Perkongsian Ilmu, Pagi Jumaat Ya Ramadhan.
Kita mendengar ramai saudara islam kita Syahid di bumi
paletine, mesir, dan negara islam lain. Tahukah anda ? Syahid Paling besar
ialah orang Mati dibunuh dajjal.
Abu Said menceritakan, Rasulullah SAW pernah berpesan,
“dajjal muncul, lalu ada seorang Mukmin yang menghadapinya.
Namun pasukan Dajjal yang bersenjata menhalangnya. Mereka Bertanya, ‘ Kamu mahu
pergi ke mana?”
Orang Mukmin menjawab, “ Aku ingin membereskan orang yang
baru muncul itu.”
“Apakah kamu percaya kepada tuhan kami?’ Tanya mereka, yang
maksudnya adalah Dajjal.
Dia menjawab, “ Tuhan kami tidak dapat dilihat oleh mata.”
Mereka berkata, “Bunuhlah orang ini”
Mereka kemudian saling berbisik, “ Bukankah tuhan kamu
melarang membunuh kecuali dengan perintahnya?”
Mereka pun melepaskan orang Mukmin itu untuk menhadap
Dajjal. Setelah melihatnya, orang Mukmin itu berkata, “ Wahai semua manusia,
inilah Dajjal yang pernah diperingatkan Rasulullah.”
Dajjal berkata, “ Diamkan orang ini dan pukul dia.” Lalu dia
dipukul pada bahagian perut dan belakangnya.
Dajjal berkata kepada lelaki itu, “ Kamu adalah al-Masih
pendusta.”
Lantas Dajjal memerintahkan agar orang Mukmin itu dibelah
dengan gergaji dari kepala hingga ke kaki. Kemudian Dajjal berjalan di antara
dua belahan badannya dan berkata, “Bangun!”
Orang Mukmin yang sudah terbelah itu berdiri dalam keadaan
normal seperti sedia kala. Dajjal berkata, “Apakah sekarang kami beriman
kepadaku?”
Orang Mukmin berkata, “Kamu tidak hanya memberikan
pengetahuan tentang siapa hakikat dirimu. “ Lalu dia berkata, “ Wahai semua
manusia, dia tidak dapat berbuat semacam ini lagi kepada orang lain sesudahku.”
Dajjal memegang orang Mukmin itu untuk menyembelihnya. Dia
memasangkan tembaga dari lutut hingga ke tulang selangka, sehingga dia tidak
dapat bergerak sedikit pun.
Dajjal memegang tangan dan kakinya lalu melemparkannya.
Orang ramai menyangka dia dilemparkan ke neraka, sedangkan sebenarnya dia
dilemparkan ke syurga.
Rasulullah berkata, “ Inilah orang yang mati syahid paling
besar di sisi Allah.”
Rujukan
Rohidzir Rais, Khutbah Rasulullah,Tanda-Tanda Kiamat dan
Akhirat. PTS 2011
No comments:
Post a Comment