingkatkan prestasi baik yang telah dilakukan
Berikut adalah template post-moterm
yang mungkin boleh membantu men’sistematik’kan post-moterm 2014 anda.
1. Matlamat / Azam 2014
- ……………………………………………….
(Jika kita lupa atau teragak-agak
untuk mencatat matlamat atau azam tahun ini, ertinya selama ini kita tidak fokus
pada matlamat. Dan kemungkinan besar itulah punca utama matlamat 2013 gagal
dicapai!)
2. Perancangan 2014
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
(Jika sudah ada matlamat tetapi kita
tidak ada langsung perancangan, maka kita telah merancang untuk gagal mencapai
matlamat 2014. If you fail to plan, you plan to fail)
3. Perancangan dilaksana
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
(Jika sudah ada perancangan, perlu
juga kita menganalisa sejauhmana atau setakatmana perancangan itu terlaksana.
Jika terdapat 10 perancangan, adakah 4 daripada 10 yang terlaksana? Atau 6
daripada 10? Atau 2 daripada 10? Jika kurang dari 5/10 atau kurang dari 50%,
anda mesti benar-benar serius dalam merancang dan melaksana pada tahun 2015
4. Perancangan tertangguh
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
(Setelah mengenalpasti perancangan
yang terlaksana, senaraikan pula perancangan yang tertangguh kerana mungkin
anda masih ada masa untuk melaksanakannya sebelum atau untuk 2015)
5. Sebab tertangguh dan idea
mengatasinya
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
- ……………………………………………….
(Jika ada perancangan yang
tertangguh, kenal pasti mengapa? Kemudian disusuli sekurang-kurangnya 1
idea praktikel untuk mengatasinya)
Borang ini akan menjadi hasil post
moterm yang sistematik dan akan banyak membantu bila merangka perancangan untuk
2015. Selamat menganalisa, merancang dan menang!
Di
sediakan oleh:
http://www.aminidris.com (AMIN IDRIS)
No comments:
Post a Comment